PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
1
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
LAPORAN MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-22
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2,
JALAN USJ 2/3, 47600 SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TARIKH : 10 April 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9:00 pagi
TEMPAT : - Bilik Bestari SK USJ 2 – Secara bersemuka.
- Kediaman masing-masing – Secara dalam talian
aplikasi Google Meet.
(Mesyuarat Secara Hibrid)
KEHADIRAN : 112 orang
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa.
1.1 Pengerusi majlis mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa dan
guru ke mesyuarat PIBG kali ke 22 secara dalam talian. Pengerusi
mengharapkan mesyuarat berjalan lancar dan mengucapkan terima
kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi meluangkan masa ke
mesyuarat kali ini.
1.2 Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anas Fahmi bin Zulkefli
bagi membuka majlis.
Makluman
2.0 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG ( Puan Norlaily binti Ahmad
Sayuni)
2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para guru dan ibu bapa ke
mesyuarat PIBG secara Google Meet dalam talian.
2.2 Guru Besar memahami situasi masa kini, ibu bapa mengambil langkah
berjaga-jaga. Walaubagaimanapun, dengan sokongan ibu bapa murid-
murid dapat hadir ke sekolah dengan lancar dan tidak menghantar anak
ke sekolah sekiranya bergejala.
2.3 Norma baharu perlu dibudayakan oleh ibu bapa dan murid untuk
Sekolah masih mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KPM. Harap
ibu bapa dapat memantau tahap kesihatan murid. Murid yang tidak sihat
tidak perlu hadir ke sekolah.
2.4 PIBG berperanan untuk membangunkan kecemerlangan murid-murid
bersama para guru dan ibu bapa. Bagi menghasilkan kemenjadian
murid yang hebat perlu ada sokongan daripada ibu bapa dan guru yang
hebat.
Makluman
2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
2.5 Guru Besar mengharapkan dengan bantuan PIBG sekolah dapat
melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.
2.6 Pada masa kini, ibu bapa dan murid perlu biasakan dengan norma
baharu. Ini kerana kebanyakkan aktiviti adalah secara maya atau online
seperti sesi PDPC secara online, pendaftaran anak tahun 1 secara
online, pertandingan secara online dan banyak lagi. Oleh itu ibu bapa
perlu mengambil tahu tentang maklumat yang dimaklumkan oleh guru
kelas dalam ‘Telegram’.
Makluman
2.7 Guru Besar memaklumkan bahawa infrastruktur sekolah banyak
mengalami kerosakan dan perlukan sokongan melalui sumbangan dari
ibu bapa kerana dana yang ada tidak mencukupi. Sekiranya ada ibu
bapa yang ingin menyumbang boleh hadir ke sekolah berjumpa terus
dengan guru besar.
2.8 Sekolah memerlukan kerusi plastik untuk Bilik RBT dan makmal sains.
Untuk 40 buah kerusi plastik, jumlah yang diperlukan sebanyak RM640.
Begitu juga Pusat Sumber sekolah perlukan kerusi tambahan kerana
banyak yang rosak. Sumbangan boleh dibuat secara jualan lot kerusi.
Makluman
2.9 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang
membantu dan menyumbang kepada sekolah pada tahun 2020 dan
barisan AJK tahun 2020. Pn Intan dapat hadir ke sekolah sebagai
mewakili YDP dalam kelangsungan tugas PIBG.
2.10 Guru Besar berharap sekolah terus mencapai kecemerlangan dan murid
dapat belajar dalam keadaan kondusif. Guru amat bersemangat dan
berkobar-kobar untuk mengajar murid yang telah banyak tercicir pada
tahun lepas. Beliau berharap ibu bapa dapat memantau kerja sekolah
anak-anak yang telah diberi oleh guru.
Makluman
3.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG ( Wan Hazlizam bin Wan Hamid )
3.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru
dan ibu bapa yang hadir ke mesyuarat PIBG secara dalam talian.
Kehadiran yang memuaskan ini menunjukkan kesungguhan ibu bapa
dan guru untuk bekerjasama ke arah kecemerlangan murid. Harapan
YDP PIBG agar kerjasama antara ibu bapa dapat memberi impak yang
besar dan positif kepada kejayaan sekolah.
