DUA6012 KOMNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
E-MAJALAH : KEMPEN PERANGI DENGGI
NAMA PENSYARAH :
USTAZ MOHD NOOR ZAIDI BIN MUHD ZAWAWI
NAMA:
IQWAN HAIKAL BIN ABDUL MANAN (02DAD18F1038)
MUHAMMAD JAEIZ BIN MOHD SHAHRUDDIN
(02DAD18F1022)
MUHAMMAD AZIM NAIM BIN SHUKRI (02DAD18F1051)
RAZZIF IZZHAN BIN RUSHDI (02DAD18F1089)
ISI KANDUNGAN
• 1.LATAR BELAKANG
• 2. PENGENALAN
• 3. APAKAH ITU DENGGI
• 4. BAGAIMANAKAH UNTUK MENGETAHUI SAYA BEKEMUNGKINAN
MENGHIDAP DEMAM DENGGI
• 5. APAKAH PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MENCEGAH DEMAM
DENGGI
• 6. APAKAH YANG TERJADI JIKA SAYA TIDAK MENDAPATKAN
RAWATAN
• 7. BAGAIMANKAH PENYAKIT INI MEREBAK
• 8. PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN
• 9. NYAMUK AEDES
• 10. TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
• 11. PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
• 12. KESIMPULAN
LATAR BELAKANG
Demam denggi ialah penyakit tropika bawaan nyamuk yang disebabkan oleh virus
denggi.[1] Gejala biasanya bermula tiga hingga empat belas hari selepas jangkitan.
[2] Ini mungkin termasuk demam panas, sakit kepala, muntah, sakit otot dan sendi,
serta ruam pada kulit. Pemulihan secara amnya memakan masa dua hingga tujuh
hari. Dalam sebilangan kecil kes, penyakit ini berkembang menjadi denggi parah,
juga dikenal sebagai demam denggi berdarah, yang mengakibatkan pendarahan
, paras platelet darah menjadi rendah dan kebocoran plasma darah, atau
menjadi sindrom kejutan denggi, apabila tekanan darah rendah berbahaya
berlaku.[2]
Denggi disebarkan oleh beberapa spesies nyamuk betina dari genus Aedes,
terutama Aedes aegypti.[1][2] Virus ini mempunyai lima serotip;[7][8] jangkitan dengan
satu jenis virus biasanya memberi keimunan seumur hidup terhadap jenis tersebut,
tetapi hanya keimunan jangka pendek kepada jenis yang lain. Jangkitan
seterusnya dengan jenis yang berbeza akan meningkatkan risiko komplikasi teruk.
Sejumlah ujian tersedia untuk mengesahkan diagnosis termasuk mengesan antibodi
terhadap virus atau RNAnya.
Vaksin untuk demam denggi telah diluluskan dan tersedia secara komersial di
sejumlah negara.[4][9] Sehingga 2018, vaksin hanya disarankan pada individu yang
pernah dijangkiti, atau pada populasi dengan kadar jangkitan sebelumnya yang
tinggi pada usia sembilan tahun.[10][5] Kaedah pencegahan lain termasuk
mengurangkan habitat nyamuk dan mengehadkan pendedahan kepada gigitan.
[1] Ini mungkin boleh dilakukan dengan membuang atau menutup bekalan air yang
terdedah dan memakai pakaian yang menutupi sebahagian besar badan.
Rawatan denggi akut merangkumi pemberian cecair sama ada melalui mulut
atau intravena untuk penyakit ringan atau sederhana.[2] Untuk kes yang lebih teruk,
pemindahan darah mungkin diperlukan. Kira-kira setengah juta orang telah
dimasukkan ke hospital setiap tahun. Paracetamol (acetaminophen) disyorkan
sebagai ganti ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) untuk pengurangan demam
dan melegakan kesakitan oleh denggi kerana peningkatan risiko pendarahan
akibat penggunaan NSAID.[11][12]
Denggi telah menjadi masalah global sejak Perang Dunia Kedua dan sering berlaku
di lebih daripada 120 negara, terutamanya di Asia Tenggara, Asia Selatan dan
Amerika Selatan.[13] Lebih kurang 390 juta orang dijangkiti setahun dan kira-kira
40,000 mati.[5][6] Pada tahun 2019 terdapat peningkatan yang ketara dalam jumlah
kes. [14] Huraian terawal mengenai wabak dari tahun 1779. [15] Penyebab dan
penyebaran virus baru difahami pada awal abad ke-20.[16] Selain mengahpuskan
nyamuk, usaha dilakukan untuk ubat-ubatan yang disasarkan langsung kepada
virus.[17] Ia dikelaskan sebagai penyakit tropika yang diabaikan.[18]
PENGENALAN
Pada masa kini, Kempen sememangnya tidak asing
bagi masyarakat kini. Di Malaysia, Kempen telah
menjadi suatu kebiasaan seperti dalam sektor
kerajaan perniagaan, politik dan sebagainya.
