Setiap aktiviti sekolah dijalankan
mengikut masa. Oleh itu, murid-
murid perlulah menepati masa
yang ditetapkan.
Murid-murid mesti pergi awal
ke sekolah. Mereka perlu
membiasakan diri untuk sampai
sekurang-kurangnya 15 minit
sebelum loceng berbunyi. Oleh itu,
mereka akan lebih bersedia untuk
mengikuti pembelajaran.
Kerja sekolah yang diberikan
oleh guru perlu disiapkan segera.
Kerja itu akan bertambah
sekiranya dilengah-lengahkan.
Murid-murid juga perlu
memulangkan buku yang dipinjam
dari perpustakaan mengikut tarikh.
Denda akan dikenakan sekiranya
buku pinjaman lewat dipulangkan.
Sesungguhnya semua kerja
di sekolah dapat berjalan dengan
lancar sekiranya murid-murid
menepati masa. Oleh itu, tepati
dan gunakan masa dengan baik.