The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP3053)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur13-523, 2021-08-09 20:11:45

MODEL ASSURE

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP3053)

KERJA KURSUS

SEMESTER 3
TAHUN 2021

NAMA PELAJAR: WAN NUR WAHIDAH BINTI WAN MOHD RIDZUWAN
2020142340101
ANGKA GILIRAN: 010328060154

NOMBOR KAD BAHASA MELAYU 4 (PISMP AMBILAN JUN 2020)
PENGENALAN: TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3053)
KUMPULAN/UNIT: PN ZURAIDAH BINTI BAHARIN

KOD DAN NAMA 28 JULAI 2021
KURSUS:

NAMA
PENSYARAH:

TARIKH HANTAR:

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja

NO. MARKAH
TUGASAN
Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Markah Akhir (Selepas
1
Moderasi)

2

3

4

Jumlah

Topik: Mendeklamasikan Sajak
Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Unit 15: Keranamu Malaysia
Nama Guru : Wan Nur Wahidah binti Wan Mohd Ridzuwan
Tahun : 5 Delima
Bilangan Murid: 28 orang
Mata Pelajaran :Bahasa Melayu
Masa :9.00 pagi- 10.00 pagi

Kemahiran : Membaca
Standard Kandungan :2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai bahan sastera dan

bahan bukan sastera.
Standard Pembelajaran :2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya

bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.
Bukti Pentaksiran: Murid membuat rakaman video berserta audio kemudian memuat naik di

tapak Padlet yang disediakan oleh guru.

Analisis Pelajar

Umur: 11 Tahun

Tahap Kecerdasan: Murid- murid terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan.

Cemerlang:3 orang Sangat Baik:5 orang Baik:10 orang

Memuaskan: 8 orang Terhad: 2 orang

Hal ini demikian kerana, kelas 5 Delima ini merupakan kelas kedua daripada lima kelas murid
tahun 5. Secara tuntasnya, murid- murid 5 Delima berupaya mempamerkan tahap
pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya
mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.

Latar Sosioekonomi: Kebanyakan murid adalah anak kepada penduduk luar bandar yang
rata- rata bekerja sama ada di sektor kerajaan mahupun bekerja sendiri seperti nelayan,
buruh binaan, dan usahawan tempatan. Murid- murid ini sering didedahkan dengan video-
video melalui pelbagai media elektronik seperti telefon pintar dan televisyen oleh ibu bapa,
keluarga, serta guru mereka.

Gaya Pembelajaran: Murid- murid terdiri daripada visual, audiotori, dan kinestatik.

Kompentasi Khusus: Murid diperkenalkan tentang bahan sastera, iaitu sajak. Mereka
kurang mengetahui tentang sajak dan cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak dengan
intonasi yang betul serta mereka juga kurang memahami tentang keindahan karya sastera
Bahasa Melayu.

Nyatakan Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:

1. Mendeklamasikan sekurang-kurangnya satu daripada dua rangkap sajak dengan
gaya persembahan yang sesuai dengan tepat.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

SET INDUKSI

Media : Multimedia interaktif

Kaedah : Penerangan/ Bercerita

Bahan : Video (Benime), LCD projektor, pembesar suara dan komputer riba.

Rasional pemilihan : Penggunaan video yang menarik dan berwarna- warni dipilih untuk
memperkenalkan tentang bahan sastera, iaitu Sajak. Teknik bercerita ini dapat menarik minat
murid- murid untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sajak.

LANGKAH 1

Media : Visual -ebook (Flipbook) berserta audio

Kaedah : Penerangan

Bahan : Buku, LCD projektor, pembesar suara, dan komputer riba.

Bentuk pentaksiran: Murid merakam suara/ audio mereka membaca sebuah sajak yang
terdapat dalam ebook yang disediakan.

Rasional pemilihan : Penggunaan ebook yang menarik dan jelas dapat memudahkan murid-
murid memahami tentang ciri- ciri, dan bentuk Sajak.

