The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yingyee715, 2022-04-23 06:22:07

Pelangi Yang Menanti Selepas Hujan

Tugasan 1 - Kok Ying Yee 270339

Pelangi Yang Menanti Selepas Hujan

Watak dan Perwatakan...

Seorang anak tunggal dalam sebuah keluarga.
Dia menjadi seorang anak lelaki yang degil dan
manja.
Dia berubah menjadi seorang anak yang nakal
sejak ketinggalan bapanya.
Dia tidak menghormati ibunya dan mencuri duit
ibu untuk bermain permainan komputer di kafe
siber.
Apabila dia menyedari kesusahan yang
ditanggung oleh ibunya, dia telah berjanji untuk
belajar baik-baik dan berjaya menamatkan
pelajaran di London.

i Watak Utama: Ariff

Watak Sampingan: Bapa Ariff

Beliau adalah seorang bapa yang bersikap
kasih sayang terhadap anak lelakinya, Ariff
dan selalu membeli permainan kepadanya.
Beliau adalah tonggokan utama keluarga
yang mencari sumber pendapatan bagi
menampung perbelanjaan keluargaa.
Beliau telah meninggal dunia apabila dalam
perjalanan ke hospital akibat kemalangan
dengan sebuah lori besar.

ii

Watak Sampingan: Ibu Ariff

Beliau adalah seorang ibu yang berkasih
sayang terhadap anak lelakinya, Ariff.
Beliau adalah seorang suri rumah tangga
yang menjaga kehidupan harian keluarga.
Beliau adalah seorang ibu yang tabah untuk
meneruskan kelangsungan hidup bersama
dengan Ariff walaupun suaminya meninggal
dunia.

iii

Watak Sampingan: Encik Tan

Seorang jiran yang berminat untuk menanam
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Dia berasa marah apabila mendapati Ariff
mencuri mangga yang ditanam olehnya.

iv

1

Selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945,

sepasang suami isteri, Encik Mohamad dan Puan


Safi, berpindah ke sebuah kampung bernama

Kampung Aman untuk menjalani kehidupan.

2

3 Kampung Aman

Encik Mohamad merupakan seorang penyelia di sebuah

syarikat besar. Dia pergi ke kilang di bandar dengan

menunggang motosikal setiap hari untuk menjana

pendapatan. Manakala, Puan Safi pula hanyalah suri

rumah tangga dan bertanggungjawab mengurus

keperluan keluarga.



4

Setahun kemudian, Puan Safi telah melahirkan

seorang anak lelaki bernama Ariff.

5

Oleh kerana Ariff adalah anak tunggal kepada

pasangan Encik Mohamad dan Puan Safi, dia amat

disayangi oleh kedua ibu bapanya. Encik Mohamad

dan Puan Safi selalu membeli permainan kepada Ariff.

Mereka tidak pernah memarahi Ariff walaupun dia

melakukan kesalahan. Keadaan ini menjadikan Ariff


degil dan manja.

6



Pada suatu petang, Ariff memanjat pokok jiran untuk

memetik mangga secara diam-diam. Apabila jiran


mendapati Ariff mencuri mangga, dia berasa marah dan

berjumpa dengan ibu bapa Ariff.

8

9

Namun begitu, ibu bapa Ariff tetap menyebelahi anak

mereka. Mereka bukan sahaja tidak menegur dan


memarahi Ariff atas kesalahan yang dilakukannya itu,

bahkan mereka turut memberitahu jiran bahawa Ariff

hanya budak kecil yang belum mengetahui baik buruk

apa yang dilakukannya. Keadaan ini menyebabkan Ariff

langsung tiada rasa bersalah dan tidak berniat untuk


meminta maaf terhadap jirannya.

10

11

Pada suatu hari, sesuatu keadaan yang buruk telah

berlaku. Apabila Encik Mohamad pulang ke rumah
dengan menunggang motosikal selepas bekerja, dia

dilanggar oleh sebuah lori besar. Encik Mohamad

terbaring di tepi jalan dan dia telah cedera parah.

12



Orang ramai turut membantu dan ambulans serta polis

tiba di tempat kejadian dalam masa sepuluh minit. Polis

bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman lalu


lintas manakala ambulans menghantar mangsa ke

hospital yang berdekatan. Malangnya, bapa Ariff telah


meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

14

15

Ariff dan ibunya sangat sedih sebab kehilangan bapa

dan suami, iaitu Encik Mohamad. Kini, mereka hanya


tinggal berdua di Kampung Aman. Kematian Encik

Mohamad menyebabkan Ariff dan ibunya menghadapi


kesusahan dalam menjalani kehidupan kerana Encik

Mohamad adalah tonggak utama keluarga yang

mencari sumber pendapatan.

