TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
تونكوعبدالرحمن ڤوترا الحاج
ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شاه
bapa kemerdekaan
NEXT
Isi Kandungan
Halaman TAJUK
1 Muka Hadapan
2 Isi Kandungan
3 Penghargaan
4 Rasionalisasi Pemilihan Pemimpin
5 Biodata Tunku Abdul Rahman
6-7 Kelebihan Tunku Abdul Rahman
8 Kredibiliti Tunku Abdul Rahman
9-10 Sumbangan Tunku Abdul Rahman
11 Biodata Pelajar dan Sumber Rujukan
12 Tamat
Bismillahirahmanirahim,
Pertama sekali,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
guru-guru sejarah saya kerana mereka telah banyak memberi galakkan kepada saya sepanjang saya
menyiapkan buku skrap ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang telah memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan
dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan buku skrap ini.Terima kasih.
Rasionalisasi Pemilihan Pemimpin
SAYA MEMILIH TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI PEMIMPIN BAGI TAJUK BUKU SKRAP SAYA PADA KALI INI
KERANA TUNKU ABDUL RAHMAN IALAH SALAH SEORANG PEMIMPIN YANG MENJADI CONTOH BUKAN
SAHAJA KEPADA SAYA MALAH KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.KEJAYAANNYA DALAM MEMERDEKAKAN
NEGARA SEHINGGA TERBENTUKNYA SEBUAH NEGARA YANG DINAMAKAN MALAYSIA TELAH
MEMBUKTIKAN BAHAWA PEMIMPIN INI TELAH MENUNJUKKAN USAHANYA DALAM MEMASTIKAN NEGARA
BEBAS DARIPADA BELENGGU PENAJAJAH.SIFAT KEPERIBADIANNYA SEPANJANG DALAM HIDUPNYA TELAH
MENUNJUKKAN BAHAWASANYA BELIAU AMAT BERDEDIKASI DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG
DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN
Diilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Nama diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah II
Nama panggilan diberi Awang atau Putra
Cahaya mata yang ketujuh kepada pasangan Che Manjalara dan Sultan Abdul Hamid Halim Tunku Abdul Razak bersama keluarganya
Shah
Mempunyai tiga orang isteri iaitu Meriam,Violet Coulson dan Sharifah Rodziah binti Syed
Barakbah
Mempunyai tujuh orang anak iaitu Tunku Ahmad Nerang,Tunku Khadijah,Tunku Faridah,Tunku Tunku Abdul Rahman bersama isteri
Noor Hayati,Tunku Mastura,Tunku Mariam Suleiman dan Tunku Abdul Rahman ketiganya Syarifah Rodziah
Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 di Hospital Kuala Lumpur, Kuala
Lumpur, Malaysia dan disemadikan di Makam Diraja,Langgar,Alor Setar,Kedah
KELEBIHAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI
SEORANG PEMIMPIN
Seorang yang berjiwa rakyat.Sering mendengar keluhan daripda rakyat-rakyatnya dan
membantu mereka yang memerlukan sehingga digelar “Man of Peace”
Seorang yang sering memberikan pertolongan tidak mengira bangsa atau agama.Baginda
sering membantu mereka yang berada dalam kesusahan tanpa mengiraukan keselamatan
mereka contohnya baginda membantu tawanan yang terlepas daripada pembinaan
“Landasan Keretaapi Maut”dengan menghulurkan bantuan makanan dan tempat
perlindungan.
Seorang yang mementingkan pendidikan.Menurut Tunku,pendidikan ialah pemacu yang Tunku Abdul Rahman bersama rakyat
membantu seseorang mengubah nasib sendiri seterusnya menjadi penentu kepada masa
hadapan negara.Beliau tidak berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara dan
berusaha untuk mencapai matlamatnya seperti baginda berjaya bergelar seorang peguam
selepas 18 bulan menyambung pengajiannya dalam bidang perundangan.
Seorang yang bijak merancang strategi.Baginda amat tidak suka sekiranya pertumpahan darah
berlaku.Oleh itu beliau telah megadakan suatu perbincangan pada 1956 dengan sultan tentang
pembentukkan perlembagaan Tanah Melayu yang bebas .Akhirnya,setelah beberapa proses telah
diadakan,setiausaha colonial,Alan Lennox-Boyd dan Tunku telah mengadakan suatu perjanjian
untuk membebaskan Tanah Melayu daripada British.Tanggal 31 Ogos 1957,tepat jam 12 malam
,bendera Union Jack telah diturunkan dan menandakan zaman pemerintahan British telah berakhir
tanpa adanya sebarang pertumpahan darah.
Pengistiharan kemerdekan yang pertama
Peristiwa bendera Union Jack
diturunkan
Seorang yang menjadi tonggak perpaduan dan keharmonian.Tunku menncadangkan Parlimen
Malaysia untuk mengundi bagi memilih sama ada Singapura akan terus kekal dalam Malaysia atau
sebaliknya kerana berlakunya ketidaksamaan pendapat oleh pemimpin Singapura.Akhrinya,pada 9
Ogos 1965,Parlimen telah menyuarakan pendapat mereka untuk bersetuju bahawa Singapura
dipisahkan daripada Malaysia.Pemisahan ini akhirnya dipersetujui oleh Singapura dan membawa
keamanan kepada kedua-dua belah negara.
