Penyertaan Kontinjen
Kata Alu-aluan
Menteri Kanan Pendidikan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menganjurkan
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022.
Kejohanan MSSM yang diadakan saban tahun memberi peluang kepada murid menyertai
aktiviti menyeronokkan di samping dapat mencungkil bakat dan potensi atlet murid yang
mampu bersaing di peringkat nasional serta antarabangsa. Ini juga sejajar dengan konsep
Sekolahku SEJAHTERA yang menerapkan elemen penting dalam kehidupan seperti
mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan seronok untuk semua
warga sekolah.
KPM sentiasa menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum melalui
pelbagai pendekatan bagi menarik minat murid. Aktiviti sebegini dapat memberi ruang untuk
murid menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran serta nilai-nilai yang dipelajari
dalam bilik darjah. Dalam konteks pentaksiran pula, penglibatan murid dalam kegiatan sukan
dan kokurikulum direkod dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
yang merupakan antara komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh demikian,
MSSM dapat menjadi salah satu platform utama dalam membantu sekolah merancang program
kokurikulum, khususnya bagi tujuan pembangunan dan kecemerlangan sukan atlet murid.
Saya yakin bahawa pelibatan murid dalam Kejohanan MSSM sebagai sebahagian daripada
aktiviti kokurikulum ini dapat membantu mereka membina sahsiah, jati diri dan karakter, dan
seterusnya menjadi generasi pewaris negara yang mampu menyumbang kepada masyarakat
dan negara. KPM komited memberi sepenuh sokongan kepada usaha MSSM dalam menyahut
saranan Kerajaan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat seawal usia
mereka, iaitu sejak di peringkat sekolah rendah lagi.
KPM akan terus mempergiatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang terlibat bagi
menyemarakkan lagi penganjuran MSSM. Pendekatan yang dilaksanakan juga perlu
ditambahbaik dari semasa ke semasa agar seiring dengan peredaran zaman serta bersesuaian
dengan keperluan semasa bagi menarik lebih banyak penyertaan atlet murid.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran
kejohanan MSSM pada tahun ini. Selamat maju jaya!
Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera
dan Salam Keluarga Malaysia.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini. Saya juga
merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
menggalas tanggungjawab menganjurkan Kejohanan Majlis Sukan
Sekolah Malaysia Kali Ke-62.
Penganjuran kejohanan MSSM ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada atlet murid
untuk mengembangkan bakat sukan dan menonjolkan potensi diri selaras dengan hasrat
Dasar Sukan Negara untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mempunyai sahsiah yang
positif, komitmen diri yang tinggi dan berdaya saing. Melalui penganjuran kejohanan ini
juga, secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada keberhasilan atlet
murid dan menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah serta toleransi yang
tinggi, persefahaman, pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan seperti mana
yang terkandung dalam Dasar Sukan Negara.
Pada peringkat KPM, MSSM merupakan watak utama dalam merancang dan melaksanakan
program pembangunan atlet murid di peringkat akar umbi yang bermula dengan hasrat
'Sukan Untuk Semua' di bawah Dasar 1Murid 1Sukan sehinggalah kepada aspirasi Sukan
Untuk Kecemerlangan di bawah Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah.
Ketelusan dan tadbir urus yang baik hendaklah sentiasa diamal serta diutamakan pada setiap
masa dalam penganjuran kejohanan sukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan MSSM
pada kali ini. Justeru, semua askpek pengelolaan kejohanan hendaklah dilaksanakan dengan
nilai akauntabiliti yang tinggi serta mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran dan
pengelolaan kejohanan ini kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi
dan cemerlang. Semoga kejohanan MSSM tahun 2022 ini berlangsung dengan jaya dan
mencapai matlamatnya.
Sekian, terima kasih.
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan ruang dan
peluang untuk menitipkan ucapan dalam buku program Kejohanan Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022 yang penuh bermakna ini. Sudah pastinya segala usaha yang
telah dimainkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bakal diterjemahkan dalam kejohanan yang bakal berlangsung di seluruh
negara untuk murid-murid sekolah menyerlahkan bakat mereka dalam bidang sukan yang
diceburi.
Tahniah juga diucapkan atas usaha anak-anak ini yang telah bertanding di peringkat sekolah,
daerah dan seterusnya di peringkat negeri dengan bersungguh-sungguh dalam memartabatkan
mutu sukan di tanah air. Sudah pastinya peranan guru dalam melatih atlet murid dalam
kemahiran sukan tertentu tidak ternilai harganya. Pada masa yang sama, aspek akademik
sudah pastinya tidak pernah diketepikan kerana dengan pendidikan kita dapat melahirkan atlet
yang mampu berfikir pada aras yang lebih tinggi.
