MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLAN
6 BIRUNI
PENGENALAN
Malaysia sebuah negara bertuah yang unik.
Masyarakat majmuk yang menghuni di negara ini hidup
aman dan harmoni. Terdapat pelbagai jenis perayaan
disambut pada sepanjang tahun di Malaysia kerana
kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara
ini. Antaranya ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina , Deepavali, Krismas dan lain-lain lagi.
HARI RAYA AIDILFITRI
Bagi umat Islam, dua perayaan utama
diraikan iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri)
dan Hari Raya Haji (Aidiladha). Hari Raya
Aidilfitri diraikan bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadan yang
mewajibkan umat Islam berpuasa selama
sebulan.
Amalan ziarah-menziarahi dan bermaaf-
maafan amat sinonim dengan perayaan ini.
Selain daripada itu, hidangan hari raya
seperti ketupat, rendang dan lemang akan
dihidangkan semasa sambutan Hari Raya
Aidilfitri.
HARI RAYA AIDIL ADHA
Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha
pula disambut pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam
yang mengerjakan Haji di Mekah berada di
peringkat akhir ibadah mereka.
Bersempena dengan perayaan ini, umat
Islam yang berkemampuan digalakkan
untuk melakukan ibadah korban dan
disebabkan itu juga perayaan ini turut
dikenali sebagai Hari Raya Korban.
TAHUN BARU CINA
Masyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun
Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina iaitu pada
Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan
seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-
sama. Pemberian bungkusan ‘angpow’ merupakan tradisi yang
memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan
kanak-kanak.
DEEPAVALI
Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau
Perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut
kalendar Tamil (Oktober-November) merupakan
masa untuk bergembira. Perayaan ini menandakan
kemenangan; kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.
Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan
tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di
kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang
di rumah atau dikuil-kuil.
KRISMAS
Pada 25 Disember setiap tahun, orang-orang Kristian akan
merayakan Hari Krismas yang menandakan kelahiran Jesus
dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi sanak
saudara dan rakan taulan.
HARI GAWAI DAYAK
Gawai Dayak dikenali juga sebagai Pesta Dayak. Perayaan
ini disambut oleh kaum Dayak di Sarawak. Gawai Dayak
merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan
dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim
menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan
pesta-pesta tradisi dan sosial.
TADAU KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu Tadau Kaamatan
atau di dalam bahasa Kadazan ("Magavau") merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon"
iaitu untuk menghormati semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan-Dusun di
Sabah sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini
biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
PENUTUP
Hari perayaan di Malaysia disambut bersama-sama
oleh masyarakat pelbagai kaum. Ini menjadikan
masyarakat Malaysia harmoni dan saling hormat
menghormati. Generasi muda akan mendapat banyak
manfaat daripada sambutan sebegini. Malaysia juga
akan dipandang tinggi di mata dunia kerana keunikan
masyarakat dan perayaannya.