The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayalamkorporat, 2017-03-17 04:25:26

JPS Updates Feb 2017

JPS Updates Feb 2017

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

River of Life Bakal Bersiaran Lawatan Timbalan Menteri NRE
di BBC Live ke lokasi banjir di Pekan, Pahang
Perhimpunan Kali Pertama dan Penyertaan JPS Dalam Network of Asian
Sambutan Tahun Baru Cina River Basin Organisations (NARBO)

facebook.com/Jabatan Pengairan Follow us on Follow us on http://water.spab.gov.my
dan Saliran Malaysia - DID
twitter instagram.com/JPSMalaysia(DID)

twitter.com/JPS Malaysia

WWW.WATER.GOV.MY

Isi Kandungan

Lawatan Perdana Menteri Lawatan rasmi Bahagian Penyertaan JPS Dalam
ke Tapak River of Life Khidmat Pengurusan ke Network of Asian River
Projek Lencongan Banjir Basin Organisations
Infografik River of Life Barat Perlis dan Empangan (NARBO)
Timah Tasoh, Perlis
Kursus Lesson Learnt in
River Of Life - Bakal Lawatan ke projek menaiktaraf Contractual issues
bersiaran di BBC Live pusat konservasi gajah
kebangsaan (PKGK) Kuala Sekitar Larian
Perhimpunan Bil Gandah, lanchang, Pahang ‘H20 Run 2017’
1/2017 dan Sambutan (fasa 2)
Perayaan Tahun Baru Tahniah Pasukan Boling
Cina Mesyuarat Pengurusan JPS
Sektor Pakar JPS, Malaysia
Sistem MYRAM APP. 2.0 dan lawatan ke Taman Majlis Pecah Tanah Projek
Negara Kuala Tahan, Pembangunan Lembangan
Taklimat CUEPACS dan Pahang dan Lawatan Sungai Moyog, Sabah
Anti Dadah (TEKAD) teknikal ke Zoo Bukit
Gambang Safari Park Perasmian Community in
Lawatan Delegasi India River (COIR), peringkat
ke JPS Malaysia Mesyuarat Pemurnian Negeri Johor
Garis Panduan National
Sekitar Lawatan YBTM ke Dam Safety Management Pengauditan Projek-projek
lokasi banjir di Pekan Guidelines (NDSMG) Dan melebihi 100 juta
Lawatan Ke Empangan
Lawatan KSU NRE ke RTB Kenyir Majlis Ramah Mesra KP
Sungai Jimah dan RTB Sg. dengan Pesara Bulan Jan
Simin, Negeri Sembilan Penerbangan Pesawat hingga Mac 2017
Ebee Sensfly di Empangan
JPS In Highlight Perting, Pahang Lawatan Heriot-Watt
University, United Kingdom
Majlis Penyampaian Bengkel Kajian Pengurusan ke JPS Malaysia
Projek-Projek Kecil JPS Maklumat Sumber Air
Malaysia kepada 52 JKK Bersepadu Mini Karnival Kesihatan
Kawasan Dun N3 Tg. Anjuran Puspanita
Datu oleh YBM Study Mobile Flood Wall
Barrier SUDUT MAKLUMAT
Lawatan tapak Program
NAWABS Lembangan Lawatan Unit Integriti BISIK-BISIK JPS
Sungai Similajau, Sarawak Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia ke Pesona Tudung Rasmi
Unit Integriti JPS malaysia JPS Malaysia

SIDANG REDAKSI Penasihat
Dato’ Sri Ir. Hj Zulkefli Bin Hassan

Penyelaras
Ir. Haji Abdullah Bin Isnin

Ketua Editor
Dato’ Ir. Hj Mohd Azmi Bin Ismail

Editor
Ir. Wan Hasitinaziah Binti Mohd Hassan

Penolong Editor
Nor Hafizah Binti Mohd Suhadis
Suriani Binti Hassin
Thayalam a/l Sekaran

Pereka Grafik
Muhammad Hafiz Bin Khairon
Adjwaz Bin Roslan

Dari Tinta Ketua Editor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

“Bagi merealisasikan Istimewanya keluaran JPS Updates pada bulan Februari ini
sungai yang berdaya adalah kerana sisipan utama yang bertemakan River of Life (ROL)-
huni, kebersihan sungai Back to Beauty, lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, YAB Dato’
perlulah dijaga, kerana Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak melawat ke tapak ROL
sungai adalah nadi di Masjid Jamek, Kuala Lumpur baru-baru ini. River of Life atau
Sungai Nadi Kehidupan merupakan satu Entry Point Project (EPP)
kehidupan” yang dikenalpasti dalam NKEA Greater Kuala Lumpur/ Lembah
Klang di bawah program Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). ROL
ini bertujuan untuk menjadikan Sungai Klang sebagai sebuah sungai
yang vibrant dan berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi
melalui 3 komponen iaitu Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai
dan Pembangunan Tanah di tepi sungai. Jika dilihat keadaan Masjid
Jamek sekarang sudah jauh berbeza dengan keadaan yang dulu, di
mana pengindahan koridor Sungai Klang di Masjid Jamek ini telah
mengubah keadaaan daripada landskap sungai yang biasa dan kualiti
airnya dari III/ V kepada sungai yang menjadi daya tarikan di bandar
Kuala Lumpur dan mampu menjana ekonomi yang tinggi kepada
Kuala Lumpur. Sudah tentunya dengan sedikit maklumat yang saya
berikan ini dapat memberikan idea kepada pembaca betapa besarnya
impak projek ROL ini kepada bandaraya Kuala Lumpur kita.
Selain dari menjadi wadah penyampaian maklumat, seperti
kebiasaannya juga buletin rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran,
Malaysia ini turut merakamkan aktiviti-aktiviti penting Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia mengikut peristiwa yang berlaku
pada setiap bulan untuk sebaran dalaman dan perkongsian bersama
agensi awam yang lain serta media prima. Saya juga mengharapkan
agar artikel berbentuk ilmiah yang dimuatkan dalam buletin ini dapat
mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan warga
JPS Malaysia serta pembaca dalam melaksanakan amanah dan tugas
yang telah diberi.
Akhir kata, sebelum pembaca melangkah pembacaan ke
helaian yang seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2017 kepada
semua warga JPS dan pembaca yang berbangsa Cina, semoga Tahun
Ayam ini membawa kebahagian dan kejayaan!. Gong Xi Fa Cai!.