Di samping itu juga, 14 elemen yang terdapat dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA sudah pasti
dapat diterapkan dalam aktiviti bersukan sama ada semasa menjalani latihan mahupun semasa
menyertai pertandingan. Aspek sosial murid dapat ditingkatkan selari dengan perkembangan
jasmani dan emosi kerana dalam sukan itu sendiri banyak menerapkan nilai-nilai yang saling
berkait.
Sebelum menutup bicara, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan MSSM Kali Ke-62 pada
tahun ini. Sesungguhnya, tanpa usaha sama semua pihak segala yang direncanakan itu sudah
pastinya tidak membuahkan hasil seperti yang dihasratkan. Selamat maju jaya kepada semua
atlet murid yang bakal bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. Anda semua ialah Anak
Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) yang bakal menjadi generasi pewaris negara pada masa hadapan.
Selamat maju jaya!
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata Alu-aluan Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera
dan Salam Keluarga Malaysia.
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian sentiasa berusaha
memberi ruang dan peluang kepada murid melibatkan diri secara
aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kokurikulum
merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan
murid seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek.
Bagi mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, usaha ini dijana melalui
pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan yang mana dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di
sekolah. Selaras dengan hasrat ini juga, Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan inisiatif
berterusan demi meningkatkan pelibatan murid terutamanya dalam sukan prestasi tinggi
sekolah. Antaranya melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan bagi mengupayakan
minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan.
Justeru, Bahagian ini telah mengambil langkah proaktif dengan menghasilkan Pelan
Pendidikan Sukan Negara (PPSN) 2021-2030 sebagai usaha untuk meningkatkan aspek
kemenjadian dan keberhasilan atlet murid dalam bidang sukan secara keseluruhannya. Malah,
KPM juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan yang besar bagi memastikan program
pembangunan sukan sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien. Maka dengan
itu, saya berharap agar peruntukan yang disalurkan ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam
membangunkan dan melahirkan atlet murid yang cemerlang dalam bidang sukan dan
memberikan pulangan serta impak yang positif terhadap KPM dan negara.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) memainkan peranan yang amat besar
untuk menggilap potensi dan menghasilkan atlet murid yang cemerlang dalam sukan. Bagi
penganjuran dan pengelolaan Kejohanan MSSM pada tahun ini, KPM telah bersetuju agar
kejohanan MSSM dilaksanakan secara bersemuka setelah berakhirnya pandemik Covid-19 di
negara ini. Dengan pelaksanaan kejohanan secara bersemuka ini, diharapkan agar semua pihak
yang terlibat dapat memberikan penekanan kepada nilai dan budaya kerja yang cemerlang dan
berintegriti. Melalui nilai kerja yang terpuji, saya yakin segala aspek positif dapat diserap dalam
tadbir urus kejohanan bagi memastikan penganjuran program yang terbaik dan cemerlang.
Di sini, saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan kejohanan MSSM tahun 2022. Semoga
segala usaha kita merealisasikan harapan untuk meningkatkan aspek kemenjadian dan
keberhasilan atlet murid dalam arena sukan khususnya KPM dapat dicapai sepenuhnya dengan
cemerlang demi kelestarian sukan negara amnya.
Kata Alu-aluan
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera, Salam
Keluarga Malaysia, Salam ABC 2.0 : Ambil Peduli, Bina Hubungan, Cipta
Kejayaan UpNeghori.
Setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan kerana dengan kurnia dan
keizinan-Nya, saya berpeluang untuk melafazkan sepatah dua kata di
dalam buku program Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah
Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus merakam ucapan terima kasih kepada
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) kerana memberi kepercayaan kepada
Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) mengelolakan Kejohanan Pelayaran Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2022.
Kepada semua kontinjen diucapkan selamat datang ke negeri beradat perpatih ini dan
diharapkan Kejohanan Pelayaran MSSM ini akan berlandaskan kepada budaya cemerlang dan
berwawasan. Saya percaya, peserta-peserta dalam kejohanan ini merupakan yang terbaik dari
MSS Negeri masing-masing. Oleh itu, mereka seharusnya memiliki keperibadian serta disiplin
yang tinggi sama ada di dalam atau di luar padang supaya persaingan positif akan menuju
kepada prestasi sukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Melalui sukan, kita akan dapat mencungkil bakat-bakar baru yang mampu mengharumkan
nama negara serta dapat menggalakkan mereka berinterksi dan bersosial secara bijaksana dan
sihat. Harapan saya supaya kejohanan seumpama ini dapat mendorong generasi muda kita
untuk terus meminati sukan pelayaran dan seterusnya melahirkan bakal-bakal jaguh di persada
antarabangsa.
