2021KEAUNSUAGHEARWAAHNANKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ANUGERAH
PERUSAHAAN
GRADUAN
TERBAIK
PENCALONAN KATEGORI C:
ANUGERAH PERUSAHAAN GRADUAN
MOHD HAZIQ NAJMI BIN ZAILANI
‘STANDARD TASTE ENTERPRISE’
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
MALAYSIA
Tel: 03-5522 5460
Fax: 03-5522 5467
|2 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Ringkasan
Eksekutif
Mendaftarkan produk pada Prinsip dan kecekalan yang tinggi terhadap bidang
perniagaan melayakkan Haziq dipilih mewakili
Mac 2020 UiTM sebagai ikon alumni usahawan kerana
sikap serta semangat beliau untuk berjaya seperti
beroperasi hingga sekarang usahawan jutawan yang lain. Memenuhi kriteria
dalam pencalonan kategori ini, seperti berinovatif
Jualan mencecah dan nilai tambah, kebolehlaburan terhadap
kewangan, kelestarian dalam model perniagaan,
RM149,965.71 kesan ekonomi dan sosial serta strategi dan
potensi pasaran beliau sangat mementingkan
April - Disember 2020 disiplin, kesungguhan dan keupayaan yang tinggi
dalam usaha menggerakkan perniagaan daging
salai agar terus berkembang dan mampu berdaya
saing dengan produk makanan sejuk beku
dipasaran. Lantaran itu, langkah awal dengan
menubuhkan syarikat yang mengeluarkan produk
sendiri dengan nama Standard Taste Enterprise
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN 2021 3
Berdasarkan trend pasaran
masa kini, permintaan
daripada pelanggan terhadap
daging salai tetap meningkat
terutamanya dari golongan
muda yang sibuk bekerja dan
permintaan terhadap masakan
ala kampung yang terus
menjadi pilihan masyarakat
bandar...
|4 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
amat bertepatan dengan sikap usahawan ini. Tindakannya semakin proaktif apabila berjaya
mendaftarkan produk atas jenama Daging Salai Standard Taste dan aktiviti operasi perniagaan
bergiat aktif bermula pada Mac 2020.
Berdasarkan trend pasaran masa kini, permintaan daripada pelanggan terhadap daging salai
tetap meningkat terutamanya dari golongan muda yang sibuk bekerja dan permintaan terhadap
masakan ala kampung yang terus menjadi pilihan masyarakat bandar. Haziq amat positif dengan
senario masa hadapan produk daging yang stabil kerana masyarakat tetap berbelanja untuk produk
makanan. Keyakinan ini jelas dilihat dari jualan Standard Taste bagi tempoh April hingga Disember
2020 mencecah RM149,965.71 dan membuktikan permintaan yang menggalakkan bagi sesuatu
produk yang baru diperkenalkan.
Usaha untuk melebarkan sayap perniagaan dapat direalisasikan hasil daripada jualan yang telah
diperolehi sepanjang tahun 2020. Haziq kini mampu menyediakan peralatan pengoperasian yang
lebih baik dan berteknologi hasil daripada keuntungan jualan demi mewujudkan impian Standard
Taste untuk menawarkan kualiti daging salai yang konsisten kepada pelanggan setia.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 5
Pengenalan
Bidang perniagaan bukanlah asing bagi graduan
usahawan yang ingin diketengahkan oleh UiTM
Cawangan Johor ini. Membesar dalam keluarga
yang menjadikan bidang perniagaan sebagai
sumber pendapatan utama, tentunya ilmu
perniagaan yang dipelajari di lapangan amat
mahal harganya. Mohd Haziq Najmi bin Zailani
berusia 25 tahun dan merupakan graduan Ijazah
Sarjana Muda Analisis Pelaburan, Universiti
Teknologi MARA (Cawangan Johor) dan
bergraduat pada tahun 2019. Sejak kecil beliau
telah didedahkan dengan dunia peniagaan dan
tidak hairanlah seawal usia 15 tahun, Haziq sudah
berani berniaga kecil-kecilan semasa membantu
bapanya berniaga di Pasar Tani sekitar Pekan
Jementah, Daerah Segamat.