Dato’ Ir. Haji Mohd Azmi Bin Ismail

3

‘ R edRiivsecr oofvLiefer, Reconnect’
- YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

DOleh: Suriani Hassin, Bahagian Korporat Perdana Menteri juga “ Saya percaya melalui
i dalam akaun ‘Facebook berkata, menjelang tahun projek ROL ini,
Najib Razak’ , beliau telah 2020, kualiti air Sungai di
menyatakan bahawaProjek Bandaraya Kuala Lumpur akan potensi Bandaraya
River of Life (ROL) atau Sungai berubah, di mana kualiti air Kuala Lumpur bakal
Nadi Kehidupan ini merupakan sungai ditambahbaik dari kelas direalisasikan apabila
salah satu usaha kerajaan dalam III-IV kepada kelas IIB (yang aset sungai yang wujud
mentransformasikan lanskap didefinisikan sebagai lebih selamat
Bandaraya Kuala Lumpur untuk untuk rekreasi dan sentuhan dapat digunakan
menjadi sebuah bandaraya yang badan). secara optimum dan
berhuni tinggi dan penduduknya pada masa yang sama,
mempunyai kualiti hidup tinggi. alam sekitar kita dapat
Di bawah projek ROL ini, Sungai
Gombak dan Sungai Klang akan dipelihara.”
dibersihkan, diindahkan dan
diberikan nafas baru sebagai
Pusat Warisan dan Komersial bagi
Greater Kuala Lumpur.

4

Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia Interceptor system yang dipasang
memaklumkan bahawa kerja-kerja pembersihan di tapak
sungai sepanjang 110 kilometer Lembangan
Sungai Klang di bawah projek ROL ini telah
mencapai 72%. Menurut YBhg. Dato’ Ir. Haji
Mohd Azmi bin Ismail, Pengarah Bahagian
Korporat, JPS Malaysia, kerja-kerja pembersihan
ini termasuk memasang alat perangkap sampah
di empat loji rawatan kumbahan utama di sekitar
tapak projek ROL bagi memastikan air kotor
dirawat sebelum dilepaskan ke sungai. Ujar beliau
lagi, pada masa ini kerja pembersihan sungai
sedang dijalankan di sekitar Masjid Jamek, dan
telah mencapai 97% iaitu hampir siap.
Dalam masa yang sama, sesi lawatan
Perdana Menteri di Masjid Jamek pada 20
Februari 2017 ini juga diiringi oleh Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri
Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran,
Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli bin
Hassan. Dalam lawatan ROL ini, Ketua Pengarah
JPS Malaysia telah menerangkan kepada YAB
Perdana Menteri dan dif-dif kehormat yang lain
berkenaan Interceptor System, yang digunakan di
dalam kerja-kerja pembersihan sungai oleh JPS
Malaysia.

Sumber : The Star Online



7

River Of Life

Bakal bersiaran di BBC Live

AOleh: Nor Hafizah binti Mohd Suhadis, Bahagian Korporat
spirasi Negara ke arah YBhg Dato’ Ir Hj Mohd Selain dari pelaksanaan
menjadikan Kuala Lumpur Azmi bin Ismail selaku wakil dari projek yang bersifat fizikal, JPS
antara bandar metropolis JPS semasa sesi temubual tersebut turut terlibat dalam pelaksanaan
di Asia dan pada masa yang sama telah memberikan penjelasan program kemasyarakatan dibawah
menjadi bandar yang paling sesuai berhubung pelaksanaan projek RoL Public Outreach Program (POP)
didiami menjelang 2020 telah ini, dimana JPS bertanggungjawab dengan matlamat untuk menerapkan
mendorong kepada pembangunan selaku penyelaras yang menyelaras pemahaman ke arah penjagaan dan
Projek River of Life atau Sungai Nadi 26 agensi di empat Kementerian pemeliharaan sungai serta menanam
Kehidupan. Hal ini turut merujuk termasuk 3 Pihak Berkuasa Tempatan rasa cintai sungai khususnya kepada
kepada kejayaan Negara maju yang iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur generasi muda selaku anak bangsa
lain seperti Korea khususnya di dalam (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang yang bakal mencorakkan negara dan
projek pemulihan sungai yang turut Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran melestarikan alam sekitar di masa
dijadikan sebagai penanda aras untuk Selayang (MPS). Selain itu, JPS akan datang.
hasrat ini direalisasikan di Malaysia. juga dipertanggungjawabkan untuk
Liputan menyeluruh di seluruh melaksanakan beberapa komponen
Negara ke arah mentransformasikan projek ROL, seperti pembinaan
koridor Klang-Gombak River di Kuala pemintas dan sistem rawatan air
Lumpur telah banyak dihebahkan basuhan, penstabilan tebing sungai,
sejak kebelakangan ini. tebatan banjir dan lain-lain.

Liputan ini turut mendapat Pelaksanaan ROL ini adalah “Through the Public
perhatian di peringkat antarabangsa meliputi sepanjang 110 kilometer Outreach Programme
dimana pada 17 Februari 2017 yang sungai utama dan anak sungai di (POP), communities
lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam lembangan Sungai Klang
Malaysia selaku agensi penyelaras dengan fokus utama pelaksanaan are being exposed
dan pelaksana bagi 7 initiatif di kearah : with the sense of
bawah Initiatif Utama ROL telah ownership concept by
didatangi oleh wakil dari BBC 1. Mencapai piawaian air yang persuading them to
RADIO, LONDON bagi membuat lebih tinggi dari Sungai Klang- change their behavior
liputan dan melihat perkembangan Gombak dari kelas III – V with the living river
berkaitan pelaksanaan Interceptor (tidak sesuai disentuh) kepada
System bertempat di Masjid Jamek, kelas IIB (rekreasi) dengan approach”
Kuala Lumpur. Yang Berusaha Al- memberi tumpuan kepada tiga
Fadhil Ustaz Mohd Faisal bin Tan bidang utama iaitu pembersihan
Mutalib, Imam Masjid Jamek, Kuala sungai, pengindahan sungai dan
Lumpur turut dijemput selaku wakil pembangunan tanah.
komuniti di kawasan tersebut bagi 2. Menyediakan perlindungan
memberikan buah fikiran serta tebatan banjir yang mencukupi di
pandangan berhubung faedah yang kawasan projek sekitarnya.
diterima kesan dari pelaksanaan 3. Mengubah koridor Klang-
projek ini. Satu liputan khas berkaitan Gombak River di Kuala Lumpur
ROL akan disiarkan di ‘BBC World kepada kawasan yang lebih segar
Service Radio Series’ bagi meraikan dan sesuai didiami disamping
dua projek penjanaan dan pemulihan dapat menjana nilai ekonomi.
semula sungai Los Angeles dan Sungai
Klang bertajuk The New life Being
Envisaged For The LA River dan The