LANGKAH 2

Media : Visual (Padlet dan Power Point)

Kaedah : Permainan dalam kumpulan

Bahan : Tapak kumpulan dalam Padlet, LCD projektor, pembesar suara dan komputer riba.

Bentuk pentaksiran: Murid menjawab soalan dalam Power Point yang disediakan oleh guru
di tapak GoogleSite secara dalam kumpulan.

Rasional pemilihan : Penggunaan visual yang menarik dan berwarna- warni dapat
menjadikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran lebih menyeronokkan dan murid- murid lebih

fokus dengan mempelajari cara untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).

LANGKAH 3

Media : Visual (Grafik)

Kaedah : Bermain sambil belajar

Bahan : Permainan (Blooket), LCD projektor, pembesar suara dan komputer riba

Bentuk Pentaksiran: Murid menjawab kuiz “Sajak Kemerdekaan”yang disediakan oleh guru
pada tapak Google Site. (Blooket/ Liveworksheets)

Rasional pemilihan :Penggunaan video interaktif dipilih kerana merupakan pembelajaran
abad ke- 21. Selain itu, murid juga akan lebih bersemangat dan berasa seronok semasa
belajar melalui video. Di samping itu, video interaktif dapat menjadikan pembelajaran secara
aktif kerana murid akan terlibat secara langsung dalam PdP.

PENUTUP

Media : Video

Kaedah : Persembahan

Bahan : Rakaman video/ audio

Bentuk Pentaksiran: Murid mestilah merakam video berserta audio mereka
mendeklamsikan sebuah sajak kemudian memuat naik di tapak Padlet yang disediakan oleh
guru. (Video, Padlet)

Rasional pemilihan : Kaedah ini dipilih kerana murid akan berusaha dan mendapat
pengalaman baharu untuk mendeklamasikan sajak dengan jelas dan intonasi yang betul.
Guru dapat mengajarkan teknik- teknik yang betul untuk mendeklamasikan sajak melalui
persembahan tersebut. Penggunaan video/audio dapat memberikan peluang untuk murid-
murid untuk menonjolkan bakat mereka dalam mempersembahankan karya sastera tersebut.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

SET INDUKSI

Bahan multimedia interaktif: Video dan animasi pengenalan tentang bahan sastera, iaitu
Sajak dan dapat memberikan gambaran awal tentang isi pelajaran yang akan dipelajari.
Tambahan lagi, audio persembahan Sajak oleh Sasterawan Negara yang terkenal, iaitu
A.Samad Said. Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan pemahaman murid dan
menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran pada hari tersebut.

Bagaimana disemak/dipratonton :Guru menggunakan media seperti video, audio, animasi,
dan grafik yang menarik dan berwarna- warni bagi menarik minat murid- murid.

Kaedah murid memberi respons: Murid menjawab soalan kefahaman yang disediakan oleh
guru di tapak GoogleSite kemudian menangkap skrin (screenshot) bagi markah yang mereka
perolehi serta dimuat naik pada tapak Padlet yang disediakan.

Persediaan persekitaran :.Guru memastikan murid berada dalam keadaan sedia dan selesa
tanpa gangguan bunyi dari persekitaran dan menggunakan LCD projektor untuk
menayangkan video supaya dapat ditontonkan dengan jelas oleh semua murid serta
menggunakan pembesar suara bagi bunyi video dapat didengar dengan lebih kuat dan jelas.

Persediaan pengalaman pembelajaran :Pembelajaran lebih berpusatkan guru dan bahan.
Guru menerangkan tentang pengenalan bahan sastera, iaitu Sajak menggunakan bahan
yang ditunjukkan kepada murid. Guru seterusnya mengaitkan bahan pembelajaran dengan
isi pelajaran yang akan dipelajari.