|6 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Dengan ketinggian tekad dan azam, beliau telah
mengambil inisiatif serta langkah pertama dengan
mengikuti beberapa latihan dan kursus pemasaran
jangka pendek sebagai platform menambahkan
ilmu pengetahuan serta mengilap kemahiran yang
ada. Berbekalkan ilmu pemasaran yang dihadiri
anjuran Advance Rocket Business (Platinum
Class) pada Jun 2019, ia telah banyak menambah
ilmu pengetahuan beliau tentang kaedah
pemasaran yang berkesan. Selain itu, beliau juga
sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu
keusahawanan dan kemahiran yang ada bagi
menjaga kualiti daging salai keluarannya agar
digemari oleh orang ramai.
Beralamat di Villa Sri Wawasan, KM5.5 Jalan
Buloh Kasap, Segamat, Standard Taste Enterprise
mengunakan beberapa saluran pemasaran
seperti Facebook, WhatsApp for Business,
Telegram, sistem agent dan dropship di seluruh
negara bagi memastikan produknya terus laris di
pasaran. Berbekalkan modal yang amat rendah,
siapa sangka daging salai keluaran Standard
Taste Enterprise mampu menjana pendapatan
ratusan ribu ringgit pada tahun pertama
pengoperasiannya di samping membantu komuniti
setempat menambahkan pendapatan sampingan
melalui kaedah dropship dan agent.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 7
Ciri Inovatif dan Masih mengekalkan cara penghasilan produk
Tambah Nilai yang tradisional dan mementingkan pemilihan
kualiti kayu-kayan sebagai bahan bakar utama,
Standard Taste Enterprise tidak terikut-ikut dengan
kaedah moden produk salai lain yang lebih
menjimatkan masa. Di Standard Taste, usahawan
ini menyatakan mereka amat mementingkan
authenticity atau keaslian. Proses salai ini
ternyata memberikan value smokey flavour yang
tersendiri dan asli di mana griller yang digunakan
mempunyai jarak hanya 1 kaki setengah untuk
mengekalkan kualiti produk Standard Taste. Teknik
penghasilan produk sangat dititik beratkan dan
tempoh pembakaran dilaksanakan hampir 8 jam
setiap kali operasi pengeluaran berlaku.
Menjadi keutamaan syarikat untuk mengekalkan
keaslian rasa, aroma salai yang dikehendaki
dengan menggunakan kayu-kayan terpilih dan
memastikan perencah yang digunakan tidak
mengubah rasa yang diinginkan setiap kali
keluaran. Malahan pemilihan nama syarikat juga
bertepatan dengan kaedah penghasilan produk
mereka iaitu memastikan rasa yang sama setiap
kali keluaran (Standard Taste). Kualiti keaslian
produk ini senantiasa menjadi nilai tambah terbaik
buat syarikat dan tarikan utama pelanggan untuk
setia bersama produk mereka.
Penghasilan produk yang lebih baik dari masa
ke masa menjadi keutamaan syarikat ini. Kaedah
penghasilan produk dan pembungkusan telah
melalui evolusinya yang tersendiri. Jika dahulu
anak muda ini menjual bongkah daging salainya
dan dibalut dengan kertas secara kemas sebelum
dipasarkan kepada pelanggan. Kini syarikat ini
mampu membeli vacuum seal machine dan meat
slicer bagi memastikan penghasilan akhir produk
cantik dan bertahan lama. Haziq menyatakan
produk keluaran syarikatnya, boleh bertahan
selama setahun jika disimpan dibahagian sejuk
beku. Inovasi sebegini telah jauh meninggalkan
kaedah lama yang boleh menyebabkan kualiti
daging yang dihasilkan tidak memenuhi selera
pelanggan dan daya tahan yang singkat.
