TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
SOALAN STRUKTUR
4 soalan struktur
Masa diperuntukan : 15 minit
Markah diperuntukan : 15 markah
Ciri-Ciri Jawapan Struktur:
1. Tepat dan spesifik
2. Ada 3 elemen utama dalam soalan struktur
a. Isu
b. Fokus Soalan
c. Kata Tugas
KATA TUGAS 1:
1. NYATAKAN / SENARAIKAN
1. Sekadar ‘listing’/ senaraikan sahaja)
2. Menuliskan isi dengan sedikit ayat yang ringkas/frasa
3. Ditulis dalam SATU ayat.
Isu
Fokus Soalan
Contoh soalan :
1. Nyatakan tiga elemen untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia. [3m]
Jawapan: Kata Tugas
1. Calon
2. Pengundi
3. Suruhanjaya Pilihan raya
2. Nyatakan tiga sebab Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara.
[3m]
Jawapan:
Semua undang-undang yang ada tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan perlembagaan akan
terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.
Mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Badan Perundangan, Badan Eksekutif
dan Badan Kehakiman
Kata Tugas Fokus Soalan Isu
3. Nyatakan apakah yang anda faham tentang konsep negara. [2m]
Jawapan:
Suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap
yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai kerajaan yang sistematik dan
tersusun
1
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
KATA TUGAS 2:
2. TERANGKAN / JELASKAN
1. Huraian beserta sebab menjadikan sesuatu perkara itu lebih terang dan
difahami.
2. Ditulis dalam DUA ayat. (isi + huraian). Boleh juga di tulis dalam satu ayat
dengan syarat semua kata kunci terangkum.
Contoh Soalan:
Terangkan dua kepentingan Perlembagaan kepada sesebuah negara yang berdaulat?
[4m]
Jawapan:
1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil. Perlembagaan merupakan
undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada
pembentukan kerajaan.
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah. Perlembagaan telah
menjelaskan pembahagian kuasa perundangan antara kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri.
KATA TUGAS 3:
3. HURAIKAN
a. Mendeskripsikan/memerihalkan sesuatu perkara yang ditanya. Huraian
tertumpu kepada ciri.
b. Ditulis dalam DUA ayat. (isi + huraian). Boleh juga di tulis dalam satu ayat dengan
syarat semua kata kunci terangkum
Contoh Soalan:
Huraikan dua ciri demokrasi berparlimen di Malaysia? [4m]
Jawapan:
1. Pilihanraya. Pemilihan wakil rakyat ke Parlimen melalui proses pilihan raya.
2. Suara rakyat. Menjadi saluran untuk menyampaikan suara rakyat di Parlimen.
3. Majoriti membentuk kerajaan. Parti politik yang menang secara majoriti dalam
pilihanraya diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan.
2
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
Bentuk Soalan/ Fokus Soalan (FS):
Perbezaan antara:
1. Peranan (orang)
Penyelaras
Pengubal
Pentafsir
2. Tugas / tanggungjawab/ fungsi (perbuatan/kata kerja)
Mengawal
Membantu
Menyediakan
Menstabilkan
Membuat
Contoh soalan:
1. Nyatakan tiga peranan Kerajaan?
i. Penyedia kemudahan ekonomi
ii. Penstabil persaingan
iii. Penyedia pelbagai perkhidmatan
iv. Memastikan keamanan dan ketenteraman
3. Nyatakan tiga tanggungjawab/ fungsi/ tugas kerajaan?
i. Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
ii. Mengeratkan perpaduan dan keharmonian.
iii. Menjaga kedaulatan
iv. Mengadakan perhubungan antarabangsa.
Perbezaan antara:
1. Rasional
2. Objektif/ matlamat
3. Potensi
Rasional dan matlamat amat berbeza dan bercanggahan antara satu sama lain. Matlamat
berkisar kepada kesan perkara tersebut dilaksanakan tetapi rasional berkisar kepada
mengapa perkara tersebut dilaksanakan. Potensi pula berkisar kepada apa kelebihan yang
ada pada perkara itu.
1. Rasional pembentukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
a. Mengapa –Memberi peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam
bidang perniagaan.
2. Matlamat IKS
a. Kesan- Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
3. Potensi IKS
a. Kelebihan yang ada – Mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi.
3
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
Perbezaan antara:
1. Kesan.
2. Impak.
3. Implikasi negatif.
Kesan dan Impak mempunyai perbezaannya. Kesan bermaksud ada kesan positif dan kesan
negatif iaitu campuran kedua-duanya. Manakala, Impak bermaksud Kesan yang paling nyata/
jelas tentang sesuatu perkara samada semua kesan positif atau semua kesan negatif (pilih
salah satu kesan). Impak negatif pula merujuk kepada kesan negatif sahaja (selalunya tentang
isu yang negatif).
a. Kesan
i. Tulis kedua-dua kesan negatif dan kesan positif.
b. Impak
i. Kesan yang paling nyata/ jelas tentang sesuatu perkara samada semua
kesan positif atau semua kesan negatif (pilih salah satu kesan).
c. Implikasi negatif
i. kesan negatif sahaja (selalunya tentang isu yang negatif).
