The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by memeyothman, 2020-04-18 09:47:21

05 OPERASI DAN OPERATOR DALAM BAHASA C

05 OPERASI DAN OPERATOR DALAM BAHASA C

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 1 drpd 12

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN

KURSUS UPC 3312 ASAS PENGATURCARAAN C
TAHAP TIGA (3)

NO DAN TAJUK 05 OPERASI DAN OPERATOR DALAM BAHASA C
MODUL
05.01 OPERATOR UMPUKAN
NO DAN PENYATAAN 05.02 OPERATOR ARITMETIK
TUGAS 05.03 OPERATOR BANDINGAN
05.04 OPERATOR LOGIKAL
TAJUK OPERASI DAN OPERATOR DALAM BAHASA C

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN
1. JENIS-JENIS OPERATOR DALAM BAHASA C
2. APLIKASI OPERATOR DALAM BAHASA C

PENERANGAN :

PENGENALAN

Operator adalah simbol-simbol yang digunakan untuk mewakili operasi komputer yang tertentu.
Simbol-simbol ini terdiri daripada satu atau lebih aksara khas yang telah ditentukan oleh bahasa C.
Operasi dalam bahasa C sama dengan operasi dalam matematik. Yang berbeza ialah pengendalinya.
Di antara operasi asas yang dilaksanakan adalah seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 2 drpd 12

1.1 OPERATOR UMPUKAN

Dalam bahasa C, simbol ‘=’, digunakan sebagai tanda untuk operator umpukan iaitu simbol
ini digunakan untuk mengumpukkan nilai kepada pemboleh ubah yang telah diisytiharkan di
awal aturcara. Contohnya jika dibuat kenyataan

a= 9;

Maka nilai 9 akan diumpukkan kepada pemboleh ubah a. Untuk memudahkan pemahaman,
kita digalakkan membaca simbol ‘=’ sebagai ‘menjadi’ atau ‘mengambil nilai’. Elakkan
daripada membacanya sebagai ‘sama dengan’ kerana simbol itu di sini bukan membawa
makna ‘sama dengan’. Untuk lebih memahami operator umpukan kita boleh perhatikan
keratan atur cara pada dibawah bersama komennya.

int r; /* isytiharkan pemboleh ubah r */

int y2; /* isytiharkan pemboleh ubah y2 */

s = 3; /* jadikan s bernilai 3 */

x = 20; /*jadikan x bernilai 10 */

a=x; /*jadikan a bernilai 20 */

Di dalam bahasa C, berbilang umpukan juga boleh dilakukan dalam satu penyataan.
Contohnya :

a = b = 4;

Hasil daripada umpukan itu, pemboleh ubah a dan pemboleh ubah b diberi nilai yang sama
iaitu 4.

Operator umpukan juga boleh digabungkan dengan operator +, -, *, / yang mana ianya
akan membentuk operator umpukan majmuk. Operator ini digunakan untuk
meringkaskan penyataan umpukan. Beberapa contoh operator umpukan majmuk dapat
ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Simbol Penerangan Ungkapan Maksud
a += b a=a+b
+ = Tambah kemudian umpuk c-=6 c=c–6
y *= 5 x=x*5
- = Tolak kemudian umpuk x /= 6 x=x/6

* = Darab kemudian umpuk

/= Bahagi kemudian umpuk

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 3 drpd 12

Untuk lebih memahami operator umpukan majmuk, perhatikan keratan aturcara di bawah
bersama komennya.

int y = 5 ; /*isytihar pemboleh ubah y */

int z = 6 ; /*isytihar pemboleh ubah z*/

y += 4; /*jadikan x bernilai 9 iaitu 5 ditambah 4 */

z -= 3; /*jadikan y bernilai 3, iaitu 6 ditolak 3 */

y *= 8; /*jadikan x bernilai 40, iaitu 5 didarab 8 */

z /= 2; /*jadikan y bernilai 3, iaitu 6 dibahagi 2 */

1.2 OPERATOR ARITMETIK

Bahasa pengaturcaraan C mempunyai 5 operator aritmetik asas yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan. 5 operator aritmetik asas tersebut dapat
ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Simbol Operator Contoh
+ Tambah 2 + 3 = 5 ; 2.0 + 5.0 = 7.0
- Tolak 4 – 3 = 1 ; 6.0 - 1.0 = 5.0
* Darab 3 * 4 = 12 ; 4.0 * 2.0 = 8.0
/ Bahagi 6 / 2 = 3 ; 8.0 / 2.0 = 4.0
Modulus 6 % 2 = 0 ; 6.0 % 2.0 = 0
%