Menyentuh tentang persepsi pelanggan, Haziq
sentiasa mengutamakan mutu dan kualiti terhadap
produk yang dihasilkannya. Beliau sentiasa
berfikiran jauh dan dinamik dengan mengambil
kira setiap maklum balas yang dinyatakan oleh
pelanggan untuk memperbaiki mutu serta kualiti
produk. Maklum balas pelanggan diambil kira bagi
tujuan penambahbaikan. Haziq sentiasa berfikiran
terbuka dalam menerima pendapat, idea dan
kritikan daripada pelanggan. Antara kaedah
yang beliau gunakan untuk mengetahui persepsi
pelanggan terhadap produknya ialah dengan
memberikan sample kecil sebagai taster bagi
mendapat maklum balas pelanggan. Dengan cara
ini, beliau mudah mendapatkan maklum balas
segera dari pelanggannya setiap kali selepas
membeli produk daging salainya.
|10 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Bagi memantapkan urus tadbir syarikatnya, Haziq juga telah menyediakan pelbagai
perancangan yang teliti dan tersusun untuk mencapai objektif yang telah dirancang.
Setiap perlaksanaan akan sentiasa disemak rapi bagi memastikan tidak tersasar jauh
dari objektif yang telah ditetapkan. Menyentuh soal risiko, beliau berpendapat setiap
perniagaan mempunyai risikonya yang tersendiri.
Bagi berdepan dengan cabaran dan ancaman, beliau turut sedia maklum tentang
kewujudan persaingan produk daging salai di sekitar daerah Segamat termasuklah
persaingan dari segi harga, kualiti dan cita rasa daging salai itu sendiri. Namun pada
beliau, itu bukanlah halangan kerana beliau yakin dengan ketelitian perancangan dan
strategi yang di atur rapi akan memudahkan perniagaannya untuk
terus bertahan. Beliau juga yakin dengan keunikan dan kelainan
produk dari cita rasa asli mampu menarik minat pelanggan dan
bersaing secara sihat bersama pesaing yang lain.
Seiring dengan kepantasan Revolusi Industri 4.0, beliau juga
turut berusaha mengembangkan rangkaian strategi pemasaran
syarikatnya. Antara platform utama yang digunakan ialah
tempahan melalui atas talian, pemasaran menggunakan laman
sosial seperti Facebook dan hebahan promosi melalui aplikasi
WhatsApps dan Telegram. Selaras dengan kecanggihan
teknologi yang ada pada masa kini, semua hebahan dapat
dilakukan secara pantas, mudah serta berkesan.
Mohd Haziq Najmi Zailani merupakan
pelajar di UiTM Cawangan Johor yang
telah bergraduasi pada Ogos 2019.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 11
|12 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN 2TI0N2G1GI 2021
Kadar Perniagaan ini bermula dengan penggunaan 50kg
Kebolehpasaran daging mentah sebulan dengan harga kos siling
(Pelaburan) dan RM15.00 per paket bagi 350 gram kini mampu
Keberhasilan mengeluarkan sebanyak 400kg sebulan di atas
Kewangan permintaan yang memberangsangkan di seluruh
negara.
Berdepan dengan cabaran perniagaan
yang semakin meruncing ekoran pandemik Hasil dari keuntungan syarikat, beliau kini mampu
COVID-19 yang melanda negara akhir membina dan membuat pengubahsuaian yang
tahun 2019, Standard Taste Enterprise lebih kemas, cekap dan teratur terutamanya
berjaya mengekalkan rekod jualan yang pada bahagian pengeluaran, tempat operasi, dan
cemerlang. Memulakan operasi dengan pembungkusan. Tenaga kerja yang digunakan
modal serendah RM2,000.00 pada 19 masih lagi sama, iaitu beliau sendiri dan Azrul
Disember 2019, usahawan muda ini Azhar bin Salleh bersama-sama berganding
berjaya merekodkan jualan minimum bahu dalam meningkatkan jumlah pengeluaran
sebanyak RM15,755.00 sebulan dengan produk daging salai yang berkualiti dengan
pulangan keuntungan minimum sebanyak adanya peralatan operasi seperti griller, vacuum
53 peratus dan sasaran minimum produk seal machine, meat slicer, stainless steel tables,
jualan sebanyak 685 paket sebulan. sticker syarikat, penjenaman, barcode, plastik
Selain itu, Standard Taste Enterprise juga dan komputer riba.
