The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayalamkorporat, 2017-05-02 23:52:04

JPS Updates Mac 2017

JPS Updates Mac 2017

Dari Tinta

KETUA EDITOR “Tanpa air, tiadalah kehidupan
di dunia ini dan hanyalah setitik
mampu mengubah segalanya”

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Berbicara mengenai air dan isunya, sudah pasti kita akan bertumpu kepada fungsi air kepada diri sendiri dan juga alam sejagat.
Daripada sumber makan dan minum, kegunaan isi rumah, medium pengangkutan dan menjana elektrik, air sangat penting
kepada kita semua. Air merangkumi hampir 70% daripada permukaan bumi dan fungsi air sangatlah meluas dan menyumbang
kepada kesejahteraan sosial serta pertumbuhan ekonomi dunia.

Tanggal 22 Mac setiap tahun, Sambutan Hari Air Sedunia atau World Water Day akan diadakan sebagai satu hari untuk dunia
memberikan perhatian dan menyedari kepentingan air kepada penduduk sejagat. Melalui sambutan Hari Air Sedunia ini, isu-isu
berkenaan air diberikan fokus utama dengan merangka penyelesaian terbaik bagi persediaan masa hadapan.

Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Air Sedunia adalah ‘Wastewater’ atau Air sisa dan Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menyambut Hari Air ini diperingkat
Kebangsaan pada 25 Mac 2017 di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sambutan ini diadakan dengan penuh
kemeriahan dan pada masa yang sama, memahami ‘Air Sisa’ dari segi kaedah rawatan air sisa, kitar semula air sisa dan kesedaran
kawalan air daripada tercemar bagi memelihara sumber air terutamanya Ammonia dari air kumbahan.

Justeru, Buletin JPS Updates bagi bulan Mac 2017 ini juga bertemakan Sambutan Hari Air Sedunia-Air Sisa yang akan mengupas
kemeriahan perjalanan sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan dan sambutan-sambutan lain yang diadakan di
peringkat negeri serta menyediakan maklumat-maklumat informatif lain khas untuk pembaca semua. Selain dari menjadi wadah
penyampaian maklumat, seperti kebiasaannya juga buletin rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia ini turut merakamkan
aktiviti-aktiviti penting Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia mengikut peristiwa yang berlaku pada setiap bulan untuk sebaran
dalaman dan perkongsian bersama agensi awam yang lain serta media prima.

Akhir kata, sebelum saya akhiri tinta ini, marilah kita menyelami kepentingan air sempena Sambutan Hari Air Sedunia ini kerana
“tanpa air, tiadalah kehidupan di dunia ini dan hanya setitik mampu mengubah segalanya” bertepatan dengan slogan kementerian
iaitu ‘Negaraku, Alam Sekitarku’ yang baru dilancarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Dato’ Ir. Haji Mohd Azmi bin Ismail

Penasihat
Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli bin Hassan
Penyelaras
Ir. Hj. Abdullah bin Isnin
Ketua Editor
Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail
Editor
Ir.Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan
Penolong Editor
Nor Hafizah binti Mohd Suhadis
Suriani binti Hassin
Thayalam A/L Sekaran
Pereka Grafik
Adjwaz bin Roslan
Muhammad Hafiz bin Khairon

3

Sambutan Hari Air Sedunia 2017

S-BaemrtbemutaaknanH‘aWriasAteiwr aSteedr’unia Tahun 2017
Oleh : Suriani Hassin, Bahagian Korporat
Secara rasminya, pada 22 Mac setiap tahun telah
diisytiharkan sebagai Hari Air Sedunia dan SEJARAH TEMA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA
sambutannya diadakan oleh seluruh Negara di (Dari Tahun 1994 sehingga terkini)

bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada 2016 - Air dan Pekerjaan
sambutan ini, masalah krisis air dunia menjadi fokus 2015 - Air dan Pembangunan Mampan
utama yang akan dibincangkan bagi merangka kaedah 2014 - Air dan Tenaga
penyelesaiannya. 2013 - Kerjasama Air
2012 - Air dan Keselamatan: Dunia Kehausan, Kita Kelaparan
2011 - Air untuk Bandar
Sejarah Sambutan Hari Air Sedunia 2010 - Air yang Bersih untuk Dunia yang Sihat

Sejarah Sambutan Hari Air Sedunia ini bermula pada 2009 - Perairan Merentasi Sempadan
tahun 1992 di mana badan Pertubuhan Bangsa-bangsa 2008 - Pemulihan
Bersatu (PBB) telah mengajukan cadangan sambutan 2007 - Menangani Kekurangan Air
dalam Agenda 21 di Rio De Janeiro, Brazil. PBB dan 2006 - Air dan Budaya
anggotanya menyeru agar penetapan Hari Air Sedunia ini 2005 - Air untuk Kehidupan
dibuat segera memandangkan isu air terus berkembang 2004 - Air dan Bencana
dan mendapat perhatian masyarakat serta menyarankan 2003 - Air untuk Masa Hadapan
agar dipromosikan melalui perhimpunan aman. Sejak 2002 - Air untuk Pembangunan
tahun 2003, PBB bertanggungjawab dalam menyebarkan 2001 - Air untuk Kesihatan
tema dan maklumat berkenaan sambutan Hari Air 2000 - Air untuk Abad ke-21
Sedunia serta mengenalpasti cabaran berkenaan isu dan 1999 - Kehidupan Semua pada Aliran Air
krisis air yang mendatang dalam penetapan tema setiap 1998 - Air Bawah Tanah - Sumber yang Tidak Kelihatan
tahun. 1997 - Air Dunia: Adakah ia Mencukupi?
1996 - Air untuk Kota yang Dahaga
1995 - Air dan Wanita
WORLD WATER DAY 2016 1994 - Peduli pada Sumber Air adalah Kepentingan Semua Pihak

4

Tema ‘Air Sisa’ bagi Tahun 2017 Rajah Skematik Proses Rawatan Air Sisa
(Sumber : Indah Water Konsortium Sdn Bhd)
Menyedari isu berkaitan pengurusan dan rawatan air sisa
serta kesedaran kawalan bekalan air dari tercemar, ‘Air Sisa’
telah dipilih sebagai tema bagi Sambutan Hari Air Sedunia
tahun 2017. Di Malaysia, sumber air utama adalah daripada
air permukaan iaitu sungai dan empangan. Peningkatan
jumlah penduduk dan kepesatan pembangunan sektor
perindustrian telah mendorong permintaan bekalan air
yang tinggi. Hal ini menyebabkan sumber air alternatif
diperlukan bagi menampung keperluan penggunaan domestik
dan perindustrian yang semakin meningkat. Oleh sebab
itu, pengurusan permintaan air perlu dilihat secara teliti
bagi memastikan negara dapat menampung peningkatan
permintaan air ini berdasarkan sumber air yang dimiliki. Kitar
semula air sisa kumbahan merupakan salah satu pilihan bagi
mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air terawat.
Air sisa yang telah dikenalpasti boleh dikitar semula adalah air
kumbahan, air basuhan dan air sisa industri.

Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2017 Peringkat Sesi Lawatan Ke Loji Rawatan
Kebangsaan Air Sunggala, Port Dickson

Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan pada
tahun ini telah dianjurkan secara bersama oleh Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan juga Kementerian
Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 25 Mac
2017 di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Majlis ini telah
dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama
adalah YB Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar,
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir. Dr. Haji
Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Dr.
Nadzri Bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji
Zulkefli bin Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia.

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan ini
disambut dengan meriah bersama kehadiran penduduk-
penduduk berhampiran, pelajar Universiti, pelajar sekolah
dan NGO.

Pada majlis sambutan ini, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid
bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah
menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara Melukis
dan Mewarna melibatkan kanak-kanak sekolah dan anugerah
kepada pemenang Tesis Terbaik Peringkat Institusi Pengajian
Tinggi dan Anugerah Khas Sumber Air kepada komuniti.

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan ini adalah
sebagai medium dalam pembentukan integrasi di antara
stakeholders dalam aspek pengurusan sumber air secara lestari
bagi memenuhi keperluan jangka pendek dan jangka panjang
di Malaysia terutamanya dalam memenuhi tema ‘air sisa’ yang
ditetapkan pada tahun ini oleh PBB.

5

Sekitar Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2017

Pelancaran Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Hilir Program Training of Trainers River Ranger Bersama
Perak Komuniti Negeri Terengganu

Dirasmikan oleh YB Dato’ Mah Siew Kiong, MP Teluk Intan Program ini telah diadakan di Kem Pusat Ko-kurikulum
pada 11 Mac 2017, pelancaran Hari Air Sedunia Peringkat JPS Merbau Menyusut, Setiu pada 25 Mac 2017 dan telah
Daerah Hilir Perak ini telah diadakan di Dataran Sungai Bidor, dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ir. C. Poobalan. Penganjur bersama
Teluk Intan. Program yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Ir. Haji program Training of Trainers ini adalah Global Environment
Juhaimi bin Jusoh, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Centre di bawah Program National River Care Fund (NRCF).
Negeri Perak dan Jurutera Daerah Hilir Perak berlangsung Seramai 50 komuniti penduduk terlibat yang terdiri daripada
dengan meriah bagi memberikan kesedaran kepada orang 10 buah kampung di sekitar Setiu. Program ini bertujuan
awam berkenaan kepentingan air dan isu-isu berkaitan. untuk melatih dan memberikan pendedahan kepada komuniti
mengenai cara pengurusan sungai serta langkah-langkah
penjagaan bagi memastikan sungai kekal bersih. Ia juga
merupakan progam latihan kepada komuniti ke arah komuniti
yang cakna dan mencintai sungai.

Pelaksanaan program ini dilihat dapat memberikan pendedahan
dan kesedaran kepada komuniti setempat mengenai pentingnya
menjaga sumber air Negara.

Program Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah

Pada 27 Mac 2017 telah diadakan Program Hari Air Sedunia Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak
Peringkat Negeri Kedah dengan bertemakan ‘water &
wastewater’ bertempat di River Care Center (RCC), Sungai Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak telah
Petani, Kedah. JPS turut berkolaborasi bersama beberapa disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin
Jabatan dan Agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar Negeri Abd Kadir, Menteri Besar Perak pada 28 Mac 2017 bertempat
Kedah (JAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), di Dewan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Jabatan Perhutanan Negeri, Perbadanan Pengurusan Sisa Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) dan Syarikat Air
Darul Aman Sdn Bhd (SADA). Dengan bertemakan wastewater, antara pengisian program
Hasil daripada pelaksanaan program kesedaran ini telah adalah penyampaian Forum Wacana bertajuk “Kelestarian dan
membantu meningkatkan kualiti air Sungai Petani daripada Jaminan Sumber Air” dan YBhg. Dato’ Ir. Hj Norhisham bin
kelas IV kepada kelas II/III selaras dengan pemilihan Sungai Mohd Ghazali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber air dan
Petani selaku projek perintis bagi Pengurusan Lembangan Hidrologi, JPS Malaysia merupakan salah seorang ahli panel
yang terlibat.
Sungai Bersepadu melalui Program Satu Negeri Satu Sungai.

Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia
juga turut menyertai pameran pada program ini iaitu Pameran
National Water Balance System, NAWABS.

6

Komuniti CLEAR Kampung Kuai Kandazon Penerima
Anugerah Khas Sumber Air 2017

Oleh: Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai

Jawatankuasa Anugerah Khas Sumber Air melalui Jemaah Panel Petikan dari Akhbar DExpress 14 Mac 2012
Hakim yang dilantik telah memilih komuniti CLEAR (Community-
Led Environmental Awareness For Our River) Kampung Kuai FAKTA MENARIK CLEAR!
Kandazon, Penampang Sabah sebagai penerima Anugerah Khas
Sumber Air (AKSA) Tahun 2017. • Sungai Moyog khasnya di hulu
iaitu di Babagon merupakan
Anugerah ini telah diberikan kepada sumber air minum oleh seluruh
Komuniti CLEAR di atas gerak kerja masyarakat Kota Kinabalu,
yang dijalankan untuk menjaga hilir Panampang, Putatan dan
Sungai Moyog sejak dari tahun 2012. sekitarnya tetapi Sungai Moyog
di hilir telah menjadi tempat
Di antara gerak kerja yang dilaksanakan Aktiviti membersihkan tebing di pembuangan sampah sarap serta
adalah: hilir Sungai Moyog bahan kotoran melalui anak
»» Membersih sungai dan tebing sungai Aktiviti menanam pokok sungai dan parit.
Tandungu
dari pokok-pokok tumbang dan Pesta Rakit Peringkat Daerah di • Memandangkan masalah ini
sampah sarap.Dahulunya dijadikan hilir Sungai Moyog kurang mendapat perhatian
tempat pembuangan sampah kini, Pokok Tandungu di tebing Sungai daripada pihak tertentu termasuk
dengan aktiviti yang dijalankan, Moyog NGO, CLEAR telah memulakan
menjadikan kawasan tebing sungai program pemuliharaan hilir
sebagai kawasan rekreasi penduduk Sungai Moyog.
dengan pembinaan jeti dan pondok.
»» Menanam pokok ‘Tandungu’ iaitu • CLEAR telah ditubuhkan oleh
satu pokok yang hampir pupus masyarakat yang tinggal di
di tebing sungai untuk tujuan sepanjang sungai dari Kampung
pengukuhan tebing, malahan Kuai Kandazon hingga ke
buahnya dijadikan makanan kepada Kampung Kodundungan
ikan dan haiwan yang lain. Anak Penampang yang bertujuan
pokok Tandungu ini telah ditanam untuk menggerakkan kesedaran
oleh komuniti di tebing sungai masyarakat untuk perlindungan
sebagai tanda pemilikan tebing dan pemuliharaan Sungai
sungai tersebut dan seterusnya Moyog, menyumbang kepada
mereka akan menjaga, melindungi kesejahteraan kehidupan
dan menjadikan tebing sungai masyarakat dan membangunkan
sebagai taman untuk rekreasi. eko pelancongan di hilir Sungai
»» Menganjurkan Pesta Rakit peringkat Moyog.
Daerah sejak 2012 hingga kini.
Acara ini dijadikan acara rasmi
Daerah Penampang sebagai satu
usaha menyedarkan masyarakat
kepentingan sumber air dan
keperluan menjaganya. Melalui
pertandingan berasaskan rakit
bamboo, Pesta Rakit ini telah
menjadi tarikan pelancong baik
dalam negeri dan luar negeri.
»» Menganjurkan Bengkel Kesedaran
menjaga kebersihan dan Seminar
Perlindungan Sungai bagi belia dan
kakitangan masyarakat bersama
Universiti Malaysia Sabah serta
bantuan Water Quality Monitoring
Kit oleh JICA Kota Kinabalu.