Operator modulus digunakan untuk mendapatkan baki daripada pembahagian dua kendalian.
Contoh :

i. 8 % 3 akan memberi nilai 2
2

38

-6

2 hasil baki

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 4 drpd 12

ii. 10 % 6 akan memberi nilai 4
1

6 10
-6
4 hasil baki

Ungkapan aritmetik biasanya terdiri daripada pemboleh ubah atau pemalar yang
dihubungkan dengan operator aritmetik. Seperti contoh dibawah

a+b%4

Ungkapan ini akan dinilai mengikut peraturan keutamaan yang telah ditetapkan di dalam
bahasa C. Jadual di bawah menunjukkan peraturan keutamaan operator aritmetik.

Simbol Operator Keutamaan

Dinilai dahulu, sekiranya bersarang kurungan
terdalam dinilai dahulu. Sekiranya terdapat
( ) Kurungan
beberapa kurungan pada paras yang sama ia dinilai
dari kiri ke kanan .

*, /, % Darab,bahagi.modulus Dinilai selepas kurungan. Sekiranya terdapat
beberapa operator ini ianya dinilai dari kiri ke
kanan.

Dinilai selepas operator darab, bahagi dan

+, - Tambah,tolak modulus. Jika terdapat beberapa operator ini, ia

dinilai dari kiri ke kanan.

Contohnya : Akan dinilai mengikut turutan berikut : * mempunyai
x = 4 + 5 * 2 – 3; keutamaan
x = 4 + 5 * 2 – 3;
paling tinggi . Oleh kerana + dan – mempunyai keutamaan
Modul 01-Kertas Penerangan yang

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 5 drpd 12

x = 4 + 10 – 3; sama , maka ungkapan dinilai dari kiri ke kanan iaitu x akan
x = 14 – 3;
x = 11; ‘menjadi’ 11.

Untuk mengubah keutamaan operator yang telah ditetapkan, tanda kurungan boleh
digunakan untuk merangkumkan operasi yang hendak dibuat terlebih dahulu. Contohnya :

x = (1 +7) * (2 – 2); keutamaan ( ) paling tinggi akan dibuat terlebih dahulu

x = 8 * 0;

x=0 (iaitu X mengambil nilai 0)

Dalam pengaturcaraan ada masanya pemboleh ubah akan ditambah satu atau dikurangkan
satu. Bahasa Pengaturcaraan C menyediakan operator untuk menambah satu atau menolak
satu dari nilai pemboleh ubah yang dinamakan operator penokokan dan penyusutan.

Simbol Operator
++ Tambah 1
-- Kurang 1

Contohnya :

a++ sama juga jika ditulis sebagai a = a + 1 atau dibaca sebagai ‘tambahkan 1 kepada a’.

b-- y juga jika ditulis sebagai b = b – 1 atau dibaca dengan ‘ kurangkan 1 dari b’

Bagaimanapun nilai ini tidak boleh digunakan untuk pemalar umpamanya ungkapan 10++.
Simbol ini boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas pemboleh ubah. Untuk lebih
memahami operator penokokan dan penyusutan perhatikan keratan aturcara di bawah
bersama komennya.

int x = 2; /* isytiharkan pemboleh ubah x*/

int y = 5; /* isytiharkan pemboleh ubah y*/

x++; /* jadikan x bernilai 3 iaitu 2 ditambah 1*/

y++; /* jadikan y bernilai 6 iaitu 5 ditambah 1*/ 2011 (Versi 1)

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 6 drpd 12

x++; /* jadikan x bernilai 4 iaitu 3 ditambah 1*/
y--;
x--; /* jadikan y bernilai 5 iaitu 6 ditolak 1*/

/* jadikan x bernilai 3 iaitu 4 ditolak 1*/

Berdasarkan contoh di atas, operator penokokan ‘++’ dan penyusutan ‘--‘ diletakkan selepas
nama pemboleh ubah. Kesan yang sama juga diperolehi jika tanda ‘++’ dan ‘--‘ diletakkan
sebelum nama pemboleh ubah, contohnya ++x. Bagaimanapun jika operator penokokan dan
penyusutan digunakan dalam ungkapan yang berada dalam kenyataan lain, kesannya
berbeza. Contoh perbezaan ini dapat diterangkan dalam jadual dibawah.