berjaya menjana pendapatan maksimum
mencecah RM21,235.00 serta keuntungan Dengan kos pengeluaran yang amat rendah dan
sebanyak 106 peratus dalam masa penghasilan produk hanya 2 atau 3 kali sebulan
sebulan. Nilai jualan ini secara tahunan tentunya perniagaan ini menjana pendapatan yang
mencecah ke angka RM149,965.71. lumayan kepada pemiliknya. Haziq berpendapat
pemilikan kilang merupakan perancangan yang
terbaik pada masa hadapan, tetapi beliau perlu
menyusun strategik dan pengurusan kewangan
yang teliti bagi memastikan pelaburan beliau tidak
sia-sia.
|ANUGERANHUKGEEURSAAHHAKWEUASNAAHNAKWEAMNAENNTKEERMIAENTPEERNIAGNAJPIAENGTAINJIGAGNI 2021 13
Anak muda ini mampu pergi lebih jauh dengan
wawasan, keyakinan dan bercita-cita untuk
memiliki kilang di Segamat bagi mengeluarkan
lebih banyak produk daging salai untuk pasaran
luar negara. Disamping itu, beliau juga melahirkan
hasrat untuk menjadi contract-manufacturer iaitu
memberi perkhidmatan pengilangan kepada
para peniaga Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) dengan niat untuk membantu mereka
bersama-sama memasarkan produk ke peringkat
antarabangsa.
Dalam konteks persaingan, beliau menyatakan
memang terdapat persaingan produk daging salai
tetapi yang mana satukah yang terbaik? Standard
Taste mengambil pendekatan mengajak dropship
dan agent mereka untuk mendidik para pembeli
berkenaan kepentingan nilai daging salai itu
sendiri, kaedah masakan serta memperkenalkan
pelbagai resepi yang boleh dibuat menggunakan
daging salai Standard Taste samada masakan
Barat, Timur, Eropah, Timur Tengah mahupun
masakan tradisi rakyat Malaysia. Semua
perniagaan sudah tentu ada risiko. Antara risiko
yang dihadapi oleh anak muda ini ialah kenaikan
harga daging. Keadaan ini akan menjadi tidak
menentu bergantung kepada mata wang sesebuah
negara, kestabilan politik, musim perayaan dan
lain-lain. Bagi mengatasi situasi ini, Standard Taste
mengambil pendekatan dengan mempelbagaikan
|14 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
pembekal bahan mentah mereka (tidak hanya
terhad kepada satu pembekal sahaja). Justeru,
risiko mampu dikurangkan dan produk beliau
mampu bertahan dalam pasaran walaupun harga
daging mungkin mengalami kenaikan harga.
Risiko paling besar yang mungkin beliau hadapi
ialah jika dropship dan agent beliau tidak aktif.
Ini kerana, konsep human resource yang beliau
terapkan lebih memberi pulangan yang lumayan
dan stabil dengan konsep model Business To
Business. Bagi mengelak risiko tersebut, syarikat
beliau akan terus menghargai dropship dan agent
di bawah Standard Taste berdasarkan bilangan
produk yang berjaya dijual oleh mereka secara
individu agar mereka terus kekal dan aktif di
bawah naungan Standard Taste Enterprise. Mohd
Haziq Najmi bin Zailani mampu diangkat sebagai
usahawan yang berjaya dan bersifat penyayang
kerana beliau menekankan jika ada yang
datang meminta wang, jangan terus memberi
tetapi mengajak mereka sama-sama menjana
kewangan.
“If someone needs money, give him
sources of money instead of money”
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 15
Model Perniagaan Standard Taste Enterprise telah membuat kempen
Yang Lestari terkini agar produk mereka terus berdaya tahan
dalam pasaran dengan penumpuan diberikan
kepada model Business To Business berbanding
Business To Consumer, yang lebih memberikan
pulangan lumayan kepada syarikat.