8 Regeneration of The Klang River in
Kuala Lumpur.



Perhimpunan Kali
Pertama Tahun 2017
bersama Ketua Pengarah
JPS Malaysia

Dalam menyahut cabaran
tahun 2017 ini, YBhg. Dato’ Sri Ir.
Haji Zulkefli bin Hassan menyeru
dan mengajak seluruh warga JPS
supaya menanamkan azam dan
tekad yang tinggi untuk berjuang
bersama demi menuju ke arah yang
lebih cemerlang. Pada masa yang
sama, beliau mengingatkan warga
JPS bahawa dalam keadaan ekonomi
yang mencabar ini, kakitangan wajar
mengambil iktibar dan memainkan
peranan penting dalam usaha
mengamalkan perbelanjaan secara
SOleh: Bahagian Korporat berhemah dengan menggelakkan
epertimana perhimpunan yang sebarang pembaziran dengan
telah diadakan sebelum ini, Tahniah! mengambil langkah yang bijak dalam
perhimpunan pada 8 Februari Pegawai baru Jusa JPS pada Tahun mengurus sumber kewangan yang
2017 ini berlangsung buat kali 2017: diperuntukkan, membudayakan
pertama pada tahun 2017 di mana inovasi dan kreativiti dalam
Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Sri • YBrs. Ir. Hj. Abdullah bin Isnin, merakyatkan perkhidmatan awam
Ir. Haji Zulkefli bin Hassan, telah Pengarah Kanan secara berterusan yang secara tidak
menyampaikan amanat beliau kepada langsung dapat menjimatkan sumber
semua warga JPS Malaysia dan juga • YBhg. Dato’ Ir. Hj. Nor Hisham kewangan tetapi dapat menghasilkan
beramah mesra bersama kakitangan bin Mohd. Ghazali, Memangku impak yang tinggi kepada rakyat.
JPS. Pada masa yang sama, Sambutan Jusa B, Pengarah Bahagian
Tahun Baru Cina JPS Malaysia dan Pengurusan Sumber Air dan Seluruh warga ibu pejabat JPS
Majlis Kesyukuran bagi pegawai- Hidrologi. Malaysia turut berkongsi kemeriahan
pegawai baru JUSA telah diadakan sambutan perayaan Tahun Baru
selepas tamat sesi perhimpunan ini. • YBrs.Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar Cina yang diadakan di perkarangan
Dalam ucapan beliau, YBhg. bin Othman, Memangku Jusa C, Ibu Pejabat. YBhg. Dato’ Sri Ketua
Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli bin Hassan Pengarah Bahagian Projek Khas Pengarah juga mengharapkan seluruh
menzahirkan rasa bangga kerana warga JPS mempunyai semangat
sepanjang tahun 2016, JPS Malaysia • Ir. Hj. Azmi bin Ibrahim, persefahaman dan sikap saling
telah berjaya mengharungi cabaran Memangku Jusa C, Pengarah JPS menghormati dalam mewujudkan
sepanjang tahun lalu dan juga telah Negeri Selangor sebuah masyarakat yang stabil
berjaya memberikan perkhidmatan dan makmur berdasarkan prinsip
yang sempurna kepada masyarakat • Ir. Ng Kok Seng, Memangku keamanan dan empati.
serta mencapai KPI yang telah Jusa C, Pengarah Bahagian
ditetapkan diperingkat Jabatan Pengurusan Lembangan Sungai YBhg. Ketua Pengarah juga
mahupun di peringkat Kementerian turut mengucapkan tahniah kepada
NRE. • Ir.Hj. Md. Khairi bin Selamat, 7 orang pegawai yang telah dinaikkan
Pengarah Bahagian Bangunan pangkat ke JUSA C pada tahun ini.
dan Infrastruktur

• Ir. Che Mohd Dahan Bin Che
Jusoh, Memangku Jusa C,
Pengarah JPS Johor

10



Sistem MyRAM App 2.0

Oleh: Hanisah Binti Taib, Bahagian Pengurusan Maklumat

Pada 3-5 Februari yang lalu, Bengkel yang diketuai oleh
Bahagian Pengurusan Maklumat, Pengarah Bahagian Pengurusan
JPS Malaysia telah mengadakan satu Maklumat, Puan Ir. Norizan
bengkel bagi Kajian Semula Pelan dan binti Harun ini bertujuan untuk
Penilaian Risiko Menggunakan Sistem memastikan penyemakan semula
MYRAM App. 2.0 bagi Information ISMS MS ISO/IEC 27001:2013 dan
Security Management System ISO/ pematuhan terhadap standard ISMS
IEC 27001:2013 bertempat di Institut dipatuhi selain untuk memastikan
Latihan Kesejahteraan Bandar, pengemaskinian maklumat aset di
Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Sistem MyRAM App. 2.0 siap
(I- KPKT), Berjaya Hills, Bukit dibuat diakhir bengkel
Tinggi.

Taklimat CUEPACS dan Anti Dadah (TEKAD) Taklimat TEKAD yang
disampaikan oleh Puan Azlina binti
Oleh: Bahagian Korporat Pada sesi pertama, warga JPS Aripin, daripada AADK Dang Wangi
telah didedahkan dengan faedah- juga menarik peserta taklimat apabila
Satu sesi taklimat bagi memberikan faedah skim insurans individu beliau telah memberikan gambaran
kesedaran awam kepada Warga dan berkelompok yang ditawarkan kepada peserta jenis-jenis dadah
JPS Malaysia telah diadakan pada oleh pihak CUEPACS. Seperti yang terbaru dan bahaya dadah kepada
8 Februari 2017 bertempat di bilik kita maklum, pencarum insurans pengambilnya. Pada taklimat ini
Gerakan, JPS Malaysia. Sesi taklimat termaktub dalam perlindungan oleh juga, beliau menyeru kepada warga
ini dipecahkan kepada 2 sesi iaitu pihak insurans yang dicarum setiap JPS Malaysia agar bersama-sama
taklimat dari pihak Kongres Kesatuan bulan sekiranya berlaku perkara- membantu dalam memerangi gejala
Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan perkara yang tidak diingini dari segi dadah ini di tempat kerja dan rumah,
Awam (CUEPACS), dan Taklimat kesihatan, kecatatan anggota badan kerana dadah merosakkan anak
Antidadah oleh pihak Agensi dan hilang upaya, rawatan hospital bangsa dan punca kepada pelbagai
Anti Dadah Kebangsaan (AADK), serta melibatkan kematian. masalah.
cawangan Dang Wangi, Kuala
Lumpur.

Lawatan Delegasi India ke JPS Malaysia

Oleh: HTC KL, Bhgn Peng. Lemb. Sungai

Pada 7 Februari 2017 yang lalu, pihak Indah Water Training Centre (IWTC)
bersama Centre for Science and Environment (CSE), India telah mengadakan
lawatan ke Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia yang bertujuan untuk
mempelajari dan memahami polisi, isu dan cabaran-cabaran dalam pengurusan
pembersihan sungai di Malaysia dalam pengurusan Sanitasi dan pembersihan
sungai khususnya projek Greater KL dan River of Life (ROL).
YBhg. Dato’ Dr. Md. Nasir bin Md. Noh, Timbalan Ketua Pengarah I
(Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mempengerusikan
sesi taklimat kepada 15 orang delegasi India yang hadir. Taklimat berkenaan
River Of Life telah disampaikan oleh Ir. Wong Chee Loong (Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai) kepada delegasi tersebut.
Selesai taklimat, delegasi ini juga dibawa melawat ke Loji Rawatan Air Sungai
(RWTP) Sungai Belongkong, Gombak dan Loji Interceptor 1 (Plant 1) dan
St.Mary Cathederal.