Di dalam menjayakan kejohanan ini bagi pihak warga pendidikan di negeri ini, saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan Kejohanan Pelayaran pada
tahun ini. Semoga usaha yang murni tanpa mengenal erti jemu ini akan dapat memartabatkan
sukan negara di persada dunia.
Sekian, terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Venue Kejohanan
Pusat Kecemerlangan Sukan Pelayaran,
Seri Pinang, Batu 3 Jalan Pantai,
Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
https://ms-my.facebook.com/groups/nessa/
Atur cara Penyampaian Hadiah
Tarikh : 08 September 2022
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Orang Ramai Bagan Pinang,
Port Dickson
4.00 petang : - Kontinjen mengambil tempat
4.15 petang - Ketibaan Para Jemputan
4.30 petang
: Ketibaan tetamu VVIP
5.30 petang
: - Nyanyian lagu "Negaraku"
- Nyanyian lagu "Kebesaran Negeri Sembilan"
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan wakil Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM
- Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan oleh
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan
YBhg. Dato' Hj. Md. Fiah bin Md Jamin
- Penyampaian Hadiah Pemenang
: Bersurai
Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia
PENGERUSI Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
TIMBALAN YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili
PENGERUSI Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Operasi Sekolah
SETIAUSAHA AGUNG YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
BENDAHARI Encik Yahya bin Ab Ghani
Setiausaha Bahagian Kewangan
JAWATANKUASA Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Anggota Majlis Sukan Sekolah Malaysia
JAWATANKUASA Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur
Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Labuan
Pengarah
Jabatan Pendidikan WP Putrajaya
Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia
Pengerusi YBrs. Dr. Latip bin Muhammad
Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Timbalan Pengerusi Encik Ithnin bin Mahadi
Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Encik Shamsuddin bin Mustapha
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar, Perancangan dan Penyelarasan
Encik Cyril Christopher Singam
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid
Tuan Haji Mustapha bin Sidi
Timbalan Pengarah
Sektor Kurikulum, Kejurulatihan dan Penggalakan
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Setiausaha Agung Encik Halim bin Saad
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Bendahari Encik Shahril Nizam bin Idris
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Khidmat Pengurusan
Penyelaras Sukan 24 penyelaras sukan yang dilantik
Pengerusi Teknik 24 pengerusi teknik dan pembangunan sukan
dan Pembangunan MSSM yang dilantik
Sukan MSSM
Penyelaras Sukan MSSM 2022
Akuatik Puan Liza binti Mohd Alias
Badminton Puan Norshyafini binti Abu Mansor
Bola Baling Puan Rizawani binti Mustafa
Bola Jaring Puan Nor Aziran binti Hamid
Bola Keranjang YBrs. Dr. Wee Akina Sia Seng Lee
Bola Tampar Puan Dalizwa Deena binti Salihin
Bola Sepak Encik Samsyul Hisyam bin Abdul Manap
Boling Tenpin Puan Marziaton binti Daud
Sukan Catur Puan Rabitah binti Abdul Razak
Gimnastik Artistik Cik Siti Nattizah binti Sheikh Ilman
Gimrama YBhg. Datin Nik Shareeza Roslyn binti Mohd Rosli
Golf Encik Kamaruddin bin Selamat Din
Hoki YBrs. Dr. Izham bin Md Isa
Kriket Ts. Mohd Zaki bin Ghazali
Memanah Cik Noor Azilah binti Ismail
Merentas Desa dan Olahraga Encik Tajudin bin Abdullah
Ping Pong Puan Nur Asmara Diana binti Abdullah
Pelayaran Encik Hafiz Ridhuan bin Md Daud
Ragbi Encik Jamil Hamzah bin Sazali
Penyelaras Sukan MSSM 2022
Sepak Takraw Encik Badrol Nizam bin Hamzah
Skuasy Encik Muhd Zukhairi bin Haji Ahmad
Sofbol Puan Siti Zuraida binti Hashim
Tenis Encik Muhammad Sanjay bin Paramarie
Pengerusi Teknik dan Pembangunan
MSSM 2022
PTPS MSSM Akuatik Puan Goh Kim Nee
PTPS MSSM Badminton Encik Mohd Najib bin Abdul Latiff
PTPS MSSM Bola Baling Encik Vijaya Kumar a/l Arumugam
PTPS MSSM Bola Jaring Puan Hajah Aminah binti Asaari
PTPS MSSM Bola Keranjang Encik Tan Ka Keong
PTPS MSSM Bola Tampar Encik Chiah Chee Teck
PTPS MSSM Bola Sepak Encik Ronzi bin Zainal
PTPS MSSM Boling Tenpin Encik Mohd Isa bin Sulaiman