LANGKAH 1

Murid melihat flipbook yang ditayangkan dan mendengar audio dengan teliti.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru menayangkan flipbook yang menarik dihiasi
dengan grafik dan animasi yang mengandungi beberapa jenis sajak berserta audio
mendeklamasikan sajak dengan jelas dan intonasi yang betul. Secara tidak langsung, murid
akan tertarik untuk lebih fokus dalam pembelajaran serta memahami cara mendeklamasikan
sajak dengan betul.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan sedia dan selesa
tanpa gangguan bunyi dari persekitaran dan menggunakan LCD projektor untuk
menayangkan flipbook supaya dapat ditontonkan dengan jelas oleh semua murid serta
menggunakan pembesar suara bagi bunyi audio dapat didengar dengan lebih kuat dan jelas.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan guru dan bahan.
Guru memberikan demonstrasi bagi mendeklamasikan sajak dengan jelas dan intonasi yang
betul menggunakan bahan seperti flipbook dan audio. Jadi, murid- murid menjadi lebih jelas
tentang cara untuk mendeklamasikan sajak dengan betul.

LANGKAH 2

Murid membuka Padlet yang disediakan oleh guru.

Bagaimana disemak/dipratonton : Kandungan yang terdapat dalam media padlet adalah
gambar tentang arahan tugasan dan langkah- langkah untuk melaksanakan tugasan dalam
kumpulan dalam padlet iaitu improvisasi terlatih dimana murid perlu membuat perbincangan
untuk mencipta sebuah sajak yang terdiri daripada 2 rangkap menggunakan Powerpoint.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid- murid mahir dalam menggunakan
aplikasi TMK dan membahagikan murid- murid kepada beberapa kumpulan.

Kaedah murid memberi respons: Murid melaksanakan tugasan dalam kumpulan di dalam
Power Point yang disediakan oleh guru dalam Googlesite.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Guru
menggunakan teknik Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation ) dimana Improvisasi ini
berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan murid- murid untuk membuat
persembahan. Murid- murid diberi tajuk, atau tema, tertentu untuk dibincangkan dan
menghasilkan sesuatu persembahan. Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan
kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan
tersebut.

LANGKAH 3

Murid membuka media visual yang disediakan oleh guru dalam tapak Googlesite untuk
bermain sambil belajar.

Bagaimana disemak/dipratonton: Guru menyediakan permainan yang menyeronokkan
kerana terdapat animasi yang disukai oleh murid- murid.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan
bersedia tanpa gangguan bunyi dari persekitaran.

Kaedah murid memberi respons: Murid menjawab quiz di Blooket kemudian menangkap
skrin yang memaparkan markah yang mereka perolehi dan memuat naik di Padlet.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid dan bahan. Hal ini
demikian kerana, murid- murid bermain sambil belajar serta mereka bersaing secara sihat
untuk mendapatkan tempat pertama.

PENUTUP

Murid perlu menyediakan video berserta audio mereka mendeklamasikan sebuah sajak
kemudian memuat naik dalam tapak Padlet.

Bagaimana disemak/dipratonton : Murid merakam video berserta audio mereka
mendeklamasikan sekurang- kurangnya serangkap sajak dengan suara yang jelas dan
intonasi yang betul serta gaya persembahan dan ekspresi muka yang menjiwai tema sajak
yang dipilih. Kemudian, mereka perlu memuat naik rakaman tersebut ke dalam padlet yang
disediakan oleh guru dalam masa yang ditetapkan.

Kaedah murid memberikan respons: Murid memuat naik rakaman video berserta audio di
tapak Padlet.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid- murid memahami arahan tugasan yang
diberikan dan mempunyai kemudahan untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Hal ini demikian
kerana murid perlu membuat rakaman persembahan mendeklamasikan sajak dengan betul
setelah mempelajari tentang sajak.

Penglibatan Pelajar

SET INDUKSI (5 Minit)

1.Murid ditunjukkan multimedia interaktif yang mempunyai pengenalan tentang bahan
sastera, iaitu sajak

a)Defenisi sajak

b)Ciri- ciri sajak

c)Fungsi sajak

d)Cara mendeklamasikan sajak

2.Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru yang menunjukkan Sasterawan Negara
mendeklamasikan sajak diiringi dengan bunyi latar menjadikan persembahan tersebut
menjadi lebih syahdu.

3.Murid menjawab soalan kefahaman tentang pengenalan sajak.

