The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farah wahida, 2022-07-06 17:22:38

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2022

Minit Mesyuarat AJK 1-2022

MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD KUALA KANGSAR, PERAK

NO.PENDAFTARAN: PIBG PK 186

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2022

Tarikh : 09 April 2022

Masa : 9.00 a.m.

Tempat : Bilik Gerakan SKC

___________________________________________________________________

Hadir : - Pengerusi
1. Yang Dipertua PIBG

(Encik Mohd Fadhil bin Mohd Sayuti)

2. Naib Yang Dipertua PIBG
(Puan Wan Suliana binti Wan Daud)

3. Setiausaha PIBG
(Puan Sherene Azlina binti Mohd Isak)

4. Bendahari PIBG
(Puan Nur Aisya binti Meor Ibrahim)

5. Encik Mohd Khairul Nizam bin Abdul Khalid

6. Puan Fauziah binti Mokhtar

8. Encik Faizul Aizar bin Haji Rasdi

10. Puan Wan Rabieatul ‘Adawiah binti Mior Othman

11. Encik Zainuddin bin Mat Isa

1

Turut Hadir :
1. Encik Fauzi bin Mohamad Zulkifli
2. Encik Asmawi bin Hashim
4. Puan Norliza binti Man
5. Encik Sulaiman bin Zakariah @ Zakaria
Tidak Hadir :
1. Encik Azhar bin Mat Zain - Guru
1. Puan Sangitha
2. Puan Zaharah binti Abu
3. Encik Mohd Sharifudin bin Basri
4. Encik Azsrul Effendi bin Alias
5. Puan Salina binti Faizal Leong
6. Puan Nor Wahida binti Amin Shah

2

1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca umul kitab..
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK serta mengucapkan
terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat
kali pertama bagi tahun 2022.
1.3 Beliau tidak akan berbicara panjang di pembukaan kerana akan
mengambil masa yang agak lama diperbincangan.
1.4 Beliau berharap agar pada tahun ini akan lebih banyak program dapat
dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

2.0 Perutusan Penasihat.
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat
hadir pada menyuarat AJK kali pertama bagi tahun 2022.
2.2 Beliau menyatakan bahawa pada hari ini akan ditetapkan tarikh MAT
PIBG kali ke – 45.
2.3 Mesyuarat tersebut perlu dilaksanakan sebelum 30 Jun 2022. Semoga
mesyuarat pada hari ini akan mendapat kata sepakat demi menjayakan
MAT PIBG kali ke-45.
Tindakan : Makluman

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
Dibentangkan oleh : Puan Sherene Azlina binti Mohd Isak – SU PIBG 2022.
Cadangkan disahkan oleh : Puan Wan Suliana binti Wan Daud
Disokong oleh : Encik Faizul Aizar bin Rasdi
Tindakan : Makluman

3

4.0 Perkara-perkara Yang Berbangkit
Agenda 5.2 Pembinaan Arena Berbumbung
Akan dilaksanakan. Tunggu sehingga Puan Norazah binti Mohamad
(Penolong Kanan Pentadbiran) selesai berkursus.

5.0 Penyata Kewangan
5.1 Tiada pembentangan kewangan.
5.2 Menurut penasihat dalam penyata kewangan perlu diasingkan antara
duit PIBG dan sumbangan pihak lain. Urusan pertukaran tanda tangan
perlu dilakukan dengan segera.
5.3 Menurut YDP, Kewangan PIBG mesti tele dengan program PIBG.
Perbelanjaan diary guru bukan bersifat peribadi. PIBG memudahkan
guru dan boleh guna duit PIBG untuk menampung bayaran diary guru.
5.4 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada PIBG atas sumbangan
kepada Puan Azwa (urusan lompat tali). Penasihat juga menyatakan
bahawa nama sumbangan diary perlu ditukarkan kepada pengurusan
sekolah.
5.5 Puan Nur Aisya selaku bendahari PIBG meminta kebenaran untuk
memanggil Puan Nur Haini untuk tanda tangan pengeluaran wang
PIBG. Mesyuarat sebulat suara bersetuju.