Makluman
3.2 Pandemik Covid-19 pada tahun 2020 menyebabkan sekolah terpaksa
ditutup lama. Walaubagaimanapun pihak sekolah sangat komited dalam
pelaksanaan PDPR mengikut kesesuaian dari masa ke semasa. Iktibar
daripada pandemik ialah ibu bapa dan guru amat memerlukan antara
satu sama lain untuk merealisasikan pembelajaran supaya memberi
kesan yang baik kepada murid. YDP mengucapkan terima kasih kepada
para guru yang telah komited menyampaikan pembelajaran kepada
murid.
Makluman
3
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
3.3 Ibu bapa juga perlu membantu anak dalam akademik. Ibu bapa perlu
berbincang dengan guru tahap akademik murid dari masa ke semasa.
3.4 Sumbangan PIBG adalah sepenuhnya untuk sekolah. Sekolah dapat
menggunakan dana PIBG bagi tujuan membaik pulih infrasturktur dan
juga untuk pembelajaran murid.
Makluman
3.5 Beliau memaklumkan bahawa Infrastuktur sekolah berada dalam
keadaan yang agak lemah. Oleh sebab itu, YDP berharap agar para ibu
bapa dapat membantu sekolah dalam mengumpul dana bagi membaiki
infrastruktur sekolah dan sebagainya.
3.6 Ibu bapa dan guru perlu bersatu hati untuk melaksanakan
kecemerlangan murid dan sekolah.
3.7 Yang Dipertua PIBG merasmikan mesyuarat PIBG kali ke-22.
Makluman
4.0 Tayangan Video Multimedia PIBG 2019/ 2020.
5.0 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 Tahun 2021.
5.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 dipengerusikan oleh Yang Dipertua
PIBG Intan Syahriza binti Abdul Rahim.
5.2 Mesyuarat Agung kali ke 22 dimulakan dengan pembentangan minit
mesyuarat oleh Setiausaha PIBG 2020 /2021 iaitu Puan Zita Zuliana
binti Jusoh.
5.3 Pengesahan minit mesyuarat PIBG kali ke-21 :
Disahkan oleh : Pn Intan Syahriza binti Abdul Rahim ( Muhammad
Airell Asyraf bin Saszali- 6 Kenanga)
Disokong oleh : En. Syed Ubaidillah ( Syed Umar -1 Alamanda, dan
Syarifah- 5 Dahlia)
Makluman
6.0 Perkara Berbangkit.
6.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.
7.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2020.
7.1 Penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2020 telah dibentangkan
oleh Bendahari PIBG iaitu Cik Noraini binti Ahmad. ( Rujuk lampiran
Laporan Kewangan )
7.2 Pengesahan laporan kewangan :
Disahkan oleh : Norzaini binti Ahmad (Aqil Rayyan -6
Kenanga)
Disokong oleh : Izyan binti Saizan (Yusuf Al Ameen- 3 Teratai)
8.0 Pembentangan Usul Ibu Bapa.
8.1 Usul-usul dan cadangan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
4
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
PERBINCANGAN USUL 2021
&
CADANGAN / PERSOALAN
5
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
USUL PIBG 2021
Nama Ibubapa/penjaga Maklum balas /
Bil Usul
Nama anak / kelas Tindakan
i) Mengekalkan sumbangan
PIBG sebanyak RM 100 Rohaida binti Abdul Ghani –
untuk 1 keluarga. ( Aina Qairina binti Azraen-4
Matahari)
ii) Mengadakan kutipan khas
di kalangan ibu bapa yang Wan Mohd Maliki bin Md - Dipersetujui
1
melibatkan kutipan lot (nilai Daud. sebulat suara.
1 lot antara RM 10 hingga (Wan Mohamad Fathi Ziyad
RM 50 untuk membiayai bin Wan Mohd Maliki- 6
program /projek tertentu Kenanga)
dan segera.
2 Kutipan sebanyak RM80 untuk Penyelaras Tahun 6.
fail, sijil dan gambar. - Dipersetujui
sebulat suara.
3 Menaiktaraf anak tangga dari Mursila binti Abdul Aziz ( Aisy
simen kepada Jubin. Humaira binti Syeikh - Masih dalam
Amirullah Hilmy- 3 Tanjung) perbincangan
.