12

Lawatan YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan

Alam Sekitar ke Lokasi Banjir di Pekan, Pahang

Oleh: JPS Daerah Pekan, Pahang Sehubungan dengan itu, YB
Datuk Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri,
Bagi negeri-negeri di pantai timur Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Semenanjung Malaysia, bulan Alam Sekitar telah turun padang dan
November sehingga Mac merupakan membuat lawatan ke beberapa buah
bulan yang mempunyai hujan lokasi banjir di Pekan iaitu di Sekolah
maksimum sehingga mengakibatkan Kebangsaan Paloh Hinai, Kampung
berlakunya banjir di kawasan-kawasan Serambi, Sekolah Kebangsaan Temai
tertentu yang telah dikenalpasti dan Perumahan Taman Pelangkah
dan ada juga kawasan yang baru bagi meninjau kesan banjir ke atas
berlakunya banjir sekolah dan kawasan penempatan
yang teruk terjejas dengan banjir
Seperti di Pahang, di antara akibat limpahan air sungai.
daerah yang terjejas teruk akibat Pada sesi lawatan ini, YB
banjir pada Tahun 2017 ini adalah Timbalan Menteri telah diiringi
daerah Pekan. Sepertimana yang dan diberikan taklimat oleh Ketua
dilaporkan oleh berita Astro Awani, Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato’ Sri
13 buah sekolah di daerah Pekan Ir. Haji Zulkefli bin Hassan, Pengarah
telah diarahkan tutup berikutan banjir JPS Negeri Pahang, YBhg. Dato’
yang melanda melibatkan 2,128 orang Shaharuddin bin Ibrahim, Jurutera
pelajar dan 268 orang guru. JPS Daerah Pekan, Ir. Mohd Azam
bin Mohd Nor berkenaan kawasan-
kawasan banjir yang dilawati.

Lawatan Ketua Setiausaha NRE ke RTB Sungai
Jimah dan RTB Sungai Simin, Negeri Sembilan

POleh: Bahagian Korporat Rancangan Tebatan Banjir
ada 10 Februari 2017 yang lalu, Sungai Jimah dan Rancangan Tebatan
satu lawatan kerja YBhg. Dato’ Sri Banjir Sungai Simin, Negeri Sembilan
Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha merupakan projek yang melibatkan
Kementerian Sumber Asli dan Alam kerja-kerja melebar dan mendalamkan
Sekitar ke Rancangan Tebatan Banjir sungai, kerja pembinaan jambatan
Sungai Jimah dan Rancangan Tebatan Medium Traffic Bridge (MTB) dan
Banjir Sungai Simin, Negeri Sembilan Foot Traffic Bridge, (FTB) serta kerja-
telah diadakan yang juga telah kerja pemasangan penahan tebing,
dihadiri bersama oleh Ketua Pengarah kerja-kerja pembinaan ban banjir
JPS Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji serta kerja-kerja menaiktaraf saliran
Zulkefli bin Hassan. kawasan.

13

JPS IN HIGHLIGHT

Sisipan Akhbar Sinar Harian - Terengganu

14

JPS IN HIGHLIGHT

15

Majlis Penyampaian Projek-projek Kecil JPS Malaysia oleh Menteri NRE

SOleh: Muhammad Hafiz Bin Khairon, Bahagian Korporat
atu Majlis Penyampaian Dalam majlis ini, seramai
Projek-projek Kecil JPS 52 orang JKK di Kawasan Dun N3
Kepada JKK Kawasan Tanjung Datu telah diserahkan
Dun N3 Tanjung Datu telah projek-projek yang melibatkan
disempurnakan oleh YB Dato Sri kerja-kerja kecil pembersihan
Dr. Haji Wan Junaidi bi Tuanku sungai dan menambahbaik sistem
Jaafar di Lundu, Sarawak pada 16 perparitan.
Februari 2017.

Lawatan ke Tapak Program NAWABS
Lembangan Sungai Similajau, Sarawak

Oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Air & Hidrologi

“NAWABS atau National Water Balance System merupakan salah satu pencapaian penting
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia yang sedang giat dibangunkan bagi manfaat Negara

khususnya dalam menguruskan sumber air di negara kita.”

Lanjutan dari itu, satu sesi Sesi taklimat dan lawatan yang Pada sesi taklimat
taklimat dan lawatan tapak disertai seramai 35 orang pegawai yang diadakan, para peserta
Program NAWABS Lembangan JPS ini bertujuan untuk memberikan membincangkan Term of Reference
Sungai Similajau, Sarawak telah taklimat awalan Program NAWABS (TOR) serta proses pengumpulan data
diadakan pada 15-16 Februari 2017 kepada agensi-agensi berkaitan dan maklumat untuk membangunkan
yang telah diketuai oleh Pengarah sumber air yang terlibat di Lembangan NAWABS Lembangan Sg. Similajau
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Sungai Similajau, Sarawak serta serta melawat tapak Lembangan
Hidrologi, YBhg. Dato’ Ir. Haji Nor mendapatkan gambaran awal keadaan Sg. Similajau, weir dan kawasan
Hisham bin Mohd Ghazali bertempat di Lembangan Sungai Similajau, perindustrian di Bintulu yang terlibat
di Pejabat JPS Bintulu, Sarawak. Sarawak. dalam Lembangan Sg. Similajau.

16

Lawatan ke Projek Lencongan Barat Perlis dan

Empangan timah Tasoh

EOleh: Bahagian Khidmat Pengurusan Bagi melihat dengan lebih
mpangan Timah Tasoh adalah dekat lagi keadaan sebenar empangan
salah satu skim takungan storan ini serta mempelajari sistem operasi,
air terletak di Sungai Korok satu lawatan telah diadakan pada 16
kira-kira 2.5km di bawah pertemuan Februari 2017 daripada Bahagian
Sungai Timah dengan Sungai Tasoh. Khidmat Pengurusan, JPS Malaysia
Kedudukannya adalah kira-kira 17km yang melibatkan penglibatan peserta
di utara Kangar di Jalan Kangar- seramai 20 orang kakitangan. Selain
Padang Besar.Pembinaan empangan daripada lawatan ke Empangan
ini telah bermula pada tahun 1987 Timah Tasoh ini, para peserta juga
dan disiapkan pada bulan Jun 1992 telah dibawa melawat ke tapak Projek
yang terdiri daripada satu empangan Lencongan Barat Perlis bagi melihat
utama, satu empangan pelana, satu pembinaan terowong yang sedang
alur limpah servis, satu alur limpah dilaksanakan.
kecemasan dan alur keluar.