6.0 Perbincangan
6.1 Penetapan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-45
6.1.1 Tarikh yang dipilih ialah 28 Mei 2022 (Sabtu).
6.1.2 Tempat yang ditetapkan ialah Dewan Kampung Basong.
6.1.3 Masa – 8.30 pagi

4

6.1.4 Tempat mesyuarat berdasarkan arahan terkini JPN.

6.2 Isu-isu Semasa

6.2.1 Penasihat memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan bersama-sama OCA.

6.2.1.1 Jamuan berbuka puasa.

6.2.1.2 Program Santuni Ramadhan - Pengedaran kit

makanan kepada masyarakat sekitar Kuala
Kangsar. Merupakan sumbangan dari OCA dan
guru-guru SKC. Sumbangan dari pihak PIBG
amatlah dialu-alukan.

6.2.1.3 Program Sambutan Hari Raya bersama-sama
OCA. Penaung OCA iaitu Raja Dihilir akan hadir
pada hari tersebut. Tarikh yang yelah ditetapkan
ialah pada 19 Mei 2022 (minggu ke-3 Syawal).

6.2.1.4 Program menanam pokok buluh dari Korea.
Merupakan yang pertama di Malaysia.

6.2.1.5 Bangunan lama akan dicat semula. (Sumbangan
OCA)

6.2.1.6 Lorong berbumbung adalah sumbangan President
OCA sebanyak RM10,000. Ianya dirasmikan oleh
beliau sendiri.

6.2.2 Persediaan Bilik SPBT

6.2.2.1 Bilik SPBT Sekolah Kebangsaan Clifford akan
memasuki pertandingan ke peringkat daerah.
Guru-guru bergotong-royong membuat persediaan
bilik tersebut. Sumber kewangan dibantu oleh
OCA.

5

6.2.3 Pada 10 April 2022 akan diadakan mesyuarat bersama-sama
OCA. Mungkin akan menerima berita baik. (Sumbangan Smart
TV dan sebagainya)

6.2.4 Tabung Jom Infaq Seringgit

6.2.4.1 Sumbangan ini memang amat membantu untuk
menampung keperluan.

6.2.4.2 Tidak secara langsung dapat melatih murid-murid
untuk berinfaq.

6.2.4.3 Tabung ini merupakan tabung serba guna. Telah
lama dilaksanakan. Sekarang baru dibangkitkan
dalam mesyuarat.

6.2.4.4 Diharap pihak PIBG dapat war-warkan supaya lebih
ramai dapat menyumbang.

6.2.5 Gerobok Prihatin

6.2.5.1 Memohon pihak PIBG agar dapat membantu
bersama-sama.

6.2.5.2 Pada kali ini kit diberikan kepada orang-orang yang
betul-betul memerlukan. Gerobok ini akan
berterusan.

6.2.6 Bilik PIBG

6.2.6.1 Cadangan bilik yang sesuai ialah bilik Jqaf
bersebelahan bilik OCA.

6.2.6.2 YDP mencadangkan agar dilantik Penolong SU 1
dan Penolong SU 2. Boleh dilantik di kalangan
guru-guru yang ada di SKC atau ibu bapa murid
yang berjawatan guru dari sekolah lain.

6.2.7 Program 3R

6.2.7.1 Mohon ibu bapa membawa minyak terpakai ke
sekolah seminggu sekali.

6

6.2.7.2 Minyak tersebut akan dijual untuk sumber
kewangan.

6.2.7.3 Menurut Encik Asmawi, perlu tetapkan satu bahan
sahaja iaitu minyak terpakai. Perlu buat promosi
secara besar-besaran.

6.2.7.4 Menurut penasihat pula, bahan perlu
dipelbagaikan. Contoh, kertas terpakai dan botol
terpakai.

6.2.7.5 Menurut YDP, perlu ada program khusus untuk 3R.
Beliau meminta agar Encik Azhar dapat
mewujudkan poster sebaran supaya ibu bapa tahu
untuk hantar bahan-bahan terpakai yang telah
ditetapkan ke sekolah.

6.2.7.6 Ustaz Faizul mencadangkan tempat pengumpulan
bahan-bahan terpakai di tepi gerobok.

6.2.8 Program Tanam Sayur-sayuran

6.2.8.1 YDP bertanya bagaimana hendak menjalankan
program tanam sayur-sayuran.

6.2.8.2 Puan Fauziah (Biro Ekonomi) mencadangkan
membeli set hidrophonic untuk tanam sayur-
sayuran.

6.2.8.3 Puan Norliza pula mencadangkan agar meminta
bantuan Jabatan Pertanian. Tanah telah siap
dibaja dan tahan selama 3 bulan. Menurut Puan
Norliza lagi, tanaman hidrophonic tidak boleh kena
hujan. Cadangan tempat ialah di tepi koridor.