Dengan slogan kempen yang menarik iaitu
kempen “Dropship Untung Stockist”, Standard
Taste Enterprise kini sudah berjaya mengumpul
dan mendapatkan lebih banyak human resource
iaitu dropship dan agent untuk bekerja di bawah
Standard Taste Enterprise dengan menawarkan
kepada mereka komisen dua kali ganda
berbanding komisen yang biasa diterima oleh
dropship dan agent. Kempen ini berhasil apabila
syarikat telah mempunyai 40 orang dropship dan
agent di seluruh negara. Standard Taste memberi
sepenuh komitmen melatih para dropship dan
agent mereka tentang pasaran, panduan dan
latihan perniagaan secara asas agar volume atau
bilangan produk yang dirancangkan mencapai
sasaran yang diinginkan.
Pendekatan dropship dan agent lebih berkesan
kerana kos yang dikeluarkan dari segi operasi
dapat dikurangkan ke tahap minimum termasuk kos
pekerja, kos overhead dan lain-lain. Pendekatan
yang digunakan hampir sama dengan Multi Level
Marketing System (MLM) yang menggunakan
sepenuhnya tenaga manusia, di mana keuntungan
|16 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
syarikat dilihat mempunyai peningkatan dan bertahan dalam pasaran. Jualan produk Standard Taste
juga berjaya menembusi pasaran yang lebih besar di seluruh Malaysia dengan bilangan dropship
dan agent yang semakin berkembang. Pemasaran dalam talian dimanfaatkan sepenuhnya apabila
inovasi yang dilakukan syarikat melalui kaedah pembungkusan, daya tahan produk kepada cuaca
dan kaedah salai yang baik menyebabkan produk ini mampu dipasarkan ke seluruh Semenanjung
Malaysia.
Dengan slogan “The more you give, the more you get back”, Standard Taste bukan hanya
mengharumkan nama anak muda ini malah Haziq berjaya berkongsi rezeki bersama masyarakat
Malaysia dengan membuka peluang sebagai sumber pendapatan tambahan di kala Malaysia dilanda
kesedihan disebabkan pandemik COVID-19 yang entah bila penghujungnya.
Impak Sosial |ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 17
dan Ekonomi
Ketidakstabilan ekonomi tentunya memberi
kesan yang besar terhadap semua sektor. Bagi
industri kecil, mereka tentunya terjejas akibat
kuasa beli pengguna makin berkurangan. Namun,
bagi Standard Taste Enterprise situasi berlaku
sebaliknya apabila permintaan dalam talian
amat memberansangkan. Malahan syarikat terus
menunjukkan prestasi jualan yang semakin baik
lewat tahun 2020. Melihat potensi jualan yang
direkodkan, Standard Taste Enterprise terus
membuka ruang kepada penambahan dropship
dan agent jualan daging salai. Orang ramai boleh
menjana pendapatan sebanyak RM2,400.00
dengan hanya menjual 200 paket produk setiap
bulan. Komisyen sehingga RM8.00 satu paket
(kadar biasa RM4.00 sepaket) iaitu peningkatan
sebanyak dua kali ganda boleh dijanjikan oleh
pihak syarikat sekiranya dropship dan agent
tersebut menjual pada kadar yang sepatutnya.
Selain itu, syarikat ini juga menyokong usaha
usahawan tempatan dengan memberi peluang
kepada mereka memajak tanah pertanian yang
diberikan oleh pihak kerajaan kepada syarikat.
Tanah tersebut akan ditanam dengan tanaman
serai, cili dan kunyit manakala pihak syarikat
akan membeli kembali hasil daripada usahawan
tani ini untuk bekalan bahan mentah mereka.
Bahan-bahan ini diproses untuk menghasilkan
pes ‘masak lemak cili api’ yang diberikan secara
|18 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
percuma dalam setiap pek daging salai Standard Taste dapat membantu pekebun dusun
keluaran Standard Taste. Kesan rantaian menjimatkan kos operasi mereka. Usaha ini
ini sekaligus membantu mencipta peluang juga dilaksanakan sebagai rasa tanggungjawab
pekerjaan kepada komuniti luar di samping Standard Taste kepada masyarakat setempat
menjimatkan kos pengoperasian syarikat. yang merupakan pelanggan mereka.
