PEPNEGNGEENNAALLAANN
Malaysia merupakan sebuah negara yang
begitu unik sekali kerana kepelbagaian
budaya dan kaum yang amat menarik jika
didalami.Antara budaya dan kaum yang
wujud dalam negara ini ialah kaum
Melayu,Cina dan India.Kaum-kaum ini
menuturkan bahasa mereka sendiri
,contohnya kaum Cina menuturkan bahasa
Cina manakala kaum Melayu menuturkan
bahasa Melayu.Walaubagaimanapun,di
negara Malaysia , undang-undang
menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan yang harus ditutur oleh
kaum-kaum yang berada di Malaysia namun
bahasa-bahasa lain bebas untuk diajar.
.Sebelum mencapai kemerdekaan dengan sah pada
tahun 1957 ,para pejuang tanah air kita telah
menumpahkan jasa kepada tanah air yang tercinta ini
supaya bahasa melayu dapat di kekalkan dan dapat
dirasai oleh generasi sekarang.Tunku Abdul Rahman
iaitu Bapa Kemerdekaan telah pergi ke London untuk
berunding demi mencapai kemerdekaan yang
mutlak.Hal ini demikian kerana Tunku Abdul Rahman
mahu membela nasib bangsa yang berada di Malaysia
agar mereka tidak menanggung keperitan lagi.Oleh
itu,rakyat Malaysia harus menghargai usaha yang
dilakukan oleh Bapa Kemerdekaan kita.Perkara 152
dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan
dipelajari.Hal ini menunjukkan usaha para pejuang kita
menunjukkan hasil yang baik,jadi kita sebagai rakyat
Malaysia harus memartabatkan bahasa kebangsaan kita
iaitu Bahasa Melayu.
ZAMAN PRAMERDEKA
Bahasa Melayu yang digunakan
sebelum merdeka dikatakan
Bahasa Melayu pramerdeka. Era
pramerdeka ialah zaman yang
memperjuangkan taraf atau
status Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Era Bahasa
Melayu pramerdeka bermula
dengan tertubuhnya ASAS 50 (6
Ogos 1950) hingga kepada
kemerdekaan 1957.
ASAS 50