DISEDIAKAN OLEH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SJKC CHIEN CHI
PENGENALAN
Emosi ialah perasaan yang ada pada manusia hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa
yang berlaku. Emosi terbahagi kepada dua iaitu emosi positif dan
emosi negetif. Emosi akan menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Kesihatan mental adalah penting secara keseluruhan untuk
kehidupan yang berkualiti termasuk keupayaan menikmati kehidupan
dan menjalinkan hubungan. Seseorang yang mempunyai kesihatan
mental yang baik akan mempunyai keupayaan menjalin dan
mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain. Selain itu,dia
berupayaan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dan menyumbang kepada masyarakatnya.
ISI KANDUNGAN
BIODATA AHLI KUMPULAN
INFO KESIHATAN MENTAL
TANDA MASALAH KESIHATAN MENTAL
INOVASI MINDA SIHAT
INTERVENSI
RUMUSAN
PENGHARGAAN
BIODATA
BIODATA
BIODATA
KESIHATAN MENTAL
Kesihatan Mental berkait rapat dengan kehidupan harian kita.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
1. Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam
diri sendiri.
2. Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain,
kumpulan dan persekitarannya.
3. Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab,
masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
MASALAH KESIHATAN MENTAL
BERBANDING PENYAKIT MENTAL
MASALAH PENYAKIT
KESIHATAN MENTAL
MENTAL
Masalah kesihatan mental Sejenis penyakit yang
berlaku apabila seseorang melibatkan ganggu pada
individu mengalami fungsi otak dan
gangguan emosi atau menyebabkan gangguan-
perasaan yang boleh gangguan teruk dalam
menyebabkan fungsi pemikiran, perasaan dan
kehidupan seharian tingkah laku. Penyakit
terganggu tetapi tidak mental perlu didiagnos
sampai kepada tahap oleh Pakar Perubatan.
penyakit mental.
STIGMA TERHADAP KESIHATAN
MENTAL DAN MENYAKIT MENTAL
Stigma merendah harga diri memberikan kesan kepada imej individu yang mempunyai masalah
kesihatan mental.
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL
1.Kongsikan perasaan dengan orang yang dipercayai.
2.Sentiasa berhubung dengan rakan-rakan.
3.Makan makanan yang sihat.
4.Lakukan aktiviti fizikal/senaman.
5.Tingkatkan keyakinan diri.
Anda mempunyai kesihatan mental yang
positif , jika anda :
Selesa dengan diri sendiri.
Selesa dengan orang lain.
Selesa dengan persekitaran.
Dapat memenuhi tuntuan kehidupan.
TANDA MASALAH KESIHATAN MENTAL
Tekanan
Tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan
atau cabaran
Keresahan
Keresahan adalah perasaan kerisauan yang melampau
dirasai seseorang apabila diancam sama ada ia benar
atau hanya imaginasi.
Kemurungan
Gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan
seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan
dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat
dalam aktiviti harian
Tanda- tanda Tekanan
Tekanan boleh dikenal pasti daripada segi perubahan –perubahan berikut:
Emosi Fizikal
Gelisah Gementar
Cepat marah Susah tidur
Lemah semangat Cepat letih
Sakit kepala
Fikiran
Tingkah laku
Bimbang
Kurang daya tumpuan Merokok berlebihan
Mudah lupa Bertindak secara Impulsive
Takut gagal Penyalahgunaan dadah dan
alkohol
Faktor-faktor Yang Menyebabkan Tekanan
Individu Persekitaran
Bercita-cita dan keinginan Peristiwa hidup seperti
yang terlalu tinggi melampaui kehilangan dan kematian
keupayaan diri. orang yang disayangi.
Berasa tidak selamat dalam Kekurangan sokongan
sesuatu perkara dan kurang keluarga/sosial.
keyakinan diri.
Penderaan fizikal dan
Takut kepada kegagalan emosi.
