SENI KRAF
DI MALAYSIA
OLEH : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSMAN
5 BAIDURI - 2022 . SKSUNGAI SERDANG
Assalamualaikum dan hai semua
Nama saya Muhammad Ammar bin
Rosman dari kelas 5 Baiduri.
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia kali
yang ke-65 ini, saya akan berkongsi bersama anda
antara seni kraf yang menarik dari beberapa negeri di
Malaysia.
DDEEFFIINNAASSII
KKRRAAFFTTAANNGGAANN
Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna
atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya
atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan
seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-
kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa
kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil
pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan
bukan bersifat kraftangan.
SSEELLAANNGGOORR
Mungkin ramai yang tidak tahu, Selangor juga mempunyai seni kraf
yang menarik. Kain Telepuk yang berhias emas adalah kain yang
dikhaskan untuk golongan diraja sejak dulu hingga kini.
Seni tradisional menghias kain ini melibatkan proses menelepuk motif
menggunakan penerap ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun
benang halus. Ia kemudiannya dilekapkan dengan serbuk emas
Dahulu, Telepuk dianggap bersifat mewah dan
hanya digunakan pada majlis rasmi di istana,
pakaian istiadat perkahwinan dan pemberian
hadiah. Kini, ia boleh dikenakan oleh semua
lapisan masyarakat dan telah dipelbagaikan
mengikut arus pemodenan menjadi tanjak,
samping dan selendang.
PPEERRAAKK
Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar berbentuk labu berwarna
hitam dari mukim Sayong, Kuala Kangsar. Dari kampung inilah
perusahaan ini berasal kerana banyaknya sumber bahan mentah iaitu
tanah liat.
Labu sayong digunakan sebagai
bekas untuk menyimpan air ini
dibentuk dan diukir dengan teliti.
Motif ukirannya banyak menjurus
kepada unsur tradisional,
khususnya bunga-bungaan seperti
bunga tanjung, padi, senduduk,
lawang, cengkih dan pucuk rebung.
KKEELLAANNTTAANN
Wau bulan merupakan antara jenis yang
paling popular di Malaysia dan didominasi
oleh rakyat negeri Kelantan. Bentuk jenis
wau ini menyerupai bulan sabit pada
bahagian hadapan dan separa bulatan pada
bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut
kelihatan seperti bulan yang terbit di
angkasa apabila diterbangkan.
Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya,
yang mengikut legenda, mula digunakan oleh seorang putera
bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda
dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya.
Untuk pengetahuan, bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat
kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Wau bulan juga diukir
pada belakang syiling 50 sen keluaran kedua.
MMEELLAAKKAA
Kasut Manik Nyonya
Di Melaka, seni jahitan manik kaum Baba dan Nyonya banyak
mengetengahkan motif flora dan fauna seiring motif abstrak dan
geometri. Antaranya, motif bunga teluki (carnation), mawar (rose),
naga dan burung cenderawasih (bird of paradise).
Tempoh siap kasut ini boleh
berubah-ubah dari lapan hari ke satu
bulan lebih bergantung kepada
kehalusan corak yang dimahukan
pelanggan.
Diharapkan dengan perkongsian saya kali ini,
dapatlah kita sama-sama menyelami rasa
bangga terhadap kesenian budaya kita sebagai
rakyat Malaysia.
SEKIAN
TERIMA KASIH