Disediakan Oleh
Ahmad Zuliadi Bin Mustafa
Pengenalan
Kadangkala kita terperangkap dalam situasi yang
tidak selesa kerana sukar untuk mengatakan
“Tidak” terhadap permintaan orang lain. Kita
mungkin berasa susah untuk menolak sesuatu
tawaran, undangan atau untuk mengatakan
sesuatu yang tidak disukai tanpa merasa
bersalah.
Ada pelbagai alasan mengapa kita sukar mengatakan
“tidak” tanpa rasa bersalah. Antaranya kita mungkin
berasa terikat pada kewajipan, faktor budaya,
latarbelakang atau kerana takut menyakiti perasaan
orang lain. Mengatakan “tidak” secara melulu boleh
menjejaskan perhubungan dan menimbulkan
kemarahan orang lain. Namun ada cara yang terbaik
untuk mengatakan „tidak‟ kepada situasi sebegini
iaitu dengan bersikap asertif
Ainol serba-salah untuk
menolak permintaan
rakannya Karim yang
sering meminjam wang.
Ainol risau jika menolak
permintaan Karim,
hubungan baik mereka
akan terjejas.
Tips Mengatakan Tidak Secara Asertif