The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azliramli77, 2020-10-08 05:14:44

PULANG BERMALAM

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

TATACARA PENGOPERASIAN
PULANG BERMALAM PELAJAR
SEMPENA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

SESI 2020/2021

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

1

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

1. PUNCA KUASA
Surat daripada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bertarikh 05 Oktober 2020,
no. rujukan KPM.100-1/7/8 (98) bertajuk:
KEBENARAN PULANG BERMALAM DAN LAWATAN IBU BAPA SERTA WARIS
PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2. PELAJAR YANG TEKECUALI
Pelajar yang rumahnya yang berada di dalam zon merah COVID-19 adalah DILARANG
untuk pulang bermalam iaitu:

 Seluruh negeri Sabah
 Seluruh negeri Sarawak
 Daerah Zon Merah (Pengumuman oleh saluran rasmi MKN, CPRC Kem. Kesihatan

Malaysia)

3. TARIKH PELAKSANAAN
Pelajar dibenarkan pulang bermalam SECARA BERPERINGKAT mulai 09 Oktober 2020
(Jumaat) selepas jam 2.45 petang.

4. KAEDAH PULANG BERMALAM
Terdapat dua kaedah pulang bermalam yang boleh dipilih oleh pelajar iaitu:

4.1 Pulang bermalam bersama waris
4.2 Menggunakan bas sewaan khas yang disediakan kolej

4.1 Pulang bersama waris
4.1.1 Dilaksanakan SECARA BERPERINGKAT bagi mengelakkan kesesakan dan
bagi menjamin penjarakan fizikal.
4.1.2 Pihak kolej menetapkan kuota di dalam jadual pulang bermalam berperingkat,
berdasarkan jadual pergerakan yang disediakan seperti berikut :

2

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

HARI / TARIKH DIJEMPUT WARIS MENAIKI BAS

JUMAAT PERGERAKAN PELAJAR PULANG PERGERAKAN PELAJAR PULANG
9 OKTOBER
2.45ptg – 4.45ptg – KLUSTER B RUJUK INFO CHANNEL PELAJAR
2020 4.45ptg – 6.45ptg – KLUSTER C KMNS 2020/2021
6.45ptg – 8.45ptg – KLUSTER A

4.1.3 Hanya seorang waris SAHAJA dibenarkan hadir untuk mengambil pelajar
pulang.

4.1.4 Pergerakan kenderaan waris hendaklah mematuhi Pelan Lalulintas Tatacara
Pengoperasian Pulang Bermalam Pelajar KMNS Pasca PKP – Pandu Lalu
(Lampiran 1).

4.1.5 Pelajar hendaklah membawa turun barangan ke ruang menunggu (check
point) yang ditetapkan di setiap blok kediaman.

4.1.6 Waris hendaklah mengambil pelajar di ruang menunggu (check point) secara
pandu lalu TANPA TURUN DARI KENDERAAN.

4.1.7 Pelajar hendaklah mengimbas keluar kad matrik di pintu keluar bagi tujuan
rekod pulang bermalam. Kawasan mengimbas keluar kad matrik ada adalah
seperti berikut :

KLUSTER / BLOK TEMPAT
Kluster A Bilik TVA1
Kluster B Bilik TVB4
Kluster C Bilik TVC4
Blok B5 Pondok Pengawal

4.2 Bas sewaan khas
4.2.1 Pihak kolej telah melantik syarikat pembekal perkhidmatan bas sewaan khas
untuk membawa pelajar pulang.

4.2.2 Pelajar hendaklah menempah tiket bas di Bilik Jawatankuasa Pelajar.

3

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

4.2.3 Pelajar hendaklah membawa turun barang ke lokasi menunggu bas
(kawasan parkir bersebelahan pondok pengawal).

4.2.4 Pelajar mengimbas keluar kad matrik sebelum menaiki bas untuk tujuan
rekod pulang bermalam.

4.2.5 Jadual pergerakan bas sewaan khas adalah secara berperingkat bagi
mengelakkan kesesakan dan bagi menjamin penjarakan fizikal. Jadual
pergerakan bas adalah tertakluk pada ketetapan yang telah dipersetujui oleh
pihak kolej dan pihak syarikat.

