The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NURUL NABILA BINTI MOHAMMAD THAUFECK GAPD1032

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 826-25-nurulnabilamohdthaufeck, 2022-04-18 20:06:52

NURUL NABILA BINTI MOHAMMAD THAUFECK GAPD1032

NURUL NABILA BINTI MOHAMMAD THAUFECK GAPD1032

NAMA SISWA PENDIDIK : NURUL NABILA BINTI MOHAMMAD
THAUFECK
NO ANGKA GILIRAN
NO KAD PENGENALAN : 2021052310021
KUMPULAN / UNIT
KOD NAMA KURSUS : 030312-10-1044

NAMA PENSYARAH : PPISMP PAI 1
TARIKH HANTAR
: GAPD 1032 ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL

: DR NORJANAH BINTI AMBO

: 29 MAC 2022

0

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: NURUL NABILA Angka Giliran : 2021052310021
BINTI MOHAMMAD THAUFECK

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL

Pensyarah : DR NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 29 MAC 2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 29 / 03 / 2022
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan :
Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar :Tarikh : 29 / 03 / 2022

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL TAJUK 3
1. PENGENALAN ISU ALAM MAYA
2. DEFINISI KESELAMATAN SIBER 3
3. UNDANG-UNDANG SIBER 3-4
4. JENAYAH SIBER 4-5
5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5
6. ANALISIS SWOT 5
7. KESIMPULAN 6
8. RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Dalam era perkembangan teknologi kini, memang tidak dapat dinafikan lagi isu di alam maya
adalah isu yang semakin hangat diperkatakan. Isu di alam maya berkembang selari dengan
perkembangan teknologi. Semakin bertambah perkembangan teknologi semakin bertambah
isu yang timbul di alam maya. Media sosial bukan sahaja menjadi ejen kepada penyampaian
maklumat namun ianya juga tempat kepada para warganet untuk berkongsikan aktiviti harian
mereka kepada orang ramai. Perkara ini juga ada baik dan buruknya seperti dari segi
kebaikan warganet dapat mengambil iktibar tentang sesuatu perkara yang diperkongsikan
manakala dari segi keburukannya ialah warganet memberikan kecaman kepada setiap
perkara yang dikongsikan. Perkara itulah yang membuatkan keselamatan siber
diperkenalkan.

2

2.0 DEFINISI
Menurut Dr. Muhammad Adnan Pitchan,(2019) keselamatan siber ialah salah satu cara
pencegahan yang diperlukan untuk melindungi maklumat daripada dicuri, digodam dan
sebagainya. Selain itu, keselamatan siber juga merujuk kepada langkah yang diperlukan
untuk melindungi maklumat digital yang boleh diakses melalui kelemahan system atau
rangkaian lain. Keselamatan siber adalah cara atau langkah bagi melindungi data digital
daripada diakses atau pengubahsuaian yang terlarang.

3.0 UNDANG-UNDANG SIBER
Undang-undang adalah satu dasar kerajaan yang diperkenalkan untuk kebaikan, keamanan
dan kesejahteraan negara. Fungsi undang-undang adalah untuk mendisiplinkan seseorang
agar berjaga-jaga dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Begitu juga di alam maya,
undang-undang siber diwujudkan bagi menjaga keselamatan warganet daripada digodam
dan sebagainya. Namun ramai lagi dikalangan netizen yang tidak sedar akan kewujudan
undang-undang siber ini.

4.0 JENAYAH SIBER
Antara isu keselamatan siber yang sering diperkatakan ialah ramai netizen menjadi mangsa
penipuan di atas talian. Isu ini bukan lagi suatu perkara yang baharu, namun masih ramai
netizen-netizen khususnya di Malaysia ditipu dengan jenayah siber ini. Isu ini semakin
menular sehingga tahun pandemik. Ini kerana, suasana pandemik yang hanya boleh
berurusan secara atas talian.

3

Jadual 1 menunjukkan statistik keselamatan siber pada era pendemik 2020. Sumber
CYDES 2023.

