The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T1 PORTFOLIO PSVK3252 SHAZIRAH AWANIS SJH SK2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazirah24-756, 2022-05-08 06:22:09

T1 PORTFOLIO PSVK3252 SHAZIRAH AWANIS SJH SK2

T1 PORTFOLIO PSVK3252 SHAZIRAH AWANIS SJH SK2

PSVK3252

E-PORTFOLIO
Pelan Bilik Seni Visual
KAPTEN MUHAMED FAUZI HJ ALWEE
PUAN NORAIDA MOHD AZMI

SHAZIRAH AWANIS BINTI BUDULLAHAPIT
2020072340221
010228-12-0412

Isi Kandungan

01 Pengenalan 02 Ciri-Ciri Bilik Seni

03 Koleksi Gambar Bilik Seni 04 Koleksi Pelan Lantai
Bilik Seni

05 Lakaran Idea Pelan Lantai 06 Hasil Akhir
Bilik Seni

07 Penutup 08 Rujukan

01

PENGENALAN

PENGENALAN

Guru Pendidikan Seni sangat memainkan peranan penting dalam aspek pengurusan bilik seni. Hal ini
dikatakan kerana pengurusan bilik seni merupakan aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kewujudan Bilik Seni Visual sangat penting untuk membantu guru-guru
seni melaksanakan PdP dengan lebih mudah dan berada dalam keadaan yang selesa. Bilik Seni merupakan
tempat di mana sekumpulan murid berkumpul dan guru melaksanakan PdP semasa mata pelajaran
Pendidikan Seni. Guru perlu mengambil perhatian untuk mewujudkan satu suasana bilik seni yang yang
kondusif untuk proses PdP. Oleh yang demikian, guru perlu Menyusun atur bilik seni dengan teratur, tersusun
dan sistematik. Menurut Mohd Johari & Hamzah Laza (2013), susun atur ruangan bilik seni memberikan satu
solusi kepada guru dalam membuat keputusan sama ada bilik tersebut bersesuaian dengan aktiviti yang
dilaksanakan semasa PdP. Jelaslah bahawa pengurusan bilik seni yang kondusif banyak membantu guru
semasa proses PdP pendidikan seni.

02

CIRI-CIRI BILIK SENI

Ciri–Ciri Bilik Seni

Bilik seni yang kondusif perlulah mempunyai fasiliti yang lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek
keselamatan di dalam bilik tersebut. Oleh yang demikian, guru perlu mengambil perhatian terhadap ciri-ciri yang
berikut dalam pengurusan bilik seni:

Aspek Keselamatan Pembinaan dan penghiasan bilik seni perlulah mengutamakan aspek keselamatan supaya tidak
berlaku sebarang kecemasan.

Zon Kerja merupakan lokasi tempat murid-murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja Zon Kerja
mereka. Meja kerja perlulak disediakan dan terdiri daripada pelbagai jenis yang boleh
dicantumkan sekiranya murid memerlukan ruang yang lebih luas.

Sudut Pameran Sudut pameran digunakan sebagai sumber rujukan kepada pelajar diantaranya adalah seperti
pameran berkaitan hasil kerja murid dan berkaitan dengan teknik dalam pendidikan.

Stor Simpanan Ciri–Ciri Bilik Seni

Stor simpanan diperlukan untuk menyimpan atau menhimpunkan peralatan besar dalam satu
tempat secara tersusun.

Papan bulletin membantu memberi maklumat tambahan kepada murid tentang nota-nota seni Papan Buletin
visual dan juga aktiviti murid dalam bidang kesenian.

Tempat Simpanan Tempat simpanan disediakan bagi menyimpan alat dan bahan yang diperlukan semasa
menjalankan aktiviti seni.

Bilik seni yang dibina mestilah mempunyai pencahayaan yang cukup dengan bilangan pintu dan Pencahayaan
tingkap mencukupi.