CADANGAN/ PERSOALAN
Bil Usul Nama Maklum balas /
Ibubapa/penjaga Tindakan
Nama anak / kelas
1 1) Cadangan meletakkan seorg - Pn Harizanah binti 1) Sekolah telah
guard dipintu masuk keluar murid Hamid. menyediakan guru
ppki. Untuk menjaga keselamatan Harith Haziq bin bertugas untuk
murid dan guru. Haffizan ( 1 Rajin ) bertugas di pagar
belakang sekolah.
2 1) Mencadangkan agar pintu - Pn Radiana binti 1) Tidak dapat kerana
belakang dibuka untuk Tahap 2 bagi Mahmud. pintu belakang, kerena
mengurangkan kesesakan di pintu Nik al Imran ( 6 keutamaan diberikan
utama.. Kekwa) kepada murid ppki.
Kecuali satu keluarga
ada anak oku dan
perdana.
3 1) Memperbaiki sistem drop off - Pn Norain Khaidir 1) Perlu kerjasama
anak ke sekolah Mohd Rayyan ( 3 daripada ibu bapa
Tulip) sendiri.
6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
Mohd Rayqal ( 2
Harmoni)
2) Penyediaan loker tambahan bagi 2) Loker adalah
semua pelajar. berdasarkan sewaan
dari kontraktor luar
yang diuruskan oleh
PIBG, sekiranya ada
permintaan sekolah
akan menambah
bilangan loker.
4 1) Time Line for Materials & Projects - En Lim Geok Kiang 1) Akan diambil
to be brought to school, all subjects Tan Zhao Xi ( 3 perhatian.
especially before the new term Teratai)
starts, list it out for the convenience
of parents and teachers also get to
have an all prepared annual and/or
termly lessons plans.
2) Buku Komunikasi
2) Home Work Tracker : memang ada
'Communication Book' with home disediakan oleh semua
assignment in mind for child to copy murid dan murid
from the board and any disciplinary sendiri yang mencatat
or Q & A related to the child / kerja rumah yang
activity. Right now, it is impossible diberi oleh guru.
for us to track their daily how if they
have any. I strongly believe that the
teachers will get annoyed to keep
receiving personal messages from
the parents. 3) Murid sepatutnya ke
kelas lain yang ada
3) What do the non-muslims pelajaran biasa teras
students do during Tasmik? dan elektif atau ke
Pusat Sumber.
4) What do the students do as now
there is no Bahasa Cina
replacement teacher as Ms Lee is 4) Tiada guru ganti
on maternity leave? The school has yang boleh mengajar
no arrangements for the children to Bahasa Cina.
have lessons for 3 mths?
5 1) Memohon agar pihak – En Thiagaletchumi 1) Tandas sekolah
pengurusan sekolah V Maniam telah diubah suai
mempertimbangkan usul untuk Sanshikka sepenuhnya pada
menaik taraf keadaan tandas- Satthiaseelam (1 Tahun 2019 dan pada
tandas sekolah Angsana) Tahun 2020 tidak
digunakan kerana
2) Memohon agar pihak sekolah hanya sekejap
pengurusan sekolah mengadakan sahaja.
kelas tambahan atau menambah
mata pelajaran Bahasa Tamil
7
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
sebagai matapelajaran elektif bagi 2) Sekolah mendapat
yang berminat Bahasa Arab dan
Bahasa Cina sebagai
subjek elektif,
sekiranya inginkan
kelas pol perlu ada
guru luar yang sanggup
mengajar.
6 1) Untuk murid tahun 2 tidak - En Mohd Arif Shaari. 1) Kelas bawah telah
bersesuaian di kelas paling atas.. Nur Irdina Safiyyah (2 diberi kepada Tahun 1.
l
Se
ko
a
berisiko . Murid² berlari² Dan Bakawali) membenarkan
h
kelasnya berhampiran dengan murid menyimpan buku
tangga.. Beg yg agak berat sukar dalam rak meja seperti
utk dipikul murid untuk menaiki buku PJPK, PSV,
tangga.. mohon pihak sek Moral, PK, Muzik dan
mempertimbangkan semula Bahasa Arab kerana
kedudukan kelas tersebut. Terima sekolah hanya 1 sesi
kasih untuk murid yang tiada
loker.