6.2.8.4 Untuk program ini, YDP mencadangkan agar Biro
Ekonomi membuat satu mesyuarat khusus.
Perancangan boleh dibuat pada bulan puasa dan
dilaksanakan selepas raya.

7

6.2.8.5 Penasihat mencadangkan agar guna semula set
aquaponik yang terletak di Pendidikan Khas.

6.2.8.6 Menurut Encik Asmawi, untuk permulaan buat surat
permohonan ke Jabatan Pertanian dahulu. Biro
Ekonomi boleh sediakan kertas kerja.

6.2.8.7 Menurut Puan Fauziah, projek ini boleh melibatkan
murid-murid juga. Cara penanaman sayur-sayuran
ada dalam sukatan pelajaran. Menurut Puan
Fauziah lagi, tanaman hydroponic perlu ‘direct
sunlight’. Oleh itu, kawasan yang paling sesuai
ialah bahagian hadapan sekolah.

6.2.8.8 Menurut Encik Asmawi, tidak perlu libatkan murid.
Ibu bapa yang perlu ambil alih. Tidak secara
langsung ianya akan menjadi produk PIBG.

6.2.8.9 Menurut YDP, ianya memang program PIBG tetapi
ada jalinan dengan Sains dan murid. Sebagai kata
putus, PIBG minta pada pihak sekolah satu
kawasan untuk buat Program Bumi Hijau.

6.2.8.10 Penasihat menyatakan bahawa Program Bumi
Hijau ini sangat baik kerana TS25 perlu ada
jaringan.

6.2.9 Program Iftar

6.2.9.1 YDP menyatakan Program Iftar yang telah
dilaksanakan adalah sangat baik. Lebih baik
lagi sekiranya dapat dilaksanakan setiap
minggu. PIBG akan membantu dari segi
kewangan dan tenaga.

6.2.9.2 Menurut Puan Norliza, pihak OCA telah
menyumbang sebanyak RM1300 untuk
membeli aiskrim (murid-murid) dan

8

selebihnya diberi kepada Panitia Pendidikan
Islam.

6.2.10 Program Menyantuni Ramadhan

6.2.10.1 Menurut penasihat, PIBG boleh turut serta
dalam program ini.

6.2.10.2 Menurut YDP, sekiranya PIBG terlibat
berapa sumbangan yang diperlukan. YDP
juga meminta bendahari menyediakan
tabung infaq PIBG

6.2.10.3 Ustaz Faizul meminta PIBG menyumbang
100 bungkus makanan.

6.2.10.4 PIBG bersetuju menyumbang RM600 untuk
Program Menyantuni Ramadhan kolaborasi
antara SK Cliffiord, PIBG dan OCA.

6.2.11 Kantin Sekolah

6.2.11.1 Menurut Encik Asmawi, KPM mengarahkan
agar kantin dibuka dalam bulan ramadhan
walaupun hanya ada seorang murid. Beliau
telah menghantar surat permohonan
penutupan kantin semasa bulan puasa.

6.2.11.2 PIBG bersetuju agar kantin tidak dibuka
semasa bulan puasa.

6.2.12 YDP mencadangkan agar ditubuhkan kumpulan nasyid untuk
persembahan jamuan Hari Raya bersama-sama Raja Dihilir.

Tindakan : Makluman

9

7.0 Hal-hal Lain
Tiada

8.0 Penutup
8.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua atas buah fikiran yang
diberikan dan terus sabar mendengar hingga ke akhir. Beliau berharap
apa yang dirancang dapat direalisasikan. YDP mengucapkan selamat
berpuasa dan selamat menjalani ibadat Ramadhan. Mesyuarat disudahi
dengan bacaan Surah Al-‘Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… …………………………………………
(SHERENE AZLINA BINTI MOHD ISAK) (MOHD FADHIL BIN MOHD SAYUTI)

Setiausaha PIBG SK Clifford Yang Dipertua PIBG SK Clifford
2022 2022

10

11


Click to View FlipBook Version