PTPS MSSM Catur Encik Idris bin Jamal
PTPS MSSM Gimnastik Artistik Encik Mohd Nurul Zaiman bin Mansor
Pengerusi Teknik dan Pembangunan
MSSM 2022
PTPS MSSM Gimrama Puan Foong Peik Chow
PTPS MSSM Golf Encik Faizal bin Haji Jaafar
PTPS MSSM Hoki Encik Azhar bin Mohamed
PTPS MSSM Kriket Encik Yeshodh a/l Parameswaran
PTPS MSSM Memanah Encik Nordin bin Yusopp
PTPS MSSM Merentas Desa dan Encik Norshamizi bin Ismail
Olahraga
PTPS MSSM Ping Pong Encik Lee Su Hau
PTPS MSSM Pelayaran Encik Mat Ropi bin Yazid
PTPS MSSM Ragbi Encik Helmi bin Md Isa
PTPS MSSM Sepak Takraw Encik Borhanuddin bin Hj Aziz
PTPS MSSM Skuasy Tuan Haji Ampandi bin Omar
PTPS MSSM Sofbol Encik Nazarudin bin Sahak Muhamed Aly
PTPS MSSM Tenis Encik Mohammad Khusaini bin Hassan
Setiausaha Agung MSSM 2022
Setiausaha Agung MSS Perlis Encik Mohamad Nasir bin Desa
Setiausaha Agung MSS Kedah Encik Haizul Azli bin Abu Bakar
Setiausaha Agung MSS Pulau Encik Shamsir bin Jemain
Pinang
Setiausaha Agung MSS Pahang Tn. Syed Shobaudin bin Syed Abdullah
Setiausaha Agung MSS Kelantan Encik Mohd Nuzulhan bin Muhammad Zin
Setiausaha Agung MSS Terengganu Puan Salbina binti Hamzah@Jaafar
Setiausaha Agung MSS Perak Encik Mohamad Sayuti bin Abas
Setiausaha Agung MSS Melaka Encik Azmi bin Osman
Setiausaha Agung MSS Johor Encik Mohamad Faizal bin Sarman
Setiausaha Agung MSS Negeri Encik Abdul Rahim bin Abdullah
Sembilan
Setiausaha Agung MSS Selangor Encik Jailani bin Abdul
Setiausaha Agung MSS Sabah Encik Ruslan bin Madisal
Setiausaha Agung MSS Sarawak Encik Johnny Rasit
Setiausaha Agung MSS WP Kuala Encik Muhamad Tarmizi bin Muhamad
Lumpur Nor
Setiausaha Agung MSS WP Labuan Encik Aznan bin Abidin
Setiausaha Agung MSS WP Encik Rozaidi bin Idris
Putrajaya
Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Pelayaran MSSM Tahun 2022
Pengerusi : YBhg. Dato' Haji Md Fiah bin Md Jamin
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Timbalan Pengerusi : Tn. Haji Misri bin Mistama
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Naib Pengerusi I : Encik Zaidi bin Ishak
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jataban Pendidikan Negeri Sembilan
Naib Pengerusi II : Tn. Haji Nor Hashim bin Othman
Timbalan Pengarah
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Naib Pengerusi III : Encik Abdul Razak bin Haji Idris
Ketua Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Setiausaha : Encik Abdul Rahim bin Abdullah
Penolong Pengarah (Penyelaras)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Pen. Setiausaha I : Encik Mohamad Shahir bin Ismail
Penolong Pengarah
Unit Pembangunan Bakar Murid (Sukan)
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Bendahari : Puan Siti Hajar binti Adam
Penolong Pengarah
Unit Kewangan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Pelayaran MSSM Tahun 2022
Pen. Bendahari : Puan Norazlina binti Rahmad
Ex-Officio Pembantu Tadbir
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
: Setiausaha Agung MSSM
Pegawai : Tn. Haji Hafiz Ridhuan bin Md Daud
Penyelaras Penolong Pengarah
Pelayaran MSSM Unit Kurikulum
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
PTPS Pelayaran : Encik Mat Ropi bin Yazid
MSSM SMK Dato' Ibrahim Yaacob, Kuala Lumpur
PTPS Pelayaran : Tn. Haji Sarip bin Ngaimon
MSSM Kolej Vokasional Port Dickson
Urusetia : Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS)
Kejohanan Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Ahli Jawatankuasa : 1.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban
2.Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan,
SUK Negeri Sembilan
3.Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sembilan
4.Ketua Polis Negeri Sembilan
5.Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan
6.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
7.Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan
8.Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri
Sembilan
9.Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sembilan
10.Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri
11.Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan
12.Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan
13.Pengerusi Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan
Ahli Jawatankuasa Pengelola
1.