7

Pelancaran Hari Operasi Pertama Pusat
Ramalan Amaran Banjir Negara
Oleh : Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH)

Malaysia merupakan Negara yang PRABN ini akan dilaksanakan di 40 Pelaksanaan bagi Program Ramalan
beriklim khatulistiwa dengan lembangan sungai utama seluruh negara dan Amaran Banjir Negara (PRAB)
keadaan panas dan lembab sepanjang dalam 3 Fasa dengan anggaran kos ini melibatkan kerjasama diantara JPS
tahun. Secara umumnya, Malaysia keseluruhan RM550 juta. dengan pelbagai agensi samada secara
menerima purata hujan sebanyak 2,940 Bagi tujuan tersebut, Pusat Ramalan langsung mahupun tidak langsung di
mm setahun dengan taburan hujan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam pengurusan banjir Negara.
yang berbeza-beza bagi setiap negeri telah ditubuhkan bertempat di Justeru, bagi mendapatkan persefahaman
bergantung kepada keadaan monsun. Bahagian Pengurusan Sumber Air dan dan kerjasama dari semua agensi yang
Hidrologi (BPSAH), JPS Ampang yang terlibat, Mesyuarat Jawatankuasa Induk
Pola hujan yang berbeza ini telah bertindak sebagai pusat kawalan bagi PRABN Bil 1/2017 telah diadakan
menyebabkan berlakunya banjir di menjalankan kerja-kerja pemantauan & pada 17 Mac 2017 bertempat di Bilik
sesetengah tempat khususnya apabila pengoperasian sistem yang dibangunkan Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber
penerimaan hujan yang berintensiti ini. Air dan Hidrologi. Sesi Mesyuarat yang
tinggi diterima dalam satu jangka masa Pada 1 Mac 2017, PRABN telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri
yang panjang dan berlarutan sehingga beroperasi secara rasmi dan majlis Ketua Pengarah JPS ini turut dihadiri
beberapa hari. pelancaran telah disempurnakan oleh oleh wakil-wakil dari NADMA, JPA,
YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli bin SKMM, NRE, MOSTI, MetMalaysia,
Sebagai salah satu usaha yang diambil Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia. ARSM, MaCGDI, JPS Bahagian dan JPS
oleh Jabatan melalui langkah bukan Pada 30 Mac 2017 Pusat Ramalan dan Negeri.
struktur berhubung permasalahan banjir Amaran Banjir Negara (PRABN) telah Melalui mesyuarat ini perbincangan
ini adalah melalui Program Ramalan dan menerima kunjungan hormat dari YBhg. berkaitan isu dan permasalahan yang
Amaran Banjir Negara (PRAB). Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua timbul dapat dikenalpasti dan strategi
Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan bagi memastikan pelaksanaan PRABN
Menerusi program ini, kejadian Alam Sekitar diiringi oleh Ketua-ketua ini berjalan lancar dapat dirangka.
banjir dapat diramal 7 hari lebih awal Jabatan dari semua agensi di bawah Penganjuran Mesyuarat ini juga dilihat
berdasarkan data ramalan cuaca dari NRE. Satu pembentangan berhubung mampu menjadi platform yang terbaik
Jabatan Meteorologi Malaysia dengan sistem pengoperasian PRABN telah bagi semua wakil agensi yang hadir
penambahbaikan amaran banjir disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. memberikan laporan, cadangan dan idea
dikeluarkan 2 hari lebih awal berbanding Norhisham bin Mohd Ghazali, Pengarah serta membolehkan kata putus dapat
6 jam sebelum ini kepada agensi Bahagian Pengurusan Sumber Air dan dicapai bagi setiap cadangan yang dibawa
berkepentingan dan penduduk yang Hidrologi kepada semua tetamu yang daripada Jawatankuasa Teknikal Program
terlibat. hadir semasa sesi kunjungan hormat Ramalan dan Amaran Banjir Negara.
tersebut.

Fasa I 3 lembangan sungai
RM 139 Juta | 2015-2017 | RMKe -10 / 11

Fasa IIA 29 lembangan sungai
RM 391 Juta | 2017-2020 | RMKe -11

Fasa IIB 8 lembangan sungai

RM 20 Juta | 2020-2022 | RMKe -12

8

Majlis Pelancaran Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Sempena Hari Pertama Operasi dan Pencapaian KPI Ketua Pengarah JPS telah
diadakan dengan jayanya pada 1 Mac 2017. PRABN yang telah dilancarkan bermula operasi secara rasminya ke arah penambahbaikan sistem ramalan dan
amaran banjir, memenuhi hasrat Kerajaan bagi kesejahteraan rakyat

Lawatan Dato’ Sri KSU NRE bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) semasa Mesyuarat Ketua-Ketua
Jabatan & Pengurusan Sumber Asli dan Alam Sekitar Bil.3/2017

9

10

Lawatan YB Menteri Sumber Asli Lawatan Ketua Setiausaha
dan Alam Sekitar ke Kampung
Semunin Jaya, Sarawak Kementerian Sumber Asli dan

Oleh : Bahagian Korporat Alam Sekitar ke Projek-Projek

Pembangunan di Negeri Pahang

Oleh : Ir. Mohamad Azam bin Mohd Nor, JPS Daerah
Pekan

YB Menteri NRE (tengah)

