The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM12-0620 Muhammad Adeb Irsyad Bin Zu, 2020-11-03 11:07:18

PENULISAN ESEI 1

PKK1

07

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2019)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023

Disediakan oleh:

Nama: MUHAMMAD ADEB IRSYAD BIN ZU
010729110685
No. Kad Pengenalan: 2020192340109
Angka Giliran:
Kumpulan/ Unit PISMP JUN 2020
PUAN WAK CHU A/P WOK
Nama Pensyarah:
PENULISAN ESEI 1
Tajuk Tugasan : 4 NOVEMBER 2020

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 2.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET ...................................................................... 3

3.0 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET KEPADA SESEORANG
GURU DALAM USAHA MENINGKATKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
......................................................................................................................................... 4-6.
4.0 KESIMPULAN................................................................................................................ 7.
RUJUKAN............................................................................................................................ 8.

1.0 PENGENALAN
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum serta mencipta teknik
mengajar kepada semua murid di dalam pelbagai peringkat perkembangan.
Perkembangan ialah perubahan tubuh badan, tingkah laku dan kebolehan seseorang
yang bersifat kualitatif mengikut kematangan dan pembelajarannya (John W Santrock,
2015). Setiap manusia mempunyai tahap perkembangan berbeza. Dalam tugasan kali
ini, penulis telah memilih teori perkembangan Jean Piaget untuk dianalisis. Oleh itu,
penulisan ini menfokuskan mengenai kepentingan pengetahuan tentang peringkat-
peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget
kepada seseorang guru dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah di Malaysia.

2

2.0 KONSEP TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET

Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Beliau juga berpendapat
kognitif tidak terbentuk mengikut persekitaran kanak-kanak kerana persekitaran tersebut
dibina oleh mereka sendiri. Jean Piaget memerkenalkan empat konsep utama untuk
menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsaian dan
keseimbangan.

Konsep yang pertama merupakan skemata. Skema ialah struktur kognitif atau mental
yang membolehkan individu mengurus dan menyuasaikan diri dengan keadaan
persekitaran. Sekema di ibaratkan sebagai satu kabinet yang menyimpan banyak fail dan
fail tersebut sebagai satu skema.

Konsep yang kedua merupakan asimilasi. Asimilasi merupakan satu proses kognitif yang
membolehkan individu menyatukan maklumat atau pengalaman baru ke dalam skema
yang sedia ada melalui proses penyerapan. Proses asimilasi inisentiasa berlaku kerana
manusia akan memperoleh pelbagai maklumat dan pengalaman sepanjang kehidupan
mereka.

Konsep yang ketiga ialah akomodasi. Akomodasi merupakan penyesuaian diri dan
menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema. Maklumat yang sesuai
dengan skema yang sedia ada akan terus diserap ke dalam skema tersebut. Manakal jika
tidak sesuai, maklumat tersebut akan ditolak atau diubahsuai untuk disatukan dengan
maklumat yang baharu. Proses ini akan terus berlaku sehingga individu tersebut
memperoleh kefahaman yang stabil tentang kemahiran tersebut.
Konsep yang keempat dan terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan dapat dicapai
oleh kanak-kanak apabila proses penyerapan dan pengubahsuaian dapat di
seimbangkan dengan baik. Apabila memperoleh maklumat yang baharu, kanak-kanak
tersebut dapat menyerap dengan baik ke dalam skema yang sedia ada. Namun, proses
pengubahsuaian akan berlaku jika proses penyerapan tidak berjaya. Jika maklumat
tersebut dapat disesuaikan, maka keseimbangan telah berlaku.

3

3.0 KEPENTINGAN TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET KEPADA SESEORANG
GURU DALAM USAHA MENINGKATKAN PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Teori-teori perkembangan sangat penting dalam dunia pendidikan. Hal ini demikian kerana
teori-teori ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai perubahan-perubahan
yang berlaku terhadap seseorang dari lahir hingga dewasa. Semua guru di Malaysia mestilah
menguasai ilmu peringkat perkembangan supaya guru dapat memahami setiap perubahan
tingkah laku yang terjadi khususnya murid-murid. Terdapat beberapa kepentingan teori
perkembangan Jean Piaget kepada seseorang guru. Oleh itu, penulisan ini membincangkan
kepentingan teori perkembangan kognitif Jean Piaget kepada seseorang guru dalam usaha
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Malaysia.