03

KOLEKSI GAMBAR BILIK
SENI

SUSUNAN MEJA
BILIK KERJA @
STUDIO DI DALAM
BILIK SENI

RUANG PAMERAN DI DALAM BILIK SENI

PAPAN BULETIN

TEMPAT
SIMPANAN BAHAN
& ALATAN

PERATURAN BILIK SENI

04

KOLEKSI PELAN LANTAI
BILIK SENI

(SUMBER ILHAM)

Koleksi Pelan Lantai Bilik Seni
(Sumber Ilham)

12

Koleksi Pelan Lantai Bilik Seni
(Sumber Ilham)

34

05

LAKARAN IDEA PELAN
LANTAI BILIK SENI

LAKARAN 1

LAKARAN 2

LAKARAN 3

LAKARAN 4 ✔

06

HASIL AKHIR PELAN
LANTAI BILIK SENI



Penerangan Pelan Lantai Bilik Seni

Hasil lakaran pelan bilik seni yang telah saya hasilkan adalah berdasarkan konsep-konsep tertentu yang bersesuaian
dengan pengubahsuaian pembelajaran abad ke-21. Bagi konsep pelan lantai yang saya hasilkan ialh saya mengasingkan
ruang kerja dan juga ruang pameran. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan bilik seni tersebut mengelirukan murid sewaktu
melaksanakan aktiviti mereka. Ia juga berkaitan dengan pengurusan bilik seni oleh guru di mana murid hanya akan berada
di ruang kerja sewaktu melaksanakan aktiviti seni dan akan berpindah ke ruang pameran untuk melaksanakan apresiasi
seni terhadap hasil karya yang telah mereka hasilkan.

Ruang Kerja Ruang Pameran

Ruang Kerja • Ruang kerja ini merupakan ruang untuk murid
melaksanakan aktiviti seni.

• Dalam ruangan ini, terdapat zon kerja untuk murid
melaksanakan kerja seni, dapur lilin juga diwujudkan
untuk digunakan oleh murid sewaktu aktiviti mencanting
batik dan juga sinki. Kelebihan mewujudkan zon kerja
bersebelahan dengan dapur lilin, pemadam api dan juga
sinki adalah memudahkan pergerakan murid serta aspek
keselamatan dan kebersihan.

• Zon kerja juga berdekatan dengan sistem pencahayaan
dan pengudaraan kerana berhadapan dengan tingkap.

• Bahagian tengah ruang kerja terdapat 6 buah meja di
mana setiap meja boleh menempatkan 8 orang murid.

• Meja panduan berada di tengah yang bertujuan untuk
guru memberikan contoh karya ataupun hal benda yang
perlu dihasilkan oleh murid.

• Dalam ruangan ini juga terdapat stor simpanan dan juga
rak simpanan bagi menyimpan bahan dan alatan seni
dengan kemas dan teratur.

• Papan buletin merupakan papan untuk meletakkan
peraturan bilik seni dan juga maklumat berkaitan bilik
seni.

• Ruang pameran ini pula merupakan ruang apresiasi
selepas murid menghasilkan karya mereka.

• Dalam ruangan ini juga terdapat sudut-sudut yang
khusus kepada hasil karya murid mengikut modul
pembelajaran mereka yang terbahagi kepada 4 iaitu
modul menggambar, corak dan rekaan, kraf tradisional
dan juga binaan.

• Ruang pameran dan juga apresiasi seni di tengah-
tengah ruangan merupakan ruang pameran hasil-hasil
karya murid.

• Papan kenyataan kelab kesenian diletakkan dalam
ruangan tersebut bagi menunjukkan program dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab kesenian.

Ruang Pameran

07

PENUTUP

PENUTUP

Akhir kalam, pengurusan bilik seni yang teratur akan memberikan impak yang positif dari aspek
kognitif, penerapan nilai dan keselamatan murid. Bilik seni yang kemas dan menarik akan memberikan
keselesaan kepada murid semasa melaksanakan aktiviti seni. Ia juga sekaligus memudahkan dan
memberikan ketenangan kepada murid-murid untuk mencari ilham semasa menghasilkan karya seni
mereka. Oleh yang demikian, guru perlulah bersikap kreatif dalam menceriakan dan Menyusun atur bilik
seni. Ia juga akan menggalakkan murid untuk sentiasa bersifat kreatif dan inovatif terutama sekali dari
aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia. Jelas bahawa bilik seni yang kemas, teratur dan menarik akan menarik minat murid untuk
mempelajari serta mendalami dunia seni. Oleh itu, guru seni perlu mengambil peduli dengan keadaan bilik
seni dan memastikan ia bersesuain dengan keadaan pembelajaran murid.

08

RUJUKAN

RUJUKAN

Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi Seni dan Komunikasi Visual Murid Berkeperluan Khas
Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 41-54.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum Baru Sekolag Rendah: Matlamat,
Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Terima Kasih!

Any Question?
[email protected]

CRÉDITS: Ce modèle de présentation a été créé
par Slidesgo, comprenant des icônes de Flaticon,

des infographies et des images de Freepik


Click to View FlipBook Version