Pada lawatan YB Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin YBhg. Dato’ Sri KSU NRE (tengah)
Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke
lokasi hakisan tebing sungai di Kampung Semunin Jaya 11 Lawatan kerja YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua
Mac 2017 yang lalu, YB Menteri telah meluluskan peruntukan Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke
sebanyak RM500 Ribu untuk membaikpulih kawasan hakisan Negeri Pahang pada 13 Mac 2017 adalah bagi melawat
kritikal tersebut dengan kadar segera melalui JPS Negeri projek-projek pembangunan di beberapa daerah di Pahang.
Sarawak. Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Sri Ir.
Zulkefli bin Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg.
“Lulus Peruntukan RM500 Dato’ Shaharuddin bin Ibrahim, Pengarah JPS Negeri Pahang,
Ribu untuk Baikpulih YBrs. Kapten (B) Ir. Haji Anuar bin Hj. Yahya, Pengarah
Bahagian Pengurusan Zon Pantai, YBrs. En. Idris bin Yussof,
Kawasan Hakisan Kritikal Pengarah Bahagian Banjir, Jurutera Daerah Rompin dan
Melalui JPS Sarawak.” Jurutera Daerah Pekan.
Beliau telah diberikan taklimat mengenai projek-projek di
bawah RMK11 di Negeri Pahang dan melawat ke tapak banjir
dan hakisan pantai di sekitar Rompin iaitu Kampung Pianggu,
Kampung Kurnia, Kampung Setajam dan Kampung Tanjung
Pahang. Seterusnya, beliau bersama ahli rombongan lawatan
dibawa melawat ke Pantai Kampung Bernas dan Pantai Nenasi,
Pekan bagi meninjau kawasan terjejas akibat hakisan pantai.
Lawatan YBhg. KSU diteruskan ke Daerah Kuantan di mana
beliau melawat ke tapak cadangan Projek Hakisan Pantai di
Telok Cempedak dan kawasan Kampung Gudang Rasau dan
Kampung Chendering yang terjejas akibat banjir.

11

Selamat Datang Ketua Setiausaha KeTTHA ke

Pejabat Lembangan Sungai Muda, Kedah

Oleh : Mohamad Hafis bin Hassan, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara

Projek Tebatan Banjir Sungai Muda yang mula dilaksanakan pada 2002, kini siap sepenuhnya dan berupaya mengurangkan masalah banjir yang
sebelum ini sering berlaku di kawasan Lembangan Sungai Muda.

Tanggal 12 Mac 2017 merupakan hari bersejarah kepada
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia khususnya kepada
Pejabat Lembangan Sungai Muda kerana telah menerima
lawatan kerja delegasi KeTTHA yang diketuai oleh
YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Tahniah dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri Pejabat Lembangan Sungai Muda, Kedah
Ir. Dr. Zaini bin Ujang, KSU KeTTHA dan lain-lain agensi
kerana telah memilih Pejabat Lembangan Sungai Muda untuk
mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Isu Bekalan Air bagi
Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pada mesyuarat ini, ahli mesyuarat telah dibentangkan dengan YBhg. Dato’ KSU KeTTHA
hasil awal Kajian National Water Balance System (NAWABS) (kanan)
Sungai Muda yang sedang dilaksanakan oleh JPS Malaysia.
Kajian NAWABS Sungai Muda ini akan menyediakan
‘tools’ dan maklumat teknikal kepada pengurusan air bagi
memastikan sumber air dapat diuruskan secara holistik. JPS
Malaysia sentiasa komited dengan memberikan kerjasama
penuh kepada kementerian dan agensi kerajaan lain dalam isu
pengurusan sumber air, dengan ketersediaan JPS Malaysia
memiliki sejumlah 70,000 data tahunan melalui Rangkaian
Hidrologi Nasional dengan rekod melebihi 30 tahun.

Struktur Pintu Kawalan Air Sungai Muda

12

Lawatan Kerja Dato’ Sri Ketua Pengarah JPS

Oleh : Bahagian Korporat

Sebagai salah satu usaha bagi memastikan pelaksanaan projek yang berkesan, YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli bin
Hassan telah menjalankan sesi turun padang ke beberapa tapak projek di sekitar Negeri Kelantan, Terengganu dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang bulan Mac yang lalu.
Pendekatan sesi turun padang ini digunakan sebagai platform bagi melihat keadaan di tapak serta permasalahan yang
timbul dan seterusnya mengambil langkah penyelesaian terbaik bagi mengelakkan sebarang kelewatan dan kegagalan
yang berterusan di tapak bina.

YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah JPS mendengar
penerangan berkenaan kerja-kerja pembinaan
Projek RTB Sungai Bunus.

Siri Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPS Malaysia

2 Mac 2017 Bulan Mac 2017

Lawatan kerja ke Low-weir (KADA) di Sungai Kelantan, Salor, Lawatan Ketua Pengarah ke Projek
Kelantan dan Lawatan kerja ke Projek Lembangan Sungai Golok, Hakisan Pantai di Kg.Kolam, Kuala Nerus, Terengganu
Pengkalan Kubor, Kelantan
Lawatan Ketua Pengarah ke Projek
3 Mac 2017 di Low-weir di Sungai Kelantan, Kelantan

Lawatan kerja ke komponen MSMA di bawah Projek 13
Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan

5 Mac 2017

Lawatan ke Tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Projek
Gong Batu, Setiu, Projek Pemuliharaan Pantai Tok Jembal serta
Projek Hakisan Pantai di Kg. Kolam, Kuala Nerus, Terengganu

22 Mac 2017

Lawatan ke Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bunus, Kuala
Lumpur

Kursus “Familiarization of Pumping System & Safety and Health”

Oleh : Bahagian Projek Khas

Informasi Pam Projek RTB Gemas
• 3 lokasi rumah pam (5, 6 dan

Taman Sri Gemas).
• Pam Flygt (280 l/[email protected] head).
• 2 nos Mixed Flow Submersible

Pump c/w 800mm diameter
column pipe, 400mm & 300mm
discharge pipe, air release valve &
wafer check valve & fittings.
• Pam beroperasi menggunakan
bekalan elektrik TNB dan genset
disediakan untuk kegunaan
kecemasan semasa ketiadaan
bekalan elektrik.

Penggunaan pam adalah amat penting dalam membantu kerja-kerja pengalihan air lebihan dan bagi membantu mengelakkan
dari berlakunya banjir di sesetengah kawasan. Cara pengendalian pam juga amat dititik beratkan bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang mungkin berlaku di tapak.
Pada 2 - 3 Mac 2017 bertempat di Segamat, Johor, Bahagian Projek Khas (BPK) telah menganjurkan Kursus Familiarization of
Pumping System & Safety and Health bagi memberikan pamahaman berkaitan proses pengendalian pam di projek RTB Gemas
dan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.
Kursus selama 2 hari ini telah diketuai oleh YBrs. Ir.Dr. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah Bahagian Projek Khas dan dihadiri
oleh seramai 30 orang peserta. Antara taklimat yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung adalah berkaitan penerangan
keseluruhan rekabentuk Projek RTB Gemas oleh Perunding ARSEA, pengenalan kepada komponen M&E RTB Gemas, Operasi
dan Penyelenggaraan pam dan Safety & Health Training (Construction Site Accident Investigation And Reporting).