Penyataan Turutan perlaksanaan yang setara Penerangan
x = 20;
y = x++ x = 20; Pemboleh ubah y akan diberi
y = x; nilai x iaitu 20, kemudiannya
x = 20; x = x+1; nilai x ditambah 1
y = ++x;
x = 20; Pemboleh ubah y akan diberi
x = x + 1; nilai x iaitu 21, selepas nilai x
ditambah 1.
y = x;

Sesuatu hasil ungkapan boleh diubah jenis umpamanya dari jenis integer diubah kepada
jenis float dengan menggunakan operator cast. Contohnya :

int a = 11;

float b ;
b = float (a / 2);

Dalam kenyataan ini, nilai a iaitu 11 telah ditukarkan jenis yang menjadi 11.0 oleh operator
cast (float). Oleh itu pembahagian yang terjadi bukanlah antara 2 integer sebaliknya
antara float dan integer. Hasilnya nilai 5.5 akan diberi kepada pemboleh ubah b. Kita boleh
menggunakan kaedah ini setiap kali hendak mendapatkan nilai yang tepat bagi pembahagian
2 nilai integer.

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 7 drpd 12

Selain daripada operator cast(float) yang telah dibincangkan terdapat juga operator cast
lain yang dapat menukarkan nilai ke jenis data lain seperti (int).

1.3 OPERATOR BANDINGAN

Bahasa C menyediakan beberapa operator yang boleh digunakan untuk membuat
perbandingan. Perbandingan mesti dibuat antara 2 operan dan digunakan untuk menguji
hubungan antara kedua-dua operan tersebut.Operator bandingan boleh dibahagikan kepada
2 kumpulan iaitu operator ketaksamaan dan operator kesamaan.

i. Operator ketaksamaan
Operator bandingan menguji adakah operan pertama lebih besar, lebih besar atau
sama, lebih kecil, lebih kecil atau sama berbanding operan keduanya. Jadual dibawah
menerangkan maksud setiap operator ketaksamaan.

Simbol Maksud Contoh Penerangan
Penggunaan

> Lebih besar a>b a lebih besar daripada b

>= Lebih besar atau sama a>=b a lebih besar @ sama dengan b

< Lebih kecil a<b a lebih kecil daripada b

<= Lebih kecil atau sama a<=b a lebih kecil @ sama dengan b

Contohnya ungkapan a > b menguji ‘adakah a lebih besar daripada b?’ Jawapan
kepada soalan ini ialah sama ada PALSU atau BENAR. Sekiranya a > b, maka
ungkapan (a>b) tersebut adalah BENAR. Jika tidak ungkapan tersebut menjadi palsu.
Contoh penggunaan operator ketaksamaan adalah seperti berikut:

a. Kodpseudo “jika duit simpanan kurang daripada RM3000”,boleh diwakili dengan

If (duit_simpanan < 3000)

b. Kodpseudo “jika umur sudah mencapai 18 tahun”, boleh diwakili dengan

If (umur >= 18)

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 8 drpd 12

ii. Operator kesamaan

Seperti operator ketaksamaan, operator kesamaan juga digunakan terhadap 2
operan. Ia digunakan untuk menguji kesamaan antara kedua-dua operan. Ia menguji
adakah nilai operan pertama sama atau tidak dengan operan keduanya. Jadual
dibawah menerangkan maksud setiap operator kesamaan.

Simbol Maksud Contoh Penerangan
Penggunaan

= = Sama a == b a sama dengan b
!= Tak sama
a != b a tidak sama dengan b

Contoh penggunaan operator kesamaan ialah seperti berikut:

Kod pseudo ‘jika jantina ialah lelaki’ boleh diwakili dengan

if (jantina == ‘L’)

Dan kod pseudo ‘jika kata kunci tidak sama dengan nama’ boleh diwakili dengan

if(kata_kunci != nama)

1.4 OPERATOR LOGIKAL
Terdapat keadaan di mana sesuatu syarat itu merupakan gabungan dari 2 syarat. Contohnya
masalah ini.

