The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sauzana Sulaiman, 2020-04-12 22:29:16

Bab 10 : Teknologi Hijau

Oleh : Chegu NaNa

Bab

10 Teknologi Hijau

Nota Ekstra

10.1 Konsep Teknologi Hijau

1 Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia. (Sumber: Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan).

2 Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan lestari.
3 Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi

masa depan.
4 Kita bertanggungjawab memastikan generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup seperti yang kita

nikmati sekarang atau yang lebih baik.
5 Matlamat teknologi hijau:
• Melindungi ekosistem semula jadi.
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.
• Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia.
• Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi.

10.2 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau

1 Pengaplikasian ciri teknologi hijau dalam penghasilan produk dapat mendorong masyarakat mempraktikkan
tenaga lestari dan cara hidup yang lebih baik.

2 Kriteria produk teknologi hijau adalah seperti yang berikut.
(a) Inovatif: Penghasilan produk telah melalui proses inovasi teknologi bagi menjaga keharmonian manusia dan
persekitaran.
(b) Boleh dikitar semula: Menggalakkan penggunaan bahan yang boleh diperbaharui dan boleh dikitar semula
melalui amalan 5R.
(c) Bersesuaian: Piawaian kualiti produk harus menjadi ukuran penting dari segi penerimaan masyarakat.
(d) Reka bentuk sesuatu produk harus berdasarkan pengalaman lepas untuk membantu manusia.
(e) Mudah: Mudah digunakan kerana teknologi ini dicipta untuk kegunaan manusia.
(f) Selamat: Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik.
(g) Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah rendah atau sifar.
(h) Berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar.
(i) Jimat: Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api.

10.3 Contoh Produk Teknologi Hijau

1 Produk teknologi hijau terdiri daripada empat teras:
(a) Tenaga

• Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga.
• Tujuan: mengurangkan pencemaran udara.
• Contoh: Penggunaan kenderaan hibrid, kenderaan elektrik, penggunaan biodiesel dan kenderaan gas asli

(NGV).

1

(b) Ekonomi
• Malaysia mensasarkan menjadi pengeluar fotovolta kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2020.
• Tujuan: untuk meningkatkan pembangunan ekonomi melalui penggunaan teknologi yang canggih dan

terkini.
• Contoh: Industri fotovolta dimana panel solar akan dipasang di atas bumbung atau bangunan dapat

memberi pulangan dengan menjual bekalan tenaga elektrik (dalam unit kilowatt) yang dihasilkan kepada
Tenaga Nasional Berhad (TNB).
(c) Alam sekitar
• Satu usaha untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
• Contoh: melalui penggunaan produk biodegradasi, perkakasan boleh diguna semula dan baja kompos.
(d) Sosial
• Mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat.
• Contoh: Penggunaan bekas makanan mesra alam menggunakan pengangkutan awam berkuasa elektrik
dan peralatan elektrik mesra alam seperti bateri boleh cas semula dan lampu LED.

10.4 Kepentingan Teknologi Hijau

1 Pembangunan teknologi hijau mampu memacu sektor pembinaan negara ke tahap yang lebih maju dan mesra
alam.

2 Terdapat empat teras utama yang merangkumi kepentingan teknologi hijau:
(a) Sosial.
• Mewujudkan kawasan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat.
• Meningkatkan kualiti hidup dengan adanya kawasan persekitaran yang bersih dan selamat.
• Menyediakan peluang pekerjaan dan mengembangkan kepakaran dalam bidang pengeluaran dan

pengendalian teknologi hijau.
(b) Ekonomi
• Mengurangkan kos operasi.
• Meningkatkan nilai asset dan keuntungan.
• Meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja.
• Meningkatkan pendapatan negara melalui eksport produk teknologi hijau.
• Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
(c) Menjana tenaga
• Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
• Mempromosikan kecekapan guna tenaga negara yang selamat dan mesra pengguna (mudah dan selamat

digunakan).
• Tenaga dapat dijana dengan lebih cekap, murah dan selamat serta tidak mencemarkan alam sekitar.
(d) Memelihara dan memulihara alam sekitar
• Meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
• Mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi.
• Meningkatkan serta melindungi ekosistem kepelbagaian hidupan (biodiversiti).
• Meningkatkan kualiti sumber air bersih.
• Mengurangkan pembuangan bahan pencemar dan melindungi sumber semula jadi.

2

10.5 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

1 Amalan berkonsepkan teknologi hijau boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar, meningkatkan kualiti
hidup dan memelihara ekosistem.

2 Amalan tersebut ialah:
(a) Penjimatan tenaga
• Menggunakan tenaga secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
• Gunakan peralatan elektrik yang mempunyai label jimat tenaga.
• Praktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi.
• Menentapkan suhu penyaman udara minimum pada kadar 24°C.
(b) Perolehan produk hijau
• Mengutamakan penggunaan bahan mesra alam.
• Amalan membeli bahan kimia biodegradasi untuk tujuan pembersihan atau penyelenggaraan.
• Penggunaan kertas kitar semula.
• Menggalakkan penggunaan kereta hibrid.
(c) Pengurangan sisa
• Meminimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk mengurangkan sisa pepejal.
• Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.
(d) Zon bebas asap rokok
• Kawasan larangan merokok ditetapkan.
• Kompaun dan denda dikenakan kepada perokok di zon larangan.
• Letakkan poster dan papan tanda larangan merokok di kawasan terbuka dan jelas di penglihatan umum.
(e) Pengangkutan
• Amalan penggunaan pengangkutan awam dan berkongsi kenderaan dapat mengurangkan penggunaan

bahan api fosil.
• Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.
• Galakkan penggunaan basikal atau berjalan kaki ke sekolah atau pejabat mengikut kesesuaian.
(f) Penjimatan air
• Pastikan pili air ditutup dengan betul untuk mengelakkan pembaziran.
• Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran paip.
• Menadah air hujan untuk digunakan semula bagi mencuci kereta, halaman rumah dan menyiram pokok

bunga.
(g) Amalan 5R
• Gunakan tong kitar semula dengan betul.
• Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik.
• Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah muka surat untuk menjimatkan kertas.
(h) Perkhidmatan makanan
• Gunakan pembungkus makanan biodegradasi yang lebih mesra alam.
• Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan minuman.
• Elakkan daripada menggunakan bekas plastik yang tidak boleh diguna semula.
(i) Landskap
• Menanam pokok di persekitaran rumah, sekolah dan bangunan.
• Menyediakan sistem perparitan dan saliran berfungsi dengan efektif.

3


Click to View FlipBook Version