PERTANDINGAN MENGARANG e-CERITA PENDEK TAHAP 2
Program Bacaan Digital, e-Ulat Buku, e-NILAM & Pemerkasaan PdPR SKTB 2021
Aqiff Shazril Bin Sazali
6 Teratai
Pada hari Sabtu yang lepas, ayah mengajak
kami sekeluarga pergi ke Tasik Gunung Lang.
Kami pun bersetuju kerana memang sudah
lama aku teringin ke tempat itu. Kami
bertolak pada pukul 8.00 pagi. Sebelum
pergi ke sana, ayah terlebih dahulu
membawa kami sekeluarga untuk
bersarapan di gerai kesukaan kami. Setelah
selesai bersarapan, kami pun meneruskan
perjalanan kami ke tasik tersebut.
Kami sampai pada pukul 10.30 pagi,
kelihatan ramai orang sudah beratur untuk
membeli tiket bot untuk ke seberang tasik.
Aku berdoa di dalam hati semoga masih ada
tiket untuk kami.
Akhirnya setelah lama beratur, sampai juga
giliran kami. Ayah pun segera membeli tiket
yang berharga RM3.00 untuk dewasa dan
RM1.50 untuk kanak-kanak. Aku sangat
gembira kerana akhirnya dapat juga aku dan
adik merasa menaiki bot menyeberang tasik
yang indah.
1
Setelah 15 minit menunggu, tibalah giliran
kami menaiki bot. Kami diberikan jaket
keselamatan untuk dipakai sekiranya ada
berlaku kemalangan semasa berada di atas
bot.
Alangkah gembiranya hati aku menikmati
pemandangan di atas tasik berwarna biru
yang dihiasi pohon-pohon dan gunung-
ganang di sekeliling tasik. 10 minit
kemudian, bot yang kami naiki sampai ke
seberang tasik.
Kami pun turun dan melawat kawasan
sekitar. Kami sangat gembira apabila
ternampak sebuah zoo mini di situ. Di zoo
itu terdapat kuda kuda yang bersaiz kecil
dan juga lembu yang bersaiz sangat besar. Di
situ juga terdapat monyet-monyet liar yang
berkeliaran mencari makanan di tong
sampah.
2
Ayah juga memperingati aku dan adik
supaya lebih berhati-hati supaya tidak
dikejar oleh monyet-monyet tersebut kerana
mereka kelihatan garang.
Setelah sejam kami berjalan-jalan di
kawasan sekitar, kami pun mengambil
keputusan untuk pulang. Kami pun beratur
menunggu bot untuk kembali ke seberang.
Apabila bot sampai, kami naik dan memakai
jaket keselamatan. Ibu dan kakakku tak lupa
mengambil gambar kami sekeluarga di atas
bot sebagai kenang-kenangan.
3
Setelah sampai ke kereta, aku segera
mengucapkan terima kasih kepada ayah
kerana telah membawa kami melawat Tasik
Gunung Lang itu. Aku sangat bersyukur,
walaupun hanya percutian yang singkat
tetapi aku gembira kerana dapat
menghabiskan masa bersama keluarga
tercinta.
4