The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMINAH AMAL BT ABDULLAH Moe, 2021-06-14 22:15:20

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK METHODIST PELABUHAN KLANG
JALAN ORKID, 42000 PELABUHAN KLANG

PDPR UBK hari
info

Bahasa melambangkan keperibadian kita.
Jom ubah dari sekarang

Ucapkan Salam

Memulakan sebarang sapaan atau perbualan
dengan memberikan salam terlebih dahulu.
Pahala dapat, ukhwah pun dapat
Kebiasaan : Nama awak apa ye?
Betulkan kepada : Assalamualaikum atau Salam
Sejahtera. Boleh saya tahu siapa nama awak?

Ucapan Mohon Keizinan

Memohon keizinan terlebih dahulu dari orang
lain sama ada guru atau rakan jika ingin
membuat sesuatu
Kebiasaan : Cikgu, nak pergi buang sampah.
Betulkan kepada : Cikgu, izinkan saya keluar
sekejap. Saya hendak membuang sampah

#kesayangancikgu
#staypositif #stayhealthy

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK METHODIST PELABUHAN KLANG
JALAN ORKID, 42000 PELABUHAN KLANG

PDPR UBK hari
info

Bahasa melambangkan keperibadian kita.
Jom ubah dari sekarang

Ucapkan Maaf

Apa salahnya jika kita memulakan perbualan
atau apa sahaja sapaan dengan perkataan
MAAFKAN Saya. Alangkah indahnya bahasa kita
Kebiasaan : Cikgu saya tak fahamlah soalan ini.
Betulkan kepada : Maafkan saya cikgu. Boleh
cikgu terangkan semula jawapan untuk soalan
ini

Ucapan Tolong

Kadang kala kita sering menyuruh rakan
membuat sesuatu tetapi kita tidak cuba untuk
menggunakan bahasa yang betul
Cuba kita betulkan dengan cara yang lebih sopan
Kebiasaan : Ani, jom teman saya ke tandas.
Betulkan kepada : Ani, tolong temankan saya ke
tandas sekarang.

#kesayangancikgu
#staypositif #stayhealthy

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK METHODIST PELABUHAN KLANG
JALAN ORKID, 42000 PELABUHAN KLANG

PDPR UBK hari
info

Bahasa melambangkan keperibadian kita.
Jom ubah dari sekarang

Ucapkan Bolehkah

sebelum meminta sesuatu dengan rakan atau
guru, bertanyalah dahulu atau meminta
kebenaran terlebih dahulu
Kebiasaan : Ali, pinjam pensel awak sekejap.
Betulkan kepada : Ali, bolehkah awak pinjamkan
saya pensel awak sekejap.

Ucapan Terima Kasih

Jangan kedekut atau malas ucapkan terima kasih
kepada rakan
Ia mencerminkan keperibadian dan sahsiah diri
kita kepada orang lain
Kebiasaan : Sedapnya roti ini. Lain kali belanja
lagi ye.
Betulkan kepada : Terima kasih Siti kerana awak
belanja saya roti yang sedap tadi

#kesayangancikgu
#staypositif #stayhealthy


Click to View FlipBook Version