IMAN AMANI
RIZAL TARMIZI
6 Kenanga
Setiap orang mempunyai cita-cita.
Cita-cita adalah keinginan kita ketika
dewasa nanti. Cita-cita biasanya
bermula sejak seseorang itu kecil lagi.
Saya seperti orang lain, juga
mempunyai cita-cita. Cita-cita saya
adalah menjadi seorang detektif.
Tentu anda bertanya mengapa saya
mahu menjadi ditektif?
..1..
Saya ingin menjadi seorang detektif
kerana saya suka perihal menyiasat
orang. Banyak perkara misteri berlaku
setiap hari. Perkara ini perlukan siasatan
supaya kita mengetahui hal sebenar.
Sering kali berlaku penipuan dan
kesilapan dalam jenayah.
..2..
Saya akan menyiasat para pemangsa apa
yang telah mereka lakukan. Hal ini untuk
membela para mangsa. Oleh itu saya
sering menonton rancangan televisyen
tentang detektif contohnya: (The good
detective) dari situlah bermulanya cita-
cita saya. Saya dapat banyak pengajaran
dari cerita itu dan juga cerita- cerita lain.
Selain daripada cita-cita, saya juga ada
hobi, hobi saya ialah menyanyi dan
mendengar lagu. Semasa saya buat kerja
sekolah saya selalu pasang lagu-lagu
yang diminati saya contohnya: (fight song
- rachel platten) dan juga (Still With You -
JK).
..3..
Pada suatu masa dahulu cita-cita saya
ingin menjadi seorang penyanyi kini
tidak lagi, saya percaya bahawa anda
semua sama macam saya mempunyai
cita-cita dan hobi dan juga saya tahu
anda semua mempunyai dua atau tiga
cita-cita, jadi saya harap anda berjaya
mendapatkan cita-cita anda semua
..4..
Kesimpulannya, kita perlulah
bersungguh-sungguh untuk dapat
apa yang kita impikan supaya kita
tidak akan menyesal apa yang akan
berlaku pada masa hadapan.
Berusahalah agar cita-cita yang kita
impikan menjadi realiti.
..5..
PROGRAM BACAAN DIGITAL, e-NILAM & e-ULAT BUKU EDISI KE-4
PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Cerita pendek oleh
IMAN AMANI BT RIZAL TARMIZI
Tahun 6 Kenanga
Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu
31300 Kampung Kepayang
Perak darul Ridzuan
2022