The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d089345, 2022-07-15 15:03:27

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (1)

UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (1)

Keywords: UNDANG-UNDAN

UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA




DISEDIAKAN OLEH :
OLIVIA ANAK JOSEPH

ISI KANDUNGAN

KONSEP

UNDANG-UNDANG

Undang-undang merujuk kepada sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh setiap

lapisan masyarakat dalam sesebuah negara

Kemanusiaan

Kemanusiaan membawa maksud kepada sifat manusia
dan mempunyai belas kasihan terhadap sesama
manusia.

Antarabangsa

Antarabangsa merujuk kepada dua atau lebih negara
atau bersifat global.

Hubungan antarabangsa

-Hubungan antarabangsa bermaksud pertalian dan interaksi antara
negara di dunia. Hubungan antarabangsa juga meliputi interaksi
antara negara dan organisasi antarabangsa, syarikat mutinasional dan
pertubuhan bukan kerajaan.
-Dalam konteks Malaysia, hubungan antarabangsa merupakan usaha
memupuk kesefahaman antara negara dengan negara lain untuk
memenuhi keperluan dan memelihara kepentingan negara demi
kemakmuran sejagat.

DEFINISI UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Satu badan peraturan yang mengenakan
had terhadap penggunaan senjata dan
kaedah peperangan .

Bertujuan untuk melindungi maruah manusia
dan mengehadkan penderitaan semasa
peperangan

Dikenali sebagai undang-undang
peperangan.

2 kaedah yang
digunakan pakai



- Konflik bersenjata antarabangsa
-Konflik bersenjata di dalam sebuah negara

CONTOH PERTUBUHAN ANTARABANGSA
YANG DIANGGOTAI OLEH MALAYSIA

CONTOH ASEAN
PERTUBUHAN NAM
ANTARABANGSA OIC
YANG DIANGGOTAI
OLEH MALAYSIA

PBB

KOMANWEL

CONTOH NEGARA YANG MEMILIKI
HUBUNGAN DUA HALA DENGAN
MALAYSIA

CHINA INDONESIA

MALAYSIA

AUSTRALIA JEPUN

EMIRIAH ARAB
BERSATU (UAE)

Siapakah yang layak dilindungi
oleh UUKA ?

Orang
yang tidak

terlibat

Mangsa
tawanan

Orang awam

Anggota
perubatan

Peraturan asas dalam Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa

1.Dilarang membuat sebarang serangan atau
menggunakan senjata yang boleh memusnahkan orang
awam atau harta benda awam dan mengakibatkan
kecederaan atau pedneritaan berpanjangan.

2.Dilarang membunuh orang awam, kombatan yang
cedera dan sakit serta tawanan perang. Mereka perlu
diberi perlindungan dan dilayan secara
berperikemanusiaan.

3.Melindungi, menghormati dan memberikan bantuan
kepada petugas dan kemudahan perubatan tentera dan
awam seperti hospital, klinik dan ambulans.

4.Sebarang serangan hendaklah kepada kombatan dan
tentera sahaja

PERANAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA

Membezakan penempur dan orang awam
serta tidak menyerang orang awam.

Mengehadkan penggunaan senjata yang
menyebabkan kemusnahan yang tidak
wajar

Membantu orang yang cedera dan sakit
serta melindungi anggota perubatan

Memelihara maruah tawanan perang
dan tawanan awam dan membenarkan
ICRC melawat mangsa.

Kepentingan mengekalkan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

Masyarakat berasa
selamat

- Nyawa manusia dilindungi
-Rakyat bergerak secara bebas dengan
aman

Kanak-kanak dapat
membesar dalam suasana

gembira dan amat

Mendapatkan pendidikan yang baik
dan mencukupi.
Mendapatkan pendidikan yang terbaik

Flora dan fauna
terpelihara

Melestarikan alam semula jadi
Mengelak berlakunya kepupusan

CONTOH PENCABULAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

1. Membuat serangan terhadap orang
awam yang tidak bersenjata

2. Merosakkan alam semula jadi

3. Menyerang petugas hospital dan ambulans

4. Membuat serangan terhadap bangunan
awam

5. Menyeksa dan membunuh orang awam,
tentera yang cedera dan tawanan perang

Kesan pengabaian undang-undang
kemanusiaan antarabangsa



Alam sekitar Institusriuknetkuehluargaan
musnah

Ekonomi negara Kecacatan anggota
terjejas badan

Nilai moral yang terkandung dalam undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

Nilai bertanggungjawab dan taat haruslah
dipratikkan oleh setiap rakyat dengan mematuhi
undang-undang kemanusiaan antarabangsa
yang ditetapkan

Nilai rasional yang diamalkan dapat menangani
konflik yang berlaku melalui bukti dan alasan
yang kukuh.