Faktor-faktor Yang Menyebabkan Keresahan
Individu ● Konflik dalam keluarga dan
persekitaran termasuk
● Gagal menangani masalah tempat kerja
yang dihadapi
● Pengasingan sosial
● Beban ● Pengabaian
kewangan/berpendapatan ● Penderaan fizikal dan emosi
rendah
● Perubahan dalam rutin harian
seperti perpindahan tempat
● Penyakit kronik
seperti,kencing
manis,kanser,penyakit
jantung,gangguan tiriod
Tanda- tanda Keresahan
Keresahan boleh dikenal pasti daripada segi perubahan –perubahan berikut:
Emosi Fizikal
Perasaan risau dan takut Dada berdebar-debar
Perasaan bimbang Mudah berpeluh, berasa seram
Gelisah Sakit atau pening kepala, letih
Fikiran Tingkah laku
Kurang daya tumpuan Merokok berlebihan
Sukar membuat keputusan Bertindak secara Impulsive
Mudah lupa Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Mudah cemas atau fobia
Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kemurungan
● Perubahan kimia dalam otak ● Peristiwa hidup/tragedi kehidupan
iaitu berlaku ketidakseimbangan seperti kehilangan dan kematian
kimia orang yang disayangi
● Genetik : seseorang yang ● Penderaan fizikal dan emosi
mempunyai ahli keluarga yang (keganasan rumahtangga,buli,
pernah menghidapinya cyberbully)
● Penyakit kronik seperti kencing ● Pengabaian / pengasingan daripada
manis,kanser, penyakit jantung, keluarga dan rakan-rakan
ganguan tiriod (hypothyroidism)
● Kekurangan sokongan
keluarga/sosial
Tanda- tanda Kemurungan
Kemurungan boleh dikenal pasti daripada segi perubahan –perubahan berikut:
Perasaan kesedihan Emosi Fikiran ● Cepat rasa letih
Hilang minat atau ● Gangguan tidur
● Hilang selera makan dan
keseronokkan
terhadap hobi penurunan berat badan
● Rasa tidak tenteram ● Sakit kepala dan badan
dan mudah marah ● Gangguan penghadaman
● Kurang nafsu seksual
● Perasaan mudah Fizikal Tingkah
putus asa
laku ● Mencederakan diri sendiri
● Rasa bersalah ● Cubaan bunuh diri
● Rasa diri tidak berguna
● Kurang daya tumpuan dan
ingatan KEMURUNGAN BOLEH DIRAWATI,
KEMURUNGAN TIDAK BERMAKNA
● Sukar membuat keputusan ANDA LEMAH
PENCEGAHAN KESIHATAN MENTAL
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah memperbaiki strategi menangani masalah,
mengukuhkan sokongan sosial dan mengamalkan gaya hidup sihat. Program di bawah mungkin berfaedah, iaitu
•Intervensi awal kanak-kanak (Contoh : lawatan ke rumah untuk wanita mengandung, bantuan
nutrisi/pemakanan serta kewangan untuk mereka yang kurang bernasib baik)
•Sokongan kepada kanak-kanak dan remaja ( Contoh : Program perkembangan kanak-kanak dan remaja)
•Sokongan sosial untuk warga emas (Contoh : Pusat komuniti dan jagaan harian)
•Program psiko-sosial untuk kumpulan berisiko ,contohnya penduduk yang terlibat dengan bencana seperti
tsunami dan banjir.
•Aktiviti promosi kesihatan mental di sekolah (Contoh: Program menangani masalah dan krisis di kalangan murid
sekolah)
•Intervensi kesihatan mental di tempat kerja (Contoh: Program pencegahan stres).
•Program perkembangan komunitidan kumpulan sokongan.
INOVASI MINDA SIHAT
INTERVENSI
Intervensi yang perlu dilakukan jika mempunyai tanda tanda tekanan, keresahan dan kemurungan
RUMUSAN
Kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesihatan mental dan pengesanan awal
masalah mental dalam kalangan masyarakat adalah sangat penting. Tanda-tanda
awal masalah kesihatan mental juga boleh dikenal pasti apabila seseorang itu
menjalani saringan minda sihat Kesihatan mental yang tidak terjaga akan
mengakibatkan gangguan mental. Ia perlu ditangani lebih awal agar ia tidak menjadi
mudarat. Luangkanlah masa untuk menjaga kesihatan mental dengan bergerak aktif,
jaga pemakanan dan tidur , pandang kehidupan secara positif, hulurkan bantuan
kepada yang susah, eratkan silaturahim, belajar untuk menangani cabaran
kehidupan.
PENGHARGAAN
Kami berasa sangat bangga dan gembira kerana pihak sekolah memilih
kami bertiga menyertai Pertandingan E-Book ini. Kami turut memberi
penghargaan kepada Pn. Chu Peck Tan dan GPK HEM Pn. Loh Yoke
Siang yang memberi bimbingan kepada kami untuk menghasilkan E-Book
yang bertajuk Minda Sihat: Emosi Terjaga , Kehidupan Sejahtera. Hasil
karya ini telah memberi banyak pengetahuan dan ilmu ICT kepada kami.
Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Chu dan
Cikgu Loh.
RUJUKAN
https://www.infosihat.gov.my/multimedia/lain-lain/8.html
http://www.myhealth.gov.my/memahami-masalah-kesihatan-mental/
https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/
tanda-tanda-amaran-penyakit-mental-jangan-sembunyikannya/
https://www.myhealthmylife.com.my/sites/default/files/2020-
09/Mental_Health_Booklet%28MLY%29.pdf
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NC
D/Kesihatan%20Mental/Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf
SJK (C) Chien Chi
Disediakan oleh :
BENEDICT NYAGAU
CHONG JOR DAN
TIU QI EN