Kumpulan 3
TTUUGGAASSAANN 22
BBMMMMBB11112244
LITERASI
BAHASA
Disediakan oleh :
AFIQAH NUR FAQIHAH BINTI MURAT
ASMAT HUSNA BINTI AYOB
NUR SOLEHAH BINTI AZLAN
TTiiggaa
SSeekkaawwaann....
"Ringggg... Rringggg... Rringgg"..
Bergema satu bilik dengan bunyi deringan jam loceng Anna.
Anna terus bangun daripada katilnya dan mencapai kain tuala
lalu menuju ke bilik mandi.
"Hmmm, sejuknya nak mandi pagi ini." Mengeluh Anna sendirian
di dalam bilik mandi.
Selesai mandi, Anna seperti lipas kudung bersiap untuk ke
sekolah kerana jam di dinding sudah menunjukkan jam 7:30
pagi.
Anna pergi sekolah dahulu, ibu." Ujar Anna seraya bersalaman
dengan ibunya sebelum ke sekolah. "Nah, bawa bekal yang ibu
masakkan ini." Balas ibu sambil menghulurkan sebekas bekal
makanan beserta sebotol air kepada Anna.
Di luar rumah Anna, terdapat dua rakan karibnya yang
sedang menunggu.
"Asyik lewat sahaja kau Anna." Omel Sara kepada Anna.
Akish hanya tersenyum apabila mendengar omelan Sara
terhadap Anna tadi. "Maaf la Sara, jam loceng aku tu yang
lambat." Bebel Anna. Akish hanya tersenyum melihat Sara
dan Anna berceloteh di pagi hari.
Anna, Sara dan Akish merupakan kawan karib daripada kecil
lagi. Mereka yang berusia 11 tahun itu diibaratkan bagai isi
dengan kuku sama seperti ibu bapa mereka. Mereka yang
dibesarkan dalam keluarga polis menyebabkan diri mereka
sangat lasak sama seperti budak lelaki.
Setiap petang mereka akan ke padang untuk bermain
bersama rakan-rakan yang lain. Ibu bapa mereka tidak
risau sangat apabila anak-anak keluar bermain di padang
kerana percaya mereka mampu menjaga diri dengan baik
sebagaimana yang dinasihatkan oleh ayah mereka.
Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang daripada
sekolah, Sara memberitahu Akish bahawa pada petang
nanti rakan mereka telah mengajak mereka berdua untuk
bermain bola bersama-sama.“ Haaa? Korang berdua
sahaja?” Tanya Anna dengan keliru. Melihat kepada Anna
yang membisukan diri akibat salah faham itu, lalu Akish
bertanya, "Kau kenapa Anna? Diam semacam sahaja aku
tengok."
"Tiada la, aku penat sahaja." Jawab Anna ringkas. Lalu Sara
menyampuk dengan serangkap pantun,
"Budak sekolah berbaju putih,
Berbaju putih cantik sekali,
Jangan kau nak bersedih,
Aku gurau sahaja tadi."
Anna terus tersenyum riang selepas mendengar pantun Sara itu.
Lalu, mereka bertiga meneruskan perjalanan pulang.
Semasa sampai di kawasan perumahan mereka, Sara terus
mengingatkan Akish dan Anna supaya keluar tepat jam 5
petang nanti untuk ke padang. Kedua-dua rakannya itu
mengangguk tanda faham.
Jam di tangan Sara dan Akish sudah menunjukkan pukul 5:15
petang. Namun, mereka berdua masih tidak nampak kelibat Anna.
Lalu, Sara dan Akish membuat keputusan untuk ke padang
terlebih dahulu kerana risau rakan mereka yang lain sedang
menunggu mereka.
Anna yang terlelap selepas solat asar terus bergegas keluar
kerana teringat akan janjinya bersama Sara dan Akish. Namun,
ketiadaan Sara dan Akish di tempat mereka selalu bertemu
membuatkan Anna hairan. Anna ke rumah mereka berdua, namun
ibu Sara dan Akish mengatakan bahawa mereka berdua sudah
keluar lepas asar tadi. Anna sungguh sedih apabila mendapat
tahu yang dia ditinggalkan oleh kedua-dua rakan karibnya itu.
Perasaan Anna ketika itu bagai kaca yang terhempas ke batu.
Anna dengan mukanya yang masam mencuka itu terus pulang ke
rumah dan dia telah membatalkan hasratnya yang ingin keluar
bermain di padang pada petang itu.
Sara dan Akish yang sedang asyik bermain bola
berasa hairan kerana mereka masih tidak melihat
kelibat Anna. Sewaktu berehat, mereka duduk di atas
bangku kayu di tepi padang. "Kenapa Anna tidak
muncul-muncul lagi?" Tanya Akish kepada Sara. Sara
hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu
kenapa Anna masih belum tiba di padang. Mereka
berdua memikirkan mungkin Anna ada hal yang tidak
dapat dielakkan. Sara dan Akish terus menyambung
bermain bola bersama rakan-rakan yang lain.
"Hari demi hari berganti, Anna semakin menjauhkan diri
daripada Sara dan Akish. "Jauhnya anak ibu termenung.
Fikir pasal apa itu?" Tegur ibu Anna daripada belakang.