7. 1) Kes Buli Minta pihak sekolah - Pn Hayati bin Shafie 1) Kes terpencil dan
ambil tindakan yg tegas Mohd Kazim Irfan bin telah diselesaikan
e
n
Mohd Rodzi (4 Melati) gan pentadbir.
d
8. 1) Kekalan untuk penjarakkan sosial - Pn Suraida binti 1) Penjarakan sosial
ibu bapa - adakan garisan untuk Abdul Rahman. adalah tanggungjawab
beratur dan kawaran ditalikan agar 1 Alamanda, 2 bersama.
bukan double line - penunjuk arah. Lantana dan 4
Contoh adalah sama seperti Mawar.
pasaraya atau fasiliti lain.
Kerjasama dari pihak sekolah amat
dihargai. 2) Murid akan
mencatat sendiri dalam
2) Arahan guru seperti membawa buku komunkasi.
alatan pembelajaran untuk subjek
contoh pend. seni - di beri juga
melalui buku komunikasi selain
melalui peranti telegram.
9. 1) Penjarakan social murid ketika - En Lee Jin JIn 1) Akan ditambahbaik.
waktu pulang tidak diamalkan Ezra Quah Yee An (1
semasa mereka menunggu nama Angsana)
masing-masing untuk dipanggil oleh
cikgu bertugas. Setelah nama
dipanggil, murid tersebut perlu
berhimpit-himpit untuk keluar pintu
pagar. Situasi ini amat
membimbangkan. Cadangan:
Murid-murid boleh beratur mengikut
kelas (untuk tahun 1, hanya 2
8
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
barisan) . Setelah nama dipanggil,
murid tersebut boleh jalan di ruang
kosong antara 2 barisan. Lebih
senang keluar, tidak perlu
berhimpit, senang untuk cikgu
panggil mengikut kelas dan proses
bersurai pun akan lebih cepat
sebelum kelas seterusnya keluar.
10. 1) Mengadakan lebih banyak - En Mohd Ibrahim KKM dan KPM tidak
program luar seperti horse riding, Essack membenarkan
swimming. Sekolah boleh juga Sayed Jailani Khan sebarang aktiviti luar
jemput pelajar2 physio terapi dtg (PPKI Budiman) sekolah sepanjang
buat practical disekolah. Ini akan pada musim penularan
membantu anak2 belajar dr sector Covid 19.
luar. Memperbanyakkan lagi aktiviti
di dalam sekolah. Program bersama
ibu bapa ppki.
2) Tangga yg digunakan di gate
dua agak bahaya utk anak2 ppki
menggunakannya. Mohon utk
simenkan semula dgn serata atau
gunakan tiles.
9.0 Pembubaran AJK PIBG Bagi Sesi 2019/2020.
9.1 Yang Dipertua PIBG Intan Syahriza binti Abdul Rahim mengakhiri
ucapan dengan mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi
2020 /2021.
10.0 AJK PIBG SK USJ 2 Bagi Sesi 2020 /2021.
10.1 Yang Dipertua PIBG menyerahkan majlis kepada Guru Penolong PPKI
Mohd. Fyairul Azwa bin Roseli sebagai pengerusi sementara.
Pencalonan bagi jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
10.1.1 Yang Dipertua
10.1.2 Naib Yang Dipertua
10.1.3 Setiausaha
10.1.4 Bendahari
10.1.5 Ahli Jawatankuasa Guru ( 4 orang)
10.1.6 Ahli Jawatankuasa Ibu bapa ( 6 orang)
10.1.7 Juru Audit (2 orang)
11.0 Sesi Pencalonan dan Perlantikan Rasmi PIBG Sesi 2021 /2022.
11.1 Senarai perlantikan dan undian seperti berikut:
9
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
Bil. Calon Pencadang Penyokong
1 Yang Dipertua: i- Pn Prema Arasan. i- Mazni Sufina Othman
i- Intan Syahriza binti Abdul (anak – Arissa Sofea- 6
Rahim ii- Mazni Sufina Othman (anak Kekwa)
– Arissa Sofea- 6 Kekwa) - 22 undi
ii- Pn Prema Arasan.
ii- Pn Fauzana Md Talib
10 undi
• Cadangan ditutup : Pn Mazni Sufina binti Othman.
