Bab 35 Pukul 3.00 pagi, dengan pakaian serba
hitam dan bertopeng muka. Sebuah hangar usang
yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Black
Jaguar yang sudah yang sudah mengetahui kewujudan hangar di hutan Jiangxi, China.
"Aku tak faham la, kenapa lah dia pilih hutan gunung-gunung ni jugak buat tapak
persembunyian. Macam tak de tempat lain nak buat. Lagi satu, macam mana dia bawa kapal
terbang yang besar tu masuk sini? Sungguh ini tidak masuk akal". Rungut Zarif sambil
menggeleng kepalanya. Earpieces dicapai lalu disambungkan untuk berhubung dengan yang
lain. Memudahkannya dia dan rakannya melakukan kerja.
"Low class betul citarasa orang tua ni. Kalau dia buat dalam laut kan senang sikit. Tak
de lah aku nak kena redah hutan, pacat semua ni" tambah Li Jun. Dia mencapai pisau rambonya
lalu di selitkan di belakang seluarnya.
Krik...krik...
Zarif, Rayyan dan Esteve memandang Li Jun dengan wajah grumpy.
"Cek korang punya earpieces. Function ke tidak. Lagi satu aku nak ingatkan, malam ni
tak ada pertumpahan darah. Tujuan kita malam ni cuma nak spy tempat diorang je. Spy diorang
punya pergerakan sahaja. Zarif kau tunggu sini dan cek keadaan sekeliling".
Lucca memandang wajah rakan-rakannya yang ditutupi mask hitam kemudian
mengangguk.
"Move"
Mereka melangkah keluar dari pacuan empat roda yang dibawa mereka, lalu bergerak
dengan laju menghampiri hangar usang.
Lucca menyembunyikan diri di sebalik pokok begitu juga Rayyan, Esteve dan Li Jun.
"Bro, aku dah cek CCTV pintu pagar depan. Ada 5 orang tengah berkawal. Diorang
ada galas senapang" bagitahu Zarif.
"Ok, ada pintu lain tak?" Soal Lucca. Matanya meliar melihat kiri kanan kawasan yang
diduduki mereka.
"Ada, pintu pagar belakang. Ada satu pondok pengawal terbiar. Aku rasa tak ada orang
jaga dekat situ".
Lucca mengisyaratkan kepada rakan-rakannya untuk bergerak melalui pintu belakang.
Mereka hanya mengangguk tanda memahami isyarat yang diberikan.
Pantas mereka bergerak kearah pintu belakang hangar. Rumput tinggi separas pinggang
mereka.
"Bro, hati-hati. Dua orang tengah round kawasan". Pantas sahaja Zarif memberitahu
mereka.
Esteve, Rayyan dan Li Jun pantas merebahkan diri apabila cahaya lampu suluh yang
terang melintasi mereka. Lucca menyembunyikan diri di balik pokok yang besar.
Terhenti pergerakkan lelaki itu, apabila terdengar bunyi sesuatu yang datang dari semak
samun. Dia menyuluh ke tempat bunyi itu. Tapi tiada apa-apa.
"Nǐ zài kàn shénme?" (Ku tengok apa?). Soal kawannya.
"Méiyǒu shé me. Dàn gāngcái wǒ kàn dàole yīgè yǐngzi" (Tak ada apa-apa. Tapi tadi
aku nampak macam ada bayang). Kata lelaki itu.
Disuluh sekali lagi kearah kawasan mereka menyembunyikan diri. Memastikan tiada
apa-apa yang pelik.
"Nà shì nǐ de gǎnjué" (perasaan kau je tu).
Beredar sahaja merek dari situ. Lucca menarik nafas panjang. Setelah memastikan dua
orang anak buah musuhnya telah beredar. Lucca segera merapati pintu pagar besi. Dirantai dan
dimangga.
"Kunci" kata Rayyan. Rayyan memandang keatas pagar. Di kelilingi kawad duri.
"Balik ke kereta". Arah Lucca.
Sampai sahaja di kereta, Lucca membuka mask hitamnya dan meloloskan diri ke dalam
perut kereta.
"Cepatnya. Aku ingat korang nak masuk dalam" tanya Zarif.
"Tak masuk. Saja buang masa dekat situ nak cek kawasan" balas Rayyan.
"Tak sangka aku, aku boleh terjebak dalam geng mafia yang santai macam ni. Masuk
tempat orang bawa earpiece dengan pisau rambo je. Dah tu, buat mission macam nak pergi
perang malam ni, alih-alih nak tengok pintu pagar je". Kata Zarif dengan selamba. Dia
mengemaskan laptop yang digunakan tadi lalu menyimpan semula kedalam beg.
