Bahasa Melayu
Tahun 5
Tema 2: Perpaduan
Tunjang
Keharmonian
Nama : Chong Chee Wei
Kelas : 5U
Alat Muzik Tradisional Kaum Melayu
1. Pengenalan
Seni muzik merupakan satu daripada cabang seni
tradisional Melayu selain seni gaya, seni rupa dan permainan
tradisional. „Muzik‟ merupakan istilah popular setelah
kemasukan unsur barat. „Muzik‟ merupakan istilah pinjaman
dari Parsi. Muzik diterima sebagai bunyi atau sesuatu yang
sedap didengar dan dihasilkan secara sengaja oleh seseorang
atau kumpulan. Muzik merupakan satu fenomena yang
sangat unik, yang boleh juga dibunyikan dengan gabungan
beberapa buah alat bagi mendapatkan hasil yang maksima.
2. Jenis-jenis Alat Muzik
2.1 Gong
Perkataan gong berasal daripada Melayu/Indonesia.
Nama ini merujuk pada bunyi yang terhasil daripada alat
tersebut. Gong mempunyai dua bentuk yang khusus iaitu
yang mempunyai busut atau tombol (knobbed gong type) dan
satu lagi tanpa busut atau tombol (flat gong type). Gong
secara umumnya dihasilkan mengikut tiga prinsip utama iaitu
tempa yang merupakan peringkat pertama proses pembuatan
gong. Gong ditempa dengan menggunakan penukul khas bagi
membentuk logam seperti tembaga dan perunggu.
Peringkat kedua ialah acuan. Pada peringkat ini,
pembuat gong akan mula membuat sarang atau modul
sebelum proses penuangan aloi. Teknik ini biasa digunakan
untuk membuat alat-alat dalam keluarga gong yang bersaiz
kecil seperti cak lempong, kesi dan canang. Peringkat
seterusnya ialah petri iaitu proses mencantumkan bahagian-
bahagian tertentu bagi membentuk alat yang sempurna.
Contoh keluarga gong ialah gong atau tetawak anak dan ibu,
gong suwukan, gong agung dan gong terinai.
Dalam persembahan nobat dan mek mulung gong
dimainkan secara tunggal. Namun begitu, gong tetawak ibu
dan anak akan dimainkan secara berpasangan ketika
mengiringi persembahan teater tradisional seperti menora,
mak yong dan wayang kulit.
Walaupun dari keluarga yang sama, gong diperbuat
daripada material yang berlainan bagi menghasilkan bunyi
atau suara yang berbeza. Contohnya, gong agung diperbuat
daripada bahan perunggu. Gong agung mempunyai ukuran
bergaris lintang sepanjang 90-95 sentimeter dan
berketinggian antara 28-30 sentimeter. Manakala cak
lempong pula merupakan jenis gong yang bersaiz lebih kecil
tetapi diperbuat daripada gangsa. Canang juga dalam
keluarga gong yang bersaiz kecil tetapi dimainkan secara
berpasangan ibu dan anak bagi mengiringi tarian istana
seperti tarian Asyik.
2.2 Rebab
Contohnya rebab tiga tali, gambus dan kecapi buluh.
Rebab dikatakan berasal dari negara Timur Tengah.
Istimewanya rebab ini apabila ia dibentuk mengikut sistem
anatomi manusia yang mempunyai kepala, leher, tengkok,
muka dan kaki. Manakala bunyinya pula sering dikaitkan
dengan spesies kumbang yang menghasilkan bunyi dengung.
Mungkin kerana itulah rebab ini digelar sebagai “Sri
Kumbang” oleh masyarakat terdahulu kala. Rebab
dimainkan dengan alat muzik yang lain dalam ensemble mak
yong, main petri, menora dan tok selampit. Selain rebab,
gambus juga merupakan alat muzik yang popular dalam
kalangan masyarakat Melayu. Terdapat dua jenis gambus
seperti gambus Hadramaut dan gambus Hijaz. Gambus
Hadramaut mempunyai 11 tali manakala gambus Hijaz
mempunyai lapan tali.
2.3 Rebana
Rebana merupakan gendang satu muka. Alat muzik
tradisional ini berbentuk seperti pasu dan dimainkan dalam
ensemble muzik Melayu bandaran seperti dondang sayang,
joget inang dan zapin. Rebana diperbuat daripada kayu, kulit
kambing, rotan dan buluh. Baluh ataupun temalangnya
diperbuat daripada kayu nangka bagi memastikan mutu
suara alat berkenaan menepati nada yang betul dan tepat.
Di Malaysia, terdapat dua sistem rebana yang digunakan.
Ada rebana yang memerlukan rotan sedak untuk
menegangkan kulitnya dalam proses penalaan bunyi sebelum
persembahan dan satu lagi ialah yang memerlukan dua jenis
bahan iaitu rotan sedak dan kayu pasak sebagai tuning block.
Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit bagi memastikan
mutu penalaan bunyi yang baik.
Terdapat belulang rebana yang dibuat daripada kulit
kerbau sebagai bahan bunyi. Contohnya, rebana besar yang
bersaiz 80-100 sentimeter pada garis lintang yang mempunyai
rotan yang dibelah dua sebagai bahan utama bagi proses
menegangkan kulit dan pancang-pancang kayu yang
digunakan bagi memastikan kulit berkenaan kekal tegang.
Ketegangan ini bagi memberi impak kepada penalaan bunyi.
Alat rebana ini dimainkan dengan cara memalunya dengan
tangan atau pun kayu pemalu yang dibalut dengan bahan
lembut seperti kain, getah atau tali.
2.4 Kompang
Berbeza dengan rebana, kompang pula mempunyai
baluh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras
dan kulit kambing. Kompang tiada pancang kayu untuk
mengukuhkan belulang tetapi ia menggunakan bahan pelekat
sebelum ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih
terjamin. Selain itu, kompang memerlukan rotan sedak
sebagai alat tala bagi menghasilkan bunyi yang baik.
Kompang biasanya dimainkan secara berkumpulan dalam
keadaan bersila, berdiri atau berarak.
Lewat zaman moden ini terdapat kelompok masyarakat
yang mempersembahkan permainan kompang secara lebih
kreatif iaitu bergerak seperti menari dan berpuisi sambil
berkompang. Tatacara permainan kompang, ialah pemain
akan menggunakan sebelah tangan untuk memegang
bingkainya dan sebelah lagi untuk memukulnya. Dalam
persembahan kompang pemain akan dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu pembolong, peningkah dan penyilang.
2.5 Beduk
Beduk merupakan gendang satu muka yang berbentuk
memanjang atau elongated. Beduk diperbuat daripada kulit
lembu sebagai belulang. Beduk biasa digunakan di surau-
surau kampung bagi mengingatkan waktu solat atau
permulaan pemakluman kematian kariah. Siak atau noja
akan memukul beduk dengan pemukul kayu dalam pola rima
yang berunsur pantas. Fungsi beduk hampir sama dengan
peranan kertuk kayu yang bersifat kudus. Sesetengah daerah
di semenanjung memanggil beduk sebagai tabuh.