The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peperiksaansmkp, 2018-07-24 23:44:31

Buletin ppki Smk Pernu vol 2 2018

PPKI SMK PERNU

JILID 2/2018

ISI KANDUNGAN Pendidikan Khas

PENGENALAN Oleh  Kementerian Pelajaran Malaysia

AKTIVITI SEPANJANG Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid
BULAN APRIL berkeperluan pendidikan khas di tiga opsyen (setting)
persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di
AKTIVITI SEPANJANG sekolah arus perdana yang melaksanakan Program
BULAN MEI Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan
Inklusif, pada peringkat pendidikan prasekolah,
AKTIVITI SEPANJANG pendidikan rendah, pendidikan menengah atau
BULAN JUN pendidikan lepas menengah.

“Program Pendidikan Khas Integrasi” ertinya suatu
program pendidikan bagi murid berkeperluan khas
yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan
pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas
yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

BULAN APRIL

JILID 2/2018

Olahraga Pendidikan Khas

Oleh Saiful Amri Mat Yusoff

Pada 4-5 April 2018 (Rabu-Khamis), seorang pelajar Pendidikan Khas SMK Pernu  Noormaisarah
Binti Abdullah telah terpilih mewakili Zon Ayer Keroh acara Lontar Peluru  BP Bawah 14 tahun.
Beliau telah menjadi johan dalam acara tersebut dan berjaya memecah rekod negeri bagi acara
lontar peluru. 

Sukan Tahunan
Sekolah

Oleh Rosni Ahmad

Sukan tahunan sekolah pada tahun ini diadakan pada
12 April 2018 (Khamis) dan  acara yang
dipertandingkan ialah acara 50m SD dan 100m pelajar
masalah pembelajaran. Pelajar PK juga membuat
persembahan padang sempena sukan tahunan kali ini.

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI

BULAN APRIL

JILID 2/2018

Program Inklusif Terapi Pergerakan
Kreatif

Oleh Rosni Ahmad

Pada 10 April 2018 (selasa), seramai 35 orang pelajar PPKI telah terlibat dalam program tersebut.
Terdapat beberapa pertandingan yang disertai oleh pelajar dan mendapat tempat .Antara
pertandingan yang disertai ialah Gubahan Sirih Junjung (Johan), Pertandingan Memasak (Johan),
Mewarna (Tempat ke-3 dan saguhati) serta pergerakan kreatif bersama pelajar ISSMA.

Kejohanan Boling
Pendidikan Khas

Oleh Roslina Mamat

Kejohanan Boling Pendidikan Khas Zon Air Keroh
telah diadakan pada 17 April 2018 (Selasa) di Mahkota
Parade. Pelajar PPKI telah menjadi Johan bagi
kategori Lelaki BP bawah 14, Johan bagi kategori
Lelaki BL bawah 19. Naib Johan bagi kategori
Perempuan BP bawah  14, Naib Johan bagi kategori 
Lelaki BL bawah 19, Ketiga bagi kategori Perempuan
Terbuka SD dan Saguhati bagi kategori Lelaki
Terbuka SD

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI

BULAN APRIL

JILID 2/2018

Pertandingan Futsal Zon Air Keroh

Oleh  Saiful Amri Mat Yusoff

Pada 26 April 2018 (khamis), seramai 7 orang pelajar PPKI telah mewakili sekolah dalam Kejohanan
Futsal dan PPKI SMK Pernu telah menjadi naib johan.

Pencerapan pdpc
guru Pendidikan
Khas

Oleh Rosni Ahmad

Pencerapan pdpc guru pendidikan khas dijalankan
sepanjang bulan April-Mei. Semua guru Pendidikan
Khas terlibat. Pdpc guru-guru pendidikan khas
dijalankan mengikut PAK21 serta mengikut kesesuaian
topik dan murid didalam kelas.

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI

BULAN MEI

JILID 2/2018

Kem Bestari Solat Peringkat Negeri

Oleh Suriati Mohd

Kem bestari solat peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Masjid Putra, Masjid Tanah, Melaka
pada 7 Mei 2018 (Isnin). PPKI SMK Pernu telah menghantar seorang peserta perempuan untuk
mengikuti kem tersebut. Pelajar tersebut juga telah mendapat tempat ketiga kumpulan terbaik
dan sahsiah terbaik zon Ayer Keroh.

Pertandingan
memasak tanpa api

Oleh Norhedayu Abd HAmid

Pertandingan memasak tanpa api adalah anjuran
Bidang Teknik dan Vokasional sempena Minggu
Teknik dan Vokasioanl. Pertandingan tersebut
diadakan pada 4 Mei 2018 (Jumaat). Pelajar PPKI telah
mendapat johan dan naib johan dalam pertandingan
tersebut

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI

BULAN JUN

JILID 2/2018

Sambutan Hari Raya Sekolah 2018

Oleh  Norhedayu  Abd Hamid

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan pada 29 Jun 2018 (Jumaat). Sambutan tersebut
diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara semua pelajar dan semua warga SMK Pernu

Lawatan Sosial Hari
Raya

Oleh Saiful Amri Mat Yusoff

Lawatan Sosial Hari Raya diadakan pada 26 - 27 Jun
2018 (Selasa dan Rabu). Lawatan tersebut adalah bagi
mengeratkan hubungan diantara pelajar PPKI, guru
PPKI dengan ibu bapa pelajar

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI

BULAN JUN

JILID 2/2018

Tadarus Al-Quran

Oleh Rosni Ahmad

 Tadarus Al-Quran peringkat sekolah diadakan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Ia
berlangsung pada waktu rehat menengah rendah dan menegah atas. Pelahar PPKI SMK Pernu
terlibat dalam tadarus tersebut.

Khatam Al-Quran
Perdana

Oleh Norhedayu Abd Hamid

 Kahtam Al-Quran Perdana di adakan serentak di
Seluruh Malaysia pada 6 Jun 2018 (Rabu). 3 orang
pelajar Pendidikan Khas terlibat dalam majlis
tersebut. Mereka ialah Muhammad Aliffudin Md.
Anizam, Ilyas Syah Hairudin dan Zulkarnain Azizan.

SAHSIAH TERPUJI, INSAN BERKUALITI, LONJAK PRESTASI


Click to View FlipBook Version