The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balqiszulkifli, 2018-12-03 10:16:12

NILAI-NILAI MORAL DAN KATA-KATA KUNCI

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA



Bil Penerangan/Definisi


1 Kepercayaan kepada Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
Tuhan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun
negara.

2 Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain

3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan

4 Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian

6 Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara

9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10 Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah

11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata
dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar.

12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau
perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain.

13 Kasih Sayang terhadap Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan
keluarga berkekalan terhadap keluarga.

14 Hormat dan taat kepada Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
anggota keluarga berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk
mewujudkan keluarga yang bahagia

15 Mengekalkan tradisi Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan
kekeluargaan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam
keluarga

16 Tanggungjawab terhadap Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu
keluarga terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga

17 Menyayangi dan Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara
menghargai Alam Sekitar alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem.

18 Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis
manusia dengan alam antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
sekitar kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

19 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

20 Peka terhadap isu-isu Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
Alam Sekitar sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

21 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan
diri

22 Taat Setia kepada Raja Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
dan Negara

23 Sanggup berkorban untuk Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu sebagai

Negara tanda berbakti untuk negara


24 Melindungi Hak kanak- Membela, memberi naungan dan memelihara hak
kanak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang
sempurna

25 Menghormati Hak Wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu
yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan
keluarga,masyarakat dan negara

26 Melindungi hak pekerja Menghormati,menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja
dalam pembangunan negara

27 Menghormati hak Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang
golongan kurang berupaya berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf
mereka sebagai insan ciptaan tuhan

28 Melindungi hak pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29 Mematuhi peraturan dan Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di
mana seseorang itu berada.

30 Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran
dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan
ketenteraman

31 Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan
dalam perlembagaan Malaysia

32 Penglibatan diri dalam Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai
pembangunan Negara aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

33 Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima
pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

34 Hidup bersama secara Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
aman mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup
tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

35 Saling membantu dan Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama
bekerjasama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.

36 Saling menghormati antara Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara
negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.


Click to View FlipBook Version