Keaslian kaedah pemprosesan makanan Selain itu, sebagai alumni UiTM Cawangan Johor,
daging salai ini dikekalkan apabila Haziq juga telah menyumbangkan kepakaran
dilakukan secara tradisional di mana kayu- dalam program jemputan dari industri untuk
kayu dari pokok manggis, rambutan dan memberi taklimat dan berkongsi pengalaman
langsat digunakan sebagai bahan utama dalam bidang saham dan juga perniagaan. Usaha
untuk mendapatkan bara dalam proses murni ini akan dijalankan secara berterusan oleh
salai. Kebiasaannya pengusaha akan Haziq agar ilmunya bermanfaat dan dikongsi
mengambil dahan-dahan dan batang dengan pihak lain.
pokok dari dusun pokok buah di Daerah
Segamat secara percuma. Pembersihan
pokok-pokok di dusun buah, yang mana
dahan-dahan dan batang pokok akan
dipangkas serta dibersihkan. Pekebun
terpaksa membayar kos upah yang
agak mahal untuk pembersihan kerana
melibatkan kawasan yang luas dan juga
kos penyewaan serta penangkutan lori.
Kos ini dapat dijimatkan bagi pekebun
dusun apabila perusahaan Standard Taste
mengambil kayu-kayu yang dibersihkan
secara percuma. Secara tidak langsung,
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 19
Potensi Pasaran Pada dasarnya jenama merupakan penambah nilai
dan Strategi bagi sesuatu produk dan perkhidmatan mahupun
kepada diri seseorang usahawan. Jenama ibarat
Pembungkusan Lama sebagai bahan perasa dalam sesuatu masakan.
Pembungkusan Baru Melihat kepentingan jenama, Standard Taste
Enterprise telah mendaftarkan jenama mereka
di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo)
pada 9 Oktober 2020 melalui nombor pendaftaran
TM2020023469 dan membawa trademark
‘Standard Taste’. Pengusaha juga dalam proses
untuk mendapatkan pengiktirafan MESTI dan
GMP supaya dapat memasarkan makanan sejuk
beku daging salai ini ke luar negara. Sasaran
utama pengusaha muda ini adalah negara jiran
Singapura sebelum mengorak langkah lebih jauh
lagi.
Perlaksanaan model perniagaan Business To
Business oleh syarikat ini telah membuka banyak
ruang penjanaan pendapatan kepada orang
ramai. Standard Taste Enterprise menyasarkan
untuk merekrut dropship dan ejen sehingga
500 orang bagi memastikan peningkatan kadar
jualan. Melalui usaha ini sebanyak 500 peluang
pekerjaan bakal disediakan oleh pihak syarikat
bagi memenuhi tuntutan sosialnya kepada
masyarakat dengan kos pendaftaran yang sangat
rendah.
|20 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 21
Aktiviti pemasaran akan diperkuatkan lagi untuk pasaran tempatan. Potensi ini dilihat apabila
dengan menambah beberapa saluran trend bekerja dari rumah (BDR) ekoran pandemik
pemasaran di medium dalam talian COVID-19 telah memaksa para pekerja di sektor
seperti Instagram,TikTok dan sebagainya. kerajaan mahupun sektor swasta mengagihkan
Namun, disebabkan oleh permintaan yang masa mereka dengan tepat.
senantiasa melebihi penawaran setakat
ini, penambahan pekerja perlu dilakukan
terlebih dahulu untuk menguruskan
bahagian pemasaran. Usaha itu akan
diperhalusi oleh Haziq apabila tiba
masanya kelak, dan tentunya mereka
perlu bersedia dengan pengeluaran
secara ‘mass production’.
