The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MAS, 2021-01-22 00:07:48

UNIT KURIKULUM

UNIT KURIKULUM

VISI & MISI UNIT KURIKULUM

VISI
Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas menjadi sekolah cemerlang menjelang

tahun 2025

MISI
• Melahirkan murid-murid yang celik 3M, berpengetahuan, mempunyai

sahsiah yang mulia dan seimbang.
• Menambahkan bilangan murid yang MTM dalam akademik (UPSR).
• Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran.
• Membentuk generasi yang membudayakan pemikiran kritis dan kreatif

dan memiliki kemahiran IT dalam era globalisasi.

DASAR KURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MAS

LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan
murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil
kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia, aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta matlamat
hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan
warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas dalam memberi khidmat yang
berkualiti kepada semua murid yang merupakan pelanggan dan adalah
menjadi tanggungjawab semua guru untuk mematuhi dasar-dasar yang
telah ditetapkan tanpa kompromi.

OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :

1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap
warga sekolah.

2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat
sekolah.

3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri Kelantan dan PPD Kota Bharu.

DASAR

1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri murid dari aspek jasmani,
rohani, mental dan emosi .

2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
dasar pendidikan kebangsaan.

3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu.

4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.

5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah
diberikan keutamaan.

MESYUARAT
Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun mengikut
standard piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Pejabat
Pelajaran Daerah Kota Bharu.

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986 .

SISTEM FAIL
1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.

PAKEJ MATA PELAJARAN

Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sepuluh ( 10 ) Mata Pelajaran.

Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 ) -Tiga belas ( 13 ) Mata Pelajaran.
SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran
Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang
proses pengajaran dan pembelajaran.
JADUAL WAKTU

Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
PEMANTAUAN

Pengajaran dan Pembelajaran Guru/murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun secara rasmi.

Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual barisan pentadbir untuk
menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.

Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan mencari kesalahan. Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi
mestilah membuat ‘statement’ berdasarkan ‘observation ’ supaya penambahbaikan boleh berlaku.



PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM 2021

Pembentangan secara LIVE
Youtube oleh Dr Latip - BPK











Pembentangan ini bertujuan:

1. Memberi gambaran dan maklumat berkaitan pelaksanaan
kurikulum bagi tahun 2021 yang meliputi perkara umum

2. Program transisi Tahun Satu
3. Penjajaran kurikulum versi 2.0

Pembentangan ini adalah rentetan sidang media oleh YB Menteri
Kanan Pendidikan pada 8 November 2020.

Cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh seluruh sistem pendidikan
sekolah rendah dalam negara:
1. Penguasaan literasi dan numerasi (kemahiran asas 3M)
2. Kesediaan murid untuk meneruskan persekolahan setelah terlalu

lama di rumah
3. Jurang pembelajaran (kualiti PdPR dan keupayaan akses murid)

dan peralihan tahap persekolah.

Cadangan mengatasi dengan beberapa langkah:
1. Program Transisi Murid Tahun Satu
2. Program Pemulihan untuk murid Tahun Dua
3. Program Motivasi
4. Penjajaran Kurikulum 2.0

- PDPC akan bermula pada hari kedua JADUAL WAKTU
iaitu pada 21 Januari 2021
- Jumlah minggu persekolahan 42 minggu
- 20 Januari 2021 laluan untuk - Jumlah minggu PDPC 36 minggu
pendaftaran, penghantaran dan
pengambilan buku teks

Peruntukan jam minimum mata pelajaran, akan menggunakan
jam minimum asal seperti yang telah dinyatakan dalam SPI
Bilangan 7, SPI Bilangan 8 dan SPI Bilangan 9 tahun 2016 serta
SPI Bilangan 6 tahun 2019.

Murid prasekolah dan peralihan akan menggunakan DSKP asal
memandangkan pembelajaran kohort murid ini tidak terkesan
walaupun tidak hadir ke sekolah. Bagi murid Tahun Satu,
mereka akan ikuti program transisi Tahun Satu selama 43 hari
bermula pada hari pertama persekolahan sehingga tamat dan
akan menggunakan DSKP yang telah dijajarkan.

Murid selain daripada Tahun Satu akan mengikuti
pembelajaran adunan kurikulum yang tidak dilaksanakan pada
tahun sebelumnya.

Ini bermakna, pembelajaran murid Tahun Dua,
Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun
Enam akan melibatkan DSKP adunan yang telah
dijajarkan.

P
E
N Guru mata pelajaran boleh memilih untuk
T melaksanakan kurikulum tahun 2020 pada peringkat
I awal dan meneruskan pembelajaran berikutnya
N sebaik sahaja selesai menyampaikan kurikulum yang
G terkesan pada tahun 2020.

Guru-guru masih boleh menyisipkan kandungan
yang tidak dapat disampaikan pada tahun
sebelumnya ke dalam kandungan tahun semasa
sepanjang PdP mereka pada tahun ini.

PEMATUHAN CARTA ALIR MASUK KE KELAS

7.40 a.m.
Berada bersama murid

- Beratur luar kelas
- Tazkirah/pesanan guru

bertugas
- Bacaan doa

ONE
PAGE
REPORT


Click to View FlipBook Version