Nilai keberanian dan nilai kebebsan perlu
diamalkan dalam membuat laporan kes
pencabulan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa di negara yang berkonflik

KESIMPULAN

Undang-undang kemanusiaan antarabangsa berperanan
dalam melindungi nasib rakyat daripada sengasara akibat
peperangan berlaku. Undang-undang kemanusiaan
antarabangsa ini juga digubal untuk memastikan setiap
negara hidup aman dan harmoni. Sebagai rakyat Malaysia,
kita perlulah menyokong Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa ini untuk melindungi negara daripada
berlakunya konflik peperangan dan mengelakkan
kemusnahan harta benda.

PENGUKUHAN

A Rajah di bawah menunjukkan tindakan negara X dalam konfliknya
dengan negara jiran

Serangan ketenteraan Penggunaan senjata

Membunuh kanak-kanak Menggunakan senjata
Tidak memberikan rawatan terlarang seperti bom
yang mencukupi kimia
Tidak ada jaminan
keselamatan

TINDAKAN
NEGARA
X

Sasaran serangan Menghalang
bantuan luar
Memusnahkan hampir
keseluruhan Menghalang pesakit
infrastruktur utama daripada mendapatkan
bandar kemudahan perubatan

1.Apakah perasaan anda tentang tindakan negara X. Jelaskan
2.Tindakan negara X menyerang jirannya adalah tidak wajar. Mengapa?
3.Jelaskan kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan

antarabangsa dalam konflik di atas.

Sejauh manakah undang-undang kemanusiaan antarabangsa
dapat mengatasi masalah ini?

B Laksanakan forum yang bertajuk "Undang-undang kemanusiaan
antarabangsa" berdasarkan maklumat di bawah.

Peraturan asas dalam uundang-undang
kemanusiaan antarabangsa.
Kepentingan mengekalkan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa.
Contoh pencabulan undang-undang
antarabangsa
Kesan pengabaian ndang-undang kemanusiaan
antarabangsa

Bentangkan maklumat tersebut secara kreatif




(Sumber : Sinar Harian )

C Berdasarkan maklumat yang diperoleh, hasilkan satu risalah dan edarkannya
kepada warga sekolah

RUJUKAN

Abdul Pabil Adam, Uthayakumaran Karuppiah & Vishalache
Balakrishnan. (2019). Kemanusiaan Asas Kemoralan. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Hilmie, Barathi Santhasaran & Anuratha Bai Subramaniam.
(2020). Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad Nasrin, Zuliskandar Ramli,Sharifah Munirah , Azrul
Azlan & Muhammad Farhan. (2017). Kemanusiaan
Antarabangsa dan perang terhadap keganasan: Suatu tinjauan
kritikal. Malaysian Journal of Society and Space. Diperoleh
daripada http://journalarticle.ukm.my/12577/1/22252-63948-1-
PB.pdf

Laman sesawang

https://www.icrc.org/en/doc/what-we-do/building-respect-
ihl/education-outreach/ehl/ehl-other-language-versions/eh-
malay-methodology.pdf

https://www.astroawani.com/topic/perang-rusia-ukraine

https://www.sinarharian.com.my/article/192981/GLOBAL/Perang-
Rusia-Ukraine-tamat-Mei-depan

MAKLUMAT
PELAJAR

FINAL ASSESSMENT
HMV3033 KONFLIK & KESELAMATAN NEGARA & ANTARABANGSA

SEMESTER 2 2021/2022

KUMPULAN A

TAJUK TUGASAN :
E-MODUL UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR OLIVIA ANAK JOSEPH
NO MATRIKS
D20191089345
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN A
ISNIN
HARI KULIAH 0800 AM-1000AM
MASA

NAMA PENSYARAH : DR. MARSHELAYANTI BINTI MOHAMAD RAZALI
TARIKH HANTAR : 16 APRIL 2022


Click to View FlipBook Version