The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadsahlan370, 2021-05-17 09:27:25

selamat datang

selamat datang

NAMA AHLI : AHMAD SAHLAN BIN ABDUL RAHMAN
NURFAIZUL BIN NORDIN

KELAS : 3 COMMUNICATOR
NAMA GURU : PUAN SAADIAH
TAJUK : SYAIR BURUNG NURI
SUBJEK : BAHASA MELAYU

Syair Burung Nuri
Maksud

Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.

Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan
pendapatnya yang tidak sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam
keadaan miskin.

Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.

Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan
tidak makan dan minum.

Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.

Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran
yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada
hidup.

Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

TEMA  Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
PERSOALAN
NILAI  Persoalan kebijaksanaan menyusun perancangan bagi memiliki
PENGAJARAN orang yang kita cintai

BENTUK  Persoalan sikap merendah diri dalam kehidupan.
 Persoalan keburukan sikap menurut perasaan
GAYABAHASA  Persoalan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup
 Persoalan keperitan hidup orang yang serba kekurangan

 Kebijaksanaan
 Merendah diri
 Rasional
 Ketabahan
 kegigihan

 Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang
lain tidak membenci diri kita.

 Kita hendaklah bijak menyusun perancangan demi memikat
orang yang kita cintai.

 Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan agar
tidak menyesal pada kemudian hari.

 Kita hendaklah tabah dalam menghadapi sikap dugaan dalam
kehidupan

 Kita hendaklah gigih dan tidak berputus asa demi mendapat
sesuatu yang kita inginkan

 Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu
4 baris dalam satu rangkap

 Rima akhir : a,a,a,a
 Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku

kata.
 Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku

perkataan.

 Inversi (ayat songsang)

Dituliskan sahifah supaya nyata,

Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.

 Anafora (perulangan perkataan di awal baris)

Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,

 Epifora (perulangan perkataan di akhir baris)
negeri

 Simile
Laksana cermin jatuh ke batu,

 Sinkope
Sajak dan nazam banyak tak kena,

 Kata ganda
Perinya akal gelap-gelita,

 Diksi
Penggunaan bahasa Arab
Masygul


Click to View FlipBook Version