PERTEMUAN ANTARA DUA INSAN
penghargaan
Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, puji syukur ke hadrat Tuhan Yang
Maha Esa, kerana dengan penuh rahmat
dan kurnia yang diberikan oleh-Nya saya dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan
sukses. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu encik
Anua bin Haris kerana dengan petunjuk dan
bimbingannya telah memberi saya
ruang untuk menyelesaikan tugasan in dalam tempoh
yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberi sokongan moral yang besar dan dorongan
saat menjalankan kerja kursus ini. Ribuan
terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
saya yang tidak jemu berkongsi
pendapat serta pandangan kepada saya dalam
mejayakan tugasan ini.
Akhir sekali ,setinggi tinggi penghargaan saya
ucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan ini .Bantuan serta
pertolongan yang telah diberikan amatlah saya
hargai. Saya berharap dengan menyiapkan
tugasan in mampu mencurahkan pengetahuan yang
lebih mendalam kepada saya sebagai
siswa pendidik dalam menghasilkan tugasan kerja
khusus yang mantap dan tepat. Sekian
terima kasih.
biodata penulis
Nama : Anis binti Adnan
Unit : Bahasa Melayu 3
No. angka giliran : 2021102310047
No. Kad Pengenalan : 030411060372
Pantun " Kita"
Rembulan terlihat sangat terang,
Bertebangan kelawar disebalik gua,
Berjuta sudah ceritaku karang,
Pertemuan indah kita berdua.
Indah langit umpama sahmura,
Dicipta indah Sang Ilahi,
Berkongsi segala suka dan lara,
Tetap bersama kita tempuhi.
Sungguh cantik sang raflesia,
Luruhnya daun setia menemani,
Tangan dihulur tanda setia,
Tunjang penguat diriku ini.
Angin bertiup dengan randat,
Meniup lembut pohon tetua,
Saling bertingkah menjadi adat,
Namun kelak berbaik jua.
Bumi disapa sang mentari,
Segala makhluk saling bersua,
Tercipta kenangan serta memori,
Menjadi peneman di hari tua.
manifestasi akal budi
Pantun ini bertemakan kasih sayang , kesetiaan ,
kepercayaan dan simbolik cinta bagi satu pasangan
yang bahagia. Kasih sayang yang timbul antara
pasangan ini hadir saat mereka tempuhi liku-liku
hidup bersama. Segala duka dan lara yang dirasai sejak
dahulu kala sehingga kini telah mencoret kenangan
yang indah dalam kehidupan mereka.
Pantun “ Kita “ menceritakan kasih
sayang yang unggul antara dua insan
yang bergelar
suami isteri dan diharapkan pendengar
dan pembaca pantun ini dapat
mengambil nilai-nilai
murni dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian.
Kasih sayang antara suami isteri
merupakan salah satu tunjang utama
dalam membentuk keluarga yang
bahagia. Buktinya, dapat kita lihat pada
rangkap yang kedua baris ketiga dan
keempat . Manifestasi akal budi yang
terdapat dalam rangkap ini adalah
kasih sayang yang kukuh terjalin
antara suami isteri walaupun
menghadapi cabaran dan liku-liku
kehidupan . Kita hendaklah berkongsi
tawa dan kesedihan bersama-sama
pasangan . Suami isteri mestilah
menjalani segala
cabaran bersama-sama tidak kira susah
mahupun senang.
Menurut Kamus Bahasa Melayu ,
keprihatinan bermaksud
kesungguhan menunjukkan minat
perhatian berat pada seseorang atau
sesuatu . Dalam rangkap yang ketiga
baris ketiga dan keempat dapat kita
lihat sifat keprihatinan dimana
pengarang dan pasangannya saling
membantu antara satu sama lain
dalam menyelasaikan konflik rumah
tangga. Manifestasi akal budi yang
diperoleh ialah kita mestilah prihatin
terhadap situasi dan keadaan ahli
keluarga agar kehidupan mesra
keluarga dapat dilahirkan.
Sifat bertolak ansur antara suami
isteri merupakan ciri dominan
dalam membentuk keluarga yang
bahagia. Ini dapat dilihat pada
rangkap keempat baris ketiga dan
keempat. Walaupun suami isteri
bertengkar ketika menghadapi
masalah atau konflik , namun
mereka akan tetap berbaik semula.
Manifestasi akal budi yang boleh
kita peroleh ialah sebagai
pasangan suami isteri, sikap
bertolak ansur perlu dipraktikkan
agar semua masalah rumah tangga
dapat diselesaikan dengan baik.
kesimpulan
Amalan berkasih sayang antara ahli keluarga
merupakan satu
pemangkin semangat bagi seluruh ahli
keluarga. Sifat keikhlasan, kejujuran dan
kepercayaan mestilah diterapkan dalam diri
setiap pasangan . Hal ini kerana, rasa percaya
,ikhlas dan jujur merupakan kunci dan akan
memberi impak yang besar dalam satu
hubungan.
Setiap individu yang mempunyai pasangan
mestilah memainkan tanggungjawab dan
peranan
yang penting dalam membentuk suasana yang
mesra keluarga. Akhir kalam, kesefahaman
sikap toleransi dan kasih sayang yang lahir
dalam sesebuah keluarga dapat menjadi salah
satu faktor yang penting dalam mewujudkan
keluarga yang bahagia dan harmoni di dunia
dan
akhirat.
Rujukan