Keratan akhbar yang menunjukkan Upacara menaikkan bendera jalur gemilang
Singapura keluar daripada Malaysa
Kredibiliti Tunku Abdul Rahman
Penolong Pegawai Pegawai Timbalan Penyelia Yang Timbalan Pengerusi Penegrusi
Pegawai Daerah (di Daerah Pengarah Pelajaran Dipertua Pendakwa UMNO UMNO (16
Daerah beberapa Sungai Pertahanan Kesatuan Negeri Ogos 1951)
daerah di Petani dan Awam,Kedah (1941) Melayu Raya Kedah
Kulim Selatan United (1949)
Kedah) Kingdom (di bawah
(1940) Jabatan
Undang-
Undang
Persekutuan
dan
Presiden
Session
Court)
Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman dalam perjumpaan UMNO Tunku Abdul Rahman bersama Tunku Abdul Rahman bersama ahli
Tun Abdul Razak UMNO yang lain
Sumbangan Tunku Abdul Rahman
• Tunku Abdul Rahman telah mengadakan Rundingan Baling di Sekolah Rendah Baling pada 28 Disember
1955 dengan Chin Peng tetapi rundingan tersebut menemui kegagalan apabila beliau tidak mengiktiraf
Menamatkan Ancaman Persatuan Komunis Malaya (PKM) sebagai suatu parti politik yang sah.PKM yang sewaktu itu semakin
Komunis di Tanah lemah akhirnya menyerah kalah apabila kehilangan sokongan daripada penduduk yang lebih
Melayu mempercayai Tunku Abdul Rahman sebagai pemerintah mereka.Hal ini sekaligus menamatkan ancaman
komunis dan berakhirnya darurat semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960.
• Gagasan Malaysia dibentuk bertujuan untuk mengukuhkan lagi ekonomi,politik dan sosial bagi negara- Tunku Abdul Rahman semasa Rundingan Baling
negara yang terlibat seperti Tanah Melayu,Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura tetapi Brunei telah
menarik diri selapas itu atas beberapa isu yang telah berlaku di sana seperti isu hasil
Pembentukan Gagasan minyak.Pembentukkan ini memberi reaksi positif terhadap kebanyakkan negara namun ada juga
Malaysia negara yang memberi reaksi negatif terhadap isu ini.Antaranya termasuklah Filipina dan
Indonesia.Tetapi dengan iktikad dan azam yang tinggi,Tunku Abdudl Rahman berjaya mengatasi
permasalahan ini sehingga berjaya membentuk Persektuan Malaysia pada l6 September I963 hasil
daripada sokongan rakyat,PBB dan kerajaan British.
Mengamalkan Dasar • Pengamalan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan negara daripada ancaman musuh Tunku Abdul Rahman bersama
Barat dan dan seterusnya dapat menjamin kestabilan politik,ekonomi dan sosial negara. pekerjanya
Antikomunisme
Usaha ke Arah • Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British Rombongan kemerdekaan ke London
Kemerdekaan mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan
empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan Kerajaan British supaya menetapkan tarikh
Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957.Rundingan kali ini membuahkan hasil dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan
sebagai tarikh keramat kemerdekaan.
Menjalankan Hubungan Baik dengan • Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA dan MAPHILINDO bagi
Negara Lain meningkatkan lagi penyertaan negara dalam ASEAN yang sewaktu itu ASEAN
diwujudkan pada tahun 1967 bagi membina perhubungan serantau yang baharu.
Pemangkin Semangat Kesukanan • Tunku Abdul Rahman ialah pengasas Pesta Bola Merdeka yang begitu popular dan Tunku Abdul Rahman bersama pemain bola sepak
disambut baikoleh negara-negar lain di Asia.Ditubuhkan pada 1957 dan kejohanan
bola sepak tahunan yang diadakan ini bertujuan untuk meraikan ulang tahun
kemerdekaan Malaysia
Menyertai Pertubuhan Persidangan • Tunku Abduul Rahman telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agong yang
Islam (OIC) pertama. Tunku gigih berusaha bagi mendapatkan kerjasama OIC untuk
menyelesaikan peperangan Iran-lraq. pada masa yang sama juga, Malaysia juga
menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam memerangi kezaliman rejim lsrael.
Tunku juga menubuhkan Bank Pembangunan Islam yang memberi bantuan
kewangan kepada negara anggota OIC
• Malaysia telah bergerak aktif dalam badan-badan antarabangsa seperti PBB dan Tunku Abdul Rahman bersama pertubuhan OIC
Komanwel .Dalam pada masa yang sama juga,Tunku telah menghantar misi
Mementingkan Hubungan perdamaian dan keamanan ke Congo pada tahun 1961. Beliau sangat menghormati
Antarabangsa hak asasi manusia dan ini digambarkan dalam usaha beliau mengkritik keras Dasar
Aparteid di Afrika Selatan sehingga negara tersebut disingkirkan daripada
Komanwel.
BIODATA PELAJAR
NAMA PELAJAR :NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD YAZID
TINGKATAN :EMPAT IBNU SINA
NAMA SEKOLAH :SMK BENUT
Alamat sekolah :Sekolah Menengah Kebangsaan BenutJalan Jaafar,Benut,pontian.Johor,malaysia.
Sumber rujukan
http://sejarah-1112.blogspot.com/2014/09/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn_47.html?m=1
https://www.slideshare.net/syazwani16144/sejarah-tema-4sumbangan-tokoh
https://umno-online.my/presiden/tunku/
http://sejarah-1112.blogspot.com/2014/09/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn_47.html?m=1
https://en.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
https://www.scribd.com/doc/13416649/Sejarah-Hidup-Tunku-Abdul-Rahman
https://www.yayasantar.org.my/about-ytar/about-tunku-abdul-rahman/
Terima Kasih!
MERDEKA!