Li Jun mengambil tempat sebagai pemandu terus memandu pulang ke hotel mereka.
Bab 36 "Good morning baby" ucapan lembut serta
ciuman sang suami buat si isteri tercinta sebaik
sahaja tersedar dari lenanya.
Rania menggeliat panjang apabila terdengar suara Lucca menyapa gegendang
telinganya. Dia menjeling kearah suaminya. Merajok. Lucca yang melihat jelingan isterinya
tersenyum. Tahu sahaja isterinya itu merajok dengannya.
"Oh mygosh! Aku dapat jelingan daripada isteri aku di pagi hari yang indah ini.
Oh...sakitnya" kata Lucca dengan nada yang sengaja dibuat-buat sedih. Tangannya mengurut
dada kirinya.
"Awak balik pukul berapa semalam?" Soal Rania. Dia bingkas bangun dari pembaring
dan bergerak menjauhi suaminya yang sedang berbaring mengiring.
"Ermm...agak lewat sedikit, dalam pukul 5.00 pagi. Ala... lewat sedikitttttt sahaja" balas
Lucca. Dia menekankan perkataan sedikit bagi meyakinkan Rania. Hujung ibu jarinya dan jari
telunjuk bertemu menandakan sedikitnya itu. Melihat akan pandangan tajam yang diberikan
Rania mematikan senyuman Lucca. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"What the f**k" Rania terus meninggalkan Lucca yang terpinga-pinga dia atas katil.
Lucca masih kaku di tempatnya. Terkejut dengan ucapan yang keluar dari mulut
isterinya. Pertama kali dia mendengar carutan sebegitu. Lucca mengeluh lemah. Tu lah kau.
Tinggalkan dia lagi. Selagi masalahnya dengan Tan Sri Zainudin tidak selesai. Selagi itu lah
Rania akan melancarkan perang dingin dengannya. Haih...sabar lah. Esok malam sahaja lagi.
Zarif menyiku lengan Li Jun apabila ternampak susuk tubuh Rania yang sedang
berjalan kearah mereka yang tengah bersarapan pagi di lobi hotel.
Rania melabuhkan punggungnya di sofa. Wajahnya masam mencuka. Semua mata yang
memandang dirinya tidak dihiraukan. Hatinya tengah panas.
"Kau dah kenapa ni oi. Turun kebawah dengan baju tidur. Muka pun baru bangun tidur.
Air liur basi pon melekat lagi dekat pipi kau. Busuk tahu". Kata Zarif dengan selamba. Dia
mencapai sandwich yang dipesannya tadi lalu digigit.
Rania menjeling sekilas kearah Zarif. Ni sekor lagi, ada juga yang makan penampar
kejap lagi. Sandwich tak dapat, 5 jari juga dapat ni. Rania menggosok pipinya yang dikatakan
ada air liur basi lalu mencalit kepada baju Zarif dengan selamba.
"Nah, amek sikit. Buat perfume"
"Eeee...pengotor kau ni" marah Zarif.
Ting! Ting!
Telefon Esteve yang berada di dalam poket dicapai lalu dibuka. Satu mesej daripada
Lucca.
Lucca B.Jaguar.
Bro.
Ada nampak wife aku tak?
Terjongjet kening Esteve membaca mesej daripada Lucca. Hai bro, bini hilang pon
tanya member? Tiba-tiba idea nakalnya muncul untuk mengenakan Lucca.
Esteve
Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari keluar dari pintu lobi dengan baju tidur dia.
"Rania, I ada soalan untuk you ni"
"Apa? Cepatlah tanya. I tengah tak ada mood ni" balas Rania. Dengan selamba dia
mencapai air kopi Rayyan lalu menghirupnya. Fuh! Nikmat habis. Bitter plus sweet.
Rayyan yang melihat tingkah Rania ternganga. Woii...air kopi aku weh. Haih...nasib
aku sayang kau sebagai adik. Kerana terpaksa aku relakan air kopi aku dikebas kau budak.
"You bergaduh dengan Lucca ke pagi ni?" Soal Esteve sambil menongkat dagunya
dengan tangannya. Menanti jawapan Rania.
