The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgkipoh579-6-rabiatul, 2022-09-12 05:45:45

PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENGENALAN
BULAN SABIT
MERAH
MALAYSIA

PENSYARAH

En. Krishna Kumar A/L Varatharaj
En. Abu Kassim bin Ali Musa

KURSUS

MPU3062 & EDUP3053

PENGENALAN

Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) ditubuhkan
pada tahun 1948. Diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia pada tahun
1957 dan Persatuan Palang
Merah Antarabangsa pada
tahun 1963.

Persatuan Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah Antarabangsa adalah

sebuah gerakan kemanusiaan untuk

menyelamatkan nyawa dan

kesihatan manusia. Melalui usaha

kemanusiaan, Persatuan Palang

Merah memberikan bantuan

kecemasan, bantuan bencana dan

pendidikan kesiapsagaan bencana.

Ahli-ahli dilantik daripada berbilang
kaum sosial seperti murid-murid
sekolah, belia-belia yang tidak
bersekolah dan orang-orang dewasa
telah diberi peluang untuk
menjalankan usaha-usaha bercorak
perikemanusiaan sambil menyediakan
diri mereka sebagai pemimpin serta
melaksanakan tugas-tugas tertentu.

PBSMM sangat memainkan peranan
cemerlang di dalam mahupun di luar
negara berkenaan dengan usaha-usaha
perikemanusiaan dan kesengsaraan.
PBSMM memberi perkhidmatan dalam
kegiatan perundingan dan cergas dalam
kegiatan persediaan malapetaka, operasi
menyelamat, bantuan pemulihan dan
sebagainya.

Semasa bencana, PBSMM menyediakan

pelbagai perkhidmatan kemasyarakatan

termasuk perkhidmatan kesihatan dan

kebajikan, menderma darah,

perkhidmatan pertolongan cemas di

upacara-upacara awam, melatih

kumpulan-kumpulan tertentu mencegah

kemalangan serta melawat mereka yang

cacat dan tua.

Di Kuala Lumpur, PBSMM menyediakan
perkhidmatan ambulans percuma 24 jam
(Amir, 2021). Pertubuhan ini telah dapat
menggalakkan secara besar-besaran
program perkhidmatan perikemanusiaan
dan seterusnya dengan cara ini telah
memparkan imej yang baik untuk
persatuan khasnya dan rakyat Malaysia
amnya.

PBSMM adalah ahli di dalam Liga
Persatuan-persatuan Palang Merah. Pada
ketika ini, persatuan menjadi urusetia
kepada Persidangan Pemimpin-pemimpin
Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit
Merah dari negara-negara ASEAN. Antara
pencapaian PBSMM adalah:

Anugerah Pingat Nansen (1997)
Anugerah Yayasan Razak (1982)
Anugerah Kualiti Perdana Menteri (1991)


Click to View FlipBook Version