The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by INOVASI E-DIGITAL RAK BAHASA MELAYU SEMADAH, 2021-02-24 01:42:23

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TINGKATAN EMPAT

BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA

AHLI KUMPULAN :

SMKA DATO HAJI ABU
HASSAN HAJI SAIL

ISI KANDUNGAN

• SINOPSIS
• WATAK DAN PERWATAKAN
• TEMA
• PERSOALAN
• LATAR (TEMPAT , MASA , MASYARAKAT)
• NILAI
• PENGAJARAN

Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan pelbagai alasan
untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Cerita bermula apabila Aiman
menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.
Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN. Keadaan
ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk
mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan
seseorang remeja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin
akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah
biasa dalam kemewahan.

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah
mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah melayan
orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopan. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak
menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan
dengan kerenah Aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang
namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita
itu. Sundarani, Nora, Syuhada, Ah tiau dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing
melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman.
Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan
rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu Dahari juga merupakan pengajar
sambilan PLKN yang memfokuskan modul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.
Selepas pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah
seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam
drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan
untuk mengecualikan penyertaanya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak
kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program
tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan
Masnah iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas
faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya.
Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa
Aiman bercadang merehatkan fikirannya di Kelab Golf.

Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang
kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem
Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya Ziman yang berjaya hidup berdikari
selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat

baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi
membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan
berkhidmat untuk tananh air tercinta.

• Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta
akan Negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan

Khidmat Negara (PLKN).

• Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk
mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa
bersiap sedia berkhidmat untuk Negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di

samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

WATAK UTAMA : AIMAN

• Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali.
• Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
• Berumur 17 tahun.

Seorang yang bersifat agresif.
• Menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.

Seorang yang suka tidur.
• Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.

Seorang yang mementingkan kemewahan hidup.
• Dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan.
• Dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.

Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah.
• Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

WATAK SAMPINGAN : KHIR GHAZALI

• Bapa kepada Aiman dan Dapnia.
• Suami kepada Masnah.
• Beliau berpangkat Datuk.

Seorang yang gigih bekerja.
• Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki.

Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat.
• Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu
menyertai PLKN.

Seorang yang tetap pendirian.
• Khir Ghazali tegas dan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk
oleh Aiman dan Masnah.

Seorang yang berpandangan jauh.
• Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperolehi oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari
dalam diri Aiman.

Seorang bapa yang penyayang.
• Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Seorang yang bersifat merendah diri.
• Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.

MASNAH CIKGU DAHARI

• Ibu kepada Dapnia dan Aiman. • Beliau bertugas sebagai guru sastera
• Beliau bergelar Datin. di sekolah Aiman.
• Beliau bertugas sebagai fasilitator
Seorang yang penyayang. sambilan di Kem PLKN yang terlibat dalam
• Dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN pengajaran modul PPSB, Program
kerana bimbang akan keselamatan anaknya. Penghayatan Sastera dan Budaya.

Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai Seorang yang mudah mesra dan disenangi
urusan. orang lain.
• Dia telah menggunakan khidmat orang gaji • Dia begitu mesra melayani setiap
bagi mengurus rumahnya. pertanyaan anak-anak muridnya.

Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Seorang yang berpengetahuan luas.
• Masnah berasa bersalah dengan tindakannya • Beliau menerangkang tentang
memihak kepada Aiman dan cuba memujuk semula pelaksanaan PLKN secara terperinci
hati suaminya yang terluka. kepada anak-anak muridnya.

POSMEN NEK SINAH

• Dia bertugas sebagai penghantar • Orang gaji kepada keluarga Khir
surat. Ghazali.

Seorang yang berintegrasi dalam Seorang yang berhemah tinggi dan
melaksanakan tugasnya. berperwatakan lemah lembut.
• Dia amanah dalam tugasnya • Dia menggunakan bahasa yang sopan
menghantar surat-surat kepada ketika bercakap dengan Aiman.
pelanggannya.
Seorang yang penyabar.
Seorang yang suka memberikan nasihat. • Dia tetap bersabar berhadapan dengan
• Dia menasihati Aiman agar berfikir sikap biadap Aiman yang tidak
secara mendalam mengenai menghormatinya.
penolakannya sebagai pelatih PLKN.
Seorang yang penyayang.
• Dia mengajak Aiman makan tengah hari
dengan menggunakan kata yang sopan.

• Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam
memupuk semangat cinta akan Negara yang diperoleh
melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN).

• Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan
generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti
dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa bersiap
sedia berkhidmat untuk Negara, mengukuhkan pembinaan
sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan
kaum dan integrasi nasional.

Kesedian generasi muda mengikuti dasar kerajaan.
• Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu
teruja untuk mengikuti PLKN.

Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan.
• Sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan
anaknya,Aiman menyertai PLKN.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
• Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau berpendapat Aiman perlu menghadiri PLKN
untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada
nusa dan bangga.

Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan.
• Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksaan PLKN setelah membaca
berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat
untuk Negara tercinta.

PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda.
• Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan
jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Rumah Khir Ghazali. • Latar tempat lain
• Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran
kepada Aiman sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara termasuklah:
(PLKN). - Kem Gerakhas,
Desaru, Johor.
Sekolah. - Kem De Bana,
• Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, Jempol, Negeri
iaitu Aiman, Nora, Ah Tiau, Sundarani dan Syuhada berkaitan Sembilan.
dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) disekolah. - Kem Paya Indah
Wetland, Hulu Langat,
Bilik Aiman. Selangor.
• Aiman melayari internet menggunakan komputer riba di - Kem Teluk Sari,
biliknya . Mersing, Johor.
- Kelab Golf,
universiti dan

kantin sekolah.

Cuti hujung minggu.
• Sewaktu Aiman bersantai di rumah dan melakukan segala
perkara yang diinginkan pada cuti hujung minggu.

Waktu tengah hari.
• Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan
sepucuk surat kepada Aiman, iaitu tentang pemilihan Aiman
sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu
tengah hari.

Masyarakat yang meninggalkan Masyarakat yang berintegriti Masyarakat yang terlalu
semangat patriotik/cinta akan dan amanah dalam memikul memanjakan anak.
negara. tanggungjawab. • Datin Masnah tidak bersetuju
• Kawan-kawan sekelas Aiman yang • Posmen bermohon diri tentang penyertaan Aiman
terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah daripada Aiman menyambung sebagai pelatih PLKN kerana
Tiau dan Sudarani sangat teruja kerjanya menghantar surat bimbang akan keselamatan nyawa
dan berbangga apabila nama mereka kepada para pelanggan yang anaknya.
terpilih sebagai pelatih Program lain.
Latihan Khidmat Negara ( PLKN). Masyarakat yang berpendirian
Masyarakat yang berpandangan tegas.
Masyarakat yang menyayangi ahli jauh. • Datuk Khir Ghazali tetap
keluarga. • Datuk Khir Ghazali dengan keputusannya meminta
• Datuk Khir Ghazali amat menerangkan faedah yang akan Aiman menyertai PLKN walaupun
menyayangi Aiman dan keluarganya. diperoleh oleh Aiman apabila dipujuk oleh Aiman dan Masnah.
Beliau mewajibkan Aiman menjadi dia menyertai PLKN.
pelatih baharu PLKN untuk
membentuk sahsiah anaknya itu
supaya menjadi seorang insan yang
mampu berdikari dan berguna kepada
nusa dan bangsa.

Nilai kasih sayang. Nilai baik hati.
• Datuk Khir Ghazali amat • Encik Posmen telah
menyayangi Aiman dan menyerahkan surat
keluarganya. Beliau tawaran PLKN kepada
memutuskan agar Aiman Aiman sambil
menghadiri PLKN untuk menasihatinya agar
membentuk peribadi anaknya menerima tawaran
itu menjadi seorang insan tersebut
yang berguna kepada nusa dan
bangsa.

Nilai tanggungjawab. Nilai kegigihan. Nilai cinta akan
• Cikgu Dahari • Cikgu Dahari gigih negara/patriotisme.
melaksanakan membimbing dan memberi • Kawan-kawan sekelas
tanggungjawab sebagai tunjuk ajar kepada pelatih Aiman yang terdiri
seorang guru dengan baik PLKN tentang Program daripada Nora, Syuhada,
apabila turut menyentuh Penghayatan Sastera dan Ah Tiau dan Sundarani
tentang pelaksanaan dan Budaya (PPSB). sangat teruja dan
keberkesanan PLKN untuk berbangga apabila nama
membentuk generasi muda mereka terpilih untuk
yang berjiwa patriotik. menyertai Program
Latihan Khidmat Negara.

Nilai hemah tinggi. Nilai berpandangan jauh.
• Nek Sinah bertutur • Datuk Khir Ghazali
dengan suara yang ingin Aiman menyertai
lemah lembut ketika PLKN untuk membentuk
mengajak Aiman makan perwatakan positif
tengah hari walaupun menerusi nilai-nilai
Aiman melayannya murni disamping menanam
dengan bersikap kurang semangat patriotik dalam
jiwa anaknya.
sopan.

Nilai berdikari. Nilai kesabaran. Nilai kesedaran.
• Syufia telah berjaya memupuk • Nek Sinah bersabar dengan • Aiman sedar akan sikap
sikap berdikari apabila sikap biadap Aiman yang tidak negatifnya terhadap
terpilih sebagai pelatih menghormatinya sebagai orang pelaksanaan PLKN setelah
terbaik wirawati untuk Kem tua. membaca berita PLKN di laman
Gerakhas, Desaru, Johor dalam sesawang. Dia berazam untuk
Program Latihan Khidmat Negara menyertai PLKN dan menyahut
(PLKN). seruan berkhidmat untuk
Negara tercinta.

Kita perlulah menjadi
seorang insan yang
berintegriti tinggi
dan amanah dalam
memikul tanggungjawab
yang diberi.


Click to View FlipBook Version