"Haah, geram aku, tahu. Buat muka tak bersalah pulak tu. Tersengih-sengih macam
kerang busuk. Pikir dia hensem ke, senyum macam tu. Dah bersalah tu, salah je lah. Cakap nak
pergi honeymoon, ini tidak. Tinggalnya aku sorang-sorang dekat bilik" dengus Rania. Dia
mencapai sekeping roti sandwich yang terakhir lalu menyuapkan sandwich itu kedalam
mulutnya dengan kasar. Li Jun, Esteve, Zarif dan Rayyan hanya memandang Rania yang
sedang melahap seperti tidak makan setahun.
Bab 37 Dari jauh Esteve memandang tubuh
Lucca yang sedang berlari kearah mereka dengan
wajah yang kemerahan. Dah kenapa pula ni.
"Bro, kau betul-betul nampak ke wife aku lari keluar dari hotel ni tadi" soal Lucca
dengan tercungap-cungap. Penat berlari punya pasal.
"Ada bro, tadi aku nampak wife kau lari sebelah sana" dengan pantas Esteve menjawab.
Jari dituding ke pintu masuk hotel.
"Ok bro, thanks" Lucca terus berlari keluar dari hotel untuk mencari isterinya tanpa
melihat keadaan di sekelilingnya. Baginya, isterinya adalah lebih penting dari segala-galanya.
Semua mata memandang Esteve dengan tidak percaya. Begitu mudah ketua mafia
Black Jaguar tertipu dengan kawan baiknya sendiri di depan mata. Esteve menjongketkan
keningnya dihadapan rakan-rakannya. Bangga.
"HAHAHAHAHAHA" akhirnya pecah juga tawa mereka apabila dapat mengenakan
Lucca. Bukan selalu dapat chance macam ni.
"Ehemm...seronok kenakan aku?" Soal Lucca. Matanya tajam memandang Esteve dan
rakan-rakannya termasuk isterinya.
Terhenti ketawa mereka apabila terdengar suara Lucca yang berada di belakang
mereka.
Kening dijongketkan apabila matanya bertembung dengan anak mata isterinya. Tajam
merenung wajah isterinya.
"Seronok ke sayangggg" sengaja dia menekankan perkataan sayang dengan lebih keras.
Gulp. Rania menelan liur yang terasa pahit. Gerun pula melihat wajah Lucca yang ketat.
Lucca akhirnya melangkah ke pintu lift meninggalkan mereka yang masih duduk di
situ. Butang lift ditekan lalu meloloskan diri kedalam lift.
"Kau kenapa duduk dekat sini lagi. Pergi lah ikut dia" arah Zarif.
"Takutlah. Jom lah teman saya"
"Eeee....tak kuasa aku nak ikut kau"
"Hurmmm..." Akhirnya Rania bangun dari duduknya dan ingin bergerak balik ke
biliknya bersama Lucca.
"Nanti, aku nak minta tolong. Tolong aku pujuk si Lucca". Pinta Esteve. Matanya
dikenyitkan kepada Rania.
"Huh, tadi bukan main kenakan dia. Alih-alih aku kena pujuk" rungut Rania.
"Alah, tolong lah. Nanti aku belanja kau. Okey"
"Okey. Janji eh. Belanja aku".
Esteve hanya menganggukkan kepala.
Rania tersenyum apabila Esteve ingin membelanjanya. Dia terus melangkah ke arah
lift.
Pintu bilik dibuka, matanya mencari tubuh suaminya. Tiada? Dia melihat langsir
beralun ditiup angin. Sliding door terbuka. Dia yakin yang suaminya berada di situ.
"Awak" terus Rania memeluk tubuh Lucca yang tidak berbaju yang sedang merokok di
beranda bilik.
Lucca terus memadamkan asap rokoknya apabila tubuhnya didakap erat oleh isterinya.
Rania menyembamkan wajahnya ke dada bidang suaminya.
"Awak...saya minta maaf. Saya tak ada niat nak ketawakan awak". Ucap Rania.
Lucca hanya menunduk memandang kepala isterinya.
"Hmmm"
Rania mendongak memandang wajah suaminya. Tak ada perasaan ke. Biar betul. Beku
gila muka.
"Hmmm je? Cakap lah something" rengek Rania dengan membuat muka manja.
"Something"
What??!! Sejak bila pula ketua mafia pandai bergurau-gurau ni. Ghisau...aaa ghisau.
"Betul-betul la" Rania mencubit pinggang suaminya. Tiada tindakan reflex dari
suaminya. Tak geli ke? Betul-betul tak ada perasaan ni.
"Betul-betul la ni"
Akhirnya Rania jatuh terduduk. Alahai encik suami. Beginikah caramu. Huhuhuhu.
Lucca yang melihat Rania yang jatuh duduk mencangkung dihadapan isterinya.