• Disokong oleh : En Azuddin Mohamed.
2 Naib Yang Dipertua: i- Mazni Sufina Othman (anak i- Pn Intan Syahriza binti
i- Pn Prema Arasan. – Arissa Sofea- 6 Kekwa) Abdul Rahim.
(15 undi)
ii- Dr Nafsiah Mohammad ii- Pn Intan Syahriza binti
Abdul Rahim. ii- Pn Diyana
iii- Pn Eliza Hafiz (29 undi)
iii- Pn Zita Zuliana Jusoh.
iv- En Azuddin Mohamed iii- Pn Siti Noridaini
iv- Pn Intan Syahriza binti Tokijan.
Abdul Rahim. (34 undi)
iv- Pn Eliza Hafiz.
(45 undi)
• Cadangan ditutup : Pn Junaita binti Manan.
• Disokong oleh : Pn Zita Zuliana Jusoh.
3 Setiausaha:
Zita Zuliana binti Jusoh Pentadbir SK USJ 2 Semua yang hadir
4 Bendahari:
Noraini binti Ahmad Pentadbir SK USJ 2 Semua yang hadir
5 AJK Guru:
Pentadbir SK USJ 2 Semua yang hadir
i- Anas Fahmi bin Zulkefli
ii- Izyan binti Saizan
iii- Suzana binti Samsudin
iv- Halimah binti Wasiman
v- Neelamalar a/p
Sukurmany
10 AJK ibu bapa :
i- En Mohammad Ibrahim i- Pn Shamsiyah Abdul Kadir i- En Fyairul Azwa Roseli.
ii- En Putra Zul Azrein ii- Pn Junaita Manan. ii- En Syed Ubaidillah
Husein.
iii- Pn Izyan Saizan
10
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
iii- En Syed Ubaidillah iii- Pn Intan Syahriza
iv- Pn Norisha Ahmad Abdul Rahim.
iv- Pn Lim Geok Kiang
iv- Pn Mazni Sufina
Othman
• Cadangan ditutup : Pn Syafizatun binti Othman.
• Disokong oleh : Pn Syamsiyah Andul Kadir.
11. Juru Audit :
i- En Ros Azreen i- Pn Noridaini Tokijan. i- Pn Izyan Saizan.
• Cadangan ditutup : Pn Zita Zuliana Jusoh.
• Disokong oleh : Pn Junaita Manan
12.0 Perlantikan yang dibuat telah dipersetujui sebulat suara oleh semua yang
hadir pada mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 bagi sesi 2021 /2022.
Perlantikan AJK PIBG pada tahun 2021 adalah seperti berikut:
Yang Dipertua : Intan Syahriza binti Abdul Rahim
Naib Yang Dipertua : Azuddin bin Mohamed
Setiausaha : Zita Zuliana binti Jusoh
Bendahari : Noraini binti Ahmad
AJK Guru:
1. Anas Fahmi bin Zulkefli
2. Izyan binti Saizan
3. Suzana binti Samsudin
4. Halimah @ Kasini binti Wasiman
AJK Ibu Bapa:
1. Eliza binti Hafiz
2. Prema Arasan
3. Nafsiah Mohamed
4. Mohd. Ibrahim Essack
5. Lim Geok Kiang
6. Putra Zul Azrein bin Husein
Juru Audit:
1. Neelemalar a/p Sukurmany
2. Ros Azreen bin Razali
11
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 21
SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SKK
13.0 Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2020 /2021.
13.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah
dilantik dan mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 secara atas talian dan seterusnya
memberi kepercayaan kepada barisan AJK yang dilantik sebentar tadi.
13.2 Beliau mengharapkan kerjasama yang berterusan daripada ibu bapa
bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang demi kecemerlangan
sekolah.
14.0 Penutup
14.1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ditangguhkan pada pukul 12.40
tengah hari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
-------------------------------------- --------------------------------------
ZITA ZULIANA BINTI JUSOH INTAN SYAHRIZA ABDUL RAHIM.
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sesi 2021 /2022 SK USJ 2 SKK. Sesi 2021 /2022 SK USJ 2 SKK.
12