The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

OLEH

IZZ ALIF NAUFAL BIN DAIRANI
6 SEROJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CATATAN MINDA CG SAM, 2022-08-16 11:54:05

MALAM JUMAAT

OLEH

IZZ ALIF NAUFAL BIN DAIRANI
6 SEROJA

IZZ ALIF NAUFAL BIN DAIRANI
6 SEROJA

Amir dan adiknya terpaksa ditinggalkan
di rumah berduaan kerana Ibu dan
ayahnya masih bekerja sehingga malam
hari. Pada mulanya, Amir dan adiknya
menonton televisyen dan bermain alat
permainan video bersama. Tepat
sahaja pada pukul 10.00 malam,
adiknya masuk ke dalam bilik di tingkat
atas untuk berehat dan tidur kerana
esoknya adalah hari persekolahan.

Amir berasa sangat sunyi selepas
adiknya tidur. Dia terus menonton
televisyen sehingga lewat malam. Amir
mahu tidur tetapi tidak boleh kerana
matanya tidak berasa mengantuk
sedikit pun. Dia cuba menutup
matanya berkali-kali tetapi masih tidak
boleh tidur juga.

..1..

Tepat pada pukul 11.00 malam, Amir
bercadang untuk mematikan televisyen.
Setelah itu, Amir terlelap di atas sofa.
Tiba-tiba, ‘Pingggg’ Amir terdengar
bunyi seperti kuali besi jatuh. Amir
tersedar dari tidurnya dan terkejut
apakah bunyi sebentar tadi. Jantungnya
berdegup kencang kerana takut sesuatu
perkara buruk akan berlaku.

Amir memberanikan diri ke dapur
rumahnya untuk melihat apa yang
berlaku. Sangkaan Amir betul bahawa
kuali besi yang terjatuh. Amir
mengangkatnya kembali ke tempat asal
sambil memikirkan bagaimana kuali ini
terjatuh.

..2..

Amir kembali ke sofa semula. Tidak
berapa lama kemudian, Amir terdengar
bunyi guli-guli yang sedang dimainkan
oleh seseorang di tingkat atas. Amir fikir
bahawa bunyi guli tersebut dihasilkan
oleh adiknya. Setelah itu, Amir bargegas
ke tingkat atas untuk memeriksa adiknya.
Amir terkedu kerana melihat adiknya
sedang tidur.

..3..

Dia berfikir bahawa adiknya tidur
main-main. Lalu, dia mengejutkan
adiknya daripada tidur. Adiknya tidak
sedarkan diri kerana dia tidur mati.
Amir mula risau dan terfikir siapa yang
membuat bunyi guli tersebut.
Perasaan Amir tidak tenteram kerana
takut.

Amir terus melarikan diri ke tingkat
bawah dan menyelimuti dirinya
dengan selimut besar. Selintas itu,
Amir terdengar bunyi anjing menyalak
dengan kuat sekali seperti anjing itu di
depan rumahnya. Amir sudah
memikirkan itu adalah makhluk halus
yang mempermainkan dia. Amir tetap
berlindung dalam selimut dan
berharap supaya ibu dan ayahnya
segera pulang ke rumah.

..4..

Penghujungnya, Amir terlelap di
dalam selimut tersebut dan
dikejutkan oleh ibu dan ayahnya yang
baru sahaja pulang dari kerja. Amir
terkejut dan terkedu akan peristiwa
malam Jumaat sebentar tadi. Ibunya
bertanya akan keadaan Ami.

Amir tidak menjawab pertanyaan itu.
Mukanya ketakutan dan tangan
menggigil kesejukan. Ayahnya
membawa Amir ke dalam biliknya
untuk berehat.

..5..

Sudahnya, Amir demam selama 3 hari
berturut-turut. Selepas sembuh dari
demam, Amir menceritakan satu
persatu perkara-perkara yang berlaku
pada malam Jumaat 3 hari yang lepas.

Ibu memberitahu bahawa semua itu
hanya perasaannya sahaja dan
bukanlah sesuatu yang serius sambil
tersenyum kepada. Dalam pikiran
Amir, ibunya hanya meredakan
keadaan supaya Amir tidak trauma
akan kejadian itu.

“Aku tidak akan lupa peristiwa malam
Jumaat itu”, kata Amir.

..6..

PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2

Cerita pendek oleh

Iman Amani bt Rizal Tarmizi

Tahun 6 Kenanga
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu

31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022


Click to View FlipBook Version