• Membantu guru untuk merancang pengalaman pembelajaran.
• Membantu guru untuk menjadikan aktiviti PdP di dalam bilik darjah dengan lebih

tersusun atau sistematik.
• Membantu guru untuk mengetahui kesesuaian kaedah pengajaran mengikut tahap

perkembangan umur.
• Dapat menggalakkan murid-murid berfikir secara abstrak.
• Dapat membantu guru menggalakkan murid-murid menggunakan pemikiran

konvergen, divergen, reflektif dan metakognitif.
• Dapat membantu guru untuk memudahkan murid-murid mendapat maklumat.
• Membantu guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran

dalam kalangan murid
Antara kepentingan teori Jean Piaget kepada guru ialah membantu guru untuk
merancang pengalaman pembelajaran. Hal ini demikian kerana perancangan pengalaman
pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Para guru mestilah mempelbagaikan aktiviti PdP supaya
murid-murid tidak berasa bosan ketika belajar di dalam kelas. Sebagai contoh, guru
menjalankan aktiviti PdP secara hands-on seperti guru menyuruh murid-murid membuat
origami khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Melalui aktiviti ini,
murid dalam meningkatkan perkembangan kognitif mereka dan meningkatkan kemahiran
lipatan. Oleh itu, dapat membantu guru merancangan pengalaman pembelajaran merupakan
salah satu kepentingan teori kognitif Jean Piaget kepada guru.

4

Seterusnya, kepentingan teori kognitif Jean Piaget kepada guru ialah membantu guru
untuk menjadikan aktiviti PdP di dalam bilik darjah dengan lebih tersusun atau sistematik.
Guru mestilah mengajar mengikut topik yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Hal ini demikian kerana topik dalam pembelajaran telah dirancang mengikut
kebolehan dan tahap murid itu sendiri seperti disusun mengikut aras kesukaran yang rendah
kepada yang tinggi. Guru juga mesti bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan yang
dikemukan oleh murid-murid. Guru perlu memberi penekanan terhadap konsep asas terlebih
dahulu ketika melakukan aktiviti PdP di dalam bilik darjah sebelum mengajarkan konsep yang
yang lebih mendalam bagi memudahkan pemahaman murid-murid. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa dengan teori kognitif Jean Piaget dapat membantu guru untuk
menjadikan aktiviti PdP di dalam bilik darjah dengan lebih tersusun atau sistematik.

Selain itu, kepentingan teori kognititf Jean Piaget kepada guru ialah membantu guru
untuk mengetahui kesesuaian kaedah pengajaran mengikut tahap perkembangan umur.
Sebagai contoh, pada peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun, guru
khususnya guru prasekolah perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka
alam fizikal melalui aktiviti permainan dan aktiviti penyelesaian masalah. Pada peringkat ini
juga guru prasekolah mestilah memberi arahan yang mudah dan mendemonstrasikan
perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan verbal tersebut. Guru juga perlu menggalakkan
murid-murid melakukan aktiviti minds-on yang melibatkan banding beza dan susunan
mengikut urutan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid-murid berbaris mengikut ketinggian.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dengan teori kognitif Jean Piaget dapat membantu guru
untuk mengetahui kesesuaian kaedah pengajaran mengikut tahap perkembangan umur.

Pada peringkat operasi konkrit, guru dapat menggalakkan murid-murid berfikir secara
abstrak. Guru perlu menyediakan bahan-bahan konkrit untuk menguji idea kanak-kanak
melalui penglibatan aktif, iaitu mencabar pemikiran secara logik tentang permasalahan yang
mereka hadapi. Guru juga harus mengelak daripada berperanan sebagai penyampai
maklumat tetapi sebaliknya guru menyediakan peluang untuk murid-murid membuat
penerokaan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan daya pemikiran mereka.
Sebagai contoh, guru memberikan mereka peta Malaysia dan menyuruh mereka
menyenaraikan nama-nama negeri dan daerah-daerah yang terdapat di Malaysia secara
berkumpulan. Melalui aktiviti ini juga dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka dan
meningkatkan nilai bekerjasama dalam diri mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
dapatmenggalakkan murid-murid berfikir secara abstrak ketika berumur 7 hingga 12 tahun
merupakan kepentingan teori kognitif Jean Piaget kepada guru.

