The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznif404, 2022-06-05 09:35:11

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

KEMUDARATAN
HENDAKLAH

DIHILANGKAN

MPU23072- Pelancongan dan Hospitaliti dalam
Islam
Pensyarah: Puan Amalia Binti Ruslan

Editor:
1.Muhammad Mu’az Hanif Bin Zulkifly
(17DHF21F1008)
2.Muhammad Firdaus Bin Mahadzir (17DHF21F1024)
3.Muhammad Saiful Bahri Bin Muhamad Abdul Khir
(17DHF21F1069)
4.Muhammad Shahir Bin Hamran (17DHF21F1071)
5. Ahmad Syahmi Bin Yusli (17DHF21F1032)

ISI KANDUNGAN

01 PENGHARGAAN

02 PENGENALAN

03 PENGERTIAN FIQH
KAEDAH FIQH 04-05

APLIKASI KAEDAH 06
PERBAHASAN 07-08
RUMUSAN 09

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulilah kerana kami diberikan
peluang untuk hidup di muka bumi ini lagi
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
hamba allah serta menjadi pelajar yang
berdedikasi dalam menjalankan
tanggungjawabnya.Kami ingin mengajak
para pembaca untuk memahami apa yang
kami ingin sampaikan tentang kemudaratan
hendaklahdihilangkan.Sukacita
dimaklumkan kepada para pembaca
bahawasanya banyak yang diperoleh jika
diteroka dengan lebih mendalam dalamtopik
kami ini.Akhir sekali ,kami berharap apa
yang kami ingin sampaikan,sampai ke hati
pembaca serta bole dipratikkan dalam
kehidupan seharian dan menjadi teladan
kepada khalayak ramai.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-01

PENGENALAN

Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang
diturunkan oleh Allah S.W.T.Syariat Islam
bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan
sepanjang masa dan di mana-mana sahaja.
Antara ciri-ciri kesyumulan Islam ialah mampu
menyelesaikan pelbagai solan yang timbul dan
dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai
pendekatan dan kaedah yang telah ditetapkan
oleh syarak. Salah satu pendekatan yang
digunakan oleh ulama Islam dalam
menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah
kaedah Fiqh.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-02

PENGERTIAN FIQH

"Menurut ensiklopedia fiqh, pengertian fiqh menurut
bahasa ialah mengetahui sesuatu dan memahami
tentangnya. Kebiasaannya perkataan figh digunakan
untuk ilmu-ilmu keagamaan kerana kemuliaan ilmu itu.
Manakala menurut Muhammad Mustafa Shalabi, al-
Quran menggunakan perkataan fiqh untuk memahami
sesuatu perkara dengan mendalam. Bukan itu sahaja,
pengertian fiqh dapat ditafsirkan melalui istilah juga.
Menurut al-Zarkhasi, pengertian figh menurut istilah ialah
mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk
praktikal yang diambil daripada dalil-dalil yang terperinci.
Menurut al-Amidi pula, figh bermaksud ilmu yang terhasil
secara jumlahnya daripada hukum-hukum syarak yang
far' dengan cara memerhati dan menggunakan dalil.
Secara kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan figh
ialah mengetahui hukum-hukum syarak yang berbentuk
amalan seperti ibadat, perkahwinan, perceraian dan lain-
lain berdasarkan dalil-dalil yang terperinci sama ada dari
al-Quran atau al-Sunnah.”

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-03

KAEDAH FIQH

Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan
dua perkataan Arab iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Dari
sudut bahasa, pengertian kaedah membawa maksud
tapak,asas rumah dan prinsip. Fiqah pula membawa
maksud suatu kefahaman iaitu memahami sesuatu
perkara dengan mendalam dan terperinci.

Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka
kaedah Fiqh dapat diertikan sebagai suatu koleksi
kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan
sesuatu isu atau masalah, seperti dalam aspek
ibadah,perkahwinan, perubatan, ekonomi dan
sebagainya. Penentuan hukum-hukum ini pula akan
ditentukan berdasarkan kaedah atau formula tertentu.

