The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORIDA BINTI SIRIM Moe, 2020-05-14 08:55:16

PERIBAHASA: PERUMPAMAAN

Perumpamaan dan maksudnya.

Disediakan oleh :
Pn. Norida Sirim
JUK BAHASA MELAYU
SK SHEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI
KUALA KANGSAR, PERAK

• Perumpamaan

• Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang
membandingkan sesuatu dengan apa-apa
yang ada di sekeliling kita.

• Perumpamaan menggunakan perkataan
bagai, laksana, seperti dan ibarat. Sebagai
contoh; bagai aur dengan tebing yang
bermaksud bermuafakat atau tolong-
menolong.

Gadis cantik yang
tiada bandingannya.

Rupa paras anak Encik
Amran sangat cantik,bagai
bulan dipagari bintang.
Patutlah ramai pemuda
tergila-gilakannya.

Memelihara anak
dengan penuh
kasih sayang.

• Pasangan Encik Hadi
sangat sayang akan
anak-anak mereka.
Mereka menjaga anak-
anak bagai menatang
minyak yang penuh.

Bersiap sedia sebelum
menghadapi sesuatu
kesukaran/musibah

Amir menabung setiap hari.
Dia menyimpan wang untuk
kegunaan masa hadapannya
ibarat menyediakan payung
sebelum hujan.

Orang yang
merantau akhirnya
pulang ke tempat
asal.

Setelah hampir 30 tahun
bertugas di Kuala Lumpur,
akhirnya Encik Aizat pulang
untuk menetap di kampung
halamannya. Kata orang
seperti ikan pulang ke
lubuk.

Walaupun sesuatu
barang itu mahal
tetapi kualitinya tinggi.

Ibu selalu memilih beg
tangan yang berkualiti
tinggi. Walaupun harganya
mahal tetapi tahan lama.
Alah membeli, memang
memakai.

Pasangan yang sama
cantik dan sama
padan.

Pasangan pengantin itu
sangat padan. Sama cantik
dan sama segak seperti
pingan dibelah dua.

Orang yang selalu
bertengkar.

Aimi dan adiknya sering
bergaduh dan berebut
mainan seperti anjing
dengan kucing.

Hubungan
persahabatan yang
sangat sapat/akrab.

Yasmin dan Aina berkawan
baik. Di mana-mana saja
mereka sering kelihatan
berdua. Persahabatan
mereka bagai isi dengan
kuku.

Orang yang tidak
diperlukan atau tidak
dipedulikan.

Pak Samad dan Mak Minah
berasa sangat sedih kerana
dihantar ke rumah orang-orang
tua. Anak-anak mereka sibuk
dengan urusan kerja dan tiada
masa untuk menjaga mereka.
Pak Samat dan Mak Minah
berasa tersisih seperti melukut di
tepi gantang.

Orang yang suka
membuat bising.

Adik-adik Mastura seperti
murai dicabut ekornya.
Mereka tidak berhenti-henti
bercakap dan sering
berbuat bising.

Perselisihan antara adik-
beradik tidak akan
berpanjangan tetapi
akan kembali berbaik
semula akhirnya.

Kamal berkecil hati dengan
adiknya menyebabkan dia
membawa diri ke bandar. Setelah
15 tahun, Kamal kembali ke
kampung apabila mendapat tahu
adiknya jatuh sakit. Kata orang, air
yang dicencang tidak akan putus.


Click to View FlipBook Version