Lawatan Kerja dan Mesyuarat di Perpustakaan JPS Malaysia

Oleh : Mashizam binti Mohamad, Bahagian Korporat

Lawatan kerja yang telah diadakan oleh Pengarah Kanan
dan dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian Jabatan
Pengairan dan Saliran, Malaysia ke Perpustakaan pada 6 Mac
2017 yang lalu telah memberi pendedahan kepada pihak
pengurusan atasan mengenai perkhidmatan di perpustakaan
JPS. Melalui lawatan tersebut juga satu jawatankuasa di
peringkat perpustakaan iaitu Jawatankuasa Pembangunan
Perpustakaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan
telah ditubuhkan. Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan
Perpustakaan ini adalah bagi membincangkan dan
menguruskan hal-hal berkaitan perpustakaan supaya hala
tujunya dapat dicapai melalui sesi perbincangan yang lebih
terperinci.

Pengarah Kanan menunjukkan buku “DID Manual” yang
menjadi rujukan penting warga JPS

14

Sekitar Majlis Anugerah Mesyuarat Penyelarasan Working
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Group 2, Maklumat Sumber Air Bil
Tahun 2016 1/2017

Oleh : Muhammad Hafiz bin Khairon, Oleh : Nor Hafizah binti Mohd Suhadis, Bahagian
Bahagian Korporat Korporat

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) NRE Bagi memastikan sumber air terjamin untuk keperluan
2016 telah diadakan pada 9 Mac 2017 bertempat di semasa dan akan datang, maklumat dan risikan air
Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, Selangor adalah salah satu komponen yang amat penting dalam
dengan bertemakan ‘‘Memperkasakan Warga Progresif ”. mengenalpasti ketersediaan sumber air yang boleh
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dan selaras dengan digunapakai dan disimpan secara lestari bergantung kepada
dasar penjimatan, penyampaian Anugerah Perkhidmatan situasi semasa. Justeru, Working Group 2 (WG2) – Maklumat
Cemerlang pada tahun ini dibuat secara bersekali oleh pihak Sumber Air telah diwujudkan dalam usaha memastikan
Kementerian bersama-sama semua agensi dibawahnya jaminan sumber air tersebut dapat dicapai bermula dari
termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran. Pada hari yang pewujudan Katalog Sumber Air sehinggalah kepada
sama juga, YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui pembangunan Sistem Maklumat Sumber Air yang akan
ucapan perasmian beliau telah melancarkan tagline rasmi NRE dibangunkan kelak.
iaitu #negarakualamsekitarku yang merupakan ilham dan Pada 9 Mac 2017, telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan
cetusan idea beliau sendiri. Working Group 2 bagi membuat pengemaskinian dan
menyelaras pengumpulan maklumat-maklumat sumber air
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Dato khususnya berkaitan sistem sediada yang digunapakai oleh
Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber semua agensi dalam pengurusan maklumat sumber air di
Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir. Dr Hj Hamim bi Samuri, jabatan masing-masing agar dapat dihimpunkan kedalam
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ satu sistem yang bersepadu pada masa akan datang.
Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Skop Kerja Working Group 2 adalah seperti berikut:
Asli dalam beberapa sesi yang berlainan. Antara anugerah
yang turut disampaikan pada hari tersebut adalah Anugerah 1 Mengenal pasti maklumat-maklumat sumber air
Kecemerlangan NRE (AKNRE) dan Anugerah Lama daripada semua agensi yang terlibat dan membentuk
Berkhidmat (ALB). sistem katalog sumber air negara

Seramai 92 orang pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran 2 Menyelaras sumber maklumat dan mewujudkan
yang terdiri daripada 36 orang pegawai pengurusan dan jaringan kerjasama serta komunikasi antara agensi
profesional dan 56 orang pegawai pelaksana telah menerima
penganugerahan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 Mengenal pasti sistem dan tatacara penyelenggaraan
semua penerima. maklumat komprehensif sumber air pelbagai peringkat

4 Mengenal pasti peluang pewujudan sistem perkongsian
dan akses maklumat di kalangan pihak berkepentingan

5 Mengenal pasti peluang penubuhan Pusat Maklumat
Sumber Air Negara, tatacara penyelenggaraan,
pengarkiban, penyelidikan dan rujukan

6 Merangka dan menambahbaik sistem maklumat
sedia ada secara berterusan bagi tahun 2014 –2020

7 Menanda aras sistem maklumat sedia ada dengan
sistem luar negara yang telah diiktiraf (well known)

15

JPS IN HIGHLIGHT

Sisipan Akhbar Sinar Harian - Terengganu

16

Operasi SMART Tunnel Situasi di Masjid Jamek pada 19 Mac 2017.
Mod 2 Terowong SMART diaktifkan untuk
Oleh : Pusat Kawalan SMART
mengelakkan paras air sungai naik
Stormwater Management and Road Tunnel (SMART)
merupakan penyelesaian jangka panjang bagi masalah • Semasa cuaca baik atau hujan turun tidak lebat,
banjir besar di Bandaraya Kuala Lumpur. Objektif utama terowong trafik dibuka untuk laluan trafik
terowong SMART adalah sebagai laluan untuk air banjir masuk dan keluar ke Pusat Bandaraya Kuala
yang dilencongkan dari mengalir ke tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Lumpur. Terowong ini juga merupakan terowong dwifungsi
yang turut digunakan bagi fungsi laluan untuk kenderaan ringan. • Berlaku apabila hujan turun dan kadar alir di
Apabila berlaku keadaan di mana kadar alir sungai adalah stesen Hidrologi yang terletak di pertemuan
tinggi di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang dengan Sungai Klang / Sungai Ampang (L4)
tempoh yang berpanjangan, lencongan air banjir ke Terowong mencatatkan 70 -150 meter padu sesaat (m3/s).
SMART akan dilaksanakan dan terowong akan ditutup kepada
kenderaan. • Sebanyak 50 m3/s sahaja akan memasuki
Sebagaimana yang telah berlaku pada 19 Mac 2017 yang lalu, Sungai Klang dan dialirkan ke Pusat
hujan lebat yang berterusan telah turun dari jam 3 hingga 4.20 Bandaraya Kuala Lumpur manakala air
petang dan telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan banjir lebihan akan disalur masuk ke Kolam
di Kuala Lumpur. Ketika kejadian tersebut, terowong SMART Takungan Berembang yang seterusnya akan
telah beroperasi di dalam mod II bagi menyalirkan sebanyak dilencongkan ke Kolam Takungan Taman
156 meter padu sesaat (m3/s) air melalui terowong SMART di Desa menggunakan laluan bawah terowong.
lower deck ke Desa Pond yang terletak di hiliran terowong. Mod
operasi bagi terowong SMART adalah bergantung kepada paras • Terowong trafik masih dibuka untuk laluan
air semasa dan di antara tahun 2008 hingga 2012 di sepanjang trafik.
tempoh 10 tahun sejak SMART mula beroperasi, sebanyak 5 kali
SMART telah beroperasi di dalam mod IV bagi mengurangkan • Berlaku apabila hujan lebat turun dan model
keadaan banjir dari menjadi lebih buruk lagi di sekitar kawasan ramalan banjir meramalkan kadaralir di L4
Kuala Lumpur pada ketika itu. melebihi 150 m3/s.