Empangan Timah Tasoh

Lawatan ke Projek Menaiktaraf Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

(PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Oleh: Bahagian Bangunan & Infrastruktur

Pada 15 Februari yang lalu, YBrs. Satu taklimat ringkas
Ir. Haji Ab. Qahar bin Osman, projek telah disampaikan oleh En.
Timbalan Ketua Pengarah II Khairuddin bin Sulaiman, Jurutera
(Sektor Pakar) JPS Malaysia telah Kanan Daerah Temerloh di Bilik
mengetuai sesi taklimat dan lawatan Mesyuarat PKGK kemudian disusuli
kerja ke tapak Projek Menaiktaraf dengan lawatan kerja ke tapak projek.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sesi lawatan ini telah memberikan
(PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, pendedahan berkenaan status semasa
Pahang (Fasa 2) projek Fasa 2 ini dan dapat memberi
lesson learn kepada semua yang
terlibat dalam projek ini berkenaan
pengendalian dan pemantauan projek.

17

Mesyuarat Pengurusan Sektor Pakar JPS, Malaysia
dan lawatan ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Oleh: Bahagian Bangunan Infrastruktur

Pada 16 hingga 17 Februari 2017 yang lalu, Bahagian
Bangunan dan Infrastruktur (BBI), JPS Malaysia telah
menganjurkan Mesyuarat Pengurusan Sektor Pakar
yang bertempat di Pejabat PERHILITAN Taman Negara
Kuala Tahan Pahang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah II (Sektor Pakar), YBrs. Ir.
Haji Ab. Qahar bin Osman, diiringi oleh YBrs. Tuan Hj.
Azmi bin Ibrahim, Pengarah BBI serta Pengarah-pengarah
Bahagian di bawah Sektor Pakar. Tujuan utama mesyuarat
ini adalah untuk menyampaikan arahan-arahan semasa
kepada semua Pengarah Bahagian di bawah Sektor Pakar
dan juga untuk membincangkan isu-isu berkaitan serta
KPI bahagian.Mesyuarat ini dimulai dengan lawatan
ke projek yang telah dilaksanakan oleh BBI iaitu Projek
Santuari Kelah dan juga Projek Board Walk Kuala Tahan.

Ahli Mesyuarat Pengurusan Sektor Pakar JPS
Malaysia juga telah membuat lawatan teknikal ke Zoo Bukit
Gambang Safari Park, Gambang, Pahang pada 17 Februari
2017. Lawatan dan penerangan telah disampaikan oleh
Pengarah Jabatan Veterinar dan Zoologi Bukit Gambang
Safari Park. Lawatan teknikal ini bertujuan untuk melihat
sendiri binaan kurungan haiwan dan jenis pintu kurungan
untuk diaplikasikan di dalam projek tersebut. Selain itu,
lawatan ini juga memberi pendedahan berkenaan jenis
kurungan haiwan dan cara pengendalian haiwan kepada
pegawai dan kontraktor yang terlibat dalam projek
Pembangunan Pusat Penyelamat Hidupan Liar Fasa III di
Sungkai, Perak.

18

Sekitar Sesi Menerbangkan Pesawat Ebee Sensfly
di Empangan Perting, Pahang

Oleh: Bahagian Rekabentuk Empangan

Dalam membuat pemantauan keselamatan
empangan, teknologi pengambilan gambar yang
canggih diperlukan bagi mendapatkan gambar-
gambar serta video yang berkualiti bagi empangan-
empangan yang dipantau. Oleh itu, Bahagian Rekabentuk
dan Empangan bersama Bahagian Fasiliti dan GIS,
JPS Malaysia telah membuat satu sesi latihan bagi
menerbangkan pesawat Ebee Sensfly di Empangan Perting
pada 13 Februari 2017 yang lalu bagi penghasilan aerial
foto untuk tujuan pemantauan empangan.

Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan
National Dam Safety Management Guidelines (NDSMG)

Oleh: Bahagian Rekabentuk Empangan

Justeru itu, dalam menghasilkan satu dokumen
garis panduan bagi keselamatan empangan, satu
Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan National Dam
Safety Management Guidelines (NDSMG) telah diadakan
pada 20-22 Februari 2017 bertempat di Kuala Terengganu,
Terengganu. Mesyuarat ini telah diketuai oleh Tuan Ir.
Hj. Ilias bin Mamat, Pengarah Bahagian Rekabentuk dan
Empangan dan dihadiri oleh semua pihak berkepentingan
dalam pengurusan empangan seperti BPSP (MOA),
Bahagian Bekalan Air (KeTTHA), Jabatan Mineral dan
Geosains, Lembaga Air Perak, Kementerian Kemudahan
Awam Sarawak,Tenaga Nasional Berhad dan pihak
perunding Angkasa Consulting Services Sdn Bhd.

Seksyen Empangan di bawah Bahagian Rekabentuk Dalam mesyuarat ini, perbincangan adalah
dan Empangan, JPS Malaysia merupakan satu-satunya bertujuan untuk mengemaskini, mengumpul maklumat
seksyen yang memantau, menyelia dan menguruskan serta mendapatkan maklumbalas yang komprehensif
keselamatan empangan-empangan di bawah seliaan JPS dari semua pihak berkepentingan (Stakeholder) bagi
Malaysia iaitu sebanyak 16 buah empangan kesemuanya. memantapkan penyediaan dokumen garis panduan
Seksyen ini berfungsi untuk memantau dan memeriksa National Dam Safety Management Guidelines (NDSMG)
keselamatan empangan-empangan serta mengeluarkan bagi mencapai piawaian yang dikehendaki oleh semua
prosedur, piawaian dan garis panduan yang berkaitan pihak yang berkepentingan (Stakeholder) di dalam
dengan keselamatan empangan. Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia.
Seterusnya, ahli mesyuarat dibawa melawat ke Empangan
Tasik Kenyir bagi bertukar maklumat dan berkongsi
pengalaman mengenai operasi empangan terutamanya
dari aspek kawalselia dan keselamatan empangan tersebut.

19

INTEGRITY CORNER

Surcaj:

“Suatu kaedah bagi kerajaan mengganti
balik segala kehilangan atau kerugian di
pihak Kerajaan yang telah dilakukan oleh
pegawai”
Disebabkan :

* Gagal memungut hasil Kerajaan.
* Melakukan pembayaran salah / Tidak boleh disokong.
* Bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan atau

kemusnahan wang, setem, sekuriti, barang-barang dan
lain-lain harta Kerajaan.
* Gagal untuk menyelenggara akaun dan lain-lain rekod
dengan teratur.
* Gagal/ lewat membuat bayaran kepada pihak yang sah
menerimanya.

[Peraturan 51, PeraStuerkasny-epne1ra8t,uArakntaPTeagtaawcaairaAKweawma(nKgealnak1u9a5n7 & tatatertib) 1995]

Pelihara diri anda daripada terlibat dengan kes
khalwat. Perbuatan ini disifatkan sebagai telah
mencemarkan imej Perkhidmatan Awam dan boleh
dikenakan Tindakan Tatatertib sehingga Hukuman
Buang Kerja.