Contoh Soalan:
Nytakan tiga impak amalan tadbir urus terbaik dalam pelaksanaan projek program
transformasi kerajaan? [3m]
Jawapan:
1. Dasar dan objektif kerajaan tercapai.
2. Sistem penyampaian jabatan kerajaan semakin cekap.
3. Dapat meningkatkan daya saing negara.
# semua jawapan kesan positif kerana isu yang diberi adalah isu positif.
FOKUS SOALAN 1:
7. CARA/ KAEDAH.
a. Menjelaskan kaedah atau aturan membuat sesuatu.
Contoh Soalan:
Huraikan dua cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah?
[4m]
Jawapan:
1. Melalui surat saman. Surat saman mencatatkan kesalahan, tarikh, dan waktu yang
dituduh hadir ke mahkamah.
2. Melalui waran tangkap. Apabila seseorang tertuduh tidak hadir di mahkamah
pada tarikh dan waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran mahkamah, maka waran
tangkap dikeluarkan.
3. Tangkap tanpa waran. Keadaan ini berlaku apabila tertuduh ditangkap ketika
sedang melakukan jenayah.
4
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
FOKUS SOALAN 2:
8. ELEMEN
a. Sesuatu yg menjadi bahagian dlm sesuatu keseluruhan unsur.
Contoh Soalan:
Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia?
[3m]
Jawapan:
1. Persempadanan kawasan pilihanraya.
2. Pendaftaran pengundi.
3. Penamaan calon yang bertanding.
FOKUS SOALAN 3:
9. KEADAAN/ SITUASI
a. suasana yang meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb);.
Contoh Soalan:
Terangkan dua keadaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu merujuk terlebih dahulu
kepada Kerajaan Negeri sebelum sesuatu perkara yang baharu dilaksanakan.?
[4m]
Jawapan:
1. Pihak Berkuasa Tempatan hendak melaksanakan sesuatu dasar baharu. Hal ini
bertujuan supaya tidak berlaku percanggahan dalam pelaksanaan dasar
tempatan dengan Kerajaan Negeri.
2. Pihak Berkuasa Tempatan hendak melantik ahli Majlis. Hal ini kerana perjawatan
baharu akan melibatkan peruntukan kewangan dan ahli harus sehaluan dengan
dasar Kerajaan Negeri.
FOKUS SOALAN 4:
10. KEBAIKAN/ KEPENTINGAN
Memulakan dengan perkataan seperti: (Kata Kerja)
1. Meningkatkan....
2. Mengurangkan....
3. Mengekalkan....
FOKUS SOALAN 5:
11. PETUNJUK/CIRI-CIRI
Memulakan dengan perkataan seperti: (Kata Adjektif)
1. Kualiti hidup tinggi.
2. Pendapatan perkapita tinggi.
5
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEMESTER 1, 2020
Salmiah binti Ramli
Telegram channel: Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel
FOKUS SOALAN 6:
12. PIHAK
a. Merujuk kepada institusi/ pihak yang bertindak.
Contoh perkataan:
1. Pihak ibu bapa.
2. Pihak media massa.
3. Pihak kerajaan.
4. Pihak Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
FOKUS SOALAN 7:
13. SEBAB/ ALASAN
a. Yang mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mulai.
Contoh Soalan:
Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikatakan agensi yang bebas?
[4m]
Jawapan:
i. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak tanpa dipengaruhi oleh parti politik.
Dengan ini SPR bebas untuk membuat keputusan dengan adil dan saksama
tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
ii. Ahli-ahlinya bebas dan berkecuali. Dilantik daripada bukan kalangan wakil
rakyat dan bukan pegawai kerajaan.
SOALAN BERDASARKAN GAMBARAJAH
Contoh Soalan:
Berdasarkan gambar rajah di bawah, pilih empat keadaan yang menyebabkan seseorang
pemilih tidak layak mengundi pada hari mengundi. [4m]
Disabit kesalahan di mana- Nama tiada
mana bahagian dunia dan dalam daftar
dijatuhi hukuman bunuh pengundi Memperoleh
kewarganegaraan
asing
Menjalani hukuman
penjara kurang 12
bulan
Pemilih Didapati bersalah di
bawah Akta Kesalahan
Tidak sempurna Pilihan Raya 1954
akal
Contoh Jawapan:
i. Tidak sempurna akal.
ii. Nama tiada dalam daftar pengundi.
iii. Memperoleh kewarganegaraan asing.
iv. Didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
6