5

Pada peringkat operasi formal pula dapat membantu guru menggalakkan murid-murid
menggunakan pemikiran konvergen, divergen, reflektif dan metakognitif. Pada peringkat ini
guru harus memberi peluang kepada murid-murid memberi pandangan mereka terhadap
sesuatu perkara. Guru haruslah menerima secara terbuka dengan pandangan yang diberikan
oleh murid-murid. Hal ini demikian kerana pada peringkat ini perkembangan kognitif mereka
sedang berkembang dengan cepat. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan aktiviti debat
dan forum untuk murid-murid di tahap ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dapat
menggalakkan murid-murid menggunakan pemikiran konvergen, divergen, reflektif dan
metakotif merupakan kepentingan teori kognitif Jean Piaget kepada guru.

Kepentingan teori perkembangan kognitif Jean Piaget kepada guru ialah dapat
membantu guru untuk memudahkan murid-murid mendapat maklumat. Sebagai contoh,
murid-murid prasekolah memperoleh pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan
dengan dunia. Dengan ini, melalui persepsi mereka sendiri dapat membantu semula murid-
murid prasekolah khususnya tentang apa yang telah mereka pelajari selama ini terutama
sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika prasekolah (Faridah Nazir et al. 2014). Dapat
disimpulkan bahawa dapat membantu guru untuk memudahkan murid-murid mendapat
maklumat merupakan kepentingan teori perkembangan kognitif Jean Piaget kepada guru.

Akhir sekali, kepentingan teori kognitif Jean Piaget kepada guru ialah membantu guru
dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid
dengan berpandukan kepada teori perkembangan tersebut. Mok Soon Sang (2010)
mendefinisikan intervensi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sebagai penglibatan
individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif
murid. Guru mestilah memberikan perhatian atau tumpuan kepada murid yang mengalami
masalah pembelajaran. Sebagai contoh, murid tersebut menghadapi masalah dalam
pertuturan dan penggunaan bahasa yang betul. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), bertutur
merupakan penghasilan bunyi yang dikeluarkan oleh alat pertuturan bersama dengan
pergerakan badan bagi mengeluarkan satu bunyi bahasa yang bermakna. Oleh itu, guru
hendaklah membimbing murid tersebut atau mendedahkan mereka dengan individu yang
mahir dalam aspek penggunaan bahasa supaya murid dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa mereka. Dapat disimpulkan bahawa penguasaan guru terhadap teori kognitif Jean
Piaget adalah penting bagi guru membuat intervensi dalam meningkatkan daya kognitif murid-
murid.

6

4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan penulisan ini, dapat disimpulkan bahawa teori perkembangan kognitif Jean
Piaget sangat penting untuk meningkatkan perkembangan kognitif murid-murid. Hal ini
demikian kerana teori ini memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang individu
supaya berkembang dengan aktif. Para guru mestilah menguasai teori ini agar dapat
melahirkan murid-murid yang mempunyai pemikiran yang berkualiti. Selaras dengan
pendapat Abdul Shukor Abdullah (2009) menyatakan bahawa para guru sewajarnya
mendalami teori ini dengan lebih mendalam agar mereka mengetahui bagaimana cara untuk
meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, para guru hendaklah membuat
perancangan dan pelaksaan proses PdP berdasarkan teori perkembangan kognitif supaya
dapat meningkatkan proses PdP di Malaysia.

7

RUJUKAN
Abdul Shukor Abdullah. (2009). Kempimpinan unggul tonggak pengurusan pendidikan

cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 14(1), 18-30.
Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh dan Zairinah Mohd Shukur. (2014). Perkembangan

kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jean Piaget. (1974). Understanding Causality (D. Miles & M. Miles, Trans). New York: Norton.
John W Santrock. (2015). Child devellopment. Boston: McGraw-Hill.
Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Utusan Online. (2017). Diakses pada 13 Ogos 2018 daripada

http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/guru-lebih-fokus-mendidik-murid-
1.502132
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak
edisi kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

8


Click to View FlipBook Version