[Peraturan 4.(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan tatatertib) 1993]

Unit Integriti JPS Tel: 03-2615 1793/1794 Email : [email protected]

Bengkel Kajian Pengurusan Study on Mobile Floodwall Barrier
Maklumat Sumber Air Bersepadu
Oleh: Sharina binti Sulaiman, HTC Kuala Lumpur
Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian Pengurusan Maklumat telah menganjurkan Pada 20 Februari 2017 yang lalu telah diadakan
Bengkel Kajian Pengurusan Maklumat Sumber Air pameran dan taklimat berkaitan ‘Study on Mobile
Bersepadu pada 20 – 22 Februari 2017 yang lalu. Floodwall Barrier’ bertempat di Bilik Gerakan Ibu Pejabat
Bengkel yang bertempat di Avillion Water Chalet Resort JPS Malaysia dan Ruang Legar Ibu Pejabat JPS Malaysia.
ini telah disertai oleh seramai 37 orang wakil bahagian dari Sesi taklimat tersebut telah diketuai oleh YBrs. Ir. Hj. Ab
Ibu Pejabat JPS Malaysia. Qahar bin Osman dan turut dihadiri oleh Dr. Selasawati
Bengkel yang diadakan selama dua hari ini binti Ghazali , Pengarah Hospital Raja Zainab 2, Kota
diadakan khusus bagi menyemak semula senarai sistem Bharu dan Dr. Nasehir Khan E.M Yahaya selaku jemputan
sedia ada yang digunapakai di JPS dan proses kerja yang VIP. Turut tidak ketinggalan meluangkan masa di ruang
terlibat. Selain itu, perbincangan terperinci serta buah legar pameran adalah YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah JPS
fikiran dan pandangan dari setiap wakil yang hadir Malaysia.
turut diambil kira bagi mengkaji kesesuaian keperluan
mengintegrasi sistem sedia ada dan cabaran-cabaran yang Taklimat perkongsian pintar ini telah diberikan
dihadapi melalui pemerhatian semasa. Setiap peserta oleh pihak ADASFA, 3FResources dan FIBROMAT selaku
turut berpeluang memberikan idea-idea baru yang boleh wakil dari pihak swasta dan NAHRIM yang mewakili
dicadangkan bagi mencapai hala tuju Jabatan kearah agensi kerajaan berkaitan cadangan kajian penghasilan
pengurusan maklumat sumber air yang bersepadu pada prototaip dinding/tembok penahan banjir mudah alih
masa akan datang. (Mobile Flood Wall Barrier) . Menerusi sesi taklimat ini
pelbagai maklumat berkaitan teknologi dan inovasi dari
luar negara seperti US, German dan Hungary berkenaan
kaedah dinding/tembok penghalang banjir mudah alih
yang telah di applikasikan di negara-negara tersebut dapat
dikongsikan dan dipelajari khusus bagi memberikan
cetusan idea yang inovatif dan kreatif dalam penciptaan
produk penahan banjir mudah alih oleh pereka tempatan
pada masa akan datang.

Lawatan Unit Integriti Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia Ke Unit Integriti Jps Malaysia

UOleh: Unit Integriti
nit Integriti telah menerima kunjungan rasmi dari
5 orang wakil pegawai di Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia pada 21 Februari 2017 yang
lalu bertujuan bagi menimba ilmu pengetahuan dan
mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan
pengurusan risiko dan integriti dari Unit Integriti JPS
Malaysia. Satu taklimat berkaitan tatacara pengurusan,
prosedur dan tindakan yang dilaksanakan di dalam
aduan integriti dan kes tatatertib di JPS Malaysia telah
disampaikan oleh Cik Khairunisah Binti Husain, Ketua
Unit Integriti kepada pegawai yang hadir.

21

The 6th NARBO General Meeting

Oleh: Hj. Md Khairi bin Selamat

“Matlamat NARBO adalah untuk membantu mencapai IWRM di lembangan
sungai di seluruh Asia”

Mesyuarat Agong Kali Ke-6 Network of Asian Mesyuarat yang diadakan setiap tiga tahun sekali
River Basin Organizations (NARBO) telah ini merupakan platform utama bagi semua rangkaian
berlangsung di Jakarta, Indonesia dari 22 – 24 keahlian NARBO bagi mendapatkan pendedahan dan
Februari 2017 yang lalu. Seramai lebih kurang 70 orang perkongsian pengetahuan serta pertukaran pengalaman
peserta dari negara-negara ahli telah menyertai mesyuarat antara negara-negara Asian dalam pengurusan sumber
selama dua hari ini JPS telah diwakili oleh YBhg. Dato’ air mengikut lembangan sungai. Menerusi mesyuarat ini
Dr. Hj Md Nasir bin Md Noh, Timbalan Ketua Pengarah I juga perlantikan jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi
(Sektor Bisnes) JPS Malaysia dan YBrs. Ir. Hj. Khairi bin NARBO telah dibuat. JPS Malaysia turut telah diberikan
Selamat, Pengarah Bahagian Bangunan dan Infrastruktur penghormatan menerusi pelantikan YBhg. Dato’ Dr. Hj
di sesi mesyuarat tersebut. Md Nasir bin Md Noh selaku Naib Pengerusi 2 NARBO
NARBO adalah merupakan Rangkaian Organisasi untuk tempoh selama 3 tahun yang akan datang.
Lembangan Sungai di Asia yang secara rasminya telah
ditubuhkan pada bulan Februari 2004 bagi menggalakkan Sebanyak empat sesi bengkel telah diadakan pada
pengurusan sumber air bersepadu (IWRM) di kawasan hari kedua mesyuarat dengan fokus perbincangan yang
monsun Asia. Matlamat NARBO adalah untuk menjurus kearah pengurusan lembangan sungai secara
membantu mencapai IWRM di lembangan sungai di bersepadu.
seluruh Asia. Manakala objektif utama NARBO adalah
mengukuhkan keupayaan dan keberkesanan organisasi • Thematic Workshop 1: What viewpoint is needed to
dalam mempromosikan IWRM dan meningkatkan tadbir improve the Water Governance?
urus air, melalui latihan dan pertukaran maklumat dan
pengalaman di kalangan ahli dan agensi sektor air yang • Thematic Workshop 2: What kind of measures should
berkaitan dan organisasi rakan kongsi berpengetahuan. be encouraged to ensure the sustainable operation
and maintenance of equipment for water resources
management?