LANGKAH 1

1. Murid membuka flipbook yang disediakan oleh guru yang mengandungi beberapa
jenis sajak yang terdiri daripada pelbagai tema.

2. Murid membaca teks dan mendengar audio yang disediakan dalam flipbook tersebut.
3. Murid perlu memerhatikan cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak yang

didemonstrasikan oleh guru dalam flipbook tersebut.
4. Murid merakam audio mereka membaca salah satu sajak yang terdapat dalam ebook

tersebut kemudian memuat naik di tapak Padlet.

LANGKAH 2

1. Murid membuka padlet yang disediakan oleh guru.
2. Secara berkumpulan, murid mencipta sebuah sajak mengikut tema yang diberikan

bagi menilai tahap kefahaman dan meningkatkan kreativiti murid untuk mencipta dua
rangkap sajak. Setiap kumpulan mestilah menulis sajak yang dicipta pada ruang
Powerpoint yang disediakan oleh guru bagi menilai tahap kreativiti murid dalam
mencipta. (KBAT)

LANGKAH 3

1. Murid menjawab kuiz Kemerdekaan menggunakan aplikasi Blooket untuk menilai
tahap kefahaman murid tentang sajak dan pengetahuan am murid tentang Hari
Kebangsaan.

2. Murid menjawab soalan yang diberikan dengan betul untuk mendapatkan markah
yang tertinggi dan menilai tahap kefahaman murid tentang karya sastera.

PENUTUP

1. Murid merakam persembahan mereka mendeklamasikan sebuah sajak dalam bentuk
video berserta audio.

2. Murid memuat naik rakaman tersebut di tapak padlet yang disediakan oleh guru pada
masa yang telah ditetapkan.

3. Murid memberikan maklum balas terhadap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru
melalui Google Form yang disediakan di dalam Google Site bagi guru membuat
refleksi, melihat kelemahan dan kekurangan sepanjang PdP dijalankan dan membuat
penambahbaikan pada masa akan datang.

Menilai dan Menyemak Semula

PENCAPAIAN MURID:

★ Murid dapat memahami dan menjawab sekurang- kurangnya 2 daripada 4 soalan
yang ditanyakan dengan betul melalui soalan kefahaman menggunakan H5p.

★ Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan seronok dan penuh minat.
★ Murid dapat membaca sebuah sajak dengan suara yang jelas, sebutan yang betul,

dan lancar.
★ Murid dapat bergiat aktif dalam aktiviti berkumpulan dengan mencipta dua rangkap

sajak mengikut tema yang diberikan oleh guru dan menunjukkan nilai murni, iaitu
berkerjasama dan mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid.
★ Murid dapat mendeklamasikan sekurang- kurangnya satu daripada dua rangkap sajak
dengan suara yang jelas dan intonasi yang betul, gaya persembahan yang menarik
dan ekpresi muka yang menjiwai tema sajak yang dipilih.

PENILAIAN GURU:

Guru dapat mencapai objektif yang dirancang melalui penggunaan media visual, audio,
video, dan multimedia interaktif dan membuat penilaian terhadap video, audio dan skor
markah bagi kuiz H5p dan Blooket yang dilaksanakan oleh murid- murid.

IMPAK/KEBERKESANAN:

● Tayangan multimedia interaktif, video, visual, animasi dan audio dapat membantu
murid untuk mengetahui dan mengenali tentang bahan sastera, iaitu sajak dengan
mudah.

● Video dapat membantu murid untuk meningkatkan kemahiran lisan murid dan
mempelajari tentang cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak.

● Blooket yang disediakan dapat membantu guru untuk membuat penilaian bagi
menguji kefahaman murid tentang pengajaran yang telah dipelajari dan murid- murid
dapat bersaing secara sihat untuk mendapatkan markah tertinggi.

● Tugasan berkumpulan dapat menanam sikap berkerjasama antara murid.
● Aktiviti mencipta dan membuat persembahan mendeklamasikan sajak dapat

mencungkil bakat terpendam dalam diri murid- murid.


Click to View FlipBook Version