Keningnya dijongketkan. Senyuman sinis dipamerkan.
"Why?" Soal Lucca.
Rania hanya menggelengkan kepalanya. Betul-betul punya betul tak ada perasaan. Dia
bangun dari duduknya dan ingin melangkah meninggalkan Lucca. Tanpa sempat dia pergi,
Lucca menarik pinggangnya lalu dipeluk erat.
"Seronok ke tengok aku berpeluh-peluh, berlari sana sini, telefon kau beratus kali nak
cari kau yang hilang ni. Seronok ke?" Soal Lucca. Dagunya disangkut pada bahu isterinya.
Matanya dipejam seketika.
"Errrr...takk" Rania meramas jarinya sendiri. Gugup terasa apabila kedudukannya
dengan Lucca serapat ini.
"Dah tu, kenapa tak panggil aku waktu kau ada dengan diorang?"
"Errrr...sa...saya tak sempat nak panggil awak. Aa...wak dah berlari keluar"
"Sa...saya mintak maaf" kata Rania penuh dengan rasa bersalah.
"Hurmm..."
"Jangan lah hurmm je. Awak maafkan saya tak?" Rania memusingkan tubuhnya
menghadap suaminya. Wajah Lucca dipandang.
"Kau nak aku maafkan kau ke?" Soal Lucca.
"Of course lah" Dengan bersemangat Rania menyatakannya. Mestilah nak suami
maafkan isterinya apabila melakukan kesilapan. Siapa je yang tak nak?.
"Then you need to do something" bisik Lucca di telinga Rania.
"Apa?" Berkerut dahi Rania. Apa-apa je lah. Asalkan suaminya memaafkannya.
"Mandi dengan aku. Kau tak mandi lagi kan. Jom mandi sama-sama". Sebaik
sahaja Lucca berkata seperti itu, tubuh Rania terus dicempung lalu dibawa masuk ke dalam
bilik air.
Bab 38 Lucca yang sedang bersantai di atas katil
memandang isterinya yang berada di dressing
table. Memerhati setiap pergerakan isterinya.
Rania yang menyedari dirinya diperhatikan oleh suaminya menoleh. Dahinya berkerut.
Dah kenapa pandang aku macam tu? Nak main tenung-tenung ke? Okey, jom.
1 minit... 2 minit... 3 minit... Tettt...
Akhirnya Rania mengerdipkan matanya. Kalah. Rania mengecilkan matanya apabila
mendengar tawa halus dari suaminya. Dia bangun lalu merapati katil.
"Kalah ke baby?" Perli Lucca. Keningnya dijongketkan beberapa kali.
"Ishh...awak ni. Kenapa pandang saya macam tu? Saya ingat awak nak main staring-
staring dengan saya" kata Rania selamba.
"Haih...nasib baiklah kau tak jadi cikgu. Kalau tak habis rosak tatabahasa English"
Lucca mencuit hidung isterinya. Ada sahaja karenah nakalnya.
"Aku nak bagitahu something ni" kata Lucca. Matanya memandang wajah isterinya
yang mulus. Pipi dah macam donut. Bulat.
"Nak bagi tahu apa?" Soal Rania. Menanti jawapan Lucca.
"Harini aku tak dapat nak bawa kau keluar" kata Lucca dengan perlahan. Riak wajah
isterinya mula berubah.
"Hurmm" Rania terus bangkit dari katil namun sempat ditahan Lucca.
"Dengar dulu. Hari ni aku tak dapat nak bawa kau keluar jalan-jalan. Dan malam ni
jugak, aku akan balik lewat"
"Okey, stop" cantas Rania. Cepat-cepat Rania berdiri menjauhi Lucca.
"Stop. Tak nak dengar" Rania berjalan laju kearah pintu bilik dan pintu dibuka tetapi
ditahan sekali lagi oleh Lucca.
"Sayang abang. Dengar dulu abang sayang ni nak cakap. Malam ni abang balik lewat.
Jadi abang nak sayang kunci pintu bilik duduk diam-diam. Okey. Kalau ada orang ketuk pintu
bilik jangan buka. Okey". Panjang lebar Lucca memberi pesanan kepada isterinya.
"Kenapa balik lewat? Ada perempuan lain dibelakang awak ke?" Tembak Rania. Tidak
berpuas hati dengan Lucca. Sudah dua malam dia balik lewat.
"Sayang....sayang tahu tak siapa abang sebenarnya? Sayang kenal abang tak?" Soal
Lucca kembali.
"Awak?" Lucca hanya mengangguk.