Berdasarkan rajah statistik di atas, sebanyak lapan puluh dua peratus bagi individu
perseorangan telah mengalami isu ini dan sebanyak lapan belas peratus bagi syarikat
tempatan telah dilaporkan mengalami isu jenayah siber. Seperti mana yang telah direkodkan
oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) yang merupakan suatu agensi keselamatan siber
kebangsaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebanyak lapan ratus tiga
puluh lapan insiden yang telah dilaporkan bagi kategori orang awam. Manakala sebanyak
seratus lima puluh dua kes membabitkan syarikat tempatan di Malaysia dan sebanyak empat
ratus lima puluh Sembilan kes yang dilaporkan sepanjang 2019. Hal ini perlu diambil tindakan
segera agar isu ini tidak berkembang lagi. Selain itu, Mustafa, (2021) berkata ketika menjadi
panel program bicara etika siber Trolling: Sindiran atau Sandaran anjuran CyberSecurity
Malaysia bahawa jenis buli siber juga terdiri daripada ugutan penyebaran video yang
mengaibkan, gambar palsu, mesej yang mengganggu, penyebaran maklumat palsu seperti
pengkhabaran kematian seseorang dan sebagainya.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan yang saya rasa sesuai untuk penambahbaikan ialah Kerajaan Malaysia
perlu mengambil cakna tentang jenayah siber ini dan memperketatkan lagi undang-undang
siber khususnya di Malaysia. Contohnya, mewujudkan satu platform atau aplikasi yang dapat
mengesan jenayah siber ini. Selain itu, warga Malaysia juga perlu mengambil cakna tentang

4

isu jenayah siber ini. Warganet tidak seharusnya mudah mempercaya tentang sesuatu

perkara sebelum meneliti dan mengkajinya. Contohnya, jika seseorang memberi panggilan

kepada anda dan mengatakan bahawa anda memenangi suatu perkara dinasihatkan bahawa

jangan mempercayainya. Menurut Mohd Afham Ramli,(2022) jika kita dihubungi oleh nombor

yang tidak diketahui orang awam boleh melayari laman sesawang

http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi SEMAK MULE CCID.

6.0 ANALISIS SWOT

SWOT ialah singkatan bagi strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunities
(peluang), dan threats (ancaman). Jika SWOT ini dikaitkan dengan isu keselamatan siber
ianya memberikan impak yang positif dan negatif. Contohnya, dari segi kekuatan. Media sosial
merupakan sumber utama kepada semua warganet untuk menambahkan ilmu pengetahuan,
maklumat dan sebagainya. Selain itu, dari segi kelemahan pula media sosial ini juga menjadi
tempat jenayah siber bagi orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Ianya juga merupakan
sistem rangkaian yang boleh dikatakan lemah kerana masih lagi ramai orang yang dapat
menggodam sistem rangkaian tersebut. Dari segi peluang pula, ianya merupakan medium
yang membuka peluang kepada semua warga tidak kira dari segi perniagaan secara atas
talian, perkongsian maklumat, dan sebagainya. Akhir sekali, ianya juga mendapat ancaman
yang kuat iaitu, media sosial juga menjadi tempat kritikan warganet untuk melepaskan amarah
dan ketidakpuasan hati mereka terhadap seseorang. Ianya adalah suatu perkara yang tidak
baik terhadap diri seseorang dan keamanan negara yang harus kita hindarkan.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, jenayah siber adalah jenayah yang harus kita tangani dan ianya perlu diwar-
warkan kepada seluruh warganet agar mereka lebih sedar dan tahu bahawa perkara yang
mereka lakukan seperti ugutan di media sosial, kutukan, ejekan dan sebagainya juga
merupakan jenayah yang perlu diambil serius. Akhir sekali, yang paling utama adalah sikap
seseorang itu sendiri yang perlu dijaga dan dibentuk agar tidak melakukan apa-apa jenayah
termasuklah jenayah siber.

5

RUJUKAN
Berita Harian, 2021.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851318/kerajaan-

gubal-undang-undang-tangani-buli-siber-cybersecurity
https://m.facebook.com/2166814820022763/posts/jenayah-siber-bermaharajalelatempoh-
perintah-kawalan-pergerakan-pkp-yang-dilaksa/3005453022825601/
Mohd Afham Ramli, 2022. Ambil tahu tentang kes penipuan dalam talian.

https://www.sinarharian.com.my/article/181622/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Ambil-tahu-
kes-penipuan-dalam-talian
Populix, 2021. https://www.info.populix.co/post/analisis-swot-adalah
Saiful Hammiruzzaman Mohd Hazir, 2021.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/03/01/ancaman-alam-maya-cegah-terjebak-
jenayah/
Strephonsays https://ms.strephonsays.com/what-is-the-difference-between-information-
security-and-cyber-security

6


Click to View FlipBook Version