The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOORSULIZAWATI ABDULLAH, 2022-12-18 20:29:06

PERAYAAN KRISMAS

PERAYAAN HARI KRISMAS

• Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb
Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan
Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang
dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan
hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari
tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut
Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan
memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana
persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira
dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan
mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa
mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang
membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan
masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan
mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

SAMBUTAN HARI KRISMAS

• Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum
di kebanyakan negara di dunia, termasuk yang majoriti
penduduknya bukan penganut Kristian. Krismas disambut di
negara bukan Kristian kerana diperkenalkan oleh bekas
penjajah, diduduki oleh kelompok minoriti Kristian atau
menerima pengaruh budaya asing

Kawasan sekitar bandaraya sentiasa dihias indah untuk menyambut Krismas, termasuk menggantung sepanduk,
panji-panji dan lampu berwarna-warni pada dinding bangunan, tiang-tiang lampu, dan pokok-pokok di sekeliling

bangunan. Banyak juga bandaraya besar yang meletakkan sepohon pokok Krismas di tempat-tempat awam

Krismas merupakan hari untuk bersantai bersama sanak saudara yang tinggal berjauhan, bertemu semula untuk
bertukar-tukar hadiah, berkongsi kebahagiaan hidup dan untuk bersuka ria. Ada juga yang menyertai perarakan
menyanyikan karol dari rumah ke rumah. Seperti juga gereja dan tempat awam, rumah kediaman juga wajib dihiasi
indah sempena sambutan Krismas, dengan gantungan rimbunan daun kehijauan pada dinding-dinding, pohon

Krismas di ruang tamu dan gantungan stoking merah besar pada tempat pendiangan api.

Santa Claus membawa
hadiah pada malam krismas

untuk diberikan kepada
kanak-kanak mengikut cerita

dongeng

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC


Click to View FlipBook Version