16

17

Demi memastikan mereka berdua dapat meneruskan

kelangsungan hidup, Puan Safi terpaksa keluar bekerja

bagi menampung perbelanjaan harian keluarga. Puan

Safi sibuk bekerja sehingga mengabaikan anaknya dan

keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak gembira


Ariff. Ariff merasakan bahawa ibunya tidak lagi

mengambil berat tentangnya. Keadaan ini turut

menyebabkan Ariff mula berubah sikap dan semakin liar.

18

Apabila belajar di sekolah menengah, Ariff

berubah menjadi seorang budak yang nakal


dan selalu membuli kawannya. Hal ini

menyebabkan budak lain tidak suka untuk


berkawan dan bermain dengannya.

19

Tambahan pula, sikap Ariff yang suka bermain dan

malas belajar menyebabkannya mendapat

keputusan yang sangat teruk dalam setiap
peperiksaan. Walaupun ibunya selalu


mengingatkannya supaya belajar bersungguh-

sungguh, namun Ariff tidak mengendahkan kata

ibunya. Puan Safi berasa amat kecewa terhadap


perubahan sikap Ariff ini.

20

Pada suatu pagi yang cerah, sewaktu Ariff berjalan kaki ke

sekolah seperti biasa, dia terdengar rakan-rakan sedang

berbual tentang pembukaan sebuah kafe siber. Perbualan

mereka telah menimbulkan rasa ingin tahu Ariff.

21

Hal ini disebabkan oleh kafe siber itu baru

dibuka berdekatan dengan sekolah. Tidak

hairanlah ini akan menarik perhatian ramai

pelajar untuk berkunjung ke situ. Namun

begitu, Ariff tiada wang saku yang mencukupi


untuk pergi ke kafe siber.

22

Oleh sebab keinginan untuk bermain permainan

komputer di kafe siber, Ariff telah menipu ibunya


bahawa dia perlukan duit untuk membiayai

bayaran persekolahan. Lepas itu, dia

menggunakan wang itu untuk bermain


permainan komputer di kafe siber tanpa

diketahui oleh ibunya.

23

Lama-kelamaan, Ariff mula mencuri

duit yang disimpan oleh ibu di dalam


laci tanpa mendapat keizinan

daripada ibunya disebabkan

ketagihannya dengan permainan

kafe siber tersebut. Ariff sering

mengajak rakan-rakannya ke kafe


siber setiap hari.

24

Ariff selalu pergi ke kafe siber sampai lewat malam. Pada suatu

malam, apabila dia makan malam di sebuah restoran bersama


dengan rakan selepas memain permainan komputer di kafe

25 siber, tiba-tiba dia terdengar satu suara yang dikenali.

Rupa-rupanya ibunya bekerja

di restoran itu. Dia terdengar

ibunya dimarahi oleh pengurus

restoran kerana ketidakpuasan

pelanggan terhadap servisnya

yang lambat. Namun begitu,

ibunya hanya mengangguk


kepala dan asyik meminta

maaf kepada pengurus

restoran itu.

26



Selepas makan, ketika dalam perjalanan

pulang ke rumah, Ariff menyedari kesusahan


yang ditanggung oleh ibunya demi untuk

memberinya kehidupan yang baik. Dia

berasa kesal dan mula memahami kerja

keras ibunya.

28

29

Apabila ibunya pulang ke rumah selepas bekerja, Ariff

mengaku kesalahannya mencuri duit kepada ibunya.


Puan Safi memaafkan Ariff dan Ariff telah berjanji

kepada ibunya bahawa dia akan mengubah sikapnya.


Ariff berjanji bahawa dia akan mengulang kaji

pelajaran dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi

seorang yang berguna apabila dewasa nanti. Selain itu,


Ariff turut membantu ibunya membuat kerja rumah.



30

Beberapa tahun kemudian, Ariff berjaya dalam pelajarannya dan

telah Berjaya menyambung pengajiannya ke London. Ibunya berasa

bangga dan tidak sabar untuk menanti kepulangan Ariff ke rumah


setelah tamat tempoh pengajiannya dari hari ke hari

31

Selepas dua tahun, Puan Safi
berasa amat gembira dan


terharu apabila akhirnya Ariff

berjaya menamatkan


pelajarannya. Siapa sangka

anaknya yang sebelum ini

degil dan nakal akhirnya

berjaya dalam hidup.

32

Cerita ini telah memberitahu bahawa kita patut

bersikap kasih sayang terhadap keluarga dan

janganlah sesekali melakukan kesilapan. Selain itu, kita

harus bertanggungjawab dan rajin membaca untuk

mendapat keputusan yang baik sebagai seorang

pelajar. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu sentiasa

menjaga anak-anak dan mendidik mereka supaya

menjadi seorang yang berguna apabila dewasa nanti.

33

TAMAT


Click to View FlipBook Version