Seseorang pelajar dikira lulus sesuatu modul jika dia mendapat markah peperiksaan tidak
kurang dari 40 DAN kehadirannya tidak kurang dari 30 kali. Untuk membentuk syarat bagi
mewakili masalah ini, kita memerlukan ‘penghubung’ syarat. Operator logikal digunakan
untuk tujuan ini. Dalam bahasa C, terdapat 3 jenis operator logikal iaitu:

i. &&
ii. | |
iii. !
Operator ‘&&’ dan ‘| |’ digunakan untuk menghubungkan 2 syarat manakala operator ‘!’
digunakan untuk menafikan syarat yang diberi. Untuk menentukan status pelajar seperti yang
telah disebutkan, kenyataan “if” yang boleh digunakan ialah

if (markah >=40 && hadir >= 30)

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 9 drpd 12

yang boleh dibaca sebagai “jika markah lebih atau sama dengan 40 DAN kehadiran lebih atau
sama dengan 30 kali”. Ini bermakna, untuk lulus, seseorang pelajar harus memenuhi kedua-
dua syarat, iaitu mendapat paling kurang 40 markah dan kehadiran sekurang-kurangnya 30
kali. Jika tidak memenuhi mana-mana syarat, ia tidak dikira sebagai lulus. Operator “ ! “
boleh juga digunakan untuk membentuk syarat bagi masalah ini. Contohnya dengan
kenyataan:

if (!(markah <40) && ! (hadir<30) )

Jadual diabawah meringkaskan maksud setiap operator logikal:

Simbol Maksud Contoh Penggunaan Penerangan

&& DAN (p > 0) && (q != 5) Akan menghasilkan BENAR
hanya sekira kedua-dua
operannya adalah BENAR

|| ATAU (p > q) | | ( q != 4) Akan menghasilkan BENAR
sekiranya salah satu
operannya adalah BENAR

! TIDAK !(p + 3) Sekiranya ungkapan (p+3)

BENAR, operator akan

menjadikannya PALSU.

Sekiranya ungkapan (p+3)

adalah PALSU operator akan

menjadikannya BENAR

Jadual diatsas dapat diringkaskan lagi dengan menggunakan jadual kebenaran pada jadual
di bawah yang ditafsir oleh bahasa C bagi operator ’&&’ dan ‘| |’

A B A && B A||B
PALSU
PALSU PALSU PALSU PALSU
BENAR BENAR PALSU BENAR
BENAR PALSU PALSU BENAR
BENAR BENAR

BENAR

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 10 drpd 12

Perhatikan dari jadual kebenaran di atas, bahawa operator DAN hanya memerlukan satu
operan palsu untuk menjadikan keseluruhan ungkapan PALSU. Manakala operator ATAU
hanya memerlukan satu operan BENAR untuk menjadikan ungkapan BENAR. Dengan kata
lain operator DAN memerlukan semua operannya BENAR untuk menjadikan keseluruhan
ungkapan BENAR manakala operator ATAU memerlukan semua operannya PALSU untuk
menjadikan ungkapan PALSU. Untuk operator BUKAN (!=) kita tidak memerlukan jadual
kebenaran. Jika operannya BENAR, nilainya akan menjadi palsu manakala jika operannya
PALSU, nilainya akan menjadi BENAR.

Kita perlu melihat bagaimana penilaian ungkapan yang mempunyai pelbagai operator
menurut keutamaan bagi semua operator yang telah dibincangkan berdasarkan rajah di
bawah:

Operator Keutamaan tinggi (dilaksanakan dahulu)
! ++ -- Keutamaan rendah (dilaksanakan kemudian)
*/%
+-
< <= > >=
== !=
&&
||
=

Perhatikan juga contoh ini:

a = !(2 > 5) | | 4 + 1 >= 9 – 3;
!(PALSU) | | 5 >= 6;
BENAR | | PALSU

a = BENAR;

jadi a akan mendapat nilai 1 (iaitu BENAR)

Contoh penggunaan operator logikal adalah seperti berikut:
Kod pseudo ‘jika umur >= 4 && umur <= 6’ boleh diwakili dengan

if (umur >= 4 && umur <= 6)

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 11 drpd 12

Atau kita juga boleh menggunakan operator BUKAN untuk mewakili kod pseudo tersebut
if ( !(umur <4) && !(umur >6))

RUJUKAN :

1. Mohamad Zamberi Saad, Ku Ruhana Ku Mahamud, Norita Md. Norwawi . 1999.
Pengenalan Pengaturcaraan C. Sintok: Penerbitan Universiti Utara Malaysia

2. Marini Abu Bakar, Norleyza Jailani, Sufian Idris.1999. Pengaturcaraan C Edisi Revisi
2000.Kuala Lumpur:Prentice Hall (Singapore) Pte Ltd

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)

Kod kertas E-011-3/UPC 3312/KP1 Muka surat : 12 drpd 12

Modul 01-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2011 (Versi 1)


Click to View FlipBook Version