MPU 1331 PENDIDIKAN ISLAM 2
Hukum lian dan
implikasinya.
NAMA: MUHAMMAD ASIF HAIKAL BIN AMAN
NO PENDAFTARAN: B12SSK20F002
KELAS: BETA 2 A
LI'AN
Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “ ”ﻻﻋﻦiaitu
mengutuk. Dan diambil daripada perkataan “ ”اﻟﻠﻌﻦiaitu
kutukan.
L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah
seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan
zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa
tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia
meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan.
Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu
yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa
menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan
memberi malu kepadanya sebagai berzina.
Dalil Pensyariatan Li’an
Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:
Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang
mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu)
hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi
seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan
nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang
benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa
laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang
yang berdusta.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
ﻗﺎل رﺳﻮل ﷲ ﺻﲆ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ:ﻋﻦ ﺳﻬﻞ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ اﻟﺴﺎﻋﺪى رﺿﻰ ﷲ ﻋﻨﻪ ﻗﺎل
وﻓﺮج ﺑﻴﻨﻬﻤﺎ, وأﺷﺎر ﺑﺎﻟﺴﺒﺎﺑﺔ واﻟﻮﺳﻄﻰ.( )أﻧﺎ وﻛﺎﻓﻞ اﻟﻴﺘﻴﻢ ﻓﻲ اﻟﺠﻨﺔ ﻫﻜﺬا:وﺳﻠﻢ
ﺷﻴﺌﺎ.
Maksudnya:
Diriwayatkan dari sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a.: Rasulullah pernah
bersabda: “aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah
seperti disyurga”. Nabi s.a.w. memperlihatkan jari tengah dan
telunjuknya lalu merenggangkannya.
Syarat-Syarat Sah Li’an
Untuk menjadikan li’an itu sah, mestilah mengikut syarat-syarat
berikut:-
Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu
daripada li’an.
Dalil Pensyariatan
Li’an
Li’an suami mendahului lian isteri.
Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-
perkataan li’an. Jika salah seorang menukar lafaz
penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau
dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan
murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana
lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-
Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian.
Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak
lima kali) hendaklah dilakukan secara mualat dan berturut-
turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang
perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah.
Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan
kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong. Contonya
berkata: perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah.
Salah seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah
sesiapa yang ingin bertaubat?
Kesan-kesan Li’an
Kesan-kesan yang akan timbul apabila berlakunya li’an ialah:-
1.Gugur had Qazaf daripada suami. Had Qazaf itu akan
dijatuhkan kepada isteri yang dili’an.
2.Wajib had zina ke atas isteri yang tidak meli’an suaminya.
Jika isteri itu meli’an suaminya maka gugurlah had zina
tersebut daripada isteri.
3.Bercerai di antara suami isteri selama-lamanya sebagai
talak ba’in.
4.Tidak boleh dinasabkan anak yang tidak diakui oleh suami
yang meli’an isterinya kepada suami tersebut, jika suami
menolak anak itu pada li’annya. Walaubagaimanapun anak
itu tetap menjadi nasab kepada isteri yang dili’an.,
PENUTUP
Alam Perkahwinan tidak setiap masa akan indah dan manis
dalam perkahwinan. Ada masa masam pahit dan ada masa
turun naiknya. Namun perkahwinan adalah satu ikatan antara
kedua pihak. Jadi kedua-dua suami dan isteri harus saling jujur
antara satu sama lain dan saling mempercayai kepada masing
masing, bekerjasama untuk memastikan ikatan ini terpelihara
hingga akhir usia dan ke syurga Allah SWT yang hakiki kelak.