Mod Operasi SMART Tunnel • Sebanyak 10 m3/s sahaja akan memasuki Sungai
Klang dan dialirkan ke Pusat Bandaraya Kuala
Lumpur manakala air banjir lebihan akan
disalur masuk ke Kolam Takungan Berembang
yang seterusnya akan dilencongkan ke Kolam
Takungan Taman Desa menggunakan laluan
bawah terowong.

• Terowong trafik akan dikosongkan daripada
kenderaan untuk persediaan operasi mod 4

• Berlaku selepas satu - dua jam amaran
mod 3 dikeluarkan dan hujan lebat masih
berterusan.

• Terowong trafik akan digunakan untuk laluan
air banjir.

17

Knowledge Enhancement and
Awareness (KEA) Towards
Water Security

Oleh : Humid Tropics Centre KL

Selaras ke arah memberikan kesedaran dan pendidikan
berhubung sekuriti air, Program Knowledge Enhancement
and Awareness Towards Water Security - subject matter : Soil
Water Index (KEA SWI) telah diadakan melalui kolaborasi
antara Bahagian Pengurusan Banjir, Bahagian Pengurusan
Sumber Air dan Hidrologi dan Bahagian Korporat yang
diselaraskan oleh HTC KL selaku Pengurus Program.
KEA SWI yang telah diadakan pada 15 Mac 2017 ini telah
dihadiri oleh seramai 43 orang peserta di kalangan rakan-
rakan ahli International Hydrological Program (IHP).
Melalui pelaksanaan program ini, rakan-rakan ahli IHP
dapat mengambil peluang memberikan cadangan strategi,
pandangan dan berbincang dengan lebih terperinci bagi
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dalam
bidang sekuriti air. Melalui program-program yang
seumpama ini dapat membuka ruang dan peluang untuk
jabatan mewujudkan satu rangkaian pakar sains serantau
dan mendorong kepada pelbagai usahasama diperingkat
antarabangsa pada masa akan datang.

Lawatan Delegasi Municipal Council of Qatar

Oleh : Adjwaz Bin Roslan, Bahagian Korporat

Pada 22 Mac 2017 yang lalu, JPS Malaysia telah menerima kunjungan daripada beberapa orang delegasi dari Municipal
Council of Qatar. Satu pembentangan berkaitan Pengurusan Saliran Bandar telah disampaikan oleh YBrs. Puan Hjh Zalilah
binti Selamat, Pengarah Bahagian Saliran Mesra Alam. Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Sri Ir.
Hj. Zulkefli bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail,
Pengarah Bahagian Korporat, JPS Malaysia.

18

Pertandingan Mewarna Teknik Seminar Tahunan Kesihatan
Kolaj Kanak-Kanak Sempena Puspanita 2017
Cuti Sekolah
Oleh : Rahmah Binti Mohd Ramli, Bahagian
Oleh : Mashizam binti Mohamad, Bahagian Korporat Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal

Sempena sesi cuti persekolahan penggal pertama yang lalu, Seminar Tahunan Kesihatan Puspanita telah diadakan
Unit Perpustakaan Bahagian Korporat, Ibu Pejabat JPS pada 27 Mac 2017 bertempat di De’ Seri Endon,
Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Teknik Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya dan telah dihadiri oleh
Kolaj Kanak-Kanak terbuka kepada anak-anak kakitangan peserta dari berbagai kementerian dan jabatan. Sebanyak 6
JPS berumur di antara enam hingga sepuluh tahun. Program sesi telah dibentangkan dalam seminar tersebut yang khusus
seumpama ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan memfokuskan tentang kesedaran kesihatan termasuk hal
ilmu dan buku di kalangan anak-anak di samping mendekatkan berkaitan Teknik-teknik Senaman, penyakit jantung, buah
anak-anak dengan perpustakaan. Selain itu, program ini pinggang dan ancaman kanser, jenayah seksual kanak-kanak
juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan dan transgender. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri
para peserta dan warga JPS itu sendiri serta menggalakkan Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat
peminjaman buku-buku di peringkat awal. Seramai 21 orang PUSPANITA dan YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang
kanak-kanak telah mengambil bahagian di dalam acara ini. Dipertua PUSPANITA.

Nottingham Charity Run 2017

Oleh : Thillappan a/l Subramaniam, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian

Tahniah diucapkan kepada pasukan larian JPS di atas kemenangan tempat pertama cabaran Nottingham Charity Run 2017
pada 19 Mac 2017 yang lalu. Kejayaan yang diperolehi oleh pasukan larian JPS ini sudah pastinya membanggakan seluruh
warga JPS dan mengharumkan nama JPS Malaysia. Tahniah!

Pasukan larian JPS : Azril Hafiz bin Ab Rahim, Ooi Soon Lee, Maruthamuthu Sankar A/L Angappan & Thillappan A/L Subramaniam
19

Blue Ocean Strategy Online Training (BOSOT)

Oleh : Sayed Yazid bin Sayed Jamaluddin Safri, Bahagian Pembangunan Modal Insan

Pada tahun 2005, Blue Ocean Strategy NBOS merupakan satu pendekatan Oleh yang demikian, bagi memastikan
(BOS) atau Strategi Lautan Biru kreatif baharu. Idea Strategi NBOS sasaran ini tercapai di dalam Pelan
yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan ini adalah menyediakan satu cara Transformasi JPS Malaysia, Bengkel
Kim dan Profesor Renée Mauborgne yang kreatif dan sistematik bertujuan Pelaksanaan Blue Ocean Strategy
mengistilahkan bahawa BOS sebagai untuk mewujudkan nilai tinggi dengan Online Training (BOSOT) Siri 1/2017
membekalkan satu cara yang kreatif memaksimumkan penggunaan sumber telah dilaksanakan oleh Bahagian
dan sistematik dalam mewujudkan sedia ada di pelbagai Kementerian yang Pembangunan Modal Insan (BPMI)
nilai tinggi dengan kos rendah bagi terlibat serta mencapai hasil positif melalui Seksyen Pembangunan Latihan
sesuatu organisasi. Selaras dengan dalam tempoh yang singkat. Melalui pada 28-29 Mac 2017 bertempat di
kepentingan dan fungsi Kerajaan NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi Makmal Komputer Seroja, JPS Ampang.
yang semakin mencabar, maka YAB berkolaborasi dalam merangka dan Pada tahun 2017, seramai 150 orang
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi pegawai JPS yang terpilih diwajibkan
Razak, Perdana Menteri Malaysia telah Lautan Biru yang kreatif dan bersifat menyertai Kursus BOSOT ini dan ianya
mengadaptasi pendekatan ini sekaligus transformatif kepada negara. dilaksanakan secara berperingkat.
memperkenalkan National Blue Ocean Taklimat BOSOT ini telah disampaikan
Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan oleh Pn. Zuraidah binti Muda daripada
Biru Kebangsaan pada tahun 2009 untuk Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
dilaksanakan oleh Kerajaan. NRE.