Urusetia
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), JPN Negeri Sembilan
Pengetua, Kolej Vokasional Port Dickson
Guru Besar, SK Kg. Ladang
2. Pertandingan
PTPS Sukan Pelayaran MSSM
PTPS Sukan Pelayaran MSS Negeri Sembilan
3. Rakaman & Penyiaran
SSTP Negeri Sembilan
4. Pendaftaran & Statistik
Pengetua, SMK Tinggi Port Dickson
5. Hadiah, Sijil & Cenderama
Guru Besar, SK. Kg. Baru Sirusa
6. Penginapan
Pengetua, SMK Datuk Hj Abdul Samad
Pengetua, SMA Telok Kemang
7. Makanan & Minuman
Guru Besar, SK Si-Rusa
8. Keselamatan & Bantu Mula
Pengetua, SMK Kg. Baru Sirusa
9. Perhubungan & LO
Pengetua, SMK Raja Jumaat
10. Buku Program & Keputusan
Pengetua, SMK YAM Tuan Radin
11. Dokumentasi & Pelaporan
Guru Besar, SK Telok Kemang
Ahli Jawatankuasa Pengelola
12. Quarter Master
Pengetua, SMK Bukit Saujana
13. Kebersihan
Pengetua, SMK Intan Perdana
14. Pengangkutan
Pengetua, KV Port Dickson
15. Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson
16. Persiapan Tempat & Khemah
Guru Besar, SK Panglima Adnan
Pelan APPENDIX 'A'
Atur Cara Kejohanan / Kronologi
TARIKH MASA PROGRAM CATATAN
020922 2.30 - 11.00 Pegawai Teknikal & Pengadil Glory Beach
melapor diri Resort, PD
(Jumaat) pm Mesyuarat Pelarasan Kerja Teknikal
Penginapan
030922 12.00 - 6.00 Ketibaan semua Kontinjen MSSN Kontigen
(Sabtu) pm dan melapor diri
Glory Beach
8.30 - 9.30 Mesyuarat Pengurusan Pasukan & Resort, PD
pm Pengesahan Penyertaan
Taklimat Pengadil & PTPS Negeri Pantai Bagan
9.00 am Pinang, PD
Taklimat Pengurus Pasukan
040922 11.00 am Pantai Bagan
(Ahad) 2.00 pm Taklimat Pengadil / Pegawai Teknikal Pinang, PD
050922 9.00 am Pertandingan Penaja & Individu Pantai Bagan
(Isnin) 10.00 am Optimist, Laser Pinang, PD
060922 9.00 am - APPENDIX A Pantai Bagan
(Selasa) 10.00 am Pinang, PD
Perjumpaan Pengurus Pasukan
Perjumpaan Pegawai Teknikal Pantai Bagan
Pinang, PD
Pertandingan Individu Optimist dan
Laser Pantai Bagan
Pinang, PD
- APPENDIX A
Pantai Bagan
Perjumpaan Pengurus Pasukan Pinang, PD
Perjumpaan Pegawai Teknikal
Pertandingan Individu Optimist dan
Laser
- APPENDIX A
Atur Cara Kejohanan / Kronologi
TARIKH MASA PROGRAM CATATAN
070922 9.00 am Perjumpaan Pengurus Pasukan Pantai Bagan
(Rabu) 10.00 am Perjumpaan Pegawai Teknikal Pinang, PD
Pertandingan Individu Optimist dan
8.30 am Laser Pantai Bagan
Pinang, PD
080922 9.30 am - Appendix A
(Khamis) Perjumpaan Pengurus Pasukan Pantai Bagan
Perjumpaan Pegawai Teknikal Pinang, PD
4.00 pm Pertandingan Individu Optimist dan
Laser Pantai Bagan
090922 12.30 pm Pinang, PD
(Jumaat) Majlis Penyampaian Hadiah
Dewan Orang
Perjalanan pulang ke negeri masing- Ramai Bagan
masing
Pinang,
Port Dickson
Penghargaan
Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan Pelayaran MSSM Tahun 2022
dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :
Menteri Kanan Pendidikan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan
Polis Di Raja Malaysia Negeri Sembilan
Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan
Setiausaha Agung MSS Negeri
Ahli Jawatankuasa Pengelola MSS Negeri Sembilan
Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Sembilan
Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah Negeri Sembilan
Nestle Product
Dan Para Penaja
Canva