Pembentukan formula teras kaedah Fiqh adalah
berlandaskan tiga sumber, iaitu Al-Quran,hadis dan
pendapat para sahabat Rasulullah SAW yang rapat
dengan baginda. Secara umumnya, ulama telah
membahagikan kaedah Fiqh kepada dua bahagian
yang utama, iaitu:

.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-04

Al-kuliyyah Al-Kubra - Kaedah yang
disepakati oleh kebanyakan ulama yang
merangkumi lima kaedah.
Keistimewaannya boleh diaplikasi dalam
semua bab Fiqh, bermula dari bab Taharah
sehingga bab Jihad, dan dalam pelbagai
bidang seperti sains dan teknologi,seni,
perubatan, pelancongan, hospitaliti dan
sebagainya.
Kaedah Fiqh Al-Sughra - Himpunan
sejumlah besar kaedah-kaedah Fiqh yang
skop aplikasinya lebih kecil berbanding
dengan kaedah Fiqh Al-Kuliyyah Al-Kubra.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-05

APLIKASI KAEDAH

• Menolak kerosakkan menjadi
keutamaan daripada mengambil kebaikan
(mendahulukan tujuan menyingkirkan
kemudaratan berbanding kebaikan).

• Membantu menghilangkan
kesukaran dan kemudaratan dalam hidup
manusia. Contohnya: Ciptaan medium
telekomunikasi audio dan visual dan ICT.

• Membenarkan sesuatu yang
asalnya terlarang atau haram untuk
dilaksanakan atau digunakan. Contohnya:
Keharusan doktor lelaki memandang aurat
wanita sekadar yang perlu.

• Kemudaratan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudaratan yang
setaraf dengannya. Penggunaan arak
samada untuk diminum atau digunakan atas
alasan biasa dihukumkan haram. Namun jika
digunakan untuk menjadi penawar terbaik
setelah gagalnya ubatan yang lain, maka
penggunaan itu dibenarkan.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-06

PERBAHASANNYA

Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud
sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi
mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia
yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal
dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya
menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang
boleh mendatangkan bahaya dan mudarat
hendaklah dihapuskan. Kaedah ini adalah
bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:

"(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan
membahayakan".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan segala tindakan yang
boleh membawa kepada kemudaratan sama
ada kepada diri, orang lain dan alam sekitar.
Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak
balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak
lain yang boleh memberikan kemudaratan.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-07

Ukuran kemudaratan dengan merujuk
kepada kesan buruk menurut perspektif
agama di samping sistem piawaian
berdasarkan norma masyarakat yang tidak
bercanggah dengan tujuan dan prinsip
syariat. Contohnya, penetapan batasan aurat
kepada lelaki dan perempuan.

Kegagalan mematuhi etika ini akan
mengundang kemudaratan kepada sistem
nilai manusia. Pelbagai fesyen pakaian
merupakan suatu kemaslahatan kepada
konsep menghayati kecantikan dan
keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian
yang boleh memudaratkan pandangan,
perasaan, akal dan hati walaupun
masyarakat mengiktirafkan fesyen tersebut,
maka tetap dianggap haram dalam Islam.
Asas kepada kaedah ini ialah hadith ini
Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tidak dibenarkan melakukan
kemudaratan dan membalas sesuatu
dengan kemudaratan".

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-08

RUMUSAN

Kesimpulannya, agama Islam adalah agama
yang mudah. Islam memudahkan perkara yang
kita anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang
keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan
membuktikan bahawa Islam membantu kita
untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
mudah. Islam menghalang kita melakukan
sesuatu perkara yang mendatangkan
kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan
alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa
setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah
pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T .
Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan
bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam
daripada Allah S.W.T.

Kemudaratan hendaklah dihilangkan-09

TERIMA KASIH

CREDITS: This presentation
template was created by

Slidesgo, including icons by
Flaticon, and infographics &

images by Freepik.


Click to View FlipBook Version