• Thematic Workshop 3: Water-Food- Energy
Nexus(TBD) Moderator

• Thematic Workshop 4: Views from International
Development Organizations to promote IWRM

Ir. Hj Khairi Bin Selamat membentangkan kertas bertajuk ‘Water Resources Development Through IRBM Consolidation Approach’

22

Kursus Lesson Learnt In Contractual Issues

Oleh: Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak

Pada 24 Februari 2017 bertempat di Bilik Gerakan Ibu Pejabat JPS Malaysia, satu kursus dalaman berkaitan Lesson
Learnt In Contractual Issue anjuran Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak (BUBPK) telah diadakan. Kursus
yang turut dihadiri oleh Ir. Ahmad Anuar bin Othman (Pengarah Bahagian Projek Khas), En. Idris Bin Yusof (Pengarah
Bahagian Pengurusan Banjir), Ir. Hj. Saari bin Abdullah (Pengarah Bahagian Audit Prestasi) dan 60 orang peserta yang
terdiri dari pegawai JPS, NRE dan MOA ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan tatacara
pengurusan kontrak bermula dari peringkat perancangan, perolehan serta perlaksanaan kerja di tapak sehinggalah siap
dengan mengambil kira faktor kritikal dalam memastikan kejayaan sesuatu projek. Hal ini kerana, pentadbiran kontrak
yang lemah akan mengakibatkan terjadinya ‘cost and time overun’.

Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Nor Aniza Binti Naimudin, Ketua Penolong Pengarah, BUBPK,
JPS MALAYSIA. Pendedahan serta perkongsian selama setengah hari ini diharapkan dapat dijadikan panduan bagi
mengelakkan kesilapan yang sama berulang dengan mengadaptasikan pengurusan kontrak yang lebih baik pada masa
akan datang.

Sekitar Larian ‘H2O Run 2017’ Tahniah Pasukan Bowling JPS

Oleh: JPS Sabah Oleh: Normaliza Mohammad

Boling persahabatan anjuran Kelab PPZ di IOI
Mall Putrajaya telah diadakan pada 26 Februari
yang lalu. Sebanyak 8 pasukan telah bertanding iaitu
JPS,PPZ (A), PPZ (B), PPZ (C),KPT, Koperasi Tentera,
UniKL dan MAIWP dan setiap pasukan terdiri dari
4 orang pemain. Tempat pertama telah dimenangi
oleh PPZ (A), tempat kedua dimenangi oleh JPS
dan tempat ketiga dimenangi oleh UNIKL. JPS telah
diwakili oleh Siti Zakirah dan Rafidah dari BPSAH,
Normaliza dari Bahagian Rekabentuk dan Empangan
(BRE), Siti Aishah dari Unit Integriti (UI) . Tahniah
diucapkan kepada wakil dari JPS.

Bersempena sambutan 50 Tahun JPS Sabah, satu
acara larian H2O Run 2017 telah dianjurkan pada
26 Februari 2017 bertempat di Kompleks Sukan
Penampang, Sabah. Terdapat dua kategori larian yang
dipertandingkan iaitu larian sejauh 3km dan 13km bagi
terbuka lelaki dan terbuka wanita. YBhg. Dato’ Sri Ir Hj
Zulkefli bin Hassan turut tidak ketinggalan menyertai
acara larian ini.

23

Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
Sungai Moyog, Sabah

Oleh: JPS Sabah

YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Di bawah RMK-11, sebanyak RM281 juta telah
Ketua Menteri Sabah telah merasmikan Majlis diluluskan bagi pelaksanaan secara berpakej Projek
Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan PLSB Sungai Moyog, Sabah. Kerja-kerja pembinaan bagi
Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog Sabah bertempat pelaksanaan Pakej 1 telah bermula secara rasmi pada 21
di Tebing Sungai Putatan, Sabah pada 27 Februari 2017 November 2016 manakala Pakej 3 dijangka akan bermula
yang lalu. Turut hadir ialah YB Dato Sri Dr. Hj Wan Junaidi pada bulan April 2017. Justeru, majlis pecah tanah
bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ini diadakan sebagai satu simbolik yang menandakan
YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha permulaan bagi kerja-kerja pembinaan projek PLSB ini
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ telah berjalan dan dilaksanakan. Disamping itu, sebanyak
Sri Ir. Hj Zulkefli bin Hassan, Ketua Pengarah JPS serta RM2 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-
pegawai-pegawai kanan dari JPS. kerja segera pemuliharaan sungai yang berbentuk ‘touch-
point’ merangkumi kerja-kerja pembersihan sungai,
pembaikan hakisan tebing dan sebagainya yang turut akan
dilaksanakan di Negeri Sabah pada tahun 2017 ini.

Perasmian ‘Community in River’ (COIR), Peringkat Negeri Johor

Oleh: JPS Johor

Pada 27 Februari 2017 telah diadakan Majlis Perasmian
Program ‘Community in River’ (COIR), Peringkat
Negeri Johor Tahun 2017. Majlis ini telah dirasmikan
oleh YAB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin,
Menteri Besar Johor. Turut hadir sama dimajlis ini ialah
Ir Che Mohd Dahan bin Che Jusof, Pengarah JPS Negeri
Johor serta pegawai-pegawai kanan dari beberapa agensi
kerajaan, wakil belia dan komuniti serta penduduk di
kawasan berhampiran.
Diantara objektif pelaksanaan program ini
adalah bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat
berkaitan kepentingan untuk memelihara alam sekitar
dan kepentingan sungai yang bersih kepada masyarakat.
Ia turut memberi manfaat kepada golongan belia dan
komuniti dalam menjaga dan menggunakan sungai serta
rezab sungai dalam aktiviti seharian mereka. Disamping
itu, hubungan yang rapat diantara agensi-agensi kerajaan,
belia dan orang awam/komuniti yang tinggal berhampiran
sungai turut dapat dipupuk melalui program serupa ini.

