UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK Putrajaya Presint 11(1)
Anak-anak SPM
usahlah rasa
give-up kerana…
Oleh: Cikgu Roslina
Guru Bimbingan & Kaunseling
SPM sekali sahaja dalam
kehidupan
Kehidupan ini sementara sahaja. Janganlah
sia-siakannya. Ambil peluang ini untuk
buat yang terbaik dalam hidup anda
Apa yang berlaku sekarang akan menjadi
sejarah hingga ke cucu cicit kita
SPM tahun 2020 menjadi sejarah dalam hidup kita
semua. Ini merupakan pengalaman yang orang lain
tidak pernah dapat. Jadi lakukanlah yang terbaik
BERFIKIRAN
POSITIF
Kita hanya merancang tetapi Tuhan menentukan
segalanya. Apa yang berlaku adalah dalam
perancangan Allah SWT. Tentu ada hikmah di
sebalik setiap musibah yang berlaku. Yakinlah
dengan ketentuan Allah
MENINGKATKAN DARJAT DAN
KEIMANAN KITA
Bagi yang nipis imannya pasti akan mengeluh dan merintih
dengan ujian ini. Kualiti diri seseorang itu terserlah saat
diri diuji
Ada orang apabila ditimpa masalah, mereka akan semakin
jauh dari Allah
Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan
mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah.
Tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan
kehendak Yang Maha Pencipta
SENTIASA BERUSAHA DAN
JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA
Sentiasalah berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai
kejayaan yang anda inginkan. Orang yang berjaya akan berusaha
lagi dan terus berusaha untuk kejayaan yang lain. Untuk berjaya
anda kena ada sikap seperti ini. Tak kenal erti penat dan tidak
pernah mengaku kalah. Jangan cepat menyerah bila sekali anda
berusaha, dan ia tidak mendatangkan hasil tetapi teruskan usaha
sehingga anda dapat apa yang anda inginkan
All The Best!!
Sekian...
6