Kempen kebiasaanya dapat dilihat di mana-mana
sahaja seperti kempen keselamatan jalan raya,
kempen gaya hidup sihat, kempen bahaya merokok,
kempen bahaya diabetes. Kempen seperti ini giat
dijalankan oleh sektor atau badan-badan kerajaan
dengan tujuan memberikesedaran, Informasi dan
menyebarkan mesejkepada masyarakat.
Berdasarkan kepada senario persekitaran komunikasi
kini, jelas menunjukkan bahawa kempen merupakan
satu kaedah komunikasi yang sangat popular dan
meluas digunakan untuk menjangkau khalayak
sasaran. Penggunaannya yang meluas membuktikan
bahawa kempen adalah satu kaedah komunikasi
yang berkesan untuk mempengaruhi sasaran.
Menurut Rogers, 1979; Atkin and Rice, 1989; McGuire,
1984, kempen adalah satu usaha yang dirancang
untuk pelbagai tujuan, ditujukan kepada sasaran di
pelbagai peringkat.
APAKAH ITU DENGGI?
Demam denggi adalah sejenis penyakit
jangkitan virus yang merebak melalui gigitan
nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh
menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2,
DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan
memberikan imuniti terhadap virus jenis itu
sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan
denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali
seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk
mengetahui saya
berkemungkinan menghidap
demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala
selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Apakah perlu saya lakukan
untuk mencegah demam
denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah
demam denggi :
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya
ditutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan
dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk
mengurangkan jentik-jentik
Menggunakan semburan serangga untuk
membunuh nyamuk
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk
mengelakkan gigitan nyamuk seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota
terdedah kepada gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan
panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk
elektrik di kawasan tertutup
Apakah yang akan terjadi
sekiranya saya tidak
mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi
biasa atau demam denggi berdarah yang boleh
membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-
tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan
yang juga membawa maut
Bagaimanakah penyakit ini
merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di
negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang
membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi
mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri
klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang
membawa virus denggi.
Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12
hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke
generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi
walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di
dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang
belum dijangkiti.
Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan
meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
PERANAN KEMENTERIAN
KESIHATAN
Membuat penyelarasan di dalam perasmian pelancaran
kempen anti denggi I peringkat kebangsaan, negeri dan
daerah.
Menyediakan peralatan dan mudiul latihan
Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada pemudah
cara (fasilitator) berkaitan penyakit denggi, kajian Aedes serta
kriteria – kriteria berkaitan.
Mengesan rapi perjalanan aktiviti serta kekesanannya di
dalam pencegahan dan pengawalan.
Mengesan masalah berjangkit dan mencari jalan
mengatasinya.
Mengenakan kompaun kepada pemilik premis yang berisiko
terhadap pembiakan aedes.
Melakukan forging di Kawasan yang berisiko tinggi.
Nyamuk Aedes
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang
biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya
diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang
bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini
menyebarkan beberapa penyakit berbahaya
seperti demam denggi. Ae. albopictus merupakan
species yang sering ditemui di Asia. Kakinya
berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal
sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur
hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu
minggu.
Tabiat nyamuk aedes
Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih
pada badan dan kakinya
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan
waktu senja
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung,
sama ada di dalam atau luar rumah
Tempat pembiakan nyamuk
aedes
Dalam Rumah :
Akuarium
Perangkap semut
Timba
Kolam (Kolah) mandi
Tempat air peti sejuk
Tempayan
Luar Rumah :
Tayar buruk
Tempurung kelapa
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
Salur air hujan
Tempayan
Pokok pisang
Pokok keladi
Longkang yang tersekat
Tangki septik (terdedah)
Pencegahan pembiakan
nyamuk aedes
Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu
dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan
gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur
Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke
dalam tong sampah atau ditanam
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun
yang menyekat air daripada mengalir
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk
mencegah pembiakan nyamuk
Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan
memakan jentik-jentik.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke
dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.
KESIMPULAN
Wabak ini berlaku sesaat tertunda kepada pers
ekitaran yang sensitif dan merebak di lokasi
tersebut atas sebab kepadatan vektor yang tinggi
hasil sikap tidak mengambil perhatian oleh
masyarakat yang memilih pembiakan aedes
dipersekitaran.Dan menunjukkan kelewatan
mengesanstatus awal kes memberiruang kepada
merebaknya virus ini sehingga muncul wabak ini
tanpa kawalan yang dapat dijalankan pada hari
ke-7 selepas pembiakan melaluikes indek.
Kewujudan premis kediaman yang tiada penghuni
dan rumah-rumah terbiar sangat memberi kesan
negatif kepada kerja-kerja yang dijalankan.
Kempen kesedaran dan penguatkuasaan yang
berterusan sedikit sebanyak telah menyedarkan
masyarakat mengenai bahaya penyakit demam
denggi sehingga wabak berakhir dan diistiharkan
tamat Dari hal-hal yang perlu ada seseuatu benda
yang dibuat penyeles aian dalam kes, masyarakat
sendiri perlu mencari jalan untuk melakukan
perkara tersebut. Dari sini membuka media
pemberitahuan yang cepat disam pai kepada mas
yarakat dengan mudah.