LAPORAN KEJOHANAN
MERENTAS DESA
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022
PENDAHULUAN
Kejohanan merentas desa peringkat
sekolah ini adalah satu acara
tahunan yang dijalankan untuk
memberi peluang kepada murid
menyumbangkan markah kepada
rumah sukan masing-masing dan
untuk menentukan pemenang
keseluruhan antara rumah. Selain
itu, sukan merentas desa dapat
melahirkan gaya hidup sihat di
kalangan murid-murid. Semoga
usaha-usaha ke mercu kejayaan ini
akan mencapai realiti dengan
komitmen padu seluruh warga
Sekolah Agama Al Islahiyah
(Rendah).
MASA DAN TEMPAT
Kejohanan ini telah diadakan
pada ketetapan berikut :
Tarikh : 08.07.2022
Hari : Jumaat
Masa : 8:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat : Laluan sekitar sekolah
dan kampung berdekatan
KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
Semua warga sekolah Agama Al
Islahiyah (Rendah) telah bekerjasama
untuk memastikan perjalanan
kejohanan ini berjalan dengan lancar.
Semua murid kecuali yang
mempunyai masalah kesihatan telah
turut serta berlari di sepanjang laluan
yang telah ditetapkan.
Guru-guru juga telah menjalankan
tugas yang telah diamanahkan
kepada mereka dengan begitu baik
sekali. GPK Dan wakil PIBG sendiri
telah turun padang untuk melepaskan
para peserta.
AKTIVITI REGANGAN DAN
MEMANASKAN BADAN
KERJASAMA PIBG DAN
ANGGOTA POLIS
PENUTUP
Kelemahan sewaktu Kejohanan ini memang
ada tetapi ianya tidak mengganggu
perjalanan acara yang berlangsung. Salah
satunya tahap kesediaan sebahagian murid
kurang dalam latihan stamina menyebabkan
mereka kelihatan penat dan tidak bertenaga
dan menyebabkan seorang murid sesak
nafas.
Murid ditemani guru mendapat rawatan di
Klinik Kesihatan Simpang Empat dan pulih
seperti sediakala.
Pada keseluruhannya Kejohanan ini telah
berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang
berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar
Kejohanan ini akan bertambah baik dalam
penganjuran pada masa akan datang.