"Suami saya lah. Kenapa tanya". Jawab Rania. Dia menyilangkan kedua-dua tangan ke
dada.
Alahai isteri. Noobnya. Tergelak kecil Lucca mendengar jawapan dari mulut isterinya.
Dia menjentik kuat dahi licin isterinya.
"Ouchh, sakitlah" jeling Rania.
"Tahu pun sakit. Memang lah abang ni suami sayang. Tapi abang juga leader Black
Jaguar. Lupa ker?" Soal Lucca. Matanya memandang isterinya yang tersengih-sengih seperti
kerang busuk.
"Ouh...lupa. Jadi awak selalu keluar malam balik lewat ada misi lah ye?" Teka Rania.
Kenapalah dia lupa yang suaminya seorang mafia. .
"Ye... Pandai pun"
"Ehehehe....nak ikut bole?" Pinta Rania.
"Tak bole sayang, bahaya"
"Ala... boleh lah" pintanya sekali lagi.
"Tak boleh sayang. Kalau jadi apa-apa nanti. Siapa susah? Lagi pun bahayalah" kata
Lucca. Tidak sanggup dia membahayakan nyawa isterinya.
"Kalau saya tinggal dekat hotel, lagi bahaya. Seorang diri pula tu" balas Rania lagi.
Meyakinkan Lucca dengan kata-katanya.
Lama Lucca memandang wajah Rania. Memikirkan cara. Ada betulnya juga. Kalau
dibawanya Rania, dia boleh tinggal sebentar bersama Zarif nanti.
"Ok boleh. Tapi janji dengan abang. Sayang kena jaga diri waktu abang pergi nanti"
tegas Lucca seperti memberi nasihat kepada anak kecil.
"Okey bos". Tabik Rania kepada Lucca. Lucca tersenyum puas melihat gelagat
isterinya sambil menggeleng kepala.
"Kenapa selalu tukar panggilan? Kejap-kejap panggil little baby, kejap-kejap panggil
sayang, kejap-kejap panggil abang. Kejap-kejap kau aku" soal Rania. Naik pening dia
mendengar panggilan Lucca untuknya.
Terjongket kening Lucca mendengar soalan Rania. Dalam banyak-banyak soalan,
soalan ni jugak yang dia tanya.
"Ikut suka aku lah aku nak panggil kau apa" balas Lucca. Rania mencebik.
"Panggil ajelah satu-satu. Apa masalah?"
"Masalahnya, suka hati aku lah"
"Tahu lah suka hati awak, cuba awak panggil saya satu panggilan sahaja. Kan senang
hidup" cadang Rania. Ini tidak, time dia nak sweet baby-baby habis semua dia keluar.
"Kau nak aku panggil kau apa?" Soal Lucca. Dia menarik tubuh Rania merapati dirinya.
"Ermm...saya nak awak panggil saya sayang, dan saya panggil awak abang. Boleh"
Rania memegang buku lima Lucca yang berada di pahanya.
"Aku bukan abang kau" soal Lucca kembali.
"Memang lah bukan abang kandung. Tapi awak tu suami saya. Panggilan abang kan tu
untuk menyatakan rasa hormat kita pada suami. Bukan macam orang tu, kau aku dengan isteri
dia. Dia pikir isteri dia kawan dia ke. Ish ish ish...tak patut" perli Rania. Dia menyandarkan
kepalanya di dada bidang suaminya. Dia menyembunyikan senyuman yang terukir dibibir.
Seronok pula perli orang ni.
Terjongket kening Lucca. Amboi budak kecik ni. Tak padan dengan kecik, pendek pula
tu ada hati nak perli-perli orang. Tunggu kau budak.
"Kau perli aku ke?" Soal Lucca.
Rania tersengih menayangkan gigi colgatenya yang tersusun cantik. Muka tidak
bersalah ditayangkan.
Bab 39 Semua mata memandang dirinya yang
berhoodie hitam milik suaminya. Rembat aje.
Rayyan menoleh kearah Lucca dengan
wajah yang tidak percaya.
"Bro, kenapa dia ada sekali? Kita nak pergi bekerja. Bukan jalan-jalan. Lagipun
bahaya" kata Rayyan. Dia memandang semula wajah Rania yang selamba.
"Dia nak ikut"
"IKUT!!!" serentak Zarif, Li Jun, Esteve dan Rayyan berkata.
"Habis siapa nak jaga dia nanti kalau jadi apa-apa?" Soal Zarif.
"Kau lah" jawab Lucca. Ringkas dan padat.
