PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MOHAMAD ALI
PETI SURAT 124, 89308 RANAU SABAH
Tel : 088–876215 Fax : 088–876495
____________________________________________________________________________
Rujukan : PIBG/SEMEKAR/2022/(4)
Tarikh : 19 SEPTEMBER 2022
Kepada
Semua ibubapa dan warga SMK Agama Mohammad Ali, Ranau.
Tuan,
JEMPUTAN GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG bersama-sama pihak sekolah akan
mengadakan Program Gotong-royong Perdana SMK(A) MOHAMAD ALI dan menjemput
tuan/puan untuk hadir mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 7:30AM - Selesai
Tempat Berkumpul : Dataran An-Nur, SMK Agama Mohamad Ali, Ranau.
03. Antara aktiviti dan kawasan sasaran untuk program ini adalah seperti berikut:
- Membersihkan kawasan Longkang dan Kolam.
- Menyelenggara taman dan pondok-pondok sekitar kawasan sekolah
- Mengecat beberapa hiasan dan mural untuk tujuan keceriaan.
- Tanam semula pokok
- Memotong dan membersihkan rumput-rumput yang tumbuh berhampiran
kawasan pagar asrama.
- Melawat dan membersihkan kawasan tadahan air.
04. Diharapkan para ibu bapa dapat membawa peralatan yang diperlukan seperti parang,
mesin rumput, cangkul, gunting bunga dan peralatan-peralatan yang bersesuaian.
05. Kerjasama pihak tuan dan puan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah.
EN. MOHD ALAWI MARDAN
YDP PIBG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SMKA MOHAMAD ALI, RANAU
SESI 2022/23
LAMPIRAN:
TENTATIF PROGRAM
Bil Perkara Masa Catatan
1 Pendaftaran & Sarapan 07.30 am Bagi ibubapa yang lewat, kaunter
pendaftaran hanya dibuka sehingga jam
9.30 pagi sahaja.
2 Taklimat Gotong-Royong 08.00 am Taklimat akan disampaikan secara ringkas
oleh SU PIBG merangkap SU 3K
3 Gotong-Royong bermula 08.30 am – Ibubapa kakitangan sekolah dan pelajar
Selesai yang telah mendaftar kehadiran akan
bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan.
Jangkaan
selesai jam
12.00 pm
4 Jamuan 12.00pm TAPAU
(ibubapa dinasihatkan agar mengisi respon
kehadiran yang dikongsikan oleh guru kelas
untuk memudahkan pihak pengurusan
menyediakan jumlah makanan kepada
ibubapa yang hadir)