KALIGRAFI
KHAT.
MUHD AMIRUL AFDLIN BIN
SHAMUDDIN
18DEV19F2005
AMIRUL AZIQ BIN KHAIRUL AZIZI
18DEV19F2016
ISI KANDUNGAN.
PENGENALAN .
M/S 03
JENIS-JENIS KHAT .
M/S 04-07
KESIMPULAN .
M/S 08
PENGENALAN KHAT .
1.0 Pengenalan Ilmu Seni Khat
Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini lahir dan berkembang dalam penulisan
Arab dan terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Setelah kehadiran Islam, penulisan Arab telah memasuki
tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri untuk
memperindah sesuatu penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Khat turut menjadi unsur penting
daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga
bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh
mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang
mempunyai estetika yang tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai
abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan
sebagainya.
2.0 Pertumbuhan Khat Dan Tulisan Arab Pada Zaman Jahiliyah
Terdapat pelbagai pendapat antaranya:
i. Khat yang berbentuk tawqifi'. Kelahiran khat ini ada kaitan dengan sumber ketuhanan. Aliran ini
berpendapat bahawa Nabi Adam a.s. adalah pengasas segala bentuk tulisan. Nabi Adam mempelajari daripada Allah dan
menulisnya ke dalam pelbagai buku. Setelah banjir surut, setiap bangsa menerima buku masing-masing. Buku
bertulisan Arab menjadi milik Nabi Ismail a.s.
ii. Seni khat terdiri daripada khat al-Musnad juga dikenali sebagai khat Arab Utara atau Khat Humairi. Khat ini
telah tersebar di persekitaran al-Mundhir dan Syam (Syria). Ini berlaku semasa rombongan perniagaan di antara orang
Arab Yaman dan orang Arab yang bermukim di Syria, dan Iraq di utara Semenanjung Tanah Arab. Melalui mereka, khat
ini dibawa secara langsung ke bumi Hijaz.
iii. Berkembang hasil daripada khat Nibti (Nabatea). Berdasarkan kepada pendapat G.J Klehr pada pertengahan
pertama abad ke-18 terdapat hubungan antara khat Arab dengan khat Nubti (172M). Menurut Th. Noldeke khat Arab
berkembang daripada khat Nubti (1865M). Berdasarkan kepada kajian tentang hasil-hasil ukiran sebelum Islam dan pada
abad pertama Hijrah, menunjukkan khat Arab terbit daripada khat Nibti. Ukiran tertua yang dapat dijadikan bukti
peringkat-peringkat penyebaran dalam perkembangan khat Nibti yang berlaku pada penghujung abad yang ke-3 dan
abad ke-4 masihi telah dijumpai di Umm al-Jamal (250M) dan Nammarah (328M). Kedua-dua ukiran ini, adalah dalam
bahasa dan tulisan Nibti.
KHAT RIQ’AH . KHAT RIQ’AH
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki KHAT RIQ’AH
pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan AMIRUL AFDLIN B
utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk SHAMUDDIN
tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri
khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah
ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah
dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja,
berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya
dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah
telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-
murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti
urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan
serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.
KHAT NASAKH KHAT NASAKH .
AMIRUL AZIQ B
KHAIRUL AZIZI Naskh (Bahasa Arab: ; نسخjuga dikenali sebagai Naskhi atau nama Turkinya Nesih) ialah gaya
skrip khat Islam. Berkemungkinan besar ia dicipta oleh ahli seni khat Parsi Ibn Muqlah Shirazi
KHAT NASAKH. (Bahasa Parsi: ابن مقل ٔه شیرازی.)Akar kata Arab ( )نسخbermaksud "menyalin". Ia merujuk sama ada
kepada fakta yang skrip gaya ini mengganti skrip Kufi, atau skrip ini membolehkan salinan
teks dibuat dengan lebih pantas. Dengan sedikit perubahan, ia merupakan gaya yang paling
sering digunakan untuk percetakan dalam bahasa Arab, Parsi, Pashto dan lain-lain.
Skrip ini terbit daripada skrip gaya Thuluth: beberapa pengubahsuaian menjadikannya bersaiz
lebih kecil, dan tulisannya lebih halus. Ia ditulis dengan menggunakan pen yang kecil dengan
mata pena halus (pen cava). Skrip ini merupakan skrip yang digunakan cara meluas dari
dahulu lagi. Kehalusannya membuat skrip ini amat sesuai untuk menulis buku. Naskhi
digunakan untuk menyalin Qur'an dan Hadis. Ia juga digunakan dalm penulisan tafsir dan
himpunan syair (Divan).
Naskh, bersama skrip Ta'liq juga termasyhur kerana menjadi asas skrip Nasta'liq, yakni skrip
yang digunakan dalam tulisan bahasa Urdu, Parsi, Kashmiri, dan kadang kalanya Pashto dan
Uyghur.
KHAT TSULUTS.
STühluülsu,tdha(rBipahadasaaBPaahrassi:aثAثلrsaobl:oثsل,"ثBasahtausapeTrutrikgia: ")
ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh
seorang Ibn Muqlah Shirazi, seorang berbangsa
Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya
dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri).
Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan
dengan skrip garisan yang melengkung dan
condong (oblik).
Dalam skrip Thuluth, satu pertiga setiap huruf
condong, dari mana datangnya nama skrip. Ia
skrip besar dan anggun, digunakan pada hiasan
masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya
khat lain berkembang daripada Thuluth melalui
perubahan kecil bentuk.
KHAT TSULUTH
AMIRUL AZIQ B KHAIRUL
AZIZI
KHAT KUHFI.
Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang
terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah
suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq,
walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-
kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini
diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya
Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip
ini.
KHAT KUFI
AMIRUL AFDLIN B SHAMUDDIN
KESIMPULAN.
Sebagai kesimpulannya, seni khat merupakan salah satu lambang kemajuan
tamadun umatIslam dalam dunia ilmu dan seni kerana ia merupakan
keindahan tulisan yang tercetus darikelembutan jari dan kehalusan pemikiran
serta cita rasa penulisnya. Di dalam kajian ini, kamimendapati bahawa tulisan
khat dapat terbahagi kepada enam jenis khat iaitu khat thuluth, khatnasakh,
khat kufi, khat riq’ah, khat diwani dan khat muhaqqaq. Walaupun terdapat
banyak tulisanseni khat di tengah-tengah masyarakat Islam, namun yang
paling terawal dikenal umum ialahjenis khat nasakh dan khat kufi. Selain itu,
kami mendapati bahawa seni khat telah berkembang diAlam Melayu sejak
ratusan tahun lagi di mana khat Arab telah terpahat di lupuk hati
masyarakatMelayu. Kehebatan seni khat ini telah berkembang sehingga ke
hari ini yang tidak pernah pudardan hampir seluruh dunia Islam kini kekal
menggunakannya untuk pelbagai tujuan.