"What??!!" Zarif memicitkan pelipis kepalanya. Tidak pening tiba-tiba jadi pening.
Aduh.
"Relax okey. Saya tak kacau awak semua buat kerja. Lagipun lagi bahaya tinggal saya
seorang diri dekat hotel. Macam-macam boleh berlaku. Jadi saya ikutlah awak semua. Saya
janji saya tak kacau" janji Rania kepada mereka. Ya, dia tak akan kacau mereka.
Zarif mengeluh lemah. Dekat hotel aku kena jaga budak tak cukup tinggi ni, misi ni
pun aku kena jaga jugak. Esteve menepuk-nepuk bahu Zarif.
"Tabahlah" bisik Esteve.
Li Jun ketawa kecil melihat muka ketat Zarif.
"Dah, jom gerak" kata Li Jun. Pacuan empat roda mula bergerak ke tempat pertempuran
mereka malam ini.
"Bro, tengok-tengokkan bini aku" kata Lucca. Zarif hanya mengangguk.
"Abang, hati-hati. Sayang tunggu abang dekat sini" kata Rania. Air matanya mula
bertakung.
"Don't worry about me, dear. Take care of yourself. Go to go. Bye" kata Lucca sambil
tangannya menggosok kepala isterinya.
"Move" arah Lucca.
Dengan pantas mereka bergerak ke dalam semak samun. Kini tinggal dia dan Zarif yang
sedang memantau mereka melalui CCTV yang terpapar di skrin laptop.
Tiba di pintu pagar utama. Lucca dan Li Jun sudah bersiap sedia dengan pisau
rambonya. Manakala Esteve sudah bersiap sedia memegang pistol yang telah
dipasang silencer.
Empat orang yang tengah berkawal di pintu pagar sedang rancak bersembang.
Lucca mengisyaratkan Li Jun dan Esteve mengekorinya dari belakang. Dekat sahaja
mereka dengan empat lelaki tadi. Lucca dan Li Jun terus bertindak mengkelar leher mereka
dari belakang. Esteve pula menembak dua lelaki tepat pada dada kirinya.
"Bersihkan" arah Lucca.
Lucca terus menarik kaki lelaki tadi, begitu juga Esteve dan Li Jun.
"Bro, nasib kau baik harini. Orang tua tu ada dalam hangar dengan orang kanannya
dalam satu bilik" inform Zarif kepada Lucca. Setelah dia menghack CCTV di dalam hangar.
"I can't wait to see the bitch"
Masuk sahaja kedalam hangar, Lucca memberi arahan kepada Esteve bergerak ke kiri
hangar. Manakala Li Jun mengekorinya.
"Rayyan, shoot all of them. Cover Esteve" kata Lucca melalui earpiece.
"Orite"
Rayyan sebagai sniper yang berada di dalam semak samun kawasan hangar bersiap
sedia untuk menembak musuhnya. Silencer digunakan untuk menyeyapkan tembakannya.
Seorang demi seorang telah tumbang di tangannya.
"Bro, clear" kata Rayyan. Dia dengan snipernya tidak dapat dipisahkan.
"Orite"
"Bro, orang tua tu dah nak gerak keluar"
Lucca terus bergerak masuk ke dalam hangar dengan selamba diikuti Li Jun dan Esteve.
Mereka memerhati sekeliling kawasan hangar. Empat buah kapal terbang termasuk private jet
yang dicuri. Hebat, tapi tak sehebat dia yang bakal menghancurkan hangar ni nanti.
"Kau buat lah apa cara sekalipun, aku tak nak dia tahu yang kapal terbang dia dah
disabotaj" kata Tan Sri Zainudin kepada orang kanannya tanpa menyedari kehadiran mereka
yang sedang berdiri di dalam kawasan hangar sambil menyilangkan tangan memeluk tubuh.
Pap! Pap! Pap!
"Wow, Tan Sri Zainudin. Seorang CEO yang hebat sanggup melakukan kerja-kerja
yang tidak bertaraf CEO" kata Lucca sambil menepuk-nepuk tangannya.
Tan Sri Zainudin yang terkejut dengan kedatangan Lucca beriak tenang.
"Kenapa datang tak bagitahu?" Soal Tan Sri Zainudin sambil mengawal riak wajahnya.
"Kalau datang bagitahu, tak suprise lah namanya, kan?" Kata Lucca sambil
menjongketkan keningnya. Dia bergerak kearah sofa yang disediakan lalu melabuhkan
punggungnya.
"Duduk lah" jemput Lucca. Wajahnya bertukar dingin. Mood mafia sudah muncul.
