NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1
PUISI MODEN
KUINGIN BERTERIMA KASIH
(Ihsan Noorzali)
Maksud Sajak Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan
suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.
Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah
memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.
Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki kepada nelayan.
Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa
dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu
mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang rakyat terhadap tanah air.
Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan dan
penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.
Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara
waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.
Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak “Kuingin Berterima Kasih”
karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai kesyukuran, dunia akan menjadi sebuah
tempat yang aman untuk didiami oleh manusia.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan suasana dan jiwa
manusia.
ii. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan memperoleh hasil
yang lumayan.
iii. Persoalan penghargaan kepada perwira Negara.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat patriotisme yang dimiliki
oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
1
iv. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia Contoh : Penyajak menyatakan bahawa
dunia akan menjadi tempat yang indah apabila semua orang menyedari kepentingan hidup
bersama-sama dengan aman.
2