Standard Taste Enterprise terus teguh
memantapkan hubungan baik dengan
pelanggan setia dari kalangan pengusaha
restoran dan kedai runcit tempatan serta
luar Daerah Segamat. Dengan lokasi
sasaran di sekitar Selangor dan Lembah
Klang, tempahan dalam bentuk pukal masih
berlangsung dengan baik. Pengusaha
juga bercita-cita untuk membuat makanan
segera dalam bentuk pek seperti ‘pek
nasi berserta masak lemak daging salai’
|22 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Standard Taste Enterprise iaitu pengeluar produk berasaskan daging salai
bakal mempamerkan produk yang maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Perancangan
untuk mempelbagaikan jenis produk juga sedang dilaksanakan oleh pihak syarikat. Melihat kepada
prestasi syarikat yang baru beroperasi (1 tahun 7 bulan), berjaya merekodkan nilai jualan tahunan
sebanyak RM149,965.71 dianggap suatu pencapaian yang membanggakan buat UiTM kerana
berjaya melahirkan alumni yang berdaya saing di pasaran. Selain mementingkan kualiti dan cita rasa
asli produk daging salai, anak muda ini berpandangan jauh dan terbuka untuk melebarkan sayap
perniagaannya ke peringkat antarabangsa. Berbekalkan minat dan usaha keras, usahawan muda ini
bercita-cita untuk memiliki sebuah kilang daging salai di Daerah Segamat bagi memperluaskan lagi
sayap perniagaannya dan seterusnya dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat.
Semoga dengan kesungguhan dan Standard Taste Enterprise
keikhlasan beliau dalam menjalankan
perniagaan akan wujud peluang dan ruang Ringkasan Penyata Untung Rugi (2020)
untuk terus cemerlang dan mengharumkan
nama negara dan UiTM. RM
Jualan 149,965.71
Kos Jualan 67,229.43
Untung Kasar 82,736.28
Perbelanjaan 62,600.00
Untung Bersih 20,136.28
Nota : Jualan
Jenis Unit Nisbah Kuantiti Harga Jumlah
(RM)
Pecahan
Pukal Kg 0.2 432 50 21,600.00
Ejen Pek 0.6 3,703 23 85,165.71
Sendiri Pek 0.2 1,234 35 43,200.00
Jumlah Jualan 149,965.71
||AANNUUGGEERRAAHHKKEEUUSSAAHHAAWWAANNAANNKKEEMMEENNTTEERRIIAANNPPEENNGGAAJJIIAANNTTIINNGGGGII22002211 2233
...“Keep Moving Forward”
dan sekarang di usia saya
25 tahun, saya memiliki
Standard Taste, walaupun
masih jenama baru tetapi
saya sentiasa “Appreciate
the Small Success”
dalam kehidupan, barulah
seronok!
Mohd Haziq Najmi,
18 Julai 2021, FB
KANEUUGSERAAHHAWANAN
2021KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
LAMPIRAN
|26 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Senarai Semak Pengesahan Pelajar
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 27
Pendaftaran Syarikat
|28 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Penyata Kewangan Penyata Bank
Resume |ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 29
Kad Pengenalan
MyIPO
|30 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Maklumat Pemakanan
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 31
Standard Taste Enterprise tidak menggunakan
proses salai secara smoke house seperti
kelaziman produk lain kerana syarikat
mementingkan kualiti dan rasa garing di luar
serta mengekalkan daging yang berjus. Proses
menyalai menggunakan smoke house akan
menyebabkan jus yang berada dalam daging
akan tersejat dengan cepat dan rasa yang tidak
memuaskan.
|32 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Proses menyalai daging seberat 400kg setiap
kali proses penghasilan produk daging salai.
Bongkah daging ini akan dihiris dengan
ketebalan yang sekata dan dibungkus secara
kedap udara bagi memastikan kualiti produk
terjamin.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 33
Ruang untuk menyalai daging yang telah
dinaiktaraf dan mendapat pinjaman dari TEKUN
Nasional. Ia dimanfaatkan untuk pembelian
beberapa mesin, peralatan dan pemasaran
produk. Standard Taste Enterprise senantiasa
memastikan kebersihan dan kualiti produk
keluarannya berada dalam keadaan terbaik
dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan
mereka.
|34 ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021
Laman rasmi Facebook Standard Taste.
Pakej yang ditawarkan kepada agent dan
dropship Standard Taste Enterprise.
|ANUGERAH KEUSAHAWANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2021 35
Sumbangan dan
penglibatan aktiviti di
UiTM Cawangan Johor.
PENYELARAS PROJEK
Professor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi
Penolong Naib Canselor (Keusahawanan)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA
Tel: 03-5522 5460 Fax: 03-5522 5467
Email: [email protected]