"Straight to the point, kenapa kau curi kapal terbang aku? Bukan kapal aku sorang, tu
Aircoupe, hawker HS-125 dan de Havilland" soal Lucca. Senyum sinis dipamerkan.
"Ahahahaha...bijak kau. Sampai ke sini kau cari kapal terbang. Aku ingat kau ni CEO
biasa-biasa je. Rupanya ada akal cerdik" kata Tan Sri Zainudin dengan bangga. Dia
memandang orang kanannya seperti mengarahkan sesuatu. Lelaki itu mengangguk faham. Dia
mengeluarkan telefon untuk menelefon seseorang tetapi tidak diangkat. Lelaki itu menggeleng
kepalanya kepada Tan Sri Zainudin.
Citt
Lucca berdecit. Lucu terasa melihat lelaki tua dihadapannya ini.
"Telefon siapa? Anak buah?. Diorang dah arwah dah tadi. Anak buah aku dah settle
kan diorang semua tadi. Tinggal kau je sekarang ni. Now, your turn" kata Lucca dengan
selamba.
"Kenapa kau bunuh diorang?!!" Jerkah lelaki tua itu. Dia bingkas berdiri dari duduknya
memandang tajam kearah Lucca.
"Well, sebab bos tua diorang buat kerja tak clean. Sangguo guna tipu helah, guna vara
kotor untuk dapatkan sesuatu yang bernilai" kata Lucca dengan sinis.
"Kau kenal tak aku siapa? Kau dah salah orang nak cari pasal" sambung Lucca.
"Siapa kau?" Soal lelaki tua. Tak senang dengan pandangan tajam Lucca terhadap dia.
"Aku ketua mafia Black Jaguar. Mafia yang digeruni musuh yang lain. Mafia yang
paling kejam dan ganas. Bertindak dengan perlahan dan senyap tetapi mampu membunuh
mangsanya dengan diam"
Selesai sahaja Lucca berkata, lelaki tua terus menelan liur yang terasa kesat. Dia sudah
salah orang nak bermain.
"Aku bagi dua pilihan, kau nak mati secara damai atau kau nak mati seperti orang
berperang"
"To..tolong lepaskan aku. Aa..aku minta maaf. Aa..aku tak tahu kau adalah ma..mafia"
tergagap-gagap lelaki tua itu berkata. Resah keadaan dirinya.
"Lepaskan kau? Memang tidak lah. Kau dah cari pasal dengan aku, ingat aku nak
lepaskan kau? Esteve, Li Jun aku serahkan lelaki tua ni dengan orang kanannya sekali dekat
kauorang berdua. Aku tak nak kotorkan tangan aku" kata Lucca sambil menyilangkan kaki.
Bersantai.
Esteve dan Li Jun terseyum riang. Wohoo, dapat permainan baru lah.
"Kau ambil yang tua, aku ambil yang muda. Selera aku selera orang muda" kata Li
Jun.
Bab 40 Setelah mengikat lelaki tua itu dan orang
kanannya, Esteve merapati lelaki tua dengan
pisau rambo di tangannya. Begitu juga dengan Li
Jun.
"Bro, kau nak bedah dia ke?" Soal Li Jun
"Why"
"Aku rasa malas pula nak kotorkan hoodie adidas aku yang baru beli ni. Bau kedai
pon tak hilang lagi" kata Li Jun sambil mencium-cium bajunya. Baru dia teringat tentang
bajunya yang baru dibeli tempoh hari.
"Kepala hotak kau! Tadi beria-ria" marah Esteve.
" Tu tadi, ni sekarang" kata Li Jun dengan wajah selamba.
"Dah lah, aku pon malas. Tembak je lah" kata Esteve sambil mengacukan pistol ke
dahi lelaki tua itu.
"Mafia pon malas" Li Jun menayangkan sengihan di bibirnya apabila Esteve
menjeling.
Bang! Bang!
Settle. Tembakan Esteve tepat di kepala lelaki tua bersama orang kanannya.
Berlubang. Li Jun dan Esteve merapati Lucca yang sedang membelek kapal terbang miliknya.
Kapal terbang pertama yang dilancarkan telah melakukan penerbangan ke Itali.
"Bro, dah settle. Jom balik" kata Esteve.
Lucca menoleh melihat Li Jun dan Esteve. Memerhati mereka dari bawah sampai ke
atas.
"Cepatnya. Kata nak main tadi?" Soal Lucca.