"Eh, ibu. Terkejut Anna ingatkan siapa tadi. Anna tidak
fikirkan apa-apa pun ibu." Jawab Anna kepada ibunya.
"Kenapa Anna tidak keluar bermain di padang?" Tanya ibu
Anna. Anna hanya diam dan mencebik mulutnya apabila
mendengar soalan ibunya itu. Ibu Anna perasan bahawa
anak perempuannya itu tidak lagi keluar bermain bersama-
sama dengan Sara dan Akish serta rakan-rakan yang lain.
Ibunya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
persahabatan kanak-kanak itu.
Dua tiga hari berlalu, Sara dan Akish cuba untuk berkawan
dengan Anna kembali. Namun, Anna mengelak dan menolak
ajakan Sara dan Akish untuk bermain bersama rakan-rakan
yang lain di padang nanti. Anna yang dahulunya mulut
murai kini diam seribu bahasa ketika bersama Sara dan
Akish.
Semasa waktu rehat, Anna tidak lagi duduk semeja dengan
Akish dan Sara di kantin. Sebaliknya, Anna hanya makan
makanan yang dibekalkan oleh ibunya sahaja. "Anna, kau
nak keropok lekor?" Tanya Akish sambil menghulurkan
plastik yang berisi dengan keropok lekor. "Terima kasih. Aku
dah kenyang." Balas Anna ringkas lalu beredar daripada
Akish.
Tanggal 5 April adalah ulang tahun kelahiran Anna
yang kesebelas tahun. Beberapa hari sebelum tarikh
tersebut tiba, Sara dan Akish merancang untuk
membuat kejutan sambutan hari jadi Anna. "Makcik,
nanti makcik buat-buat lupa ya hari jadi Anna nanti?"
Minta Sara dan Akish kepada ibu Anna. Ibu Anna
hanya tersenyum sambil mengangguk tanda bersetuju
dengan rancangan anak rakan-rakan karibnya itu.
Selain daripada ibu Anna, Sara dan Akish juga
berpesan kepada rakan-rakan sekelas yang lain
supaya tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada
Anna.
Anna berasa hairan mengapa tiada seorang pun yang
mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Sedangkan ibunya adalah insan terawal yang
mengucapkan ucapan selamat kepadanya pada ulang
tahunnya yang sebelum-sebelum ini. Anna berasa
sangat sedih. Kawan-kawan di sekolah juga lupa
tentang hari lahirnya. Anna hanya mendiamkan diri
pada hari lahirnya itu.
Pada waktu petang, ibu Anna mengajak Anna ke
padang. Anna yang dalam kesedihan hanya
menurut sahaja ajakan ibunya seperti lembu yang
dicucuk hidung. Setibanya di padang,
"SURPRISE!!", lalu semua yang ada di padang
menyanyikan lagu hari lahir untuk Anna. Anna
terkejut kerana dia menyangkakan bahawa tiada
siapa yang mengingati hari ulang tahunnya tahun
itu pada hari tersebut. Anna melihat ramai rakan
sekelasnya yang hadir untuk meraikan hari ulang
tahunnya itu.
Ibu Anna memberitahu Anna bahawa Sara dan
Akish yang merancang kejutan sambutan ulang
tahun Anna itu. Sara dan Akish yang memegang
kek malu-malu kucing apabila ibu Anna
menyatakan mereka berdua adalah "mastermind"
untuk kejutan sambutan majlis hari lahir Anna.
"Selamat hari lahir Anna." Ujar Sara. "Selamat hari
jadi Anna." Tambah Akish. Lalu, mereka berdua
memohon maaf terhadap Anna dan berharap Anna
sudi untuk berkawan dengan mereka lagi.
"Terima kasih Sara dan Akish. Aku pun nak minta maaf
dengan kamu berdua. Lain kali jangan tinggal aku lagi, ya?"
Sinis Anna kepada Sara dan Akish. "Hahaha." Mereka
bertiga ketawa serentak mendengar ungkapan Anna tadi.
"Dah, jom makan. Aku lapar ni." Ajak Sara. Kesemua yang
berada di padang menikmati juadah hari lahir yang
disediakan oleh ibu Anna itu. Selesai makan, Anna, Sara dan
Akish bermain bersama rakan-rakan yang lain. Kedengaran
tawa hilai yang riang daripada kanak-kanak terutamanya
Anna, Sara dan Akish semasa mereka bermain. Ibu Anna
yang melihat teletah mereka bertiga dari jauh hanya
tersenyum bangga kerana mereka diibaratkan bagai aur
dengan tebing.
GLOSARI KATA :
Lipas kudung - Bergerak dalam keadaan
pantas / Membuat sesuatu kerja dengan
pantas
Bagai isi dengan kuku - Sesuatu hubungan
yang sangat akrab atau disebut juga
sebagai erat
Bagai kaca yang terhempas ke batu -
Perasaan yang sangat sedih atau kecewa /
Hati yang hancur kerana dukacita
Mulut murai - Orang yang suka bercakap
banyak
Seperti lembu yang dicucuk hidung -
Orang yang selalu menurut kemahuan
orang lain tanpa mempersoalkannya
Bagai aur dengan tebing - Sikap tolong-
menolong di antara satu sama lain
TAMAT
TTiiggaa
SSeekkaawwaann....