SISTEM BEKALAN KUASA TANPA
GANGGUAN/UNINTERRUPTIBLE
POWER SUPPLY (UPS) BAHAGIAN 2
PRESENTED BY:
TS. AZHAR BIN SULAIMAN
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD, BANTING SELANGOR.
APA YANG PERLU PELAJAR TAHU?
• JENIS-JENIS UPS ?
• PEMILIHAN SISTEM UPS?
JENIS-JENIS UPS ?
• Sistem UPS terbahagi kepada beberapa jenis tetapi yang biasa digunakan
ialah:
• i) Jenis Unitary
• ii) Jenis Parallel
PEMILIHAN SISTEM UPS?
Perkara-perkara utama yang harus diambilkira semasa membuat pemilihan
sistem UPS yang sesuai dengan kehendak sistem yang dibina adalah:
a. Kuasa
b. Peraturan Voltan
c. Herotan Harmonik (Harmonic Distortion)
d. Frekuensi
e. Kemuatan Beban Lebih
A. KUASA
• Kuasa yang dikehendaki bagi sesuatu pemasangan hendaklah ditentukan terlebih
dahulu. Ada dua kaedah bagi menentukan kuasa yang sesuai pada sistem UPS iaitu:
i) memilih saiz sistem UPS yang boleh menampung beban semasa dan beban tambahan
pada dimasa akan datang. Cara ini akan melibatkan kos permulaan dan kos
penyelenggaraan yang tinggi sedikit oleh kerana kemungkinan sistem UPS ini beroperasi
bukan pada kecekapan yang tinggi, tetapi dalam jangkamasa panjang ianya boleh
menjimatkan.
ii) Kaedah kedua ialah dengan menghadkan kepada beban yang bersambung sahaja. Ini
adalah dengan menentukan saiz sistem UPS sahaja tetapi tidak mengambilkira keperluan
bagi penggunaan pada masa akan datang. Kos permulaan dan penyelenggaraan bagi
cara ini adalah lebih murah.
B. PERATURAN VOLTAN
• Peraturan voltan keluaran dapat memberi panduan mengenai kualiti
peralatan yang dicadangkan itu. Pada kebiasaannya kita hendaklah
menentukan bahawa peraturan voltan adalah pada toleransi + / - 1%
dalam keadaan tetap dan perubahan voltan keluaran berada dalam julat
(range) +10% hingga –2% daripada nilai jumlah berkadar beban.
C. HEROTAN HARMONIK (HARMONIC DISTORTION)
• Aras herotan harmonik secara keseluruhannya hendaklah ditentukan terlebih
dahulu bagi memastikan signal keluaran UPS lebih berkualiti dan tidak
menganggu bekalan kuasa pada beban.
• Ini dapat dilakukan dengan mengukur dan menilai kualiti bentuk gelombang
sinus keluaran pada system UPS.
• Sebagai contoh, pada kebiasaannya pihak pengeluar komputer memberikan
kadar herotan harmonic tidak melebihi 5%.
D. FREKUENSI
• Pada kebiasaannya beban kuasa pada komputer umumnya oleh menerima
perubahan frekuansi masukan pada kadar julat +/- 1% sahaja.
• Oleh yang demikian system UPS yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi
berkenaan.
E. KEMUATAN BEBAN LEBIH
• Oleh kerana terdapat beban atau peralatan yang boleh menyebabkan arus
rempuh (in crush current) masuk yang tinggi semasa ianya dihidupkan.
• Sistem UPS yang di bina perlu dicadangkan untuk naikkan nilai ketahanan
arus rempuh sehingga 100% – 250% daripada arus masukan biasa,
biasanya tertakluk juga kepada jenis beban.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Nota tambahan
• Mohon pelajar membaca nota kursus DEA3323 Control System yang disediakan.
• Ini adalah maklumat tambahan yang disediakan untuk pembelajaran pelajar.
• Hubungi pensyarah jika mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan.