The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-39157616, 2021-09-26 19:08:31

MODUL MS 15

MODUL MS 15

Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Unit 22 : Menjanakan ekonomi / Buku Teks m/s 154 /155

BAHASA MELAYU
MINGGU 32

27 SEPTEMBER 2021
ISNIN / 8.00 – 10.30 PAGI

AKTIVITI :

3.3.1 - Menghasilkan draf menulis
karangan berpandukan kerangka dan
gambar.

Contoh draf karangan yang perlu kamu buat. Kamu boleh salin draf ini atau buat
draf kamu sendiri untuk menghasilkan sebuah karangan seperti lampiran di bawah.

Aku Sebatang Pokok Kelapa Sawit

Pendahuluan

Aku sebatang pokok kelapa sawit. Aku hidup subur bersama-sama dengan rakanku
di sebuah ladang yang luas. Aku banyak berbakti kepada peladang. Aku memberikan
peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negara ini.

Isi Draf

Isi 1 Aku mengeluarkan buah kelapa sawit. Aku
berbuah lebat.Buah aku dikait oleh peladang.
 mengeluarkan buah Kemudian,aku dikumpulkan di tepi jalan di
 berbuah lebat ladang tersebut supaya mudah untuk aku
 dikait oleh peladang diangkut ke atas lori untuk dibawa ke kilang.
 dikumpulkan di tepi jalan
Isi 2 Selepas itu,aku dinaikkan ke atas lori. Aku
dihantar ke kilang memproses kelapa sawit. Aku
 dinaikkan ke lori dan rakan-rakan dikumpulkan di kawasan kilang
 dihantar ke kilang memproses. Kemudian, aku dimasukkan ke
 aku dikumpulkan dalam kilang untuk diproses.
 dimasukkan ke dalam kilang
Isi 3 Produk utama yang dihasilkan daripada aku
ialah minyak masak. Setelah siap diproses, aku
 produk utama minyak masak dibotolkan dan dijual di pasar-pasar raya. Aku
 dijual di pasar raya telah dibeli oleh seorang wanita. Aku digunakan
 dibeli oleh seorang wanita untuk menggoreng makanan.
 digunakan untuk menggoreng
Aku juga boleh diproses menjadi pelbagai
makanan produk yang lain. Aku menjadi banyak
Isi 4 kegunaan untuk manusia. Aku juga boleh
menjadi minyak masak dan majerin. Aku juga
 diproses menjadi pelbagai produk boleh diproses menjadi sabun dan lilin.
 banyak kegunaan
 minyak masak dan majerin
 sabun dan lilin
Penutup

Aku berasa bangga kerana dapat membantu kehidupan manusia. Selain
menghasilkan pelbagai barangan kegunaan harian, aku juga mampu memberikan
peluang pekerjaan kepada manusia. Ekonomi negara juga akan meningkat.

CONTOH KARANGAN LENGKAP DENGAN FORMAT YANG BETUL:
SALIN DALAM BUKU B KAMU.

Aku sebatang pokok kelapa sawit. Aku hidup subur bersama-sama dengan rakanku
di sebuah ladang yang luas. Aku banyak berbakti kepada peladang. Aku memberikan
peluang pekerjaan kepada ramai rakyat di negara ini.

Aku mengeluarkan buah kelapa sawit. Aku berbuah lebat.Buah aku dikait oleh
peladang. Kemudian,aku dikumpulkan di tepi jalan di ladang tersebut supaya mudah
untuk aku diangkut ke atas lori untuk dibawa ke kilang.

Selepas itu,aku dinaikkan ke atas lori. Aku dihantar ke kilang memproses kelapa
sawit. Aku dan rakan-rakan dikumpulkan di kawasan kilang memproses. Kemudian,
aku dimasukkan ke dalam kilang untuk diproses.

Produk utama yang dihasilkan daripada aku ialah minyak masak. Setelah siap
diproses, aku dibotolkan dan dijual di pasar-pasar raya. Aku telah dibeli oleh seorang
wanita. Aku digunakan untuk menggoreng makanan.

Aku juga boleh diproses menjadi pelbagai produk yang lain. Aku menjadi
banyak kegunaan untuk manusia. Aku juga boleh menjadi minyak masak dan
majerin. Aku juga boleh diproses menjadi sabun dan lilin.

Aku berasa bangga kerana dapat membantu kehidupan manusia. Selain
menghasilkan pelbagai barangan kegunaan harian, aku juga mampu memberikan
peluang pekerjaan kepada manusia. Ekonomi negara juga akan meningkat.


Click to View FlipBook Version