“Strategi Lautan Biru Kebangsaan
menggalakkan setiap penggerak
inisiatif untuk mengikis pemikiran
atau pendekatan kerja secara ‘silo’
dan berpegang kepada prinsip
kos rendah, berimpak tinggi dan
pelaksanaan pantas”
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Ketua Setiausaha Negara

20

Program Bicara Psikologi: Majlis Penyampaian Sijil Asean
Jom Sihat, Prestasi Hebat! Chartered Professional Engineer
(ACPE)
Oleh : Sayed Yazid bin Sayed Jamaluddin Safri,
Bahagian Pembangunan Modal Insan Oleh: Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman, Bahagian
Projek Khas
Gaya hidup sihat merupakan satu amalan kehidupan
yang dapat memberi kesan positif kepada seseorang Pada 27 Mac 2017 bertempat di Pejabat Lembaga Jurutera
individu, institusi keluarga, organisasi dan juga masyarakat. Malaysia, beberapa orang pegawai di Jabatan Pengairan
Oleh yang demikian, kepentingan menjaga kesihatan dari dan Saliran Malaysia telah menerima pengiktirafan
segi fizikal, mental dan emosi perlulah dititikberatkan serta di peringkat ASEAN yang telah diperakui dan layak
diberi keutamaan. Justeru itu, melalui jalinan usahasama memperolehi status Asean Chartered Professional Engineer
antara Bahagian Pengurusan Psikologi NRE, Rakan (ACPE). Sijil pengiktirafan ini telah disampaikan oleh
Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Bahagian President Lembaga Jurutera Malaysia merangkap Chairman,
Pembangunan Modal Insan (BPMI), JPS Malaysia telah National Monitoring Committee, International Professional
menjayakan Program Bicara Psikologi bertajuk “Jom Sihat, Engineering Practices.
Prestasi Hebat” pada 22 Mac 2017 di Dewan Auditorium
JPS Ampang. Ianya merupakan pencapaian yang amat membanggakan
dimana Jurutera-Jurutera JPS bukan sahaja telah diiktiraf
Perkongsian ilmu melalui ceramah yang disampaikan sebagai Jurutera Professional di Malaysia malah kini telah
oleh Dr. Harlina Halizah Siraj @ Ramli, Pensyarah Jabatan diiktiraf di peringkat Asean. Melalui pengiktirafan ini,
Pendidikan Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia Jurutera Malaysia boleh berdaftar sebagai Registered Foreign
ini telah banyak memberi pendedahan dan pengetahuan Professional Engineer (RFPE) di negara-negara Asean
kepada peserta mengenai kesedaran dan kepentingan dan sehingga kini hanya terdapat 294 ACPE di Malaysia.
penjagaan kesihatan yang mempengaruhi kualiti dan Ini adalah satu pengiktirafan kepada Jurutera-Jurutera
prestasi kerja seharian. Professional di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada Dato’
FAKTA !!1. Golongan kelas pertengahan antara ratusan Sri Ir. Hj. Zulkefli bin Hassan, Ir. Abdullah bin Isnin, Ir. Dr.
Ahmad Anuar bin Othman, Ir. Kapt Anuar bin Yahya, Ir.
pesakit psikiatri di HKL. Norlida bt Mamad dan Ir. Bibi Zarina bt Che Omar selaku
penerima yang mendapat pengiktirafan ini.

2. Klinik Psikiatri HKL menerima sehingga 160
pesakit setiap hari yang mengalami pelbagai
masalah mental daripada yang serius seperti
skizofrenia sehingga yang paling kerap
dialami seperti depresi (kemurungan).

21

22

Akta Bayaran dan
Adjudikasi Industri Binaan
2012 (CIPAA) – Persiapan
Menghadapinya dan Isu
Terkini

Oleh: Khairul Shahril bin Ramli, Bahagian Ukur
Bahan dan Pengurusan Kontrak

Dalam usaha Jabatan memastikan pelaksanaan projek
dilaksanakan dengan betul, sesi perkongsian ilmu
berkaitan ‘Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Binaan 2012
(CIPAA) - Persiapan Menghadapinya dan Isu Terkini telah
diadakan pada 31 Mac 2017 bertempat di Bilik Gerakan, Ibu
Pejabat JPS Malaysia. Kursus dalaman yang dianjurkan oleh
Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak ini bertujuan
memberikan pemahaman kepada semua kakitangan yang
terlibat dalam pengurusan projek supaya lebih memahami dan
peka akan pentingnya cara menghadapi dan menangani proses
adjudikasi yang berlaku dalam tempoh masa yang ketat.

Taklimat Kesedaran Berkaitan Selain daripada memberikan panduan dan menggariskan
Pengendalian Tempat Kerja langkah-langkah serta tindakan yang perlu diambil oleh
Ruang Terkurung Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (bagi pihak Kerajaan) di
setiap adjudikasi, turut diterangkan di dalam bengkel ini adalah
Oleh : Engku Muhammad Azlan bin Che Engku proses aliran adjudikasi di bawah Akta CIPAA-2012. Bengkel
Husin, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan yang turut disertai oleh beberapa orang Pengarah Bahagian
Elektrikal seperti YBrs. Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman (BPK), Ir. Ng
Kok Seng (BPLS) dan Dato’ Ir. Gapar Bin Asan (PLSK) serta
Lanjutan dari Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan JPS 62 orang peserta ini telah memperolehi kelulusan program
Malaysia Bil 1 Tahun 2017, YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli CPD dan sebanyak satu (1) kredit CPD telah diluluskan oleh
bin Hassan telah mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (LBJM).
latihan / taklimat berkaitan ruang terkurung kepada warga
pekerja Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK). Taklimat
ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai JPS
Malaysia dalam mengenalpasti tempat kerja ruang terkurung
serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui
oleh pihak majikan dan pekerja termasuk kontraktor dalam
mengendalikan tempat kerja ruang terkurung.

Pada 27 Mac 2017, telah diadakan Taklimat Kesedaran
Berkaitan Pengendalian Tempat Ruang Kerja Terkurung di
Bilik Mesyuarat Pejabat Lembangan Sungai Klang (PLSK),
JPS Malaysia dan telah dirasmikan oleh Ir. Noorhazilah Binti
Baharin, Timbalan Pengarah (Operasi) PLSK. Melalui taklimat
ini, majikan dan pekerja dapat mengetahui keperluan berkaitan
keselamatan semasa mengendalikan tempat kerja ruang
terkurung seterusnya mencegah sebarang perkara yang boleh
menyebabkan kemalangan di tempat kerja.