4.2.6 Syarikat bas sewaan khas WAJIB melakukan sanitasi bas sebelum
pergerakan pulang. Syarikat perlu menunjukkan kepada pihak kolej dokumen
/ bukti bahawa proses sanitasi telah dilakukan.

4.2.7 Syarikat bas menurunkan pelajar di stesen bas / lokasi turun mengikut negeri.
Waris WAJIB mengambil pelajar di lokasi pelajar diturunkan.

5. PERANAN DAN TINDAKAN
Peranan dan tindakan yang perlu dilakukan oleh pelajar serta waris yang terlibat seperti yang
berikut:

5.5 Pelajar
Pulang bermalam bersama waris

5.5.1 Mengisi Pergerakan Balik Bermalam Cuti Pertengahan Semester sesi
2020/2021 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Lampiran 2.

5.5.2 Memastikan hanya 1 ORANG WARIS SAHAJA yang hadir untuk mengambil
pelajar (waris adalah dalam kalangan ibu / bapa / waris yang berdaftar di dalam
data MIS: Matrix Information System).

5.5.3 Membawa turun barangan dan menunggu waris di ruang menunggu (check
point) yang ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan.

5.5.4 Mematuhi masa di dalam jadual pulang bermalam berperingkat mengikut
borang yang telah diisi.

5.5.5 Memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap menggunakan cecair
pembasmi kuman.

5.5.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa waris naik ke blok kediaman pelajar.

4

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

5.5.7 Mengimbas keluar kad matrik di tempat yang ditetapkan.

Bas sewaan khas

5.5.8 Menempah tiket di kaunter yang disediakan di Bilik Jawatankuasa Pelajar.

5.5.9 Membawa turun barang di lokasi menunggu bas (parkir bersebelahan pondok
pengawal) mengikut masa yang telah ditetapkan.

5.5.10 Memakai pelitup muka sepanjang masa dan kerap menggunakan cecair
pembasmi kuman.

5.5.11 Menghubungi ibu bapa / waris sebelum sampai ke lokasi turun mengikut
negeri.

5.6 Waris
5.6.1 Memastikan hanya 1 orang waris yang hadir untuk mengambil pelajar pulang
bermalam.

5.6.2 Mengisi Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak COVID-19
melalui pautan QR Code seperti Lampiran 3 sebelum hadir ke kolej.

5.6.3 Waris dalam kalangan PUI dan yang datang dari zon merah tidak dibenarkan
hadir untuk mengambil pelajar.

5.6.4 Hadir mengikut masa yang telah ditetapkan di dalam jadual pulang
bermalam berperingkat yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Waris yang
hadir tidak mengikut ketetapan masa TIDAK DIBENARKAN MASUK ke
premis kolej.

5.6.5 Menyemak nama di dalam senarai jadual pulang bermalam berperingkat yang
disediakan di pondok pengawal.

5.6.6 Menunjukkan bukti kepada Pengawal Keselamatan bahawa Borang Isytihar
Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak COVID-19 telah diisi.

5.6.7 Mengimbas suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis kolej (suhu
badan melebihi 37.5 0C tidak dibenarkan masuk untuk mengambil
pelajar).

5.6.8 Mengimbas QR Code MySejahtera sebelum memasuki premis kolej.

5

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

5.6.9 Mematuhi Pelan Lalulintas Tatacara Pengoperasian Pulang Bermalam
Pelajar KMNS Pasca PKP – Pandu Lalu (Lampiran 1).

5.6.10 Memakai pelitup muka sepanjang masa berada di dalam premis kolej dan
kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

5.6.11 Menghubungi pelajar 15 minit sebelum tiba ke kolej bagi memastikan
pelajar turun ke ruang menunggu (check point) bagi mengelakkan kesesakan
lalulintas.

5.6.12 Mengambil pelajar di ruang menunggu (check point) yang ditetapkan mengikut
blok kediaman secara pandu lalu.

5.5.13 Tidak turun dari kenderaan semasa hadir untuk mengambil pelajar.

5.6.14 Waris TIDAK DIBENARKAN:

i. mengambil pelajar di lokasi SELAIN yang ditetapkan.
ii. masuk ke bilik kediaman pelajar atau mana-mana lokasi di dalam

premis kolej tanpa kebenaran bertulis kepada pihak pengurusan
tertinggi kolej.
iii. keluar dari kenderaan.
iv. menggunakan sebarang kemudahan di dalam premis kolej.

