PUSAT SUMBER
Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield
Perayaan-perayaan
Orang Cina
Di Malaysia
ADAKAH KAMU TAHU
TENTANG PERAYAAN-
PERAYAAN CINA?
Sebagai sebuah negara berbilang
kaum, Malaysia memang terkenal
dengan masyarakat berlainan
bangsanya yang sentiasa hidup dalam
keadaan aman dan damai. Oleh sebab
wujudnya pelbagai kaum ini, kita semua
dapatlah merasa pelbagai jenis
perayaan yang disambut setiap tahun.
Selain daripada Tahun Baru Cina, ada
lagi beberapa perayaan yang disambut
dalam kalangan kaum cina. Marilah
kita belajar bersama-sama tentang
perayaan-perayaan Cina.
1. Hari Chap Goh Mei
Ketibaan Hari Chap Goh
Mei bermakna sambutan
Tahun Baru Cina sudah
berakhir. Mereka akan
berkumpul semula seperti
sambutan Tahun Baru
Cina dan makan besar.
Keistimewaannya untuk anak gadis yang belum berkahwin,
mereka akan menulis nama dan nombor telefon di atas limau
mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih
bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh
mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin. Hari ini juga
merupakan hari yang istimewa kepada anak gadis. Kalau bernasib
baik, mereka akan bertemu jodoh sempena Chap Goh Mei.
2. Perayaan Ching Ming
Perayaan ini jatuh pada 4 atau 5 hb April setiap tahun. Namun perayaan
Ching Ming ini boleh dilakukan 10 hari sebelum dan 10 hari selepas
tarikh tersebut. Selain daripada itu, perayaan ini juga penting untuk
mengenang nenek moyang atau ahli-ahli keluarga yang telah meninggal
dunia.
Anak-anak dan cucu-cicit akan membawa makanan, buah-buahan dan
wang kertas ke kubur serta membersihkan tempat ini. Hal ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin longgar. Orang
Cina percaya bahawa wang kertas tersebut akan bertukar menjadi duit
di alam yang lain.
3. Pesta Duan Wu atau Perayaan
Perahu Naga
Perayaan Perahu Naga ialah perayaan yang disambut pada hari kelima
dalam bulan kelima dalam kalender Cina. Seperti namanya, pada hari
ini mereka akan mengadakan pertandingan perahu naga yang
diadakan di sungai besar ataupun laut di mana para peserta yang
bertanding akan datang dengan perahu naga yang dihias cantik.
Kemudian perahu-perahu naga ini akan berlumba di sungai. Para
peserta akan bekerjasama dalam kumpulan untuk mengayuh dengan
laju sehingga ke garisan penamat. Perayaan ini adalah bertujuan untuk
mengeratkan hubungan antara ahli pasukan dan memupuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat.
4. Pesta Hantu
Pesta ini adalah perayaan yang sangat penting bagi masyarakat cina
dimana ia akan diraikan bagi mengenang nenek moyang yang telah
meninggal dunia. Pesta Hantu diadakan pada sepanjang bulan Julai
mengikut Kalender Cina. Mereka akan melakukan upacara
sembahyang untuk nenek moyang mereka dan meluangkan malam
tersebut untuk berbual-bual dengan ahli keluarga yang telah
meninggal dunia. Adalah menjadi kepercayaan mereka bahawa jika
mereka tidak menyambut pesta hantu, dikhuatiri roh nenek
moyang akan menjadi tidak aman lalu mengganggu hidup mereka.
Semasa pesta hantu, mereka akan mempersembahkan makanan,
buah-buahan, dan wang-wang kertas kepada nenek moyang. Mereka
juga akan pergi menziarah kubur dan mengambil peluang untuk
membersihkan kubur ahli keluarga yang lama tidak dilawati.
5, Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung
Menurut catatan sejarah, ia ada
lah perayaan yang diadakan setiap
tahun bagi meraikan kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah
Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Perayaan Kuih Bulan akan disambut
dengan meriah pada hari 15 haribulan 8 dalam kalender Cina.
Perayaan ini adalah sangat indah di mana masyarakat Cina akan
mengadakan perarakan tanglung pada malam perayaan dan hidangan
istimewa untuk perayaan ini ialah kuih bulan yang dibuat dari adunan
manis yang berintikan: Kacang merah, Biji teratai, Telur masin dan
Bijan.
6. Perayaan TangYuan
Perayaan TangYuan ini juga dikenali sebagai Winter Solstice dalam
Bahasa Inggeris. Perayaan ini disambut oleh kaum Cina pada 22
Disember setiap tahun. Ia juga menandakan ketibaan musim sejuk,
musim yang terakhir dalam setiap tahun.
Tangyuan adalah sejenis bebola tepung beras manis yang dimakan
bersama semangkuk air gula panas. Sejajar inovasi semasa, kini ada juga
tangyuan yang berinti kacang merah, kacang mahupun bijan. Kaum
Cina dikatakan sering menyediakan manisan ini bersama-sama kerana
tangyuan melambangkan penyatuan.
Tuntasnya, Malaysia merupakan sebuah negara
yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, tradisi,
kaum dan etnik. Walaupun banyak perayaan di
Malaysia yang mungkin berakar pada budaya dan
tradisi tertentu, warga Malaysia tanpa mengira
bangsa atau agama boleh bersama-sama
menyambut perayaan yang meriah ini supaya dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Inilah yang
mendefinisikan Malaysia sebagai sebuah negara
berbilang budaya, meraikan adat resam, amalan
dan perayaan bersama-sama sebagai satu
masyarakat dan satu rakyat Malaysia.
Disediakan oleh: Foong Tammy (4RU)
(Pengawas Pusat Sumber)