" Tak jadi. Sayang baju ma. Baju baru beli wo. Bau kedai pon tarak hilang lagi. Macam
mana mau bagi kotor" kata Li Jun. Sengaja dibuat pelat Cina.
"Dah jom. Aku pasang bom dalam hangar ni tadi" terus kakinya melangkah keluar
bersama Li Jun, Esteve dari hangar menuju ke pacuan mereka. Rayyan dan Zarif telah
menunggu mereka di sana.
Sewaktu mereka berjalan. Lucca mengeluarkan alat kawalan jauh untuk meletupkan
bom yang dipasang tadi. Tanpa membuang masa, dia terus menekan button merah pada alat
kawalan itu.
Boom!
Terbakar habis gudang itu bersama dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Api
menjadi marak dan asap-asap hitam berkepul-kepul di udara. Lucca tersenyum sinis. Sesiapa
sahaja yang bermain dengannya, pasti akan menerima nasib yang sama.
"Settle semua kerja kita. Jom balik" kata Lucca.
"Balik?? Rilex arr...kerja kita dah settle dah. Jom arr pergi makan" ajak Zarif. Dia
menggosok-gosok perutnya.
"Makan-makan~" kata Li Jun.
"Jom" mereka terus meloloskan diri kedalam pacuan mereka. Kereta meluncur pergi
dari kawasan hangar itu.
Sampai sahaja di kawasan parking depan hotel, Zarif terus keluar dari pacuan itu
meluru ke pintu masuk hotel tanpa menoleh kiri kanan.
"Bro!!!!. Tandas tak lari bro. Hati-hati, jangan sampai cirit dekat koridor" jerit Li Jun.
"Kepala bana kau!! Pergi mampuss lah!!" Sayup-sayup suara Zarif kedengaran. Dia
tidak peduli dengan pandangan pelik orang lain terhadap dirinya. Baginya yang penting
sekarang ini adalah tandas.
"HAHAHAHAHA" serentak mereka ketawakan Zarif.
Flashback
"Bro, kau boleh bawa kereta laju sikit takkk!!" Bentak Zarif. Mukanya berkerut
menahan sakit perut yang dialami. Apalah yang dia makan sakit perut. Memulas.
Li Jun yang sedang memandu perlahankan lagi pemanduannya. Sengaja.
Zarif yang berada di belakang tempat duduk Li Jun bangun untuk melihat berapa
kilometer yang dibawa Li Jun.
"Woi, kau bawa 50km/j. Kau tahu tak aku tengah bertarung nyawa ni" bentak Zarif
lagi. Dia sudah tidak tahan. Terasa seperti usus besarnya tengah berbelit sekarang ni.
"Laju-laju nak pergi mana? Balik hotel jugak. Biar lambat asalkan selamat. Aku bawa
lima nyawa ni termasuk diri aku. Jadi aku kena lah hati-hati" balas Li Jun dengan selamba.
"Kepala hotak kau. Mati dulu, selamat kemudian. Cepat lah. Aku nak tercirit ni"
merah padam muka Zarif ketika ini.
"Bro, singgah kedai jap" kata Esteve .
Zarif yang mendengar menoleh ke arah Esteve.
"Buat apa?"
"Nak beli pampers dekat kau lah"
"Hahahaha, idea yang bernas" sokong Li Jun. Rayyan dan Lucca hanya menggeleng
sahaja. Rania sedari tadi lagi menahan tawanya dari meletus. Geli hati.
"Sial lah korang ni" marah Zarif.
Bobb...bobb...bobbb
Semua orang yang berada di dalam kereta diam. Terrrkezutt.
"Woiiiii, busuk macam bangkai. Uhuk!!" Jerkah Lucca. Sial lah budak
ni sekor. Kentut dalam kereta. Empat-empat cermin kereta diturunkan.
"Gila sial. Bau macam petai. Kau makan petai ke" kata Rayyan. Dia mengeluarkan
kepalanya dari sisi kereta. Bau tak menahan betul.
Rania mengibas-ngibaskan tangannya. Busuknya. Berapa hari dia simpan najis dia
ha? Tak pergi bertapa dalam tandas ke?
"Hahaha, baru korang tahu seksanya menahan kentut plus cirit. Puas hati aku" senyum
Zarif apabila dapat mengenakan mereka.
"Bro, dah berapa lama kau simpan bijih besi kau dalam perut tu ha?" Soal Li Jun.
"Agak lama sehingga dia bau macam ni" Hahahaha. Puas hati gila.
"Cepat lah balik gila, sebelum aku tercirit dalam ni pulak" kata Zarif. Tak rilek betui.
End flashback