6. PELAN KOMUNIKASI
Pelan komunikasi merupakan strategi penyampaian maklumat berkenaan Tatacara
Pengoperasian Pulang Bermalam Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Pasca-PKP
kepada semua pihak yang terlibat. Pelan komunikasi yang dirancang adalah seperti berikut:

6.1 Pelajar
6.1.1 PPHEP menyampaikan maklumat pelajar melalui saluran aplikasi Telegram
INFO CHANNEL PELAJAR KMNS 2020/2021 dan Group Whats’up lain
seperti group Ketua Praktikum, group Ketua Blok, group Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) dan lain – lain.

6.1.2 Para pemimpin pelajar akan menyalurkan maklumat kepada semua pelajar
dan ditularkan secara rantaian melalui aplikasi WhatsApp Group.

6.1.3 PPHEP juga akan menyalurkan maklumat melalui aplikasi Telegram Channel
rasmi kolej iaitu Info KMNS bagi memastikan tiada pelajar yang terlepas
maklumat dan dikongsikan oleh warga KMNS kepada pelajar – pelajar.

6

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

6.1.4 Pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman sesawang rasmi
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

6.2 Ibu bapa / Waris Pelajar
6.2.1 Pelajar bertanggungjawab memaklumkan ibu bapa / penjaga masing-masing
berkaitan maklumat – maklumat mendapat maklumat melalui mana-mana
kaedah yang dinyatakan dalam perenggan 6.1.1.
6.2.2 Ibu bapa / waris juga boleh mendapatkan maklumat melalui aplikasi Telegram
Channel rasmi pelajar iaitu KMNS SESI 20/21
6.2.3 Ibu bapa / waris juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman sesawang
rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

7. PENUTUP
Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej Matrikulasi Sembilan sentiasa mengutamakan kebajikan
para pelajar. Dalam pada masa yang sama pihak kolej juga perlu sentiasa berusaha untuk
mengekang dan mencegah penularan wabak COVID-19 dari menjangkiti seluruh warganya.
Sehubungan dengan itu, semua pihak yang terlibat diharapkan dapat memberikan kerjasama
dan mematuhi tatacara ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kita bersama.

7

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

LAMPIRAN 1
PELAN LALULINTAS TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM

PELAJAR KMNS PASCA PKP – PANDU LALU

8

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

LAMPIRAN 2

Pergerakan Balik Bermalam Cuti Pertengahan Semester sesi 2020/2021
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

1. : https://forms.gle/fFaVujZRJQqibjWJ9
2. : https://forms.gle/mkCa7WiUVZvjdyhr9

3. : https://forms.gle/HdFZ1gSQ8fAaiavp8
4. : https://forms.gle/9AwNxUev8AM5hMHw5

5. : https://forms.gle/EacCfNRDJRoWDaGs9
6. : https://forms.gle/2EVKUJFsbk4L6xJQ7
7. : https://forms.gle/mvDR5hZefUC7E5kV6

8. : https://forms.gle/G19f73Xzb5US1zrS9
9. : https://forms.gle/MEJCXeoV8oTuuxxK7

10. : https://forms.gle/L2HtC8zZrZe8iisw8
11. : https://forms.gle/vcREknQra2UAE4n99
12. : https://forms.gle/4cuBamGN67AsqdgSA

9

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS

TATACARA PENGOPERASIAN PULANG BERMALAM
PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN PASCA-PKP

LAMPIRAN 3
Borang Isytihar Tahap Kesihatan Berkaitan Wabak Covid-19

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
ARAHAN
Semua ibu bapa / waris yang akan menjemput pelajar pulang bermalam pada cuti
pertengahan semester 1 WAJIB mengisi borang ini. Sila gunakan telefon bimbit anda untuk
mendapatkan capaian borang melalui cara :

1. Imbas (Scan) QR Code di bawah

10

Disediakan oleh : Unit HEP KMNS


Click to View FlipBook Version