24

Pengauditan Projek-Projek Melebihi Ramah Mesra YBhg. Dato’ Sri
100 Juta Ketua Pengarah bersama bakal
pesara
Oleh: Wan Zaidi Bin Wan Mahamood Bahagian Audit Prestasi
Oleh: Narizan binti A. Razak, Bahagian Khidmat Pengurusan
Lanjutan daripada arahan oleh YBhg. Dato’ Sri Azizan
bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Program Ramah Mesra Dato’ Sri Ketua Pengarah
Asli dan Alam Sekitar bagi pelaksanaan audit untuk bersama bakal pesara adalah merupakan program
projek-projek JPS yang bernilai melebihi RM100 juta, secara bersiri yang diadakan sebagai suatu
Bahagian Audit Prestasi (BAP) yang diketuai oleh Ir. Hj. penghargaan oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan kepada
Saari bin Abdullah beserta tiga orang pegawai iaitu En pesara dan bakal pesara atas khidmat bakti yang telah
Muhd zulkifli bin Idris , En Wan Zaidi bin Wan Mahamood diberikan kepada Kerajaan. Selain itu, ianya turut menjadi
dan En Zulkiffli bin Mustaffa telah melaksanakan audit platform dan memberi peluang kepada semua pegawai dan
susulan ke 2 projek di bawah skop Rancangan Tebatan kakitangan berkaitan untuk mengenali YBhg. Dato’ Sri
Banjir Sungai Kedah / Anak Bukit. Projek yang terlibat secara lebih dekat dan berbincang secara terbuka diantara
bagi pelaksanaan audit susulan ini ialah Projek Pembinaan satu sama lain.
Lencongan Sungai Baru (Ch0 – Ch12600) Dan Menaiktaraf
Sungai Anak Bukit (Ch0 – Ch1750) Serta Kerja-Kerja Seramai 13 orang pegawai yang telah dan akan
Berkaitan dan Projek Menaiktaraf Sungai Tanjung Pauh bersara sekitar bulan Jan – Mac 2017 ini dan sesi ramah
(Ch12600 – Ch25100), Menaiktaraf Terusan Utama Dan mesra kepada semua yang terlibat telah diadakan pada 28
Terusan Utara Mada (Ch0a – Ch7400a) Dan Menaiktaraf Februari 2017 di Bilik Direktorat, Pejabat Ketua Pengarah
Sungai Anak Bukit (Ch1750 – Ch4600) Serta Kerja-Kerja JPS. Seramai 6 orang pegawai yang dapat meluangkan
Berkaitan. masa semasa sesi tersebut dan majlis turut dimeriahkan
dengan kehadiran Ir Hj Abdullah bin Isnin, Pengarah
Diantara semakan yang dibuat semasa pelaksanaan Kanan dan Puan Paridah Anun binti Tahir, Pengarah
audit susulan ini adalah berkaitan pemeriksaan rekod Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI). Semua
dan dokumen berkaitan perlantikan Pegawai Penguasa, pesara dan bakal pesara telah diberikan sijil penghargaan
kelulusan bahan binaan dan pengujian, Mesyarat tapak dan SSP BSN bernilai RM400 di majlis tersebut.
dan Buku Harian Tapak, rekod dan dokumen CPM,
perubahan skop semasa pembinaan dan perubahan kerja,
serta lanjutan masa dan bayaran. Lawatan ke tapak projek
berkaitan turut dibuat selepas sesi audit berkaitan selesai.

25

Lawatan Heriot – Watt University, United Kingdom ke JPS Malaysia

Oleh: Thillappan a/l Subramaniam, Bahagian Korporat

Pada 28 Februari 2017 yang lalu, JPS telah didatangi oleh delegasi dari Heriot – Watt University, United Kingdom.
Delegasi yang hadir adalah terdiri daripada 3 orang pensyarah dari Heriot – Watt University, United Kingdom dan
seorang pensyarah dari Universiti Malaya, Malaysia dengan pelbagai latar belakang. Mereka adalah termasuk Prof. Gareth
Pender (Heriot-Watt) - Flood, Prof. Bhaskar Sen Gupta (Heriot-Watt) – Water technology, Prof. Lynne Jack (Heriot-Watt)
– Building drainage dan Prof. Ali Hashim (UM) - Water treatment. Turut hadir semasa sesi lawatan tersebut ialah YBhg.
Dato’ Sri Ir Hj Zulkefli bin Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Ir. Dr. Teo Fang Yenn dari Bahagian Saliran Mesra
Alam selaku pembentang bagi sesi taklimat.

Melalui sesi ini, Ir. Dr. Teo telah memberi taklimat bertajuk Urban Stormwater in Malaysia dan ianya dilihat
sebagai satu sesi perkongsian dan percambahan idea yang baik dimana melalui platform ini pelbagai isu dan cabaran yang
dihadapi turut dibincangkan bersama-sama delegasi yang hadir. Wakil delegasi yang hadir turut berkongsi pengurusan
di Negara mereka semasa sesi tersebut.

Mini Karnival Kesihatan Anjuran Puspanita

Oleh: Puspanita JPS

Mini Karnival Kesihatan anjuran PUSPANITA
dengan pengisian yang lengkap dan berguna telah
diadakan pada 28 Februari 2017 yang lalu bertempat di
Lobi Ibu Pejabat JPS Malaysia. Diantara tetamu VIP yang
hadir ialah Datin Sri Norliza binti Zakaria iaitu Pengerusi
PUSPANITA sendiri.Tujuan utama penganjuran Mini
Karnival ini adalah untuk mencari penderma darah dan
memberi kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu
ibu dan kesedaran tetang bahaya barah payu dara.

Kesedaran tehadap kepentingan kesihatan telah
menjadi tema utama dimana pelbagai pengisian berguna
khususnya berhubung kesihatan diselitkan didalam
karnival ini. Antaranya ialah sesi derma darah yang
bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang,
demo masakan kesihatan oleh Syarikat Graes Appliances
Sdn Bhd, ceramah kesihatan bertajuk Penyusuaan Susu
Ibu dan Barah Payu Dara, pemeriksaan tekanan darah dan
tahap gula dalam darah serta gerai jualan menjual pakaian
dan pelbagai makanan. Selain itu, kakitangan wanita turut
berpeluang membuat temujanji khas bagi pemeriksaan
Pap Smear di Klinik Kesihatan Tanglin. . Lebih kurang
seramai 200 orang kakitangan turut memeriahkan mini
karnival ini dan daripada 76 orang yang berminat, hanya
40 orang sahaja yang layak untuk menderma darah pada
hari tersebut.

26

SUDUT MAKLUMAT

KUALITI AIR SUNGAI

Bagaimana cara untuk memeriksa Kualiti Air Sungai?
a) Pengamatan Visual - Ciri-ciri zikal kualiti air adalah kejernihan air,
warna, bau, kegunaan umum tanah, asal usul sungai, tumbuh-tumbuhan
riparian (alga, tanah lembap), hidupan akuatik (ikan, udang) dan param-
eter hidraulik sungai seperti kelebaran, kedalaman, aliran dan substrak,
parit-parit, hakisan dan sampah sarap.
b) Pemantauan Biologi Sungai dan Anak Sungai
Pendekatan ini bergantung kepada kepelbagaian tinggi hidupan makroin-
vetebrata di dalam air sungai dan anak sungai yang boleh menentukan kes-
esuaian sesuatu badan air untuk menyokong hidupan akuatik. Makroin-
vertebrata adalah haiwan kecil yang tidak mempunyai tulang belakang
(invertebrata tetapi cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar (makro)
dan haiwan makroinvertebrata tinggal di dasar anak sungai di bawah batu
atau daun. Contohnya adalah larva serangga-serangga dan crustaceans
yang dewasa.
c) Pemantauan Kimia
Ujian dan pemantauan kimia merupakan kaedah penguji yang paling tepat
dan berguna untuk menentukan punca-punca pencemaran serta menentu-
kan bahan-bahan pencemaran tertentu.
Apakah Status Kualiti Air berdasarkan WQI serta pengekalasan?

Pengekalasan Air dan Tahap Kebolehgunaan

Marilah bersama-sama kita menjaga kebersihan sungai kita





RIVER OF LIFE

back to beauty


Click to View FlipBook Version