23

Bengkel User Requirement Pembinaan Levee Sungai Pahang
Program Pembangunan
National Water Balance Pengauditan Projek-Projek
System (NAWABS) bagi Melebihi 100 Juta
Pengurusan Sumber Air
Negara (Fasa 1) Oleh: Wan Zaidi bin Wan Mahamood, Bahagian
Audit Prestasi
Oleh : Bahagian Pengurusan Sumber Air dan
Hidrologi Susulan daripada arahan bagi pelaksanaan audit untuk
projek-projek JPS bernilai melebihi RM100 juta yang telah
Dalam memperkukuhkan jaminan sumber air negara, dikeluarkan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua
satu pendekatan secara holistik telah diambil melalui Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, pada
pembangunan National Water Balance System, NAWABS yang 21 – 23 Mac 2017 yang lalu telah diadakan audit susulan
akan berfungsi sebagai Decision Management Support System ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II
dalam pengurusan sumber air. NAWABS bertanggungjawab – Pembinaan Levee Sungai Pahang Darul Makmur . Audit
sebagai satu management tools bagi membantu membuat tersebut telah dilaksanakan oleh wakil dari Bahagian Audit
ramalan dan amaran dalam menjangka krisis air dan kemarau Prestasi (BAP) yang terdiri daripada En. Muhd Zulkifli bin
dengan lebih awal. Ia akan bertindak sebagai satu pusat bagi Idris, En. Mohd Faizal bin Abdul Jalil, En. Wan Zaidi bin Wan
membantu membuat keputusan dalam pengurusan banjir dan Mahamood dan En. Mohd Zulkefli bin Mustaffa.
kemarau di dalam Negara.
Di antara semakan yang dibuat semasa pelaksanaan audit
Pada 21 -24 Mac 2017 bertempat di Pejabat IADA Seberang susulan ini adalah berkaitan pemeriksaan rekod dan dokumen
Jaya, telah diadakan Bengkel User Requirement Program berkaitan perlantikan Pegawai Penguasa, kelulusan bahan
Pembangunan Water Balance Bagi Pengurusan Sumber Air binaan dan pengujian, Mesyarat tapak dan Buku Harian Tapak,
Negara (Fasa 1) – National Water Balance Management System rekod dan dokumen CPM, perubahan skop semasa pembinaan
(NAWABS) bagi Lembangan Sungai Muda yang diketuai oleh dan perubahan kerja, serta lanjutan masa dan bayaran.
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norhisham bin Mohd Ghazali, Pengarah Lawatan ke tapak projek berkaitan turut dibuat selepas sesi
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi. Bengkel ini audit berkaitan selesai.
diadakan bagi mengenalpasti kehendak dan keperluan setiap
agensi (Stakeholder) yang berkaitan dalam pengunaan air di
Lembangan Sungai Muda untuk dimasukkan ke dalam sistem
NAWABS serta paparan maklumat yang diperlukan oleh setiap
agensi apabila sistem ini telah beroperasi kelak.

24

Thailand Cableway Station

Audit UNESCO – MUCP Joint Technical Meeting –
Perkongsian Data Hidrologi
Oleh : Nursyarien Abdul Samad, HTC Kuala Lumpur Lembangan Sungai Golok

Program kerjasama Malaysia - UNESCO (MUCP) Oleh : Mohd Eizam Yusof, Bahagian Pengurusan
merupakan program kerjasama di antara Malaysia - Sumber Air dan Hidrologi
UNESCO dalam usaha untuk menggembleng kepakaran dan
perkhidmatan institusi di Malaysia seterusnya memberi faedah Sungai Golok adalah merupakan sungai yang terletak di
kepada Negara-Negara Asia dan di rantau Asia termasuk sempadan Negara Malaysia dengan Wilayah Thai Narathiwat
Afrika dengan penekanan khusus kepada Negara-Negara dan dan turut diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Kepulauan kecil yang kurang maju dan mundur. Pelaksanaan Kelantan. Hal ini termasuklah pengurusan bagi data Hidrologi
projek di bawah MUCP akan menyumbang kepada pencapaian yang berkait rapat dengan pembekalan data hujan, aras air,
matlamat pembangunan yang dipersetujui di peringkat enapan ampai sungai, dan sejatan bagi kegunaan kajian dan
antarabangsa termasuk Matlamat Pembangunan Milenium sebagainya. Justeru, satu sesi mesyuarat bersama Kerajaan
(MDG) dan juga Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Thailand bertempat di JPS Jajahan Pasir Mas Kelantan telah
diadakan pada 21 Mac 2017 yang lalu. Mesyuarat tersebut
JPS adalah merupakan salah satu Jabatan yang turut terlibat telah diketuai oleh YBhg. Ir Hj Norhisham bin Mohd Ghazali,
didalam program ini melalui penyaluran dana oleh Malaysia Pengarah Bahagian Pengurusan Hidrologi JPS Malaysia dan Mr
Fund-in Trust (MFIT) bagi pelaksanaan projek-projek oleh Chaiwut Wattanakarn, Director of Hydrology Irrigation Centre
pihak Humid Tropic Centre, Kuala Lumpur (HTCKL) (Southern Region), Royal Irrigation Department Thailand.
selaras dengan keempat-empat fungsi HTCKL sebagai Water
Centre Category 2 (WC2). Bagi menyemak dan memastikan Tujuan utama mesyuarat ini diadakan bersama dengan
keberjayaan pelaksanaan projek dan mencapai objektif projek, Kerajaan Thailand adalah untuk membincangkan isu-isu
satu sesi audit telah dijalankan pada 16 Mac 2017 . Sesi audit berkaitan data hidrologi untuk kepentingan bersama antara
tersebut telah disempurnakan oleh Dr. Olivia La D’Castello, sempadan dua negara Malaysia-Thailand. Perkara-perkara
wakil dari UNESCO dan Puan Sharizad Binti Sulaiman, utama yang dibincangkan adalah termasuk perkara berkaitan
wakil dari MFIT. Lawatan tapak ke Integrated Stormwater Mutual calibration of rating curve at cableway station, Real time
Management (MSMA- ISME) Showcase turut dijalankan pada monitoring system dan Joint website for golok river basin.
hari tersebut.

25

26

Logo Rasmi Logo Rasmi
Jabatan Parit dan Tali Air Jabatan Pengairan dan Saliran

(1989)

Pada 15 Mac tahun 1989, jabatan ini yang asalnya dikenali
sebagai Jabatan Parit dan Tali Air atau JPT telah bertukar nama
secara rasminya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Logo baru JPS yang berbentuk gelombang yang digunapakai
sekarang telah dilancarkan pada tahun 1992. Pencipta logo ini
adalah En. Aziz Jopri.

Logo Rasmi
Jabatan Pengairan dan Saliran

(1992- Kini)

27

“Tanpa air, tiadalah kehidupan di dunia ini dan
hanya